You are on page 1of 45

970505-12-6774

MENGKAJI KEMUDAHAN ASAS YANG TERDAPAT DI SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN TAUN GUSI, KOTA BELUD
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kemudahan asas yang terdapat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud. Objektif kajian ini ialah untuk
mengkaji jenis-jenis kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan
kepentingannnya terhadap para pelajar SMK. Taun Gusi. Seramai 30 orang responden
yang terdiri daripada pelajar terlibat dalam kajian ini. Bagi mengenalpasti jenis-jenis
kemudahan asas yang ada di sekolah ini serta kepentingan penyediannya terhadap
pelajar; kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan rujukan telah digunakan. Data
kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif dan dipersembahkan
dalam bentuk linear serta jadual, graf dan carta. Daripada dapatan kajian, kemudahan
asas yang lengkap serta mencukupi penting untuk membantu pelajar dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Kajian ini diharap dapat membantu pihak
sekolah mengenalpasti tahap serta nilai kemudahan yang telah disediakan dan juga
menyediakan tindakan susulan bagi memperbaiki atau menambah keperluan kemudahan
ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih positif.

970505-12-6774
SENARAI KANDUNGAN
Bil.

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

Butiran
ABSTRAK
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
OBJEKTIF KAJIAN
LOKASI KAJIAN
METODOLOGI KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN

Muka Surat

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
pentadbir sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud khasnya Pengetua Tuan Haji Suid bin
Haji Hanapi dan Penolong Kanan Pra-Universiti, Encik Tommy Golok kerana memberi
sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.
2

970505-12-6774
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Encik Nik Mahassan bin Mahmood selaku guru subjek Pengajian
Am yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi menyempurnakan kerja kursus
ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat
dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus Pengajian Am ini.
Khas buat ibu bapa saya yang tercinta iaitu Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan
Puan Hasnah Anjam kerana telah berkorban dari segi kewangan dan banyak memberi
sokongana moral kepada saya sepanjang masa.
Penghargaan kepada rakan-rakan saya atas kesudian membantu dan segala nasihat
yang diberikan. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi
meluangkan masa menjawab soal selidik dan ditemu bual.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

1.0 PENGENALAN

Perkataan prasarana dan kemudahan asas adalah bersinonim antara satu sama lain dan
membawa maksud keseluruhan iaitu kemudahan dan perkhidmatan asas yang perlu demi
pembangunan dan kemajuan (pertumbuhan) sesuatu organisasi. Perkataan 'kemudahan'
adalah berasal daripada kata asal - 'mudah' yang bermaksud tidak susah, tidak sukar, tidak
3

970505-12-6774
ada kesulitan, lancar, enteng, cepat, senang dan selesa. 'Kemudahan' pula membawa
maksud keentengan, keselesaan, kelonggaran, kelicinan, kesenangan, kelapangan,
kesederhanan, keinginan, kelegaan dan kelawasan (Zainal Abidin Safarwan, 1995).
Kemudahan juga bermaksud fasilitet yang bermaksud kemudahan untuk kepentingan
orang ramai / perkhidmatan.
Dr. Teuku Iskandar (1970) di dalam Kamus Dewan memberikan maksud yang sama
mengenai kemudahan iaitu perihal mudah atau kesenangan kepada sesebuah negara,
masyarakat atau organisasi. Justeru itu, penyediaan kemudahan asas adalah penting
kepada pembangunan sesebuah insitusi demi keselesaan penggunanya serta kelicinan
proses yang berlaku di dalam institusi tersebut.
Melalui keseluruhan maksud di atas, pengkaji telah membuat pilihan untuk membuat
kajian terhadap kemudahan asas iaitu jenis-jenis kemudahan asas dan kepentingan
penyediaannya terhadap pelajar sekolah dalam sesebuah institusi pendidikan iaitu
sekolah. Pengkaji telah memilih sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud sebagai kawasan
kajian. Menurut Norhasyila Minhat (2011),

sebagai sebuah institusi pendidikan,

kemudahan yang lengkap amat diperlukan dalam keberkesanan pembelajaran dan kepada
pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian tersebut. Menurutnya lagi, institusi pendidikan
memainkan peranan yang utama dalam mencapai objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi atau nama ringkasnya SMK.
Taun Gusi yang ada pada masa kini telah siap dibina dan mula digunakan sejak tahun
1983. Bangunan baru ini dibina di kawasan seluas 5 hektar di kawasan Kg. Taun Gusi
dan berhampiran jalan raya utama ke Kudat. Sekolah ini mendapat namanya bersempena
dengan nama Kg. Taun Gusi. Ia dirasmikan oleh YAB. Datuk Anwar Ibrahim pada tahun
15 April 1983, yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian.
Terdapat 3 blok bangunan 3 tingkat telah disediakan untuk tempat belajar dan
pentadbiran. Bangunan sekolah ini mengandungi 33 bilik bilik darjah, 6 bilik Makmal
Sains, blok Kemahiran Hidup, bilik Pusat Seni, Bilik Teknologi Pendidikan (komputer ),
bilik masakan, bilik kaunseling, pusat sumber, pejabat sekolah termasuk bilik pengetua
dan guru kanan serta bilik-bilik khas. Asrama juga turut dibina dengan 3 blok bangunan 3
tingkat yang boleh menampung antara 300 hingga 350 orang pelajar (lelaki dan
perempuan). Dewan asrama makan juga disediakan untuk pelajar yang menuntut di
4

970505-12-6774
asrama. Selain itu, sebuah rumah pengetua disediakan dan 3 blok bangunan 4 tingkat
didirikan untuk penginapan guru-guru. Bagi kakitangan bukan mengajar, satu blok
bangunan telah disediakan untuk penginapan mereka. Jumlah pelajar yang semakin
bertambah menyebabakan banyak kemudahan sekolah seperti bersukan dan berpersatuan
serta peralatan sama ada dalam bidang Kurikulum dan kokurikulum diperbanyakkan.
Sehingga paada tahun 1998, satu blok bangunan telah dibina sebagai penampung
kepada penambahan pelajar yang semakin ramai. SMK Taun Gusi juga dikenali sebagai
SEMTASI sehingga kini. Nama jolokan SEMTASI ini mempunyai keistimewaan dan
keunikannya yang tersendiri berbanding dengan sekolah-sekolah yang terdapat di daerah
ini. Prasarana yang disediakan akan menjamin keselesaan yang sepenuhnya kepada
pelajar SEMTASI. Hal ini disebabkan SEMTASI mempunyai cawangan yang tersendiri
demi menampung jumlah pelajar sekolah menengah yang kian bertambah. Cawangan
SMK Taun Gusi Tambulion menjadi tarikh sejarah bagi permulaan cawangan ini pada
bulan Disember 1995. Cawangan ini diwujudkan di kg. Tambulion, 9 kilometer dari
Pekan Kota Belud dan 12 kilometer dari sekolah induknya. Pada awal penubuhan
cawangan ini, terdapat seramai tiga orang guru sahaja yang mengajar di cawangan ini
termasuk penyelianya. Dua bulan selepas itu jumlah guru bertambah menjadi 9 orang
manakala jumlah pelajarnya seramai 150 orang pelajar tingkatan 1 dan mempunyai 5
buah bilik darjah. Pada tahun 1997, jumlah pelajarnya bertambah menjadi 270 orang
dengan 17 orang guru. Jumlah pelajarnya terus meningkat kepada 349 orang dan 21
orang guru pada tahun 1998 dan hanya terdapat 11 buah bilik darjah sahaja pada waktu
itu. Oleh kerana cawangan ini belum memiliki bangunannya sendiri maka terpaksalah
menumpang di bangunan SK Tambulion dan mengamalkan sistem persekolahan dua sesi
iaitu sesi pagi bagi tingkatan 3 dan sesi petang bagi tingkatan 1 dan 2. Sehinggalah
menjelang pada tahun 1999, akhirnya cawangan ini telah dipisahkan dari induknya dan
mempunyai pengetuanya sendiri. Kini, sekolah ini telah mencapai usia 30 tahun dan telah
ditadbir oleh empat belas orang pengetua sehingga pada hari ini iaitu Tuan Hj Suid Bin
Haji Hanapi, Pengetua cemerlang di SMK Taun Gusi.
Sehingga tahun 2016, SMK. Taun Gusi, Kota Belud memiliki jumlah pelajar
seramai 1079 orang. Seramai 521 pelajar lelaki dan 558 pelajar perempuan telah
mendaftar di sekolah ini. Seterusnya, jumlah guru di SMK. Taun Gusi, Kota Belud
5

970505-12-6774
adalah seramai 112 orang. Jumlah Kakitangan Bukan Mengajar di sekolah ini pula ialah
seramai 20 orang. Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) juga termasuk sebagai warga
sekolah kerana mereka juga menjadi tulang belakang terhadap aspek pentadbiran sekolah.
Sistem persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang masih diamalkan. Sesi
pagi ini terdiri daripada Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat sehinga Tingkatan enam yang
menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) bermula seawal jam 7.00 pagi
sehinggalah 12.40 tengahari. Pelajar Tingkatan Tiga dibahagikan kepada dua sesi, oleh itu
sesi petang terdiri daripada Tingkatan Satu, Tingkatan Dua juga Tingkatan Tiga. Sesi ini
memulakan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) pada pukul 12.40 tengahari dan
berakhir pada pukul 5.50 petang. Pada format yang baharu diperkenalkan bermula tahun
2014, para pelajar di

Tingkatan Satu, Dua dan Tingkatan Tiga perlu menduduki

perperiksaan Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Selepas itu, pelajar akan menduduki


peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM) pada Tingkatan Lima selepas tempoh dua
tahun yang diberikan kepada pelajar sebagai persiapan bagi menghadapi peperiksaan
tersebut. Manakala, pelajar Tingkatan Enam juga akan menduduki peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Rasional kajian ini adalah untuk mengkaji kemudahan asas yang telah disediakan
oleh pihak pentadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud. Pengkaji
mendapati bahawa beberapa kemudahan asas yang sedia ada di SMK. Taun Gusi, Kota
belud

perlu

mendapat

perhatian

daripada

pihak

berwajib

sebagai

langkah

penambahbaikan. Oleh yang demikian, pengkaji berminat untuk mengetahui tentang


pandangan pelajar SMK. Taun Gusi terhadap kemudahan asas yang disediakan di sekolah
berkenaan. Pengkaji juga mengharapkan melalui kajian ini dapat membantu pihak
sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud untuk menilai semula serta membuat tinjauan
secara objektif bagi menambah, menggantikan dan membaiki beberapa kemudahan asas
di sekolah ini demi persekitaran pembelajaraan yang lebih positif. Oleh itu, pengkaji telah
menjalankan kajian terhadap jenis-jenis kemudahan asas yang disediakan oleh pihak
sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud serta mengetahui kepentingannya terhadap pelajar
sekolah tersebut.

970505-12-6774

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Terdapat dua objektif kajian kerja kursus ini:
1. Mengkaji jenis-jenis kemudahan asas yang disediakan oleh pihak sekolah SMK.
Taun Gusi, Kota Belud.
Pihak pentadbiran SMK. Taun Gusi telah menyediakan pelbagai kemudahan asas
demi keselesaan dan kegunaan para pelajar. Pengkaji akan meninjau beberapa
kemudahan asas yang penting dan kerap digunapakai oleh para pelajar semasa

970505-12-6774
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sama ada di kelas mahupun di luar
bilik darjah.
2. Mengkaji kepentingan kemudahan asas yang terdapat di SMK. Taun Gusi, Kota
Belud.
Antara aspek yang diutamakan dalam kajian ini adalah untuk menilai serta
mengenalpasti kepentingan kemudahan asas yang cukup kepada para pelajar.
Antara kemudahan asas yang akan dikaji adalah seperti kerusi, meja, kipas,
peralatan makmal dan peralatan sukan.

3.0 LOKASI KAJIAN


Kajian ini dijalankan di kawasan sekolah SMK. Taun Gusi, yang terletak di antara
Kampung Kesapang dan Kampung Taun Gusi di daerah Kota Belud iaitu sekolah
pengkaji sendiri. Jarak SMK. Taun Gusi dari pekan Kota Belud adalah kira-kira 15
kilometer dan anggaran masa perjalanan 10 hingga 12 minit dari pusat pekan Kota Belud.
Kedudukan SMK. Taun Gusi juga terletak di jalan yang dikenali sebagai by-pass antara
daerah Kota Belud dan daerah Kudat. Keluasan kawasan sekolah SMK. Taun Gusi adalah
seluas 5 hektar.
8

970505-12-6774
3.1 Peta

Peta 1: Kedudukan SMK. Taun Gusi di daerah Kota Belud


Sumber: http://maps.google.com

Peta 2: Kedudukan SMK. Taun Gusi, Kota Belud dalam 3-dimensi


Sumber: http://maps.google.com
9

970505-12-6774
3.2 Gambar

Gambar 1: Kawasan kajian iaitu SMK. Taun Gusi, Kota Belud


Sumber: Kajian Lapangan 2016

4.0 METODOLOGI KAJIAN

10

970505-12-6774
Dalam bahagian ini pengkaji akan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian
dan prosedur analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh dugunakan untuk
memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai.
4.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk diskriptif. Kajian tinjauan
merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan
persampelan, pengukuran, dan analisis data. Penyelidikan diskriptif merupakan satu jenis
penyelidikan yang bertujuan menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini
adalah untuk mengkaji jenis-jenis kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak
sekolah SMK. Taun Gusi serta menganalisis kepentingannya terhadap pelajar.

4.2 Instrumen Kajian


Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep
yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan, dan keterangan latar belakang.
Jadual 1: Kaedah Instrumen Kajian
Kaedah
Kuantitatif
Kualitatif

Instrumen
Borang soal selidik dan borang temubual
Rujukan dan pemerhatian
Sumber: Kajian Lapangan 2016

4.2.1 Soal Selidik


Kaedah soal selidik merupakan instrumen yang paling popular dalam kajian
tinjauan. Borang soal selidik dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple)
iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas (R.Kuberan et al, 2013).
Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C menggunakan skala likert 5 aras.
4.2.2 Temu Bual
11

970505-12-6774
Instrumen temu bual mempunyai 2 peringkat; secara formal dan tidak formal.
Kaedah temu bual ini boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka dan bantuan
komputer. Kaedah yang pengkaji gunkan adalah tidak formal iaitu secara bersemuka yang
melibatkan beberapa orang pelajar SMK. Taun Gusi. Pengkaji mengajukan soalan yang
penting dengan jelas dan tepat dengan menyenaraikan beberapa persoalan bagi menjawab
objektif kajian ini.
4.2.3 Rujukan
Instrumen rujukan utama yang pengkaji perolehi daripada bahan-bahan ilmiah
seperti buku-buku, kamus dan sumber internat yang berkaitan dengan penyediaan jenisjenis kemudahan asas serta kepentingannya kepada pelajar dalam sesebuah institusi.
Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.
4.2.4 Pemerhatian
Instrumen pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah
ini dijalankan dalam waktu persekolahan di kawasan lokasi kajian iaitu di SMK. Taun
Gusi, Kota Belud. Pengkaji mencatatkan kemudahah-kemudahan asas yang sedia ada
serta mengambil gambar yang berkaitan.
4.3 Sampel Kajian
Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat, atau fenomena yang
menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian
tinjauan adalah secara rawak daripada satu populasi yang dikenal pasti. Responden kajian
ini terdiri daripada 30 orang pelajar SMK. Taun Gusi, Kota Belud. Mereka terdiri
daripada 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan dari sekolah ini yang akan diambil
sebagai responden. Responden pula adalah terbatas iaitu hanya warga sekolah SMK.
Taun Gusi sahaja yang layak mengisi boring soal selidik dengan lengkap pada hari kajian
dijalankan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar dan 30 borang soal selidik
akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih
tepat. Dalam penggunaan data kuantitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemu bual.
4.4 Cara Pengumpulan Data
12

970505-12-6774
Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi,
borang soal selidik, temu bual dan borang pemerhatian.
4.4.1

Pemerhatian
Borang pemerhatian ini adalah jenis borang pemerhatian terbuka iaitu

pengkaji telah membuat pemerhatian menyeluruh di kawasan lokasi kajian iaitu


SMK. Taun Gusi untuk membuat tinjauan tetang kemudahan asas yang ada di
kawasan sekolah ini.
4.4.2 Soal Selidik
Kaedah soal selidik juga digunakan sebagai langkah untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang
telah diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal
selidik terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden. Bahagian B pula adalah
mengenai jenis-jenis kemudahan asas yang ada di SMK. Taun Gusi, Kota Belud,
manakala bahagian C adalah soalan mengenai kepentingan kemudahan yang
disediakan di kawasan kajian terhadap pelajar.
4.4.3 Kaedah Temubual
Melalui kaedah ini, pengkaji telah menemuramah beberapa orang pelajar SMK.
Taun Gusi, Kota Belud tentang pandangan mereka terhadap kemudahan asas yang
ada di sekolah. Pengkaji telah menyediakan borang temu bual yang mengandungi
6 soalan berstruktur. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengetahui jenisjenis kemudahan yang disediakan di sekolah SMK. Taun Gusi yang kerap
digunapakai serta kepentingannya terhadap pelajar sekolah ini.

13

970505-12-6774

5.0 DAPATAN KAJIAN


Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik, temu bual, rujukan, dan pemerhatian yang telah dijalankan
berkaitan jenis-jenis kemudahan asas yang disediakan di SMK. Taun Gusi, Kota Belud
dan kepentingannya kepada pelajar. Seterusya, menganalisis data terhadap jenis-jenis
kemudahan asas yang disediakan dan kepentingannya terhadap pelajar di SMK. Taun
Gusi, Kota Belud.
5.1 Demografi Responden
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar SMK. Taun Gusi, Kota Belud
telah mengisi borang soal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan
jantina, umur serta sesi persekolahan dalam bentuk jadual dan Rajah.
Rajah 1: Demografi responden mengikut jantina.

14

970505-12-6774

Jantina

Perempuan; 53%

Lelaki; 47%

Sumber: Kajian Lapangan 2016


Daripada Rajah 1, jumlah responden tersebut adalah seramai 14 orang lelaki
bersamaan dengan 46.7% dan seramai 16 orang responden perempuan bersamaan dengan
53.3%. Hal ini jelas menunjukkan bahawa faktor jantina sama sekali tidak mempengaruhi
dalam kajian ini kerana tidak ada perbezaan yang ketara bagi pandangan mereka
mengenai isu yang dikaji.
Jadual 3: Demografi responden berdasarkan umur
KEKERAPAN (ORANG)
UMUR

Antara umur 13 hingga 15 tahun


4
13.3
Antara umur 16 hingga 17 tahun
6
20
19 tahun
4
13.3
Sumber: Kajian Lapangan 2016

8
1
7

26.7
3.3
23.3

Jadual 3 menunjukkan jumlah responden berdasarkan umur di kawasan kajian


iaitu seramai 4 orang lelaki berumur antara 13 hingga 15 tahun merangkap pelajar PT3
bersamaan dengan 13.3%, manakala seramai 8 orang responden perempuan dalam
peringkat umur yang sama bersamaan dengan 26.7%. Terdapat seramai 6 orang
15

970505-12-6774
responden bagi pelajar SPM iaitu umur 16 dan 17 dengan 6 orang pelajar lelaki
bersamaan dengan 20%, dan hanya seorang sahaja responden perempuan dengan kiraan
3.3%. Selanjutnya, bagi pelajar STPM yang berumur 19 tahun, jumlah responden lelaki
adalah seramai 4 orang mewakili 13.3%, dengan jumlah responden perempuan sejumlah
7 orang iaitu 23.3%. Jumlah responden mengikut umur ini menerangkan bahawa ia tidak
banyak mempengaruhi dalam kajian ini.
Jadual 4: Demografi responden berdasarkan sesi persekolahan
KEKERAPAN (ORANG)
L

SESI PERSEKOLAHAN
PAGI
PETANG

11
36.7
3
10
Sumber: Kajian Lapangan 2016

10
6

33.3
20

SESI PERSEKOLAHAN
40.00%
35.00%
30.00%
25.00%

Lelaki
Perempuan

JUMLAH 20.00%
15.00%
10.00%
5.00%
0.00%

Sesi Pagi

Sesi Petang
SESI

Graf 1: Sesi Persekolahan pelajar SMK. Taun Gusi, Kota Belud


Sumber: Kajian Lapangan 2016

16

970505-12-6774
Jadual 4 dan Graf 1 merujuk kepada sesi persekolahan responden di kawasan
kajian, SMK. Taun Gusi, Kota Belud yang terdiri daripada dua sesi iaitu sesi pagi dan
sesi petang. Kajian ini menunjukkan jumlah responden yang terlibat dengan sesi pagi
ialah seramai 21 orang sekaligus menjadi majoriti kepada soal selidik kajian ini. Jumlah
responden lelaki bagi sesi pagi ialah 11 orang lelaki bersamaan dengan 36.7%, manakala
responden perempuan adalah seramai 10 orang pelajar bersamaan dengan 33.3%. Bagi
sesi petang pula, responden kajian ini berjumlah 9 orang iaitu dengan 3 orang pelajar
lelaki mewakili 10%, berserta 6 orang pelajar perempuan iaitu 20%. Hal ini menunjukkan
terdapat perbezaan jumlah responden yang ketara mewakili sesi pagi dan sesi petang
walaupun borang soal selidik telah diedarkan secara rawak.

5.2 Jenis-jenis Kemudahan Asas yang disediakan di sekolah SMK. Taun Gusi, Kota
Belud.

S
1

S
2
S
3
S
4
S
5

BAHAGIAN B
Bilangan kerusi dan meja
mencukupi kepada semua
pelajar di setiap kelas.
Kipas dan lampu di dalam
bilik darjah adalah berfungsi
dengan baik.
Adakah jumlah tong sampah
yang disediakan di setiap
kelas mencukupi?
Bekalan elektrik di setiap
kelas berfungsi dengan baik.
Bekalan air di sekolah ini
sentiasa ada dan tidak
mengalami masalah.

SS

S
%

16.
7

20

16

53.
3

6.7

10

23.
3
20

20

Bil
.
14

TP

Bil
.
6

%
46.
7
10

Bil
.
7
8

13

%
23.
3
26.
7

STS
Bil %
.
0
0

TS
Bil
.
3

%
10

16.
7

30

10

3.3

13.3

33.
3
43.
3

16.
7
16.
7

20

20

17

970505-12-6774
S
6

S
7

S
8

Peralatan sukan untuk


subjek PJK dan Sains Sukan
adalah mencukupi serta
berada dalam keadaan yang
baik.
Pelbagai alatan radas dan
bahan di Makmal Sains telah
disediakan untuk membuat
eksperimen atau amali
Sains.
Penggunaan bahan bantu
Sains dan Teknologi
digunakan semasa proses
P&P di sekolah:

6.7

10

33.
3

14

46.
7

13.
3

15

50

11

36.
7

3.3

10

20

30

10

33.
3
3
b) Komputer/Komputer
7
23. 12
40
8
26.
1
Riba
3
7
c) Internet
7
23.
9
30
10 33.
1
3
3
Jadual 1: Jenis-jenis kemudahan asas yang disediakan

10

6.7

3.3

10

3.3

10

a) Projektor

Sumber: Kajian Lapangan 2016


Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak
sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud. Pengkaji memulakan soalan kemudahan asas yang
utama yang perlu disediakan di setiap sekolah iaitu mengenai jumlah kerusi dan meja di
dalam bilik darjah.
5.2.1 Kemudahan Asas Jenis Kerusi dan Meja di Dalam Bilik Darjah
Seramai 6 responden telah memilih kategori Sangat Setuju bersamaan dengan
20% bahawa jumlah kerusi dan meja di bilik darjah mereka sangat mencukupi. Kategori
Setuju pula menjadi pilihan ramai iaitu 14 orang responden bersamaan dengan 46.7%.
Manakala 7 orang responden memilih kategori Tidak Pasti iaitu bersamaan dengan
23.3%, dan 3 orang telah memilih Tidak Setuju bersamaan dengan 10% bagi kemudahan
asas jenis kerusi dan meja yang disediakan di dalam bilik darjah yang menunjukkan
bahawa jumlah kerusi dan meja di dalam bilik darjah mereka adalah tidak mencukupi.
18

970505-12-6774
Mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Tan
Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2007) telah menyatakan bersesuaian dengan
program Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks, kerajaan
menyediakan peruntukan melengkapkan sekolah dengan pelbagai peralatan untuk
keselesaan. Hal ini menunjukkan bagaimana pentingnya penyediaan kemudahan asas
kerusi dan meja di sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud kepada pelajarnya.
Menurut temubual yang pengkaji jalankan bersama Agnes Mentin, pelajar Pra-U2
Geografi; kemudahan asas yang disediakan di dalam setiap bilik darjah ada yang
mecukupi ada yang tidak. Bagi kelas yang tidak mempunyai kerusi atau meja yang
mencukupi, mereka terpaksa mencari kemudahan tersebut di kelas lain yang memiliki
kerusi atau meja yang berlebihan. Hal ini kerana jumlah pelajar adalah tidak sama di
kedua-dua sesi iaitu pagi dan petang. Mereka perlu berkongsi kelas yang sama bagi sesi
yang berlainan dengan jumlah pelajar yang berbeza. Pengkaji juga telah menjalankan
pemerhatian di salah satu kelas yang mempunyai dua sesi di kawasan kajian iaitu kelas 3
Cerdas bagi sesi pagi dan kelas 2 Cempaka bagi sesi petang.

Kemudahan Asas Jenis Kerusi dan Meja

10%

20%

23%

Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju

47%

Rajah 2: Jenis kemudahan asas di SMK. Taun Gusi iaitu kerusi dan meja
Sumber: Kajian Lapangan 2016

19

970505-12-6774

Foto 1: Penyediaan Kerusi dan Meja di kelas 3 Cerdas, SMK Taun Gusi, Kota Belud
Sumber: Kajian Lapangan 2016

5.2.2 Jenis Kemudahan Asas: Kipas dan Lampu di Dalam Kelas


Seterusnya, bagi penyataan tentang kemudahan asas jenis kipas dan lampu di
dalam kelas sama ada ianya berfungsi dengan baik, seramai 5 orang responden memilih
kategori Sangat Setuju bersamaan dengan 16.7%, 3 orang memilih Setuju bersamaan
dengan 10%. Manakala seramai 8 orang responden telah memilih kategori Tidak Pasti
iaitu mewakili 26.7%, dan 9 orang bersamaan 30% responden pula menyatakan kategori
Sangat Tidak Setuju terhadap fungsi kipas dan lampu yang tidak berada dalam keadaan
yang baik di dalam kelas mereka. Sementara itu, seramai 9 orang responden juga
bersamaan 30% telah memilih kategori Tidak Setuju bagi jenis kemudahan asas bagi
kipas dan lampu di dalam bilik darjah mereka yang tidak berfungsi dengan baik.

20

970505-12-6774

Fungsi Kipas dan Lampu di Dalam Bilik Darjah

17%
30%
10%

17%

Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju

27%

Rajah 3: Jenis kemudahan asas kipas dan lampu di dalam bilik darjah
Sumber: Kajian Lapangan

Foto 2: Kipas yang tidak berfungsi di sebuah kelas di kawasan kajian


21

970505-12-6774
Sumber: Kajian Lapangan 2016
5.2.3 Kemudahan Asas: Tong Sampah yang disediakan di perkarangan sekolah SMK.
Taun Gusi, Kota Belud
Selanjutnya, bagi pernyataan berkaitan penyediaan tong sampah di kawasan
kajian, seramai 6 orang responden telah memilih kategori Sangat Setuju bersamaan
dengan 20%, manakala majoriti responden telah memilih kategori Setuju iaitu dengan
peratusan 53.3% daripada 30 orang responden yang juga menunjukkan mereka berpuas
hati dengan penyediaan kemudahan tong sampah di sekolah SMK. Taun Gusi, Kota
Belud. Seramai 3 orang responden telah memilih Tidak Pasti bagi jenis kemudahan ini
bersamaan dengan 10%, dan hanya seorang yang memilih Sangat Tidak Setuju mewakili
3.3%, selebihnya iaitu 4 orang responden mengakui Tidak Setuju bersamaan dengan
13.3%.
Pengkaji telah menemubual seorang pelajar kelas 5 Sains Sukan, Muhd. Aaron
Nusair bin Zainal Abidin. Menurut beliau penyediaan tong sampah yang mencukupi di
kawasan kajian adalah kerana penyertaan sekolah tersebut dalam pertandingan Alam
Sekitar (SERASI). Menurut beliau lagi, SMK. Taun Gusi juga pernah dipilih sebagai
pemenang bagi beberapa kategori dalam pertandingan tersebut. Oleh yang demikian,
pihak sekolah telah menyediakan kemudahan asas ini dengan mencukupi di setiap
kawasan sekolah seterusnya membudayakan pelajar untuk menjaga kebersihan dan
melestarikan alam sekitar.

22

970505-12-6774

Penyediaan Tong Sampah yang Mencukupi


Sangat Setuju
Sangat Tidak Setuju

13%
3%

Setuju
Tidak Seruju

Tidak Pasti

20%

10%

53%

Rajah 4: Jenis kemudahan asas tong sampah di SMK. Taun Gusi, Kota Belud
Sumber: Kajian Lapangan 2016

5.2.4 Kemudahan Bekalan Elektrik di Setiap Bilik Darjah SMK. Taun Gusi, Kota Belud
Bagi kemudahan asas iaitu bekalan elektrik bagi setiap kelas di kawasan kajian,
seramai 2 orang memilih Sangat Setuju bersamaan dengan 6.7%, manakala seramai 7
orang pula iaitu sebanyak 23.3% telah memilih kategori Setuju. Ini menunjukkan bahawa
mereka bersetuju terhadap bekalan elektrik di dalam bilik darjah adalah berfungsi dengan
baik. Manakala, seramai 10 orang responden dengan peratusan yang tinggi iaitu 33.3%
tidak pasti bagi jenis kemudahan asas berkenaan. 5 orang responden pula memilih
kategori Sangat Tidak Setuju bersamaan dengan 16.7%, juga 6 orang memilih Tidak
Setuju secara tidak langsung pengkaji dapat mengetahui bahawa kemudahan asas jenis
bekalan elektrik di setiap kelas adalah tidak sama iaitu sebahagian berfungsi dengan baik,
selebihnya tidak boleh digunakan.

23

970505-12-6774

Foto 3: Kemudahan bekalan elektrik dalam salah sebuah kelas di kawasan kajian yang
tidak berfungsi
Sumber: Kajian Lapangan 2016
5.2.5 Bekalan Air yang disalurkan perlu mencukupi kepada sekolah
Berdasarkan graf berkenaan, tidak ada seorang pelajar pun yang memilih kategori
Sangat Setuju bagi jenis kemudahan bekalan air di kawasan kajian. Seramai 6 orang
bersamaan dengan 20% responden memilih kategori Setuju terhadap kemudahan tersebut.
Manakala 13 orang responden iaitu mewakili 43.3 peratusan tidak pasti tentang bekalan
air di SMK. Taun Gusi sama ada mencukupi dan tidak mengalami masalah atau pun
sebaliknya. Selebihnya iaitu 5 orang responden bersamaan dengan 16.7% memilih Sangat
Tidak Setuju, dan seramai 6 orang bersamaan dengan 20% daripada 30 responden telah
memilih Tidak Setuju bagi penyediaan kemudahan bekalan air di kawasan kajian. Hal ini
menunjukkan bahawa kemudahan air yang menjadi asas untuk kegunaan para pelajar
serta warga sekolah tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi atas sebab-sebab yang
tertentu.

24

970505-12-6774

Bekalan Air

JUMLAH (orang)

600%
500%
400%
300%
200%
100%
0%

Graf 2: Pandangan pelajar terhadap kemudahan bekalan air di SMK. Taun Gusi, Kota
Belud
Sumber: Kajian Lapangan 2016

5.2.6 Penyediaan peralatan sukan kepada para pelajar bagi subjek Pendidikan Jasmani &
Kesihatan (PJK) dan Sains Sukan
Bagi penyataan yang seterusnya iaitu penyediaan kemudahan peralatan sukan
sukan di sekolah, seramai 2 orang responden telah memilih Sangat Setuju bersamaan
dengan 6.7%, manakala 10 orang responden pula memilih kategori Setuju bersamaan
dengan 33.3%. Jumlah majoriti iaitu 14 orang responden telah memilih Tidak Pasti
bersamaan dengan 46.7% terhadap penyediaan kemudahan-kemudahan ini di sekolah
SMK. Taun Gusi, Kota Belud. Selebihnya pula iaitu 4 orang responden telah memilih
kategori Sangat Tidak Setuju bersamaan dengan 13.3%. Hasil dari analisis yang
dijalankan bagi bahagian ini, penyediaan peralatan sukan di kawasan kajian adalah masih
pada tahap sederhana. Penyediaan peralatan sukan yang lengkap memainkan peranan
penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah terutamanya dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmasni dan Kesihatan (PJK) dan juga Sains Sukan. Tanpa
penyediaannya, proses tersebut tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar selari
dengan dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

25

970505-12-6774
pada tahun 2011 bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Peenyediaan Peralatan Sukan


13%

7%
33%

47%

Sangat Setuju
Setuju
Tidak Pasti
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju

Rajah 5: Penyediaan peralatan sukan kepada para pelajar di SMK. Taun Gusi, Kota Belud
Sumber: Kajian Lapangan 2016
5.2.7 Penyediaan peralatan radas dan bahan di Makmal Sains SMK. Taun Gusi, Kota
Belud
Selanjutnya, bagi penyediaan peralatan radas dan bahan di Makmal Sains SMK.
Taun Gusi, seramai separuh daripada responden iaitu 15 orang telah memilih kategori
Setuju bersamaan dengan 50%. Manakala 11 orang responden pula telah memilih Tidak
Pasti bersamaan dengan 36.7%. Seorang responden telah memilih Sangat Tidak Setuju
bagi kemudahan berkenaan bersamaan dengan 3.33%, dan 3 orang responden bersamaan
dengan 10% daripada 30 orang responden telah memilih kategori Tidak Setuju. Menurut
beberapa orang responden, pembelajaran sains melalui eksperimen di makmal akan
menjadi lebih efektif kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperoleh
maklumat melalui peralatan radas dan bahan yang sebenar.

26

970505-12-6774

Penyediaan Peralatan Radas dan Bahan

Sangat Tidak Setuju; 4%

Tidak Pasti; 41%


Setuju; 56%

Rajah 6: Jenis Kemudahan Peralatan Radas dan Bahan di Makmal Sains SMK. Taun
Gusi, Kota Belud
Sumber: Kajian Lapangan 2016

5.2.8 Penggunaan alat bahan bantu mengajar Sains dan Teknologi dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Jenis kemudahan seterusnya pula, bagi penyataan penggunaan bahan bantu
mengajar Sains dan Teknologi semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di
kawasan kajian iaitu penggunaan projektor. Terdapat 6 orang responden memilih kategori
Sangat Setuju bersamaan dengan 20%, dan 30% memilih kategori Setuju iaitu seramai 9
orang. Manakala, 10 orang pula bersamaan dengan 33.3% telah memilih Tidak Pasti, 3
orang bersamaan dengan 10% memilih Sangat Tidak Setuju dan 2 orang daripada 30
responden iaitu mewakili 6.7% memilih Tidak Setuju dengan penggunaan projektor
semasa proses pembelajaran di bilik darjah.

27

970505-12-6774
Penggunaan projektor merangkumi bahan bantu mengajar yang dikenali sebagai
Alat Pandang dan Dengar (APD). Gaya pembelajaran pelajar perlu berubah selari dengan
pemesatan pembangunan Negara iaitu tidak bergantung kepada pembelajaran berasaskan
pembacaan buku sahaja, tetapi secara grafik multimedia bagi meningkatkan minat,
kreativiti, kemahiran dan pengetahuan pelajar.

Penggunaan Bahan Bantu Sains dan Teknologi


120%
100%
Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju

80%

Tidak Pasti
Setuju

60%

Sangat Setuju
40%
20%
0%

Projektor

Komputer/Komputer Riba

Internet

Graf 1: Antara jenis kemudahan Sains dan Teknologi yang digunakan di SMK. Taun
Gusi, Kota Belud
Sumber: Kajian Lapangan 2016
Bagi kemudahan penggunaan komputer atau komputer riba, seramai 7 orang
responden bersamaan dengan 23.3% memilih kategori Sangat Setuju. Terdapat suara
ramai yang memilih kategori Setuju iaitu seramai 12 orang responden bersamaan dengan
40%, manakala 8 orang responden telah memilih kategori Tidak Pasti dengan peratusan
sebanyak 26.7%, seorang sahaja yang memilih Sangat Tidak Setuju bagi pengggunaan
komputer di sekolah dengan 3.33%, dan 2 orang memberi respon Tidak Setuju iaitu
bersamaan dengan 6.7%. Menurut Agnes Mentin yang mengatakan bahawa penggunaan

28

970505-12-6774
komputer di sekolah SMK. Taun Gusi adalah terhad kepada pelajar yang mengambil
subjek Information Science and Techmology (ICT) sahaja atau pun pelajar yang membuat
permintaan akses masuk terlebih dahulu kerana tidak semua komputer yang disediakan di
makmal komputer berfungsi. Komputer atau komputer riba yang disediakan juga ada
yang masih menggunakan model keluaran lama dan perisian yang belum dikemas kini
dengan perisian terbaru.
Bagi penggunaan internet pula, terdapat 7 orang responden bersamaan dengan
23.3% memilih kategori Sangat Setuju terhadap jenis kemudahan asas Sains dan
Teknologi yang disediakan di SMK. Taun Gusi, Kota Belud. 9 orang responden
bersamaan dengan 30% memilih kategori Setuju, dan seramai 10 orang responden dengan
peningkatan sebanyak 3% iaitu 33.3% memilih kategori Tidak Pasti. Seorang responden
telah memilih kategori bersamaan dengan 3.33%, berbanding 3 orang responden yang
memlilih kategori Tidak Setuju iaitu dengan peratusan sebanyak 10%. Pandangan yang
berbeza daripada kesemua responden ini dipengaruhi oleh talian internet di kawasan
kajian. Tidak semua kawasan dapat mengakses kemudahan internet di kawasan sekolah
disebabkan talian yang tidak menyeluruh dan terhad untuk semua bangunan.

29

970505-12-6774

5.3 Kepentingan Penyediaan Kemudahan Asas Kepada Pelajar Sekolah SMK. Taun
Gusi, Kota Belud

S
1

S
2

S
3

S
4

S
5

BAHAGIAN C
SS
S
TP
STS
TS
Kemudahan asas jenis Sains Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
dan
Teknologi
(seperti
.
.
.
.
.
7
23.
9
30
0
0
1 3.33
dinyatakan di atas) dapat 13 43.
3
3
membantu pelajar dalam
proses Pembelajaran dan
Pengajaran (P&P).
Penyediaan tong sampah di 12
20
15
50
2 6.7
0
0
1 3.33
setiap
kelas
dapat
mewujudkan
persekitaran
yang bersih dan suasana
yang harmoni.
Kemudahan asas seperti 13 43. 11 36.
6 20
0
0
0
0
alatan radas dan peralatan
3
7
sukan penting dalam aktiviti
amali terutamanya dalam
subjek Sains, PJK dan Sains
Sukan.
Pelajar suka berada di dalam 17
56.
9 30
2
6.7
1
3.3
1 3.33
kelas jika bekalan elektrik,
7
3
lampu dan kipas berfungsi
dengan baik.
Kemudahan-kemudahan
17
56.
6
20
5
16.
0
0
2 6.7
asas yang disediakan dengan
7
7
lengkap serta mencukupi
memberikan
keselesaan,
semangat dan motivasi
kepada pelajar untuk belajar
ketika di sekolah.
Jadual 3: Kepentingan penyediaan kemudahan asas di SMK. Taun Gusi, Kota Belud
Sumber: Kajian Lapangan 2016

30

970505-12-6774
Jadual di atas menunjukkan kepentingan penyediaan kemudahan asas di SMK.
Taun Gusi, Kota Belud. Pengkaji telah mengajukan sebanyak lima soalan tentang
kepentingan-kepentingan yang boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif
khusus kepada pelajar di kawasan kajian serta pandangan mereka terhadap penyediaan
kemudahan asas yang mencukupi bagi proses pembelajaran mereka di sekolah. Berikut
merupakan penanda aras tersebut:
5.3.1 Kemudahan Asas Sains dan Teknologi membantu pelajar semasa proses Pengajaran
dan Pembelajaran.
Kajian mendapati secara keseluruhannya, pandangan pelajar terhadap kepentingan
Sains dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) seperti penggunaan
projektor, komputer atau komputer riba serta internet berada pada tahap yang tinggi.
Penyataan ini telah mendapat sokongan majoriti responden. Seramai 13 orang pelajar
telah memilih kategori Sangat Setuju bersamaan dengan 43.3%, manakala 7 orang pula
telah bersetuju bersamaan dengan 23.3%. Selebihnya iaitu 9 orang memilih Tidak Pasti
bagi kepentingan penyediaan kemudahan asas jenis Sains dan Teknologi ini mewakili
30% responden, dan hanya seorang yang menyatakan Tidak Setuju dengan penyataan
tersebut dengan jumlah peratusan yang sangat kecil iaitu 3.33%
Berdasarkan temubual pengkaji bersama Nurul Syahirah binti Rakmat pelajar PraU2 Sejarah, proses Pengajaran dan Pembelajaran akan menjadi aktiviti yang lebih
menarik dan lebih bermakna kerana Sains dan Teknologi menyediakan elemen interaktif
yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Dengan adanya kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi, pelajar tidak perlu lagi bergantung semata-mata kepada guru sebagai
pembekal pengetahuan, kerana teknologi membolehkan mereka mengakses maklumat
pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu, teknologi yang diperkenalkan di
pelbagai

laman

rangkaian

sosial,

membolehkan

pelajar

sentiasa

berhubung,

berkomunikasi, berinteraksi dan bersosial dengan orang lain tanpa mempunyai banyak
kesulitan.
Jelaslah, kemudahan asas Sains dan Teknologi perlu disediakan dan kerap
diselenggara oleh pihak sekolah kerana ianya menjadi pemangkin yang penting dan alat
untuk mendorong inovasi pendidikan yang mengubah gaya pembelajaran pelajar ke aras
31

970505-12-6774
yang lebih tinggi. Melalui kajian ini, pengkaji mendapati penyediaan kemudahan ini
menjadi satu kaedah untuk membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran di dalam
bilik darjah.

Setuju; 3%
Tidak Pasti; 30%

Sangat Setuju; 43%

Setuju; 23%

Rajah 4: Kepentingan penyediaan kemudahan asas jenis Sains dan Teknologi


Sumber: Kajian Lapangan 2016
5.3.2 Penyediaan tong sampah mewujudkan persekitaran yang bersih dan suasana yang
ceria.
Seterusnya, bagi soalan penyataan yang ketiga, iaitu kepentingan penyediaan tong
sampah kepada setiap kelas di kawasan kajian adalah untuk mewujudkan persekitaran
yang bersih dan suasana yang ceria. Penyataan ini mendapat sokongan daripada majoriti
responden dengan 12 responden bersamaan dengan 20% memilih Sangat Setuju, separuh
daripada responden pula iaitu 15 orang bersamaan dengan 50% memilih kategori Setuju.
Dua orang responden telah memilih ketegori Tidak Pasti iaitu 6.7% sahaja, dan hanya
seorang tidak bersetuju dengan kepentingan tersebut yang membawa kepada peratusan
yang kecil iaitu 3.33%. Hal ini jelas menyatakan bahawa sejumlah 27 orang responden
yang memilih Sangat Setuju dan Setuju telah mengakui kepentingan penyediaan tong
sampah yang mencukupi dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan suasana yang
ceria.

32

970505-12-6774

Foto 4: Penyediaan tong sampah di dalam kelas mewujudkan persekitaran yang bersih
dan ceria
Sumber: Kajian Lapangan 2016
5.3.3 Alatan radas dan peralatan sukan yang mencukupi penting untuk aktiviti amali
Bagi kepentingan penyediaan kemudahan asas iaitu alatan radas dan peralatan
sukan pula, seramai 13 orang responden telah memilih Sangat Setuju membawa
peratusan sebanyak 43.3%, manakala 11 orang responden bersamaan dengan 36.7%
memilih kategori Setuju bahawa penyediaan kemudahan-kemudahan jenis ini dapat
membantu pelajar terutamanya dalam aktiviti amali terutamanya dalam subjek Sains,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan Sains Sukan. 6 orang responden bersamaan
dengan 20% pula memilih Tidak Pasti tentang kepentingan penyediaan alatan radas dan
peralatan sukan yang mencukupi kepada pelajar. Secara majoritinya, responden bersetuju
bahawa penyediaan kemudahan asas seperti alatan radas dan peralatan sukan penting bagi
subjek-subjek yang melibatkan aktiviti amali. Alatan radas dan peralatan sukan yang
lengkap dapat membantu mereka memahami bukan hanya secara konseptual, malahan
secara praktikal bagi subjek-subjek yang berkenaan. Ia juga dapat melahirkan pelajar
33

970505-12-6774
yang cekap serta berpengetahuan tinggi dalam aspek-aspek berkaitan. Jordan et al. (2011)
menyatakan, penyediaan alatan dan bahan yang mencukupi sewaktu amali sains tanpa
sebarang perkongsian dapat memeri fokus kepada pelajar terhadap penyiasatannya.
5.3.4 Kemudahan asas yang lengkap menarik minat pelajar untuk berada di dalam bilik
darjah.
Di samping itu, pengkaji telah mengajukan penyataan secara abstrak kepada
responden mengenai penyediaan bekalan elektrik, lampu dan kipas yang berfungsi
dengan baik di dalam kelas sama ada menarik minat mereka untuk berada di dalam bilik
darjah atau pun tidak. Pengkaji mendapati jumlah responden yang tinggi iaitu 17 orang
bersamaan dengan 56.7% telah menyatakan Sangat Setuju, 9 orang responden iaitu 30%
daripada 30 orang pula memilih kategori Setuju terhadap kepentingan ini. 2 orang
responden bersamaan dengan 6.7% memilih Tidak Pasti, manakala hanya seorang
memilih Sangat Tidak Setuju, dan seorang juga memilih Tidak Setuju bagi penyataan ini
yang membawa kepada jumlah peratusan 3.33% untuk setiap kategori tersebut. Rata-rata
responden mengakui bahawa mereka suka berada di dalam kelas jika bekalan elektrik,
lampu dan kipas berfungsi dengan baik.
5.3.5 Memberikan keselesaan, semangat, dan motivasi kepada pelajar untuk belajar
Penyataan yang terakhir iaitu kepentingan penyediaan kemudahan-kemudahan
asas yang lengkap dan mencukupi memberikan keselesaan, semangat dan motivasi
kepada pelajar ketika berada di sekolah. Sejumlah responden yang tinggi menyatakan
persetujuan mereka terhadap penyataan ini dengan memilih Sangat Setuju iaitu seramai
17 orang bersamaan dengan 56.7%, manakala 6 orang per 30 responden bersamaan
dengan 20% responden memilih kategori Setuju. Selebihnya iaitu 5 orang responden
16.7% memilih kategori Tidak Pasti, diikuti dengan 2 orang responden yang memilih
kategori Tidak Setuju yang mewakili jumlah peratusan yang kecil iaitu 6.7% dalam masa
yang sama tidak banyak mempengaruhi kajian.
Menurut Hasyilah Minhat (2012), Pembangunan seseorang pelajar dipengaruhi
oleh persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang
sempurna. Kemudahan yang lengkap juga menyebabkan pelajar berpuas hati. Kepuasan
34

970505-12-6774
pula merupakan elemen yang amat penting untuk menjadikan seseorang itu melakukan
usaha dengan lebih berkesan. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan asas
agar dapat memberi keselesaan, semangat dan motivasi kepada pelajar untuk belajar
ketika di sekolah.

Kemudahan asas mencukupi memberikan keselesaan, semangat dan motivasi kepada pelajar untuk belajar ketika di sekolah

17%
20%

Sangat Setuju

7%

Setuju

57%

Tidak Pasti
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju

Rajah 5: Kemudahan asas mencukupi memberikan keselesaan, semangat dan


motivasi kepada pelajar untuk belajar ketika di sekolah
Sumber: Kajian Lapangan 2016

35

970505-12-6774
6.0 Rumusan dan Kesimpulan
6.1 Jenis-jenis Kemudahan Asas yang disediakan di sekolah SMK. Taun Gusi, Kota
Belud
Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak jenis kemudahan asas di
sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Persoalannya hanyalah sama ada kemudahan-kemudahan yang dibekalkan tersebut
mencukupi atau berfungsi dengan baik ataupun tidak.
Menurut soal selidik yang dibuat, responden bersetuju bahawa penyediaan
kemudahan asas kerusi dan meja, tong sampah serta alatan, radas dan bahan untuk
Makmal Sains adalah mencukupi kepada semua pelajar sekolah SMK. Taun Gusi, Kota
Belud. Namun begitu, ada beberapa jenis kemudahan asas yang mereka tidak pasti akan
penyediaannya iaitu fungsi serta keadaan kipas dan lampu di dalam kelas, bekalan
elektrik, bekalan air di sekolah dan pengunaan kemudahan peralatan sukan yang
disediakan bagi subjek PJK dan Sains Sukan.
Seterusnya, bagi kemudahan asas jenis Sains dan Teknologi pula responden
bersetuju bahawa penggunaan komputer atau komputer riba sebagai bahan bantu
mengajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas telah disediakan di
kawasan kajian. Manakala, mereka tidak pasti sama ada penggunaan projektor dan
internet digunakan semasa proses P&P atau pun tidak.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa jenis-jenis kemudahan asas di kawasan kajian
tidak disediakan dengan mencukupi serta tidak ditambahbaik dari semasa ke semasa
6.2 Kepentingan Penyediaan Kemudahan Asas Kepada Pelajar Sekolah SMK. Taun
Gusi, Kota Belud
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa jenis-jenis kemudahan asas yang
disediakan di sekolah SMK. Taun Gusi dengan kualiti dan kuantiti yang baik boleh
mendatangkan kepentingan kepada pelajar di kawasan kajian.

36

970505-12-6774
Menurut borang soal selidik yang dikumpulkan, pengkaji mendapati kebanyakan
responden memilih kategori Sangat Setuju bahawa penyediaan jenis kemudahan asas
Sains dan Teknologi iaitu projektor, komputer atau komputer riba dan internet dapat
membantu pelajar dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di dalam bilik
darjah. Selain itu, mereka juga bersetuju bahawa penyediaan tong sampah di setiap kelas
dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan suasana yang harmoni. Selanjutnya,
responden juga berpendapat alatan radas dan peralatan sukan yang disediakan penting
dalam aktiviti amali terutamanya dalam subjek Sains, PJK dan Sains Sukan.
Selain itu, pengkaji juga dapat menilai majoriti responden telah memberikan
pandangan bahawa mereka akan suka berada di dalam kelas jika bekalan elektrik, lampu
dan kipas berfungsi dengan baik. Akhir sekali, pengkaji juga dapat menilai pendapat
keseluruhan mereka iaitu kemudahan-kemudahan asas yang disediakan dengan lengkap
serta mencukupi memberikan keselesaan, semangat dan motivasi kepada responden untuk
belajar ketika di sekolah.
Hal yang demikian menjelaskan bahawa responden yang memilih kategori Tidak
Setuju dan Sangat Tidak Setuju sama sekali tidak mempengaruhi kajian tentang
kepentingan penyediaan kemudahan asas di sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud. Ini
kerana majoriti daripada mereka sendiri telah mengakui kepentingan-kepentingan
penyediaan kemudahan asas tersebut kepada pelajar di kawasan kajian.
6.3 Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa beberapa jenis
kemudahan asas yang disediakan oleh pihak sekolah SMK. Taun Gusi, Kota Belud perlu
ditambah dari segi kuantitinya serta dibuat penambahbaikan secara berkala demi
keselesaan dan tahap pembelajaran yang tinggi dalam kalangan pelajar di sekolah ini.

37

970505-12-6774
Rujukan
1. Zainal Abidin Safarwan, 1995. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
2. Dr. Teuku Iskandar, 1970. Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Norhasyila Minhat, 2012. Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan yang Disediakan
di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Latihan Ilmiah. Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin.
4. Jordan, R. C., Villasenor, R. M., Silver, C. E. H & Etkina , E. 2011. Laboratory
Materials: Affordances or Constraints? Journal of Research in Science Teaching.
48(9): 1010-1025
5. Kuasai Bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik dlm. Berita Harian, 02
November 2007.
6. Smktaungusi2014 (2014). Sejarah Sekolah. Dicapai pada Februari 18, 2016, daripada
http://smktaungusi2014.blogspot.my/p/sejarah-sekolah.html/
7. Google
Maps.
Dicapai
pada
Februari
10,

2016,

daripada

https://maps.google.com.my/https://maps.google.com.my/

Lampiran

38

970505-12-6774

Sumber: Kajian Lapangan 2016

Sumber: Kajian Lapangan 2016

39

970505-12-6774

Sumber: Kajian Lapangan 2016

Sumber: Kajian Lapangan 2016

40

970505-12-6774

Sumber: Kajian Lapangan 2016

Sumber: Kajian Lapangan 2016

41

970505-12-6774

SMK. TAUN GUSI KOTA BELUD, SABAH.


BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM (900/4)

BAHAGIAN A: Demografi
Arahan: Tandakan (/) sebagai jawapan pada ruang yang telah disediakan.
1. Jantina:
Lelaki
Perempuan

(
(

)
)

2. Umur
Antara umur 13 hingga 15 tahun (PT3)
Antara umur 16 dan 17 tahun (SPM)
19 tahun (STPM)
3. Sesi Persekolahan
Sesi Pagi
(
Sesi Petang (

(
(
(

)
)
)

)
)

BAHAGIAN B: Jenis-jenis kemudahan asas yang disediakan di sekolah SMK. Taun


Gusi, Kota Belud.
Arahan: Tandakan (/) pada jawapan terbaik anda.

42

970505-12-6774
Sangat Setuju

Setuju

Tidak Pasti

Sangat Tidak

Tidak Setuju

(SS)

(S)

(TP)

Setuju (STS)

(TS)

Bil

Soalan

SS

.
1.

Bilangan kerusi dan meja mencukupi

2.

kepada semua pelajar di dalam kelas.


Kipas dan lampu di dalam bilik

3.

darjah adalah berfungsi dengan baik.


Adakah jumlah tong sampah yang

TP

STS

TS

disediakan di kawasan sekolah


4.

mencukupi?
Bekalan elektrik di dalam bilik darjah

5.

berfungsi dengan baik.


Bekalan air di sekolah ini sentiasa ada

6.

dan tidak mengalami masalah.


Peralatan sukan (raket, bola, kayu
hoki dsb) untuk subjek Pendidikan
Jasmani & Kesihatan (PJK) dan Sains
Sukan adalah mencukupi serta berada

7.

dalam keadaan yang baik.


Pelbagai alatan radas dan bahan di
Makmal Sains telah disediakan untuk
membuat

eksperimen

atau

amali

Sains.

8.

Penggunaan bahan bantu Sains dan


Teknologi

digunakan

semasa

proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di


sekolah:
(b) Projektor
(d) Komputer/Komputer Riba

43

970505-12-6774
(f) Internet

Bahagian C: Kepentingan Penyediaan Kemudahan Asas Kepada Pelajar Sekolah


SMK. Taun Gusi, Kota Belud.
Arahan: Tandakan (/) pada jawapan terbaik anda.
Sangat Setuju

Setuju

Tidak Pasti

Sangat Tidak

Tidak Setuju

(SS)

(S)

(TP)

Setuju (STS)

(TS)

Bil.
1.
Kemudahan

Soalan
asas jenis

SS
Sains

TP

STS

TS

dan

Teknologi (seperti dinyatakan di atas)


dapat
2.

membantu pelajar dalam proses

Pembelajaran dan Pengajaran (P&P).


Penyediaan tong sampah di setiap kelas
dapat mewujudkan persekitaran yang

3.

bersih dan suasana yang ceria.


Kemudahan asas seperti alatan radas dan
peralatan sukan penting dalam aktiviti
amali terutamanya dalam subjek Sains,
PJK dan Sains Sukan.

4.

Pelajar suka berada di dalam kelas jika


bekalan

5.

elektrik,

lampu

berfungsi dengan baik.


Kemudahan-kemudahan

dan

kipas

asas

yang

lengkap

serta

disediakan

dengan

mencukupi

memberikan

keselesaan,

semangat dan motivasi kepada pelajar


untuk belajar ketika di sekolah.

44

970505-12-6774

45

You might also like