You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN

TIMBALAN MENTERI

DI JABATAN PREMIER SARAWAK

(BURUH IMIGRESEN & PEMANTAUAN PROJEK)

MERANGKAP ADUN N.78 MULU

SMK ST. JOSEPH MIRI


SEMPENA MAJLIS

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2022

TARIKH : 7 JULAI 2023


MASA : 02:00– 04.30 p.m
TEMPAT : DYNASTY HOTEL

YB DATUK GERAWAT GALA


Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis.

Salam sejahtera,shalom dan salam Malaysia Madani


Kepada warga SMK St. Joseph Miri,
(Salutasi)
1. Yang Berusaha Tuan Pengetua, Cikgu Peter Use Lenjau
2. Yang Dihormati , Encik Mathew Silek , Yang Dipertua PIBG
Sekolah
3. Yang Dihormati, Encik Sylvester Lim Poh Sing, Pengerusi
Lembaga Pengurusan Sekolah
4. Yang Dihormati, Encik Gerald Goh , Pengerusi Alumni Sekolah
5. Yang Dihormati IKON Alumni Sekolah, Encik Cornellian
Barseilly Harriss
6. Guru-guru Penolong Kanan
7. Guru-guru Ketua Bidang
8. Para Guru
9. para pelajar dan ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita semua dapat berkumpul


bersama-sama pada petang ini untuk memeriahkan Majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang SPM 2022 SMK St Joseph Miri. Saya berasa amat gembira pada
petang ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dengan warga
sekolah ini pada majlis hari ini.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas
kesudian mengundang saya sebagai tetamu jemputan bagi menyempurnakan
perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2022 . Malah, saya juga
ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah serta semua
guru yang bertindak sebagai urus setia kerana telah berjaya mengadakan
program ini sebagai satu program tahunan untuk kepentingan pelajar.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2022 yang diadakan oleh


pihak sekolah ini telah menunjukkan satu usaha berterusan pihak sekolah
untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian pelajar tingkatan 5 tahun 2022
dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua
penerima anugerah yang meraih kecemerlangan dalam SPM 2022 dan telah
mengharumkan nama sekolah. Teruskan perjuangan anda di arena seterusnya.
Hari ini merupakan hari istimewa buat anda sendiri malah ibu bapa serta
warga sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Cendekiawan pernah mengatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa
usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan
para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut bagi
mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Dengan adanya
bukti yang nyata dari segi pencapaian Sijil Peperiksaan Malaysia 2022 yang
memberansangkan ini, ternyatalah para pelajar menunjukkan komitmen dan
kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan keputusan dalam Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022.

Dengan ini, saya amat yakin kecemerlangan akademik para pelajar ini
mampu menjamin masa depan yang cerah. Saya turut dimaklumkan oleh
pihak sekolah bahawa terdapat 19 orang pelajar yang mendapat keputusan
semua A dalam SPM 2022. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua
pelajar atas kejayaan yang memberansangkan ini.
Hadirin sekalian,
Paulo Coelho mengatakan "Hidup itu seperti taman, apa yang kamu
tabur, kamu tuai." Pencapaian kecemerlangan dalam bidang akademik yang
kamu raih ini jelas menunjukkan benih kegigihan yang telah kamu tabur
membolehkan hasil kejayaan berjaya dituai seterusnya membuktikan
kebolehan diri kamu untuk dirimu malah kepada ibu bapa serta pihak sekolah.
Tidak lupa juga saya ucapakan syabas dan tahniah kepada para guru dan
pihak sekolah yang bertungkus lumus dalam mendidik anak murid kita yang
bakal menerajui tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Terima kasih
juga kepada semua ibu bapa atas didikan anda terhadap anak-anak dari segi
akhlak dan motivasi bagi anak-anak untuk belajar.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah


kepada warga sekolah atas kejayaan melaksanakan majlis anugerah
cemerlang ini. Bagi semua pelajar yang saya kasihi, saya ucapakan selamat
maju jaya dalam apa-apa bidang yang anda ceburi dan semoga terus
bersemangat mencapai kejayaan dalam hidup dan mengharumkan nama
keluarga dan negara kita.
Dengan lafaz penuh kesyukuran kepada Tuhan, sukacita saya
merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2022 SMK St Joseph
Miri ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like