You are on page 1of 16

TAJUK: SEJARAH PERKEMBANGAN KAMPUNG SEMURUH

KINOUNDUSAN, KUNDASANG, SABAH DARI TAHUN 1998 HINGGA

TAHUN 2012.

PENGENALAN

Menurut takrifan universal kampung atau desa, ialah sebuah penempatan

manusia di kawasan luar bandar. Biasanya ia lebih kecil daripada pekan. I Dalam

laman Wikipedia Bahasa Melayu, di Malaysia istilah kampung dirujukkan pada satu

penempatan yang penduduknya kurang daripada 1000 orang di sesebuah kawasan

terutamanya di luar bandar atau mana-mana petempatan penduduk masih

mengekalkan identiti asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi

penduduknya.II Dalam organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada Penghulu

(ketua), Naib Penghulu, imam, bilal, setiausaha, bendahari dan dibantu oleh beberapa

ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut tugas dan peranannya dalam menentukan

hal ehwal serta kebajikan penduduk terutamanya.III

Secara umumnya, Sabah terdiri daripada pelbagai daerah kecil. Terdapat

sebuah kampung kecil yang terletak di daerah Kundasang, Sabah yang dikenali

sebagai Kampung Semuruh Kinoundusan. Kampung Semuruh Kinoundusan terletak

di daerah Kundasang, Sabah yang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir

dengan Gunung KinabaluIV dan lokasinya yang strategik dibina di satu kawasan Bukit

Semuruh. Kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang memakan masa kira-kira 30

minit untuk sampai dari pekan Kundasang dan dari pekan Ranau. Kampung ini
mempunyai keistimewaannya sendiri dalam aspek sejarah kampung serta terdapat

banyak perkembangan kampung ini.

SEJARAH KAMPUNG SEMURUH KINOUNDUSAN, KUNDASANG, SABAH

Setiap tempat tidak kira dimana sahaja mempunyai sejarah dan keistimewaan

serta cerita yang tersendiri. Kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah

merupakan sebuah petempatan tradisi di kawasan desa dan mempunyai ciri-ciri

tradisional yang tinggi dari segi sosio budaya dan fizikal. Kampung Semuruh

Kinoundusan mempunyai banyak perubahan sehingga hari ini yang meliputi dari segi

arus ekonomi, kemudahan mahupun pendidikan. Namun, di sebalik perubahan yang

berlaku ini, terdapat sejarah awal yang merupakan pendorong kepada kewujudan

kampung Semuruh Kinoundusan dan hal ini seharusnya perlu diketahui oleh

masyarakat pada masa kini.

Pada mulanya, kampung Semuruh Kinoundusan merupakan sebuah kawasan

hutan yang tebal dan hanya terdapat beberapa buah rumah sahaja pada ketika itu.

Kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah dipercayai telah diteroka dan

didiami sekitar pertengahan abad ke-18 iaitu dengan jumlah 7 hingga 8 orang yang

berasal daripada kawasan kampung Bundu Tuhan dan Lohan. Menurut penduduk

kampung Semuruh Kinoundusan orang-orang tua dahulu membuat pentempatan

bermula dengan kehidupan yang berpindah rendah. Kebanyakkanya suku kaum

penduduk kampung Semuruh Kinoundusan ialah Dusun dan Kadazan. Menurut


sumber penduduk kampung Semuruh Kinoundusan iaitu Rashid bin Mahadin yang

berusia 64 tahun beliau mengatakan bahawa bagaimana kampung Semuruh

Kinoundusan meendapat nama sedemikian. Ini kerana nama kampung tersebut ada

mempunyai hubung kaitnya dengan cerita nenek moyang dahulu iaitu tentang

sepohon pokok. Kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah suatu ketika

dahulu merupakan satu kawasan sebuah hutan yang tebal dan belantara yang subur,

pokok-pokoknya rimbun dan buahnya yang lebat dan hanya terdapat beberapa buah

rumah sahaja. Apabila buah pada pokok-pokok tersebut masak dan gugur, penduduk

yang tinggal berdekatan dengan kawasan kampung Semuruh Kinoundusan tersebut

akan mengutip buah yang jatuh. Dalam bahasa suku kaum Dusun, apabila buah yang

jatuh ianya disebut sebagai “lahaan” atau “lahan”.V

Di samping itu, apabila buah yang telah masak dan gugur, penduduk

kampung akan disuruh memungut buah-buahan tersebut oleh seorang pengusaha

buah-buahan yang kaya-raya pada masa itu. Kampung Semuruh Kinoundusan pada

masa itu telah menjadi terkenal kerana buahnya yang sedap, maka ramailah penduduk

kampung Semuruh Kinoundusan yang datang memungut buah yang jatuh. Apabila

buah pada pokok-pokok tersebut masak dan gugur dan penduduk kampung disuruh

memungut buah-buahan tersebut maka kampung ini dinamakan sebagai “Suruh”

bersempena selalu disuruh memunggut buah-buahan tetapi pada awal tahun 90-an,

nama Suruh secara rasminya telah ditukar kepada perkataan “Semuruh” dan

digunakan sehingga hari ini.VI

Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini, disinilah permulaan

penempatan kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah sekitar pertengahan


abad ke-18 yang kekal sehingga hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk

kampung sudah berasa selesa berada di kampung tersebut dan telah mempunyai

pelbagai pekerjaan masing-masing.

Oleh itu, penduduk kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah

mula membina rumah masing-masing. Selain itu, tanah yang subur dan sesuai dengan

pelbagai jenis tanaman tanah tinggi dan bersuhu rendah memudahkan lagi penduduk

kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman sayur-sayuran dan

buah-buahan. Maka disinilah bermulanya petempatan penduduk kampung di

kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah.

PERKEMBANGAN DI KAMPUNG SEMURUH KINOUNDUSAN,

KUNDASANG, SABAH DARI TAHUN 1998 HINGGA TAHUN 2012.

Perkembangan dari segi sosial

Terdapat pelbagai perkembangan yang telah berlaku di kampung Semuruh

Kinoundusan, Kundasang, Sabah ini. Perkembangan di kampung ini mempunyai

perkembangan tersendiri khususnya dari segi sosial iaitu pertambahan jumlah

rumah dan penduduk kampung. Pada masa dahulu, kampung Semuruh

Kinoundusan hanya terdiri daripada beberapa buah rumah sahaja. Hal ini berlaku

disebabkan oleh beberapa faktor yang tertentu. Rumah yang terdapat di kampung
Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah kebanyakkannya merupakan rumah yang

dibina sendiri oleh penduduk kampung hasil daripada titik peluh mereka sebagai

tempat tinggal bagi keluarga mereka.

Seterusnya, jumlah rumah dan jumlah penduduk kampung Semuruh

Kinoundusan jelas berbeza dari awal pembukaannya sehingga sekarang. Pada awal

pembukaan kampung Semuruh Kinoundusan hanya 7 hingga 8 orang sahaja yang

tinggal di kampung ini. Namun pada tahun 1989 penduduk kampung ini secara

kasarnya dikatakan seramai 1000 lebih manakala pertengahan tahun 1998 penduduk

kampung ini dianggarkan berjumlah 1800 orang. Mengenai petempatan pula, pada

permulaannya hanya ada 4 hingga 5 buah rumah sahaja manakala sekitar tahun 90-an

jumlah rumah di kampung Semuruh Kinoundusan adalah 163 dan jumlah rumah pula

semakin bertambah iaitu 230 buah rumah. Kini dianggarkan jumlah rumah di

kampung Semuruh Kinoundusan adalah kira-kira 627 buah rumah.VII

Di samping itu, kebanyakannya rumah yang terdapat di kampung Semuruh

Kinoundusan merupakan rumah yang dibina berasaskan kayu dan simen dan dinding

rumah pula dibina daripada atap atau zink rumah kerana kawasan kampung Semuruh

Kinoundusan terletak di kawasan tanah tinggi maka kampung ini bersuhu rendah dan

sejuk. Segelintir penduduk kampung Semuruh Kinoundusan hanya bekerja sendiri

untuk menyara kehidupan dengan menjalankan aktiviti pertanian. Kawasan kampung

yang terletak di kawasan tanah tinggi, bersuhu rendah dan mempunyai kesuburan

tanah untuk pelbagai jenis tanaman tanah tinggi maka aktiviti pertanian amat

digalakkan dijalankan di kampung Semuruh Kinoundusan ini sebagai sumber

pendapatan utama penduduk di kampung ini.VIII


Selain itu, iaitu pembinaan infrastruktur di kampung Semuruh

Kinoundusan ini sama dengan kampung-kampung lain di dalam Malaysia yang

mempunyai prasarana lengkap yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya

daripada yang saiz kecil dan pendek kepada saiz yang lebih besar dan panjang serta

jauh.

Pada tahun 1998, menurut penduduk kampung yang beranama Rashid bin

Mahadin yang berusia 64 tahun mengatakan bahawa, penduduk kampung Semuruh

Kinoundusan hanya menggunakan laluan kecil dan tidak berturap atau bertar sebagai

jalan perhubungan untuk penduduk kampung. Keadaan saiz jalan raya yang kecil

hanya dapat memuatkan satu buah keenderaan bermotor sahaja dan tidak boleh

digunakan oleh kenderan bermotor berat yang bersaiz besar seperti lori. Saiz jalan

raya yang kecil mengehadkan kemasukan dan perjalanan darjah ketersampaian bagi

penduduk kampung.IX

Hal ini menunjukkan bahawa kampung Semuruh Kinoundusan ketika itu

belum dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap ekoran daripada ekonomi yang

tidak stabil serta kurang inovasi ketika itu. Pada tahun 2005, perubahan dan

perkembangan telah berlaku terhadap infrastruktur jalan raya di kampung ini

walaupun perubahan ini berlaku memakan masa yang lama. Pihak kerajaan ketika itu

telah memberi peruntukan kepada kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang,

Sabah dengan mengubah atau memajukan kemudahan jalan raya daripada saiz jalan

raya yang dahulunya kecil hanya dapat memuatkan satu buah kenderaan bermotor

kecil kini diperluaskan dengan saiz yang lebih besar yang dapat memuatkan dua buah
kenderaan bermotor. Keadaan bentuk muka bumi di kampung Semuruh Kinoundusan

yang bertanah tinggi, keadaan jalan raya di kampung tersebut masih belum diturap

atau bertar sehingga hari ini.X

Hal ini disebabkan kerana pembinaan jalan raya yang diturap atau ditar di

kampung tersebut untuk perhubungan akan memberi kesan serius kepada kestabilan

cerun kerana banyak bukit akan ditarah mendorong kepada hakisan permukaan dan

kejadian tanah runtuh akibat kerja penarahan dijalankan dengan tidak sempurna.

Masalah ini juga akan mengganggu sistem saliran dengan kandungan pepejal, yang

menjadikannya cetek dan air keruh.XI

Malah, kejadian tanah runtuh mengakibatkan jalan perhubungan terputus

sekali gus menjejaskan urusan pengeluaran hasil pertanian untuk dihantar ke pasaran

dan mendatangkan kerugian kepada pengusaha petani. kampung Semuruh

Kinoundusan yang berbentuk muka bumi tanah tinggi.

Walaupun perubahan tersebut berlaku dalam masa yang lama, namun

perkembangan ini sedikit sebanyak memudahkan urusan dan pergerakan penduduk

kampung, Jalan raya ini dibina untuk memudahkan lagi kenderaan berat seperti lori

mengangkut muatan yang banyak ke tempat tertentu dan tidak perlu mengambil masa

yang agak lama untuk sampai.

Bukan itu sahaja, terdapat juga perkembangan dari segi pembinaan surau,

di kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah. Pembinaan surau tersebut

berlaku pada tahun 1999 lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana, majoriti penduduk
kampung Semuruh Kinoundusan adalah beragama Islam. Surau dan masjid adalah

sebagai satu institusi yang terpenting dalam Islam, surau merupakan nadi kepada

sesebuah masyarakat di samping menjadi jambatan dalam mengukuhkan

persaudaraan, kesefahaman, kesatuan, keharmonian, keadilan dan keilmuan ummah.

Dari segi fungsi surau dan masjid bukan sahaja tempat menunaikan solat

malah perkembangan ilmu, penyebaran maklumat, sosial dan penyatuan ummah.

Surau tersebut digunakan oleh penduduk kampung dari tahun 1999 lagi yang mulanya

dibina daripada kayu sahaja. Setelah itu, perubahan pembinaan surau berlaku pada

tahun 2009 yang dibina daripada simen.XII

Oleh itu, wujudnya surau di kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang,

Sabah ini adalah sebagai kemudahan agar penduduk kampung selesa menggunakan

surau sebagai tempat beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan

penduduk kampung tersebut.

Di samping itu, terdapat juga perkembangan yang berlaku dari segi

kemudahan air di kampung Semuruh Kinoundusan tersebut. sumber air. Sejak tahun

90-an penduduk kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah hanya

menggunakan air dari bukit atau air graviti sebagai sumber utama untuk kegunaan

harian seperti mandi, membasuh, memasak, menjalankan aktiviti pertanian dan lain-

lain untuk menjalankan aktiviti harian. Kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang,

Sabah yang berkawasan berbentuk muka bumi tanah tinggi maka susah untuk

penduduk kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang untuk mendapatkan sumber

air kerana tertumpu di satu-satunya tempat untuk mendapatkan sumber air sahaja iaitu
penduduk kampung tersebut membuat satu takungan air yang besar daripada air bukit

atau air graviti agar penduduk kampung mendapat manfaatnya daripada

penggunaanya.XIII

Namun perkembangan telah berlaku iaitu pada tahun 2002, penduduk

kampung Semuruh Kinoundusan tidak lagi menggunakan takungan air yang besar

sebagai sumber bekalan air mereka yang digunakan dalam aktiviti harian. Pihak

kerajaan telah memberikan peruntukan khas dengan menyediakan bekalan air melalui

pemasangan tangki air yang besar dan getah paip yang dapat menampung jumlah

penduduk kampung yang semakin bertambah. Bekalan air kini senang didapati dan

penduduk kampung tidak menggunakan bekalan air yang telah dibekalkan oleh

Jabatan Bekalan Air (JBA) tetapi penduduk kampung Semuruh Kinoundusan

menggunakan sumber air graviti atau air bukit yang disalurkan kepada tangki besar

dan penapis air tersebut lalu sumber air tersebut akan disalurkan melalui getah paip

air ke rumah penduduk kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah masing-

masing.XIV

Kemudahan ini telah banyak mengubah tahap keselesaan hidup penduduk

kampung sehinggalah hari ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan adanya

bekalan air yang bersih dan mencukupi ini, penduduk kampung dapat melakukan

aktiviti harian seperti membasuh, memasak, mandi dan sebagainya dengan mudah

sekali. Bukan itu sahaja, air ini juga telah menjadi sumber terpenting dalam pelbagai

aspek kehidupan malah air juga sangat penting kepada semua sama ada yang

bernyawa atau tidak seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.


Seterusnya, perkembangan yang berlaku dari segi pendidikan iaitu

pembinaan Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) kendalian

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang turut dibina pada tahun 2004 dan

dilengkapkan tenaga pengajar yang banyak membantu anak-anak kampung Semuruh

Kinoundusan, Kundasang, Sabah ini untuk mendapatkan pendidikan awal dan bagi

menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang

seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan

masyarakat.XV

Lazimya wujudnnya Bangunan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA)

dikaitkan dengan falsafah meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan

intelek serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai murni untuk

anak-anak penduduk kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah. Oleh itu,

mendapat pendidikan awal pada usia muda sangat penting untuk menimba dan

menambah ilmu kepada diri,keluarga, dan negara.

Bukan itu sahaja, berlaku juga perkembangan pembinaan balai raya

juga turut dibina di kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah oleh pihak

kerajaan. Balai raya dibina dan ditubukan pada tahun 2003. Idea asal pembinaan balai

raya di kampung tersebut adalah daripada penduduk kampung itu sendiri. Hal ini

dikatakan demikian kerana, balai raya disebut juga balai desa atau dewan orang ramai,

ialah balai tempat orang ramai (penduduk di suatu tempat) berhimpun untuk membuat

perjumpaan, mengadakan mesyuarat, sokongan sosial atau aktiviti lain. Ada balai raya

yang terbuka untuk semua masyarakat setempat, manakala ada juga yang khusus

untuk kumpulan tertentu misalnya pusat islam atau kelab belia.XVI


Tambahan pula, perkembangan dari segi kemudahan reakreasi untuk

belia pula, terdapat padang bola sepak untuk anak-anak kampung bermain bola dan

kadang kala pelbagai aktiviti turut dilaksanakan di padang bola sepak seperti hari

keluarga, sukanneka, dan lain-lain. Pembinaan dan pembukaan pandang bola sepak

sejak tahun 2006. Gelanggang sepak takraw juga turut dibina di kampung Semuruh

Kinoundusan, Kundasang, Sabah yang bertujuan menggalakkan anak-anak kampung

untuk melakukan aktiviti berfaedah dengan bersukan dan hal ini juga dapat lebih

mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung Semuruh

Kinoundusan, Kundasang, Sabah.XVII

PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI DI KAMPUNG SEMURUH

KINOUNDUSAN, KUNDASANG, SABAH

Kampung Semuruh Kinoundusan juga mempunyai perubahan yang berlaku

dalam aspek ekonomi iaitu aktiviti pertanian menurut sumber penduduk kampung

mengatakan bahawa aktiviti ekonomi penduduk kampung Semuruh Kinoundusan,

Kundasang, Sabah bermula dari sejak dahulu hanyalah bersifat sara diri dan berskala

besar menjalankan aktiviti pertanian. Aktivit pertanian di kampung Semuruh

Kinoundusan dijalankan adalah secara pertanian bergilir. Dalam banyak tanaman

yang ditanam, kubis dan ubi manis merupakan salah satu tanaman yang utama

penduduk kampung Semuruh Kinoundusan dan selalunya tanaman ini ditanam di

lereng-lereng bukit kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Setelah itu semakin
banyak pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti sayuran berdaun, sayuran

berbuah, sayuran berubi dan sayuran berbunga yang ditanam.

Umumnya sayur-sayuran berdaun ini dengan menggunakan biji benih yang

diimport. Biji benih akan dimasukkan ke dalam batas yang telah disediakan. Menurut

sumber penduduk kampung yang bernama Hashim bin Sablas yang berumur 68 tahun

yang merupakan seorang petani mengatakan biji benih yang telah ditanam akan

ditutup dengan daun-daun kering sebagai sungkupan sementara. Batas perlu sentiasa

lembap. Setelah seminggu, biji benih akan bercambah dan sungkupan akan dibuang.

Bagi biji benih yang bercambah dengan banyak akan dicabut supaya penjarangan

anak benih dilakukan. Ini adalah penting untuk memastikan sayur-sayuran tersebut

dapat hidup dengan lebih baik. Lazimya, sayur-sayuran jenis berdaun ini boleh

dipungut hasil setelah berumur antara 10 hingga 20 miggu. Antara sayur-sayuran yang

banyak ditanam oleh para pekebun ialah sawi, cendawan, kubis Cina, bayam putih

dan sebagainya yang diusahakan oleh penduduk kampung Semuruh Kinoundusan,

Kundasan, Sabah.XVIII

Selain itu, bagi penanaman sayur-sayuran jenis buah juga banyak diusahakan

oleh para pekebun di kampung ini. Sayur-sayuran jenis ini adalah seperti lada, tomato,

mentimun, terung, kancang panjang dan kacang bendi. Cara penanaman adalah sama

dengan penanaman jenis sayur-sayuran berdaun sama ada dari segi penyediaan batas

ataupun saliran. Sayur-sayuran jenis buah ini juga ditanam dengan menggunakan biji

benih. Biji benih ditanam dengan kadar jarak yang lebih jauh kerana sayur-sayuran

jenis ini mempunyai saiz yang lebih besar. Misalnya tanaman tomato memerlukan

jarak antara 30 cm di antara pokok ke pokok yang lain, manakala tanaman kacang
lebih rapat sedikit.XIX

Seterusnya tanaman sayuran berubi. Sayur-sayuran jenis ubi ini juga dikenali

sebagai jenis akar. Tanaman jenis ini ditanam dengan lebih meluas. Lazimnya, sayur-

sayuran jenis ini terdiri daripada dua jenis sama ada sayuran ubi tempatan atau hawa

sederhana. Sayur-sayuran jenis ini ditanam dengan menggunakan bahagian umbi atau

batang. Sayur-sayuran berubi tempatan adalah seperti ubi kayu, ubi keledak dan

keladi. Ubi kentang, lobak, karot adalah antara jenis sayur-sayuran yang berhawa

sederhana. Kaedah penanaman sayur-sayuran jenis ini juga lebih mudah dan tidak

memerlukan penjagaan yang teliti.XX

Cuma yang penting para pekebun perlu memastikan daun keledek tidak

menjulur keluar dari batas. Pokok keladi pula perlu dibuang bahagian daun supaya ubi

yang dihasilkan lebih besar dan baik. Jika pada masa dahulu penanaman sayur-

sayuran hanya dijalankan secara kecil-kecilan tetapi kini penanaman sayur-sayuran

dijalankan secara ladang ekoran permintaan tinggi penduduk tempatan dan antara

kawasan yang menjadi tumpuan penanaman sayur-sayuran di Sabah yang kebanyakan

ditanam dengan sayur-sayuran berhawa sederhana tanah tinggi.XXI

Di samping itu, penduduk kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang,

Sabah juga banyak menanam sayuran berbunga kerana sayur-sayuran jenis bunga

selalu ditanam kawasan berhawa sederhana dan di kawasan tanah tinggi. Antara jenis

sayur-sayuran berbunga adalah kubis bunga dan brokoli. Tanaman jenis ini ditanam

dengan menggunakan biji benih. Hasil tuaian penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran

oleh penduduk kampung, barulah mereka akan menjualnya di tamu atau pasar pekan
Ranau. Sayur-sayuran adalah tanaman makanan yang penting untuk membekalkan

segala zat di dalam tubuh badan. Sayur-sayuran membekalkan kepada kita nutrien dan

vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Oleh itu, penanaman sayur-sayuran giat

dijalankan di kawasan tanah tinggi dan negara ini.XXII

Selain penanaman sayur-sayuran, penduduk kampung Semuruh

Kinoundusan, Kundasang, Sabah juga menjalankan aktiviti ekonomi penanaman

buah-buahan. Oleh sebab kawasan kampung Semuruh Kinoundusan ini berhawa

sederhana dan terletak di kawasan tanah tinggi, penduduk menjalankan aktiviti

penanaman buah-buahan tanah tinggi seperti anggur, strawberry, buah naga dan

sebagainya. Oleh itu, aktiviti pertanian ini telah menjadi amalan atau aktiviti ekonomi

yang utama bagi penduduk kampung Semuruh Kinoundusan. Selain itu aktivit

pertanian juga dapat menjadikan sebagai pendapatan tambahan dan meningkatkan

taraf hidup penduduk tempatan.XXIII

Bukan itu sahaja, terdapat perkembangan yang lain iaitu pembinaan

inap desa seperti challet, homestay dan resort di kampung Semuruh Kinoundusan

sebagai kemudahan dan penginapan para pelancong yang datang ke kampung

Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah Oleh sebab kampung Semuruh

Kinoundusan, Kundasang, Sabah yang tidak jauh jaraknya dengan Gunung Kinabalu

dan pekan Kundasang serta bersuhu rendah maka penduduk kampung mengambil

peluang ini dengan menjalankan aktiviti pelancongan sebagai sumber pendapatan

tambahan mereka. Pengunjung atau pelancong yang ingin yang datang dapat

menginap dan bermalam. Hal ini telah menyebabkan terdapat banyak peluang
pekerjaan di Celyn Resort Kinabalu dan jaraknya yang tidak jauh terutama bagi

penduduk kampung Semuruh Kinoundusan maka ini dapat meningkatkan taraf

kehidupan penduduk kampung bagi menampung hidup mereka.XXIV

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sejarah dan perkembangan di kampung

Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah menunjukkan keistimewaan dan

keunikannya yang tersendiri. Bukan itu sahaja, terdapat juga perkembangan yang

dapat dilihat terutamanya dari segi sosial, segi infrastruktur dan ekonomi. Kehidupan

penduduk kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah telah menunjukkan

perubahan yang amat ketara terutamanya dari segi prasarana, taraf hidup dan banyak

lagi sehingga hari ini. Pengkaji berharap dengan penghasilan kajian ini masyarakat

akan dapat mengetahui dan memahami tentang sejarah sebagai sebuah kampung dan

sekali gus dapat mengetahui perkembangan dan ekonomi yang berlaku di kampung

Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah dari tahun 1998 hingga 2012.


I
“Definisi Kampung”, Arti Kata, diakses pada 15 Februari, 2019.https://www.artikata.com
II
“Kampung”, Wikipedia, diakses pada 15 Februari, 2019.https://ms.wikipedia.org.wiki/Kampung
III
“Corak Petempatan Kampung”, Tripod, diakses pada 15 Februari, 2019.https://ppkljpbd.tripod.com/petempatan
IV
“Kundasang”, Wikipedia, diakses 19 Februari,2019.https://em.m.wikipedia.org
V
Rashid bin Mahadin, Ditembual oleh Siti Nuratirah Binti Matrudi,1 jam 45 minit,Temubual secara bersemuka di rumah
kediaman di kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah, 9 Februari, 2019.
VI
Ibid
VII
Ibid
VIII
Ibid
IX
Ibid
X
Ibid
XI
Ibid
XII
Ibid
XIII
Ibid
XIV
Ibid
XV
Ibid
XVI
Ibid
XVII
Ibid
XVIII
Hashim bin Sablas, Ditemubual oleh Siti Nuratirah Binti Matrudi, 50 minit, Temubual secara bersemuka di rumah
kediaman di kampung Semuruh Kinoundusan, Kundasang, Sabah,12 Februari, 2019.
XIX
Ibid
XX
Ibid
XXI
Ibid
XXII
Ibid
XXIII
Ibid
XXIV
Ibid

You might also like