You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN

YBhg. Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

MAJLIS PENGANUGERAHAN
ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (A.S.A.T)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2015

TAIPING GOLF RESORT,


KAMUNTING, PERAK

2 OKTOBER 2015
8.30 MALAM

Teks Ucapan YBhg. Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
1 ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) KPM 2015
1. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita merakamkan kesyukuran ke
hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dewan
yang indah ini untuk menyempurnakan Majlis Penganugerahan
Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), bagi Tahun 2015.

2. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha,


En. Abdullah bin Mad Yunus, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, KPM selaku penganjur kepada program yang telah dilaksanakan
sejak sedekad yang lalu dan tahniah kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak selaku
pengelola program bagi tahun 2015.

Sidang hadirin yang dihormati,

3. Program Anugerah Seri Asrama Terbilang atau ASAT yang telah bermula
sejak tahun 2005 adalah bertujuan untuk membangunkan asrama-
asrama di sekolah harian seluruh negara di samping memberikan
pengiktirafan kepada yang menunjukkan prestasi cemerlang terutama
dalam pengurusan dan kemenjadian murid yang tinggal di asrama.

4. Menerusi program ini, sebuah panel yang dilantik oleh KPM telah menilai
asrama-asrama di sekolah harian berdasarkan 5 Standard yang
ditetapkan iaitu;

i. Kepimpinan, Halatuju dan Pentadbiran Asrama.

ii. Pembangunan Sahsiah, Pengurusan Aktiviti & Program Murid.

Teks Ucapan YBhg. Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2 ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) KPM 2015
iii. Pengurusan Prasarana Dan Fizikal.

iv. Kemenjadian Murid; dan

v. Pengurusan dan Pematuhan Kontrak Luar.

5. Asrama-asrama yang berjaya mencapai tahap yang ditetapkan akan


dianugerahkan Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) dan akan
dijadikan sebagai penanda aras kepada asrama-asrama lain di seluruh
negara. Menerusi program ini juga, asrama-asrama di sekolah harian
yang mewakili 14 buah negeri, masing-masing telah diberikan fokus,
bantuan dan dibangunkan secara menyeluruh oleh JPN masing-
masing.

6. Tahniah saya ucapkan kepada Pengetua-Pengetua dan Guru Besar-Guru


Besar yang mewakili JPN masing-masing kerana Tuan/Puan merupakan
pengerak utama kepada pencapaian asrama terbaik di negeri masing-
masing.

7. Saya juga difahamkan pada kali ini, seramai 180 orang bakal ketua
pelajar asrama 2016 turut berkampung di sini sejak 29 September yang
lalu untuk diberikan latihan-latihan kepimpinan menerusi program
Student Leader Board (SLB).

8. Sebagai latihan awal, Majlis Malam Anugerah Seri Asrama Terbilang ini
dikelolakan sebahagian besarnya oleh peserta-peserta SLB tersebut dan
untuk itu saya mengucapkan tahniah kepada bakal-bakal pemimpin ini
dan semoga anda semua dapat melaksanakan amanah dan
tanggungjawab ini sebaik mungkin.
Teks Ucapan YBhg. Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3 ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) KPM 2015
Sidang hadirin yang dihormati,

9. KPM iaitu menerusi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah dan


akan meneruskan komitmen dan usaha penambahbaikan pengurusan di
1,463 buah asrama harian di seluruh negara yang menempatkan hampir
240 ribu orang murid. Usaha-usaha penambahbaikan ini dilakukan
menerusi Program Transformasi Asrama Harian KPM, selaras dengan
Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013
2025.

10. Melalui Transformasi Asrama Harian, asrama yang dahulunya hanya


dianggap sebagai tempat menginap sahaja telah dibuat penambahbaikan
dan dimantapkan pengurusannya untuk mencapai matlamat Asrama
Sebagai Kediaman Yang Menjamin Kejayaan Murid dan kejayaan
yang dimaksudkan adalah berdasarkan bakat serta potensi murid dan
bukan hanya berasaskan kepada kecemerlangan akademik semata-
mata.

11. Menerusi pelan transformasi ini juga, Bahagian Pengurusan Sekolah


Harian telah mengadakan perbincangan dengan Institut Aminudin Baki
(IAB) untuk menyediakan cadangan bagi mewujudkan Kursus Khas
kepada Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah yang ada asrama
kerana pengurusan sekolah berasrama adalah berbeza dengan sekolah
tanpa asrama yang menuntut komitmen yang cukup tinggi. Selain itu,
peranan dan kebajikan warden asrama akan diperhalusi dan dikaji
semula menerusi cadangan tersebut.
Teks Ucapan YBhg. Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4 ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) KPM 2015
12. Saya melihat pengurusan asrama di sekolah harian sebelum ini banyak
tertumpu kepada kakitangan tertentu sahaja iaitu GPK HEM dan
Warden. Keadaan ini perlu diubah kepada penglibatan yang lebih
menyeluruh melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa dalam
usaha pembangunan dan pengurusan murid asrama sesuai dengan
Tagline Program Transformasi Asrama Harian iaitu Kemenjadian
Murid Asrama Tanggungjawab Bersama.

Sidang hadirin yang dihormati,

13. Saya juga difahamkan bahawa menerusi pelan penambahbaikan yang


dilaksanakan ini memperlihatkan setiap asrama telah mempunyai
Perancangan Strategik masing-masing di mana setiap asrama
mempunyai hala tuju yang jelas seperti diperlihatkan melalui KPI yang
ditetapkan iaitu Penarafan BAND Asrama, Gred Purata Asrama (GPA),
Penurunan Kes Buli Di Asrama, Peningkatan Enrolmen Murid
Asrama dan Kebitaraan Asrama Dalam Kokurikulum dan Sukan.

14. Dalam hal ini, KPM akan terus memberikan sokongan dan komitmen
kepada usaha murni semua pihak yang terlibat dalam pengurusan
asrama di sekolah-sekolah harian termasuk aspek pembangunan sahsiah
murid sebagai penghuni asrama tersebut.

Teks Ucapan YBhg. Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
5 ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) KPM 2015
15. Kejayaan program yang dilaksanakan sejak 29 September sehingga
malam ini telah menggambarkan wujud kerjasama yang baik antara KPM,
JPN, PPD dan sekolah. Kaedah ini juga adalah selaras dengan langkah-
langkah penjimatan yang sedang dilaksanakan oleh KPM. Sistem kerja
yang berkesan membuahkan hasil yang berkualiti. Kelemahan dalam
pengurusan kerja dan ketidakcekapan akan membawa kepada kegagalan
atau hasil yang tidak memuaskan.

16. Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan dan
pembangunan murid asrama ini agar memberikan komitmen yang tinggi
dalam usaha tersebut.

17. Kita adalah pemegang amanah terhadap usaha mendidik dan


mencorakkan masa depan anak-anak kita yang tinggal di asrama-asrama
di sekolah-sekolah kita. Lakukanlah yang terbaik agar membawa impak
yang bermakna kepada usaha murni ini.

18. Sekian, saya sudahi dengan Wabillah Hitaufiq Wal Hidayah


Wassalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan selamat maju
jaya.

Teks Ucapan YBhg. Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
6 ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) KPM 2015

You might also like