You are on page 1of 6

Teks Ucapan Timbalan PPD Sempena Perasmian

Mesyuarat Agung PIBG SK Seri Berjaya Kali Ke-10 Tahun 2012

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Saudara Pengacara Majlis,
Yang saya hormati……………………….,
Guru Besar/Pengetua…………………………….
Yang Dihormati En………………………………... YDP PIBG
Penolong-Penolong Kanan
AJK PIBG
Guru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah


kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia
ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-……… bagi
Sekolah………………………….. Saya bagi pihak Tuan Pegawai Pelajaran
Daerah merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan untuk hadir ke
majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah
ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan
Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan
seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti
diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac dengan memilih dan melantik
AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Disamping itu
harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa
seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang
dikeluarkan oleh pejabat KPPM, KPM. Perkara-perkara yang disentuh di
dalam surat pekeliling itu ialah PIBG Sekolah bertujuan untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk
meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di
sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara
pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community
partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’


terhadap fungsi Kementeiran Pendidikan dalam menyediakan prasarana,
kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan
guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA
GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah
menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di
sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan
yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :
Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa
Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran
sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan
yang lain dalam sekolah.
Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi
menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara
Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di
mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat
Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian
Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan


supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa
juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan
perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar
kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau
menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan
memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri
Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan
akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran,
sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah. Guru
Besar dan Pengetua selaku ex-officio dan Penasihat PIBG hendaklah
memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu
Bapa-Guru) 1998 kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan
ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa.

Tuan-tuan dan Puan-Puan

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak


sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata
sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing.
Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan
sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang
telah saya terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik
Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu
bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan
mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan tambahan PIBG bagi
Tahun 2020. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti dihantar
ke PPD sebelum atau pada 2 April 2020 untuk dipanjangkan ke JPN.
Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa
menimbulkankan masalah kepada pihak ibu bapa atau waris murid-murid.

Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai


inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini
termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti program IM1S,
KSSR, PBS, TS25 dan di samping itu pelbagai bantuan khas juga
diberikan kepada murid-murid termasuk mereka yang berada di
prasekolah, kelas pendidikan khas dan juga IPS. Semua ini sebenarnya
menunjukkan komitmen pihak kerajaan khususnya KPM dalam membina
generasi yang dapat bersaing dan mempunyai pengetahuan dan
kemahiran untuk mengharungi dunia yang penuh dengan cabaran. Adalah
diharapkan juga pengetahuan berkaitan NKRA Kementerian Pelajaran ialtu
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
difahami oleh semua pihak. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan
kepada 4 sub-NKRA iaitu berkaitan prasekolah, literasi dan numerasi
(LINUS), sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan juga New Deal atau
Tawaran Baru kepada Guru Besar. Saya yakin dan penuh percaya Guru
Besar dan guru-guru akan dapat melaksanakan transformasi pendidikan
dan NKRA KPM dengan penuh amanah.

Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula


di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada
anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai
kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar
rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak
sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk
melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan
pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif
untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu
dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.
Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh
oleh pihak sekolah dan PIBG.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Kerjasama yang baik ini telah dapat membantu sekolah melonjak dalam
prestasi bagi sekolah ini. Kita berbangga kerana hampir 40 peratus pelajar
telah mendapat 5A dan 95% murid-muridnya berjaya mencapai ABC
dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua guru dan tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa
menyokong usaha-usaha peningkatan akademik sekolah tanpa jemu.
Diharapkan untuk UPSR 2012, sekolah akan mencapai kejayaan yang
lebih gemilang lagi. Usaha-usaha JK PIBG dalam menjayakan pelbagai
program dan aktiviti telah juga dapat membantu sekolah meningkatkan
keceriaan persekitarannya, memantapkan lagi hubungan guru bersama
ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti Majlis Hari Raya, Majlis
Qurban, Sukan, Hari Anugerah Sekolah dan Maulidur Rasul. Selain dari
pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah ini akan
cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima kasih saya ucapkan kepada
tuan-tuan dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke sekolah ini.
Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap
guru-guru di sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-
puan tidak akan dipersiakan dan didoakan murid-murid di sekolah ini akan
dapat terus menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Di
samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-guru sekolah ini
dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah
dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan
cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua pihak.
Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan
menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu
pihak sekolah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di


sini untuk mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini
dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK PIBG
yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10 ini akan dapat berjalan lancar dan
teratur.

Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya


dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia kali ke-10.

Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.

You might also like