You are on page 1of 2

Bismillahirahmanirrhim,

Terima kasih kepada pengacara majlis,



Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera saya ucapkan kepada,

Yang berusaha Cik Roziah binti Anuar wakil Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus
Tawau,

Yang turut berusaha Cik Syarifah Samsudin, wakil pihak penyelaras kursus Pengurusan
Kewangan Peribadi 2013.

Pensyarah-pensyarah IPG Kampus Tawau

Seterusnya kepada semua peserta kursus, guru pelatih semester 8, Ambilan Januari 2010.

Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pihak penganjur kursus, juga kepada pegawai/ pensyarah pensyarah sebagai penceramah
kursus iaitu;

1. En Mohd. Shahbudin Che Nawi
2. Tn Hj Ramlan Mala

Dengan tajuk-tajuk ceramah yang terbahagi kepada 6 celik (CK) pengurusan kewangan iaitu;
Tajuk ceramah / Celik (CK)
01 Wang sumber pendapatan dan kerjaya
02 Tanggungjawab dan membuat keputusan
03 Pengurusan dan perancangan kewangan
04 Simpanan dan pelaburan
05 Pengurusan kredit dan hutang
06 Pengurusan risiko, perlindungan dan insuran

Tahniah kerana berjaya merancang dan melaksanakan Kursus ini serta memberikan input
yang terbaik kepada barisan guru pelatih semester 8.


Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada semua peserta kursus iaitu seramai 73 orang
guru pelatih, kerana dapat menyertai Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi yang
sememangnya akan memberikan banyak manfaat dan bekalan setelah menamatkan
pengajian kelak.

Hal ini kerana, bergelar sebagai seorang guru novis, anda sebenarnya sedang mengorak
satu lagi langkah kedepan sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam dalam dunia
pendidikan yang luas dan semakin mencabar.


Sehubungan dengan itu, adalah bertepatan tujuan utama kursus ini iaitu untuk memberi
pendedahan berkenan dengan 6 Celik Pengurusan Kewangan melalui 6 slot ceramah yang
telah disampaikan. Hal ini kerana, perkara dan pengetahuan asas yang bukan sahaja perlu
diketahui tetapi perlu dikuasai oleh setiap peserta kursus.

Pengetahuan pengetahuan ini bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian, malah dapat diterapkan juga dalam pembelajaran di sekolah kelak. Saya berharap
keseluruhan matlamat kursus adalah tercapai dan diharap agar semua bakal guru yang ada
di hadapan saya pada hari ini dapat berpeluang untuk mengintegrasikan elemen-elemen
Celik (CK) Pengurusan kewangan ini merentas Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR),
khususnya bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Walaupun kursus ini berakhir pada hari ini, saya dan pihak IPG berharap agar ilmu
pengetahuan ini dapat dikembangkan dan diselidik lagi secara berterusan bukan sahaja
semata-mata untuk bersedia bagi menghadapi Temuduga SPP, tetapi sebagai budaya long
life learning. Semoga anda dapat sentiasa mencari dan meningkatkan nilai tambah yang
ada pada diri anda sebagai warga pendidik.

Budaya ini perlu sentiasa segar dalam jiwa seorang pendidik agar setiap guru novis yang
berada di hadapan saya sekarang ini dapat berkembang kepada tahap guru cekap, guru
mahir, dan guru pakar dalam kerjaya kelak.

Anakanda semester 8 sekalian, sesungguhnya perjalanan anda masih jauh ke hadapan
dengan pelbagai pengalaman yang sedang menanti. Moga niat baik, berkat dan
perlindungan akan sentiasa bersama-sama dengan anda.

Maka, dengan lafaz bismillahirrahnirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan penutupan
Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi bagi tahun 2013.

Sekian,

You might also like