You are on page 1of 13

NAMA :

VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM


NO.KP : 94040608-5930
REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 5
LAWATAN PENANDA ARAS GURU CEMERLANG (BENCHMARKING)
DI SEKOLAH KEBANGSAAN TEMIN, SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
JERANTUT, PAHANG
Nama : Vellashene a/p Subramaniam
No. IC : 940406-08-5930
UNIT : PISMP Bahasa Melayu SJK(T), Semester 6, Ambilan Januari 2014

Bersyukur kepada tuhan atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya dan
rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti
dilalui semasa kursus perguruan bagi semester 6 ini iaitu menjalani program Bina
Insan Guru (BIG) pada 20 September 2016. Program Bina Insan Guru (BIG) semester
6

berfokus

kepada

memberi

kefahaman

yang

menyeluruh

berkaitan

dengan

pembinaan insan guru cemerlang yang seimbang, hubungan guru atau sekolah
dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti
profesional. Di samping
pembentukan

iklim

itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan


dan

budaya

kerja

serta

kepimpinan

sekolah

yang

berkesan.
Pada 20 September 2016 (Selasa), para

guru

pelatih

semester 6 dari

kumpulan PISMP Bahasa Melayu, PISMP Pemulihan, PISMP Bahasa Cina, PISMP
Sains dan PISMP Muzik telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang
(Benchmarking) di

bawah program

Bina

Insan

Guru (BIG) ke

Sekolah

Kebangsaan Temin, Sekolah Kluster Kecemerlangan Jerantut, Pahang. Penanda aras


merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti,
mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada
organisasi yang sama atau organisai yang lain. Penanda aras boleh menggalakkan
produk berkualiti dengan cara, pengurusan boleh meningkatkan kualiti dengan cara
menganalisis dan kemudian meniru kaedah pemimpin yang lain di dalam pelbagai
bidang. Kami diiringi oleh lima orang pensyarah. Program Lawatan Penanda Aras
Guru Cemerlang (benchmarking) ke Sekolah Kebangsaan Temin, Sekolah Kluster
Kecemerlangan Jerantut, Pahang

ini merupakan suatu pengenalan tentang Guru

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930
Cemerlang dan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah serta bertujuan mendedahkan
para

guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana

iklim dan budaya kerja cemerlang


yang

berkesan

akan

pembentukan

oleh guru serta kepimpinan pentadbiran

menjamin

produktiviti

sesebuah

sekolah

sekolah sebagai satu

institusi pendidikan.
Ketibaan kami telah disambut oleh badan tertinggi pentadbiran yang terdiri
daripada guru besar sekolah iaitu Encik. Tuan Haji Mohd Sabri Bin Yakub, GPK
Pentadbiran, Encik.Mohamad Nadjmudden Bin Mustapa, GPK Hal Ehwal Murid,
Puan.Rosazimah Binti Abdullah dan GPK Kokurikulum , Encik.Junaidi Bin Abbas.
Program bermula dengan ucapan daripada guru besar sebagai mengalu-alukan
kedatangan kami ke sekolah mereka. Guru besar Sekolah Kebangsaan Temin juga
memberi taklimat mengenai sejarah sekolah dan pencapaian sekoalah tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pencapaian Sekolah
Kebangsaan Temin sebagai Sekolah Kluster kecemerlangan. Salah satu daripadanya
ialah cara kepimpinan Sekolah Kebangsaan Temin. Menurut Kamus Dewan (1989),
kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Mengikut Certo (1997), kepimpinan
ialah proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu
objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu
atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. Sebagai
pemimpin sekolah, guru besar sekolah tersebut melaksanakan tugasnya dengan amat
cemerlang sekali. Perkara pertama yang saya peroleh semasa melawat di sekolah
tersebut adalah cara pengurusan sekolah tersebut yang sangat cemerlang. Cemerlang
bukan sahaja dari segi akademik malahan dari segi kokurikulum. Guru besar Sekolah
Kebangsaan Temin merupakan seorang yang rajin dan beliau juga bersikap rendah
diri. Beliau tidak memberi arahan sahaja malah turut membantu guru-guru sekolah
dalam membangunkam nama sekolah.
Bukan itu sahaja, guru besar di sekolah tersebut juga memainkan peranan
yang

besar

dalam

menjadikan

sekolah

tersebut

sebagai

sekolah

kluster

kecemerlangan. Tanpa usaha dan galakkan daripada tuan guru besar, sekolah
tersebut tidak akan mampu mencapai apa yang mereka capai sekarang. Tidak cukup
dengan itu, peranan setiap guru di sekolah tersebut sangatlah memberi impak besar
kepada sekolah kerana tanpa kesudian mereka sekolah tersebut juga tidak akan
berjaya mencapai prestasi yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung telah
menyedarkan saya bahawa tanpa kerjasama daripada semua pihak, kita tidak akan
dapat berdiri sendiri. Jadi hubungan yang erat antara pihak pengurusan dan rakan

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930
sekerja sangatlah penting untuk menjadikan kita selesa bekerja di bawah satu
bumbung yang sama.
Sementelahan itu, guru-guru sekolah tersebut mampu menjadikan sekolah
tersebut sebagai sebuah sekolah yang cukup kondusif serta cemerlang dalam semua
aspek walaupun ramai daripadanya merupakan guru perempuan. Mereka tidak
menjadikan alasan bahawa seorang guru perempuan tidak mampu berbuat itu dan
berbuat ini. Hal ini secara tidak langsung, telah menaikkan semangat saya bahawa
guru perempuan juga mampu membuat kerja-kerja lelaki disamping mengendalikan
tugas pentadbiran sekolah sehebat guru lelaki.
Faktor kedua yang menyumbang kepada pencapaian Seoklah Kebangsaan
Temin ialah dari segi aspek kurikulum. Menurut George A. Beaucham (1976)
pengertian kurikulum adalah dokumen tertulis yang mengandung isi mata pelajaran
yang diajar kepada peserta didik melalui berbagai mata pelajaran, pilihan disiplin ilmu,
rumusan masalah dalam kehidupan sehari-hari manakala menurut Menurut Neagley
dan Evans (1967) pengertian kurikulum adalah semua pengalaman yang telah
dirancang oleh pihak sekolah untuk menolong para siswa dalam mencapai hasil
belajar kepada kemampuan siswa yang paling baik. Budaya sekolah tersebut begitu
mengkagumkan saya. Guru-guru di sekolah tersebut sangat memberikan galakan,
sokongan dan bimbingan yang aktif bagi melatih murid-murid untuk mewakili bukan
sahaja sekolah, daerah atau pun negeri malahan penglibatan peringkat kebangsaan
dan antarabangsa pun mereka sanggup dan gigih demi menaikkan nama sekolah.
Mereka sangup datang ke sekolah walaupun waktu sesi persekolahan sudah tamat
semata-mata untuk melatih anak didik mereka dan mereka inginkan kejayaan daripada
hasil didikan itu. Sebagai contohnya, pada tahun 2015,sekolah tersebut mencapai
88.1%

dalam

peperiksaan UPSR . Seramai 119 orang murid daripada 135 orang murid lulus semua
mata pelajaran.

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930

PENCAPAI UPSR TAHUN 2015

PENCAPAIAN UPSR DARI TAHUN 2005 HINGGA 2015


Hal ini secara tidak langsung telah menyedarkan saya bahawa sebagai
seorang guru, kita tidak boleh terlalu berkira ketika diberikan sesuatu amanah. Dan
setiap amanah tersebut hendaklah dilakukan dengan seikhlas hati serta bersungguhsungguh.
Di samping itu, aspek kokurikulum memberi sumbangan yang tidak terkata
kepada pencapaian Seoklah Kebangsaan Temin untuk menjadi sebuah Sekolah
Kluster Kecemerlanagan. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti
kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah
dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga
kumpulan iaitu Unit Badan Beruniform, Persatuan atau Kelab dan Sukan atau

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930
Permainan. Sekolaah Kebangsaan Temin mencapai kecemerlangan kokurikulum
dalam Kelab Doktor Muda. Sekolah ini menerima Anugerah Khas Juri Kelab Doktor
Muda

Cemerlang

Peringkat

Kebangsaan

2016.

PENCAPAIAN KELAB DOKTOR MUDA

Selain

itu,

persekitaran
sekolah

tersebut turut

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930
menyumbang kepada kejayaan sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Temin
mempunyai kebun hidroponik.

Di kebun tersebut mempunyai pelbagai jenis sayur-

sayuran. Hasil penjualan sayu-sayur tersebut akan dimasukkan dalama tabung


sekolah. Sayur-sayur yang ditanam di kebun hidroponik tidak digunakan sebarang
racun. Kebun hidroponik Sekolah Kebangsaan Temin mempunyai sijil kementerian
kesihatan. Mereka sendiri mengiktiraf kebun hidroponik Sekolah Kebangsaan Temin
sebagai tanaman tanpa racun. Sekolah Kebangsaan Temin merupakan sekolah
pertama yang mempunyai kawasan untuk penternakan ikan dalam kalangan sekolah
rendah kebangsaan. Jabatan perikanan sendiri memeberi benih ikan untuk sekolah ini.
Persekitaran sekolah tersebut yang ceria dan bersih juga sangat menarik minat saya.
Hal ini kerana, murid-murid akan lebih terdorong untuk belajar dalam suasana yang
tenang.
Sekolah Kebangsaan Temin juga mempunyai kemudahan infrastruktur yang
cukup baik. Pihak sekolah memberi peluang kepada kami untuk menjalankan lawatan
ke bilik-bilik khas SK Temin seperti bilik doktor muda, kebun hidroponik, bilik daurah,
anjung herba, kebun buah, akuarium, bilik PPDA, pusat sumber dan juga litar MJKR.
Pihak sekolah Temin amat mementingkan keselamatan murid semasa bereda di jalan
raya. Dengan pembinaan litar MJKR, murid dapat mempelajari tentang peraturan jalan
raya. Dengan ini saya dapat mengetahui kemudahan infrastruktur yang terdapat dalam
Sekolah Kebangsaan Temin. Aktiviti-aktiviti ini telah memberi peluang kepada kita
untuk memahami secara mendalam mengenai persekitaran dan suasana sekolah
rendah.
Seterusnya, kami diperkenalkan dengan seorang guru Sekolah Kebangsaan
Temin yang juga merupakan Guru Cemerlang dalam bidang Bahasa Inggeris iaitu
Puan Zalina binti Puteh. Walaupun tidak mempunyai unit bahasa Inggeris dalam unit
kami,

perbezaan subjek bukanlah kayu ukuran untuk menentukan kecemerlangan

seseorang guru, akan tetapi cara pengurusan yang digunakan untuk menjadi guru
cemerlang itulah yang di ambil kira.Beliau berkongsi tentang hasil inovasi beliau dan
pengalaman beliau sebagai seorang pendidik yang cemerlang. Beliau mempunyai
pengalaman

pengajaran

Bahasa

Inggeris

sebanyak

30

tahun

dan

memberi

sumbangan pengajaran beliau di Sekolah Kebangsaan Temin sebanyak 22 tahun.


Beliau menjelaskan seseorang guru cemerlang perlulah mengenali perkataan
CEMERLANG, iaitu C-Cekap, E-Ekfetif, M-Motivate, E-Elegan, R-Rasional, L-Lemah
Lembut dan Lincah, A-Amanah, N-Niat, G-Gembira dan Gurau. Selepas mendengar
taklimat beliau, saya rasa bersemangat untuk meneruskan perjalanan sebagai

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930
seorang guru yang cemerlang. Beliau juga berkongsi tips-tips yang amat berguna
dalam pengurusan bilik darjah supaya kami dapat mengawal bilik darjah dengan lebih
efisien dalam fasa praktikum seterusnya.
Melalui sesi bersama

guru cemerlang,Puan

Zalina

binti

Puteh, saya mendapat banyak input baharu mengenai proses-proses untuk mendapatkan
gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut
mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai
guru.

Kemudian,

guru

boleh

memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru


cemerlang dalam talian.

Bagi, Puan Zalina binti Puteh pula sikap komited dan

dedikasi beliau dalam pengajaran dan pembelajaran telah membawanya selangkah


kehadapan daripada guru-guru yang lain. Beliau juga telah banyak membawa inovasi dalam
pengajaran dan pembelajarannya yang membolehkan murid-murid mudah faham dalam
setiap langkah yang diajar.
Seterusnya,

guru cemerlang juga

mestilah mendokumentasikan segala

kajian

tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian
pelajar (akademik ataupun kokurikulum) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh
jemaah

nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah

dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah
bagi kecemerlangan subjek tersebut. Ini merupakan proses untuk memohon menjadi Guru
Cemerlang. Prosedur ini perlu diikuti oleh setiap guru yang ingin menjadi guru cemerlang
kelak. Walaupun prosedurnya yang agak rumit untuk menjadi guru cemerlang, tetapi guru
yang betul-betul komited tidak menjadikan isu ini sebagai

masalah untuk berjaya

malah mereka akan menjadikan isu ini satu cabaran untuk berjaya.
Terdapat pelbagai kelebihan yang saya peroleh semasa lawatan penanda aras guru
cemerlang ke Sekolah Kebangsaan Temin, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Jerantut,
Pahang. Anataranya ialah Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi
pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin

untuk

memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak
pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang
diajar. Saya ingin menjadikan input yang saya dapat melalui program ini sebagai pemangkin
saya untuk menjadi guru yang komited dan berwibawa seterusnya dapat mengejar gelaran
guru cemerlang apabila berkhidmat sebagai guru kelak

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930
Sepanjang pelaksanaan program ini terdapat juga sedikit kelemahan. Berikutnya,
kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru pelatih pada
awalnya kelihatan segan dengan Puan Zalina binti Puteh. Semua guru pelatih kelihatan
malu-malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun, selepas itu,
semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing -masing tidak mahu
melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang
ini.
Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian
semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing - masing asyik
bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka
mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan keadaan
tersebut.
Terdapat
perlaksanaan

beberapa

program

penambahbaikan

yang

cadangan

sebegini

yang

pertama

adalah

penambahbaikan
lancar

pada

masa

memanjangkan

bagi

memastikan

hadapan.

tempoh

Cadangan

masa

lawatan.

Pemanjangan tempoh masa lawatan dapat memberikan peserta lawatan kesempatan dan
ruang bagi mereka untuk menimba lebih banyak lagi ilmu yang diperlukan dalam bidang
keguruan. Cadangan penambahbaikan yang kedua adalah, notis pemberitahuan program ini
harus dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh perlaksanaan. Hal ini mampu
memastikan perancangan dan persediaan yang cukup rapi bagi memastikan kelancaran
setiap aktiviti dalam program tersebut.
Jelaslah, bahawa dengan adanya Program Bina Insan Guru Fasa 6 iaitu Lawatan
Penanda Aras guru cemerlang ke sekolah kluster ini sangat-sangatlah memberi pelbagai
input dan output yang berguna kepada saya. Ilmu dan pengalaman yang saya peroleh ini
secara tidak langsung dapat dipraktikkan apabila saya memasuki alam pekerjaan kelak.
Kesimpulanya, sepanjang perjalanan program, tidak wujud sebarang masalah yang tidak
diingini. Sehubungan itu pula, pelbagai input yang berguna telah didapati hasil
setiap

perkongsian

memahami

dan

bersama

pihak

mengenalpasti

pentadbiran sekolah Temin. Para

guru

daripada
pelatih

bentuk-bentuk pengurusan cemerlang disamping

memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam


pengurusan pendidikan seharian.

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930

LAMPIRAN

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930

Rajah 1: Penggambaran semua pihak pentadbir SK Temin, mentor dan guru pelatih
Semester 6 yang menyertai BIG VI

Rajah 2: Ucapan
Guru Besar

Alu-aluan Tuan

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930

Rajah 3: Puan Zalina binti Puteh (Guru Cemerlang BI) membuat perkongsian
pengalamannya.

Rajah 4: Kumpualan unit Muzik sedang melawat ke bilik Doktor Muda.

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930

Rajah 5: Kawasan projek hidroponik.

Rajah 6: Bilik daurah.

NAMA :
VELLASHENE A/P SUBRAMANAIAM
NO.KP : 94040608-5930

Rajah 7: Litar MJKR.

Rajah 8 : Akuarium kecil di kawasan rehat SK Temin.

You might also like