You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING,

JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

TEKS UCAPAN
PERASMIAN
MAJLIS ANUGERAH
CITRA MURID UNGGUL
SESI 2023/2024

1 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)


DEWAN PERDANA,
SK PAYA KEMUNTING

1
1
Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam Madani.

SALUTASI

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi;
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

1. Terlebih dahulu marilah kita sama- sama merafakkan rasa syukur ke


hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah inayahNya kita dapat bertemu
dalam majlis Anugerah Citra Murid Unggul sesi 2023/2024, Sekolah
Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra pada hari ini.

2. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih


kepada Guru Besar SK Paya Kemunting kerana sudi menjemput saya
untuk merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.

3. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah
menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hadir ke majlis ini. Kerjasama
erat ibu bapa sangat diperlukan untuk menyokong apa juga rancangan
atau program dianjurkan pihak sekolah demi kejayaan anak masing-
masing.

4. Tidak ketinggalan ucapan tahniah saya tujukan kepada guru-guru


yang berjaya memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu
melahirkan modal insan yang berkualiti. Semoga majlis ini dapat
dijadikan asas permulaan anjakan paradigma pelajar dalam menjana
modal insan yang terbilang.
2
5. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak
sekolah kerana berjaya mengadakan program ini sebagai satu program
tahunan demi kepentingan para pelajar. Majlis ini merupakan satu
majlis khas untuk meraikan pelajar- pelajar yang telah membuktikan
kecemerlangan mereka dalam bidang akademik, sahsiah diri dan juga
kokurikulum.

6. Sistem pendidikan kita sentiasa dinamik dan progresif serta


bersedia untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring
dengan peredaran zaman. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah memperkenalkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan
pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid.

7. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri;


apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab
kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata? Ibu bapa perlu
memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila
murid-murid balik ke rumah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Syabas dan tahniah setinggi-tingginya kepada para pelajar


yang akan menerima anugerah atas pencapaian mereka ini.
Diharapkan kecemerlangan ini tidak berakhir di sini sahaja. Segala
kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar, kita telah
mencipta banyak kejayaan, tetapi tidak bermakna bahawa kita boleh
3
selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta
pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.

10. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi


mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SK Paya Kemunting
kerana berjaya menganjurkan Anugerah Citra Murid Unggul sesi
2023/2024.

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin
sekalian pada gurindam ini;

Jika murid mendengar kata,


Tidak guru berkata cela,
Jika ibu bapa bekerjasama,
Tidaklah anak berdukacita,
Jika kita seia sekata,
Tiada timbul sengketa,
Jika seiring kita berusaha,
Pasti semua akan berjaya.

11. Dengan satu iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz


Bismillahhirrahmannirahim merasmikan Majlis Anugerah Citra Murid
Unggul Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting sesi 2023/2024.

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

You might also like