You are on page 1of 4

Teks ucapan GB mesyuarat agung PIBG 2020

Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


salam sejahtera, salam Negaraku Malaysia.

Yang Berbahagia, Prof Dato’ Ir Dr Abdul Rahman Mohamed, Yang Dipertua


PIBG SK Methodist,Sekolah Kluster Kecemerlangan
Yang Berusaha, Puan Salmah binti Yahaya, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha Puan Hjh Rohaya binti Mohamed Ramly, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,
Pn Rozina Bt Esmail, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru SK Methodist
Ahli jawatankuasa PIBG
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala


perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali
ke-……. Dan Majlis Anugerah Gemilang Akademik 2020 dapat diterjemahkan
hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini .
Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan
visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan
dan terima kasih kepada semua guru yang berhempas pulas dan menunjukkan
komitmen yang tinggi walaupun pelbagai program sekolah yg dijalankan pada
minggu ini .

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

SK Methodist menggalas visi menjadi sekolah cemerlang menjelang


2020 dengan misinya membangunkan sahsiah pelajar ke arah kecemerlangan
melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
Hal ini selaras dengan pepatah ‘Datang dengan Harapan, Pulang dengan
Kejayaan. Kita sedia maklum bahawa anak-anak ini merupakan penyejuk hati,
pengarang jantung. Kelahiran seseorang anak menjanjikan harapan yang tinggi
menggunung kepada kedua-dua ibu bapa. Kejayaan anak-anak merupakan
hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak
adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa
janganlah meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak
sekolah sahaja.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya mengambil kesempatan untuk menceritakan serba sedikit tentang bidang
kokurikulum sekolah 2020.
Pada tahun ini, pihak sekolah telah menyertai pelbagai pertandingan iaitu bola
jaring, bola tampar, badminton, renang, ragbi , squash dan beberapa kejayaan telah
dicapai . Antaranya, johan dalam pertandingan ragbi dan squash. Pihak sekolah juga
menyertai kejohanan renang peringkat negeri. Dan baru-baru ini pihak sekolah menjadi
penganjur pertandingan karatedo peringkat kebangsaan yang disertai oleh negeri Pulau
Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan juga Terengganu. Dan pada 3/3 yang lalu ,
sekolah menjadi tuan rumah bagi MQSS peringkat zon Parit Buntar. Dan selepas ini
akan bermula pertandingan ko akademik pula. Walaupun sekolah sibuk dengan
pelbagai program tetapi akademik tidak dilupakan. Murid-murid akan menghadapi ujian
bulan Mac selepas cuti sekolah nanti . Murid-murid tahun 6 akan diberi teknik menjawab
soalan UPSR semasa cuti bulan March iaitu pada hari Isnin dan Selasa sahaja bermula
jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari sahaja. Harap ibu bapa ambil perhatian tentang hal
ini. Surat akan diedarkan kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan. Target lulus
adalah 100% dan target 6A adalah seramai 10 orang. Pada tahun 2019 peratus lulus
meningkat berbanding tahun 2018. Bagi bidang HEM pula, pihak sekolah sedaya upaya
mengurangkan kes salah laku yang besar. Dan berhubung dengan kehadiran pihak
sekolah mensasarkan 95% dan mengikut data yang saya perolehi pada bulan Jan……..
Dan bulan Februari……….. dan saya mengharap ibu bapa prihatin tentang
kehadiran anak-anak ke sekolah. Sekiranya tidak dapat hadir diharap dapat menelefon,
atau menghantar surat pada guru-guru kelas. Keprihatian tuan-tuan amat kami sanjungi.

Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam


memastikan kejayaan anak-anak ini. Sebagai permulaan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran, ibu bapa perlu memastikan anak-anak membawa
peralatan sekolah seperti alat tulis serta buku teks. Selain itu, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak bangun awal dan datang awal ke sekolah agar masalah
pelajar lewat boleh diatasi. Pihak sekolah juga menyediakan program khas
untuk anak-anak tuan tuan dan puan dan puan iaitu MIE bagi memberi anak-
anak ruang waktu untuk menggunakan waktu terluang untuk menambah ilmu
Bahasa Inggeris dan juga membaca buku cerita .Ibu bapa perlu memberikan
tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran anak-anak. Anak-anak perlu
diberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya agar diri mereka tidak
tersisih.
Ramai ibu bapa tidak hadir apabila pihak sekolah mengadakan program
dan majlis ilmu dengan memberi alasan sibuk bekerja. Keadaan ini amat
menyedihkan pihak sekolah kerana ditakuti anak-anak kita akan tersasar jauh.
Jadi, saya mewakili pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa memberi kerjasama
yang erat kepada pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu
dan sekali gus dapat menyuntik semangat belajar dalam sanubari anak-anak.
Anak-anak amat memerlukan inspirasi dan galakan untuk belajar. Minat
belajar perlu ditanam dan disemai dalam jiwa anak-anak kerana mereka ibarat
kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya. Anak-anak
memerlukan masa untuk bermesra dan berbincang dengan ibu bapa mereka. Ibu
bapa perlu memastikan bahawa mereka mempunyai masa untuk tujuan tersebut.
Hal ini tidak mustahil dilakukan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Ibu bapa
boleh menelefon untuk bertanya khabar atau makan semeja pada waktu yang
berkesempatan. Pokoknya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,        

            Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG
menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek
khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke
semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi
mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila
semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu
matlamat, iaitu membantu murid berjaya. Peranan ibu bapa dalam membantu
pembelajaran anak-anak di rumah tidak dapat dinafikan. Apabila ibu bapa
terlibat sama, sekolah mendapat banyak manfaat antaranya pencapaian murid
meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak
sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik.

Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di


rumah sangat penting dan kajian membuktikan ia membawa perubahan yang
ketara dalam kejayaan seseorang anak. Melalui penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Anak-
anak akan mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang serta
mempunyai motivasi yang lebih tinggi di samping rekod kehadiran ke sekolah
yang lebih baik.

Apa yang lebih penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran di


rumah seperti menyediakan ruang untuk anak belajar dan memastikan anak
mempunyai jadual ulang kaji. Jika boleh, ibu bapa perlu menemani anak semasa
dia sedang belajar kerana kehadiran ibu bapa mengukuhkan perasaan dan
mengekalkan tumpuannya. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa
berkomunikasi dengan anak dan perbualan merupakan interaksi yang asas untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu secara sepakat. Berbincang dengan
anak mengenai pelajaran dapat mengetahui perkembangan pencapaiannya dan
membimbingnya merangka tindakan. Melalui perbincangan juga akan
menghasilkan suatu pandangan bersama tentang sasaran anak dalam pelajaran
di samping membantunya mencapai cita-cita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai
program sekolah. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka
anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari
segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang


diterajui olehProf Dato Dr Abd Rahman Mohamed yang banyak memberi
sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak
keterlaluan jika saya katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan
komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya. Saya mencadangkan agar para ibu
bapa dapat bersama-sama dengan kami dalam membantu menceriakan kelas
anak-anak tuan-tuan dan puan-puan agar mereka lebih bersemangat dan dapat
memberi tumpuan yang lebih ketika belajar.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan


tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan
cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan
negara. Terima kasih atas kehadiran semua dan ini menyuntik semangat saya
dalam menyumbang tenaga dan bakti kepada sekolah yang tercinta ini.

Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah,


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like