You are on page 1of 3

6.

0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan terhadap penduduk Kampung


baru Rahang, data menunjukkan bahawa kebanyakan responden yang membeli
hamper secara dalam talian yang tinggal di Kampung Baru Rahang terdiri daripada
golongan berumur dalam lingkungan 18 hingga 29 tahun muda yang mahir
menggunakan kemudahan Internet. Selain itu data juga menunjukkan bahawa majoriti
penduduk Kampung baru Rahang yang membeli secara dalam talian merupakan
perempuan. Di samping itu, didapati bahawa kebanyakan responden yang tinggal di
Kampung Baru Rahang terdiri daripada kaum Cina. Seterusnya data menunjukkan
bahawa kebanyakan responden yang tinggal di Kampung Baru Rahang adalah
berpendapatan RM 3001 hingga RM 5000 sebulan.

Objektif pertama kajian adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang


mempengaruhi pembelian hamper secara dalam talian di Kampung Baru Rahang,
Faktor yang pertama ialah pengaruh kawan untuk membeli hamper dalam talian dan
faktor yang kedua ialah harga pembelian secara dalam talian lebih murah. Seterusnya,
faktor yang ketiga dan keempat ialah tidak dapat meluangkan masa untuk membeli
hamper di kedai dan pembayaran dalam talian lebih mudah dan cepat. Pergi ke kedai
menjual hamper memerlukan masa yang lama merupakan faktor yang terakhir yang
mempengaruhi pembelian hamper secara dalam talian.

Objektif kajian kedua adalah untuk mengkaji kelebihan-kelebihan pembelian


hamper secara dalam talian terhadap pembeli di Kampung Baru Rahang. Terdapat
lima kelebihan terhadap pembeli dan kelebihan yang pertama ialah tidak perlu
membawa wang tunai yang banyak untuk pergi ke kedai. Seterusnya, kelebihan kedua
dan ketiga ialah tidak perlu membazir masa untuk memilih apa yang mahu beli di
kedai dan boleh meminta penjual hantar hamper ke rumah saudara mara jika saya
kesibukan masa. Tambahan pula, dapat membeli apa yang saya mahu tanpa
dipengaruhi oleh di mana saya berada merupakan kelebihan yang keempat. Kelebihan
terakhir terhadap pembeli ialah dapat menempah hempar jika kedai tutup selepas
waktu berniaga.
Kesimpulannya, kedua-dua objektif kajian ini telah dicapai. Objektif pertama
kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian
hamper secara dalam talian di Kampung Baru Rahang telah dicapai. Terdapat dua
faktor utama yang memyebabkan pembelian secara dalam talian iaitu pembayaran
dalam talian lebih mudah dan cepat dan pengaruh kawan untuk membeli hamper
dalam talian. Objektif kedua iaitu mengkaji kelebihan-kelebihan pembelian hamper
secara dalam talian terhadap pembeli di Kampung Baru Rahang juga turut dicapai.
Terdapat dua kelebihan yang utama iaitu tidak perlu membawa wang tunai yang
banyak untuk pergi ke kedai dan tidak perlu membawa wang tunai yang banyak
untuk pergi ke kedai. Secara keseluruhannya kedua-dua objektif kajian ini telah
dicapai.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian hamper secara dalam talian telah
dikenal pasti dan diedarkan dalam bentuk soal selidik untuk dijawab oleh responden
yang terdiri daripada penduduk Kampung Baru Rahang. Faktor paling tinggi yang
mendapat persetujuan daripada penduduk kampung ini ialah pembayaran dalam talian
lebih mudah dan cepat. Pembayaran dalam talian menyebabkan mereka dapat
menjelaskan bayaran dalam beberapa minit sahaja dan tidak perlu mengeluarkan
wang tunai daripada bank. Selain itu, faktor kedua yang paling tinggi mendapat
persetujuan daripada penduduk kampung ini adalah pengaruh kawan untuk membeli
hamper dalam talian. Masyarakat zaman kini terutamanya golongan muda suka
mengikut jejak kawan dan mencontohi apa yang dilakukan oleh kawan. Pembelian
dalam talian yang moden disukai oleh golongan muda dan perbuatan mereka
mempengaruhi kawan mereka untuk membuat pembelian secara dalam talian.

Pembelian secara dalam talian telah memberi kelebihan kepada penduduk


Kampung Baru Rahang. Kebanyakan penduduk beranggapan bahawa kelebihan yang
paling ketara terhadap mereka ialah tidak perlu membazir masa untuk memilih apa
yang mahu dibeli di kedai. Pembelian secara dalam talian menyebabkan pembeli
hanya perlu melayari laman web berkaitan dan memilih apa yang mahu dibeli.
Akibatnya, mereka tidak perlu meluangkan masa untuk pergi ke kedai dan membeli
barang yang dikehendaki. Seterusnya, kelebihan kedua tertinggi yang mendapat
persetujuan penduduk Kampung Baru Rahang ialah tidak perlu membawa wang tunai
yang banyak untuk pergi ke kedai. Pembelian secara talian menyebabkan pembeli
dapat menjelaskan bayaran secara dalam talian. Mereka tidak perlu membawa wang
tunai untuk membeli hamper di kedai. Ini dapat mengurangkan masalah yang
dihadapi seperti kehilangan wang tunai atau dirompak oleh perompak.

You might also like