You are on page 1of 4

011224120743

PENINGKATAN PENCAPAIAN PEPERIKSAAN SRU DALAM KALANGAN


MURID TAHUN 6 DI SEKOLAH AGAMA NEGERI ( SAN ) LOHAN, RANAU.

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan dengan peningkatan pencapaian pepereksaan SRU dalam


kalangan murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau. Objektif kajian ialah mengenal pasti
usaha – usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan, Ranau untuk meningkatkan
pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau , serta
mengkaji cabaran – cabaran yang dihadapi oleh guru – guru untuk meningkatkan
pencapaian peperiksaan SRU dalam kalangan murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau.
Kajian ini dijalankan di Sekolah Rendah Agama (SAN) Lohan, Ranau. Kaedah kajian
yang dipilih adalah soal selidik, pemerhatian, temu bual, kepustakaan dan rujukan
internet. Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak dalam kalangan guru dan
murid SAN Lohan, Ranau dan 3 orang informen yang ditemu bual dalam kalangan guru.
Data yang diperolehi dalam bentuk kuantitatif dan kuanlitatif dan dipersembahkan dalam
bentuk jadual, graf dan carta. Dapatan kajian menunjukkan salah satu faktor peningkatan
pencapaian peperiksaan SRU dalan kalangan murid tahun 6 disebabkan oleh usaha –
usaha yang dijalankan oleh pihak SAN Lohan, Ranau. kesimpulannya, kerjasama
daripada semua piihak sangat penting untuk memastikan pencapaian murid dalam
peperiksaan meningkat.

i
011224120743

KANDUNGAN

Bil PERKARA MUKA SURAT


Abstrak i
Kandungan ii – iii
Penghargaan iv
1.0 Pengenalan 1-3
2.0 Objektif Kajian :
2.1 Mengenal pasti usaha – usaha yang dilakukan oleh
pihak SAN Lohan Ranau untuk meningkatkan pencapaian
dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU dalam
kalangan murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau 4

2.2 Mengkaji cabaran – cabaran yang dihadapi oleh guru –


guru untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan SRU
dalam kalangan murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau.

3.0 Lokasi Kajian :


5–7
3.1 Lokasi Daerah Ranau
3.2 Lokasi SAN Lohan, Ranau 8–9

4.0 Metadologi Kajian :


4.1 Kaedah Pemilihan Responden 10
4.2 Kaedah Mendapatkan Maklumat
4.2.1 Data primer
I. Pemerhatian
II. Soal selidik
10 – 13
III. Temu bual
4.2.2 Data sekunder
I. Kajian Kepustakaan
II. Kajian Internet
4.3 Cara Memproses Maklumat
4.3.1 Data penganalisan kuantitatif 14
4.3.2 Data penganalisan kualitatif

ii
011224120743

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan :


5.1 Latar belakang responden
15 – 19
5.2 Usaha – usaha yang dilakukan oleh pihak SAN Lohan,
Ranau untuk meningkatkan pencapaian SRU dalam kalangan 20 – 27
murid tahun 6 di SAN Lohan, Ranau.
5.3 Cabaran – cabaran yang dihadapi oleh guru – guru untuk
meningkatkan pencapaian dalam kalangan murid tahun 6 di
28 – 33
SAN Lohan, Ranau.

6.0 Rumusan 34 – 35
7.0 Rujukan 36
8.0 Lampiran
8.1 foto
1
Foto 1
Foto 2
8.2 Borang Soal Selidik 2–4
8.3 Transkif Temu Bual 5–7

iii
011224120743

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatu, setinggi – tinggi kesyukuran


kehardat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus
Pengajian Am ini dengan sempurna. Walaupun terdapat perkara yang tidak dapat
dielakkan namun ia tidaklah menjadi suatu masalah yang besar dalam menyiapkan kerja
krusus ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Habdin Ahamad, selaku
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Ranau dan Encik Tjuman Salamat,
selaku Penolong Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Ranau kerana telah
memberi sokongan dan dorongan kepada pengkaji untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna dan teratur.

Saya juga ingin mengucapkan pemghargaan kepada Puan Salpiah Adin, guru mata
pelajaran Pengajian Am Pra-UKM sesi 2019/2020 kerana telah banyak meluangkan
masa, membantu dan memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada pengkaji bagi menyiapkan
Kerja Kursus Pengajian Am disamping memberi semangat dalam menjalankan tugasan
ini.

Tidak lupa sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Soirin
Tahir serta Puan Jumasi Sawin kerana telah berkorban membantu saya serta memberikan
semangat dan dorongan untuk menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am.

Akhir sekali, diucapkan juga ribuan terima kasih kepada rakan – rakan yang secara
tidak langsung terlibat dalam membantu saya menyiapkan kajian ini.

iv

You might also like