You are on page 1of 17

SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

TEMA 1: SEJARAH EKONOMI

PERKEMBANGAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT DI KAMPUNG

KANCHONG DARAT DARI TAHUN 2000 HINGGA 2015

PENGENALAN

Asal usul nama kampung ini sebenarnya tidak dapat diketahui dengan tepat. Terdapat

beberapa pendapat yang bercanggah mengatakan pada masa lalu Kampung Kanchong Darat

disebut sebagai Kanchong Bengkok. Ada juga pendapat yang mengatakan oleh kerana

kampung yang bernama Kanchong Laut telah pun wujud lebih awal maka kampung yang baru

dibuka ini dinamakan pula Kanchong Darat. Ditambah pula dengan kedudukannya yang

terletak di darat dan jauh dari laut. Pada sekitar tahun 1911, penduduk-penduduk di kampung

ini hanya lebih kurang 20 buah keluarga sahaja. Walaubagaimanapun, jumlah ini telah

meningkat dari setahun ke setahun dengan pembukaan penempatan baharu. Penduduk asal

kampung ini terdiri daripada orang-orang Jawa dan Banjar. Pada tahun 1909, terdapat beberapa

buah kedai runcit tertelak menghala jalan kecil ke Ladang Dusun Durian. Kedai-kedai tersebut

dibuat daripada kayu dan beratapkan nipah sahaja. Para pekedai mendapatkan bekalan

barangan daripada kedai-kedai yang telah lama dibuka di luar kampung ini. Berbanding pada

masa kini, kedai-kedai runcit kini membangun dengan maju dan mempunyai bangunan

kedainya sendiri.

Pada masa kini terdapat pelbagai kedai makan yang diusahakan oleh penduduk Kampung

Kanchong Darat, ini disebabkan oleh perubahan kegiatan ekonomi penduduk tempatan yang

telah beralih ke sektor perkilangan dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan sajian

kepada keluarga. Kampung Kanchong Darat adalah sebuah kampung yang kecil di Daerah

Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung ini sedang meningkat naik kerana terdapat

banyak perusahaan baru dibangunkan di sekitarnya. Antara perusahaan yang baru dibangunkan

1
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

ialah pelbagai kedai makan, kedai pakaian dan pasar borong kering yang amnya menjual

pakaian yang dikenali sebagai Pasar Kampuchea.

Perniagaan adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan

barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya, kepada pelanggan, dan perniagaan.

Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik

persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan

menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya.

Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama

iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja

dan penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan

perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau

menjadi perusahaan milik negara.

2
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

KEGIATAN-KEGIATAN EKONOMI YANG DILAKUKAN DI KAMPUNG


KANCHONG DARAT.

Secara dasarnya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kegiatan-kegiatan ekonomi

yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Kanchong Darat. Sejarah kegiatan ekonomi yang

dilakukan oleh penduduk Kampung Kanchong Darat amat penting untuk dikaji bagi membantu

memahami pentingnya perubahan kegiatan ekonomi ini kepada pengusaha-pengusaha di

Kampung Kanchong Darat khususnya dalam membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat di kampung Kanchong Darat ialah

kedai makan, kedai pakaian juga kedai runcit. Terdapat lima kedai yang pengkaji pilih untuk

kajian ini.

Kedai makan yang saya pilih ialah Chilli Dawg Banting. Encik Rafiuddin bin Rabu

merupakan pemilik kedai ‘Chilli Dawg Banting’. Beliau mendapat kelulusan ijazah sarjana

muda sastera inggeris. Menurutnya, beliau sudah tersasar dari bidang dan kelulusannya.

Namun, beliau bertekad untuk membuka sebuah kedai makan miliknya sendiri. Encik

Rafiuddin mula membuka kedai makan dengan hanya menggunakan satu khemah kecil sahaja

pada permulaan perniagaannya dan hanya terdapat satu menu sahaja pada waktu itu iaitu ‘roti

chilli dawg’. Menurutnya, sewaktu perniagaannya baru dibuka, sukar untuk menjual produk

makanan nya iaitu roti chilli dawg. Beliau juga berkata bahawa untuk menjual 4 roti sehari juga

adalah sukar pada waktu itu kerana gerainya pada masa itu tidak dikenali masyarakat. Encik

Rafiuddin mula membuka kedai makan pada tanggal 16 September 2015. Sebelum beliau

memulakan perniagaannya, beliau menganggur selama 6 bulan dan pernah menjadi sebagai

jurugambar di majlis perkahwinan rakan-rakannya sahaja. Sewaktu beliau menjadi

jurugambar, beliau hanya mengambil upah sebanyak RM200 hingga RM300 sahaja. Beliau

tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya menggunakan modalnya sendiri

sahaja. Beliau mendapat modal tersebut daripada perkhidmatan photographernya itu. Encik

3
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

Rafiuddin hanya bermodalkan RM1500 sahaja pada permulaan membuka kedai makannya

sendiri. Modal tersebut digunakan untuk membeli khemah dan barang-barang dapur dengan

kos RM300-400 untuk berniaga pada hari pertama beliau memulakan perniagaannya.

Encik Rafiuddin telah terlibat dalam perniagaan ini selama 4 tahun. Beliau percaya

perkembangan kegiatan ekonomi di Kanchong Darat khususnya kedai makan yang semakin

berkembang dengan pesat ini tidak akan menjejaskan perniagaannya itu. Encik Rafiuddin juga

yakin dan percaya bahawa rezeki masing-masing telah ditentukan. Beliau juga menyatakan

bahawa beliau tahu perniagaannya itu belum cukup dikenali ramai oleh itu, Encik Rafiuddin

mengambil langkah untuk menjual makanan yang jarang dijumpai di sekitar Kanchong Darat

iaitu ‘ramen samyang’ dan beliau juga menjual chicken chop serta meatball seawal jam 3

petang. Menurutnya, di Kanchong Darat susah untuk menjumpai menu tersebut di siang hari

seawal jam 3 petang. Oleh itu, dengan keunikan tersendiri di kedai Chilli Dawg Banting telah

membuatkan orang ramai tertarik untuk datang ke kedai makan beliau.

Ciri- ciri dan keistimewaan yang ada pada perniagaan yang dijalankan oleh Encik

Rafiuddin ialah menu di kedainya itu sendiri. Perkara yang menjadi keutamaan bagi beliau

ialah tidak menggunakan duit syiling di gerainya itu, bagi memudahkan pelanggan dan

melancarkan proses urusniaga. Menu yang murah dan berpatutan, air dengan harga serendah

RM1 sahaja dan air yang paling mahal di kedai beliau ialah RM4, yang menurutnya itu adalah

air yang paling mahal di kedainya. Selain itu, antara ciri-ciri tarikan orang ramai datang ke

kedainya ialah faktor kedudukan kedai Chilli Dawg yang terletak di kawasan perkampungan,

sedia maklum bahawa kawasan perkampungan adalah kawasan yang tenang dan tidak terlalu

bising menyebabkan orang ramai gemar ke kedainya.

Encik Rafiuddin pernah sekali mengikuti kursus usahawan dan mendengar taklimat-

taklimat yang dianjurkan dan belajar cara-cara memulakan perniagaan dengan betul. Beliau

4
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

belajar cara-cara untuk mendapatkan sumber bahan-bahan dan cara untuk mencari pembekal

yang menyediakan harga yang murah juga yang mahal. Bagi Encik Rafiuddin perbezaan

RM0.50 juga agak mahal dalam skala yang besar.

Terdapat juga pelanggan yang datang dari jauh semata-mata untuk makan di kedainya.

Menurut Encik Rafiuddin pelanggan yang paling jauh yang pernah ke kedainya ialah daripada

Senawang. Juga pelajar USIM yang sanggup menyewa kereta hanya untuk datang ke kedainya

sahaja. Walaupun kedai makannya sudah agak lama dibuka tetapi sambutan pelanggan

terhadap kedainya dulu kurang memberangsangkan, namun sambutan pelanggan terhadap

kedainya kini berbeza dan telah meningkat naik pada awal 2017. Antara tarikan masyarakat

untuk datang ke kedainya ialah keunikan menu nya yang ketengahkan menu ‘set dulang’.

Encik Rafiuddin berharap supaya beliau dapat membuka lagi satu cawangannya sama

ada di Bangi atau Nilai dan meluaskan perniagaannya. Beliau berharap perniagaanya dapat

diterima umum khususnya golongan remaja kerana sasaran beliau lebih tertumpu kepada

golongan remaja pada masa kini yang lebih gemar memilih makanan western.

Selain itu, antara kedai yang pengkaji pilih ialah ‘Donnis Café’ yang diusahakan oleh

Encik Abdul Hadi bin Mohd Nor. Beliau mendapat kelulusan ijazah sarjana muda pengurusan

perkhidmatan makanan di UPM. Sebelum beliau membuka kedainya sendiri, beliau pernah

bekerja selama setahun di syarikat catering dan selepas itu, Encik Hadi terus membuka

kedainya sendiri. Menurutnya, beliau membuka kedai dengan agak terburu-buru kerana

sewaktu itu beliau tidak mempunyai ilmu tentang perniagaan. Baginya keadaan ini amat

mengejut apabila beliau membuat keputusan untuk membuka kedai. Encik Hadi mengatakan

beliau bernasib baik kerana sewaktu dia ingin membeli kedai, kedainya sudah siap dari segi

kelengkapan. Encik Hadi hanya menambah baik dari segi reka bentuk hiasan kedai itu sahaja.

Beliau juga pernah keluar dalam rancangan ‘TV Alhijrah’ sebanyak 4 kali untuk menghias kek.

5
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

Encik Hadi juga berkata bahawa baginya donnis café adalah kedai keluarga walaupun

didaftarkan atas namanya sendiri. Hal ini kerana, keluarganya membantu beliau dari segi

kewangan untuk membeli aset dan sentiasa memberi sokongan terhadap kedainya itu. Namun

begitu, Encik Hadi yang menguruskan donnis café tersebut. Donnis café telah beroperasi

selama setahun, pengkaji mendapati bahawa donnis café merupakan kedai yang masih baru

dibuka di Kanchong Darat. Sewaktu beliau ingin membuka kedai, beliau tidak menerima

sebarang pinjaman daripada pihak bank, namun beliau hanya mendapat bantuan daripada pihak

keluarga.

Pada pandangan Encik Hadi mengenai lambakan kedai di Kanchong Darat ialah kuasa

membeli masyarakat. Beliau perasan bahawa terdapat pelbagai pilihan kedai makan di

Kanchong Darat yang menawarkan harga berpatutan. Beliau juga perasan dan tahu masyarakat

di Kanchong Darat ini mempunyai citarasa dan standard yang tersendiri, terdapat masyarakat

yang suka keadaan yang santai, selesa, privasi dan tidak terlalu sibuk. Encik Hadi menyatakan

bahawa kedainya mempunyai identiti dan standard tersendiri, oleh itu beliau tidak merasakan

lambakan kedai di Kanchong Darat ini akan menjejaskan kedainya itu.

Antara ciri-ciri dan keistimewaan pada donnis café yang membuatkan orang ramai

tertarik untuk datang ke kedainya ialah menu. Menu donnis café sangat berlainan daripada

kedai-kedai di Kanchong Darat, kebanyakkan menu yang terdapat di donnis café tiada di

tempat lain. Sebagai contoh, ‘Chilli Pesto’ dan terdapat daging Australia Wagyu Striploin.

Menurutnya, walaupun daging yang dijual agak mahal tetapi daging tersebut dapat dijual dan

dihabiskan dalam 2 minggu sahaja. Selain itu, antara keistimewaan donnis café ialah seawal

jam 11 pagi, kedainya telah menghidangkan menu western. Menurutnya, menu utama di donnis

café ialah pasta dan western.

6
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

Encik Abdul Hadi telah mendapat pendedahan sejak beliau berada di politeknik. Beliau

telah didedahkan dengan ilmu keusahawanan dan telah menimbulkan minat beliau pada

perniagaan. Encik Hadi bermula dengan membuat kek kahwin, kek hantaran dan kek hari jadi

sebelum beliau membuka kedai donnis café. Sambutan masyarakat terhadap donnis café sangat

memberangsangkan kerana orang ramai dah mula mengenali kewujudan donnis café. Namun

baginya, beliau perlu lebih mempromosikan kedainya di laman sosial yang menjadi pengaruh

kuat masyarakat pada masa kini.

Harapan Encik Abdul Hadi terhadap donnis café ialah dapat menambah cawangan dan

lebih memperkenalkan kedainya. Selain itu, beliau berharap dapat memperluaskan catering

donnis café. Beliau ingin mencuba melakukan penghantaran dan ingin mempelbagaikan

perkhidmatan. Beliau juga ingin mempelbagaikan menu seperti takoyaki, waffle, bingsu dan

sebagainya bagi menarik orang ramai datang ke kedainya. Encik Abdul Hadi yakin dan percaya

sekiranya beliau membuka kedai donnis café, beliau perlu ada motivasi yang kuat dan perlu

ada guru sebagai panduan.

Seterusnya, antara kedai yang pengkaji pilih ialah kedai pakaian Mimiellin Collection.

Pengkaji ingin mengkaji dan mengetahui bagaimana pengalaman pekerja di situ. Antara

pekerja di situ ialah Misliha binti Wahidun. Beliau pada mulanya bekerja di kedai lain selama

2 tahun, selepas beliau berkahwin beliau tidak bekerja. Selepas 4 tahun, Puan Misliha kembali

bekerja di Mimiellin Collection selama 5 tahun.

Pada pendapat Puan Misliha mengenai lambakan kedai-kedai di Kanchong Darat tidak

menjejaskan perniagaan Mimilien Collection kerana baginya penduduk di Kanchong Darat

semakin bertambah ramai dan tidak semua kedai menjual produk yang sama. Walaupun ada

lebih daripada 3 kedai yang menjual produk yang sama, ia tidak akan menjejaskan reputasi dan

7
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

pendapatan perniagaan Mimilien itu, ini disebabkan atas faktor penduduk yang semakin ramai

di Kanchong Darat.

Antara ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada Mimillien Collection yang menjadi

tarikan orang ramai datang ialah produk pakaian yang ‘less iron’ dan mengenengahkan pakaian

muslimah yang sukar didapatai. Pengkaji mendapati bahawa Mimillien Collection adalah

produk muslimah yang menepati syarak dan menutup aurat. Paling penting ialah, setiap produk

yang dikeluarkan ialah produk yang berkualiti dan selesa untuk pengguna pakai pakaian

tersebut.

Menurut Puan Misliha terdapat kursus mengenai cara promosi dan sebagainya.

Pengkaji mendapati bahawa pengusaha kedai Mimiellin ini memberi kursus kepada pekerja

supaya dapat mengetahui ilmu perniagaan sedikit sebanyak. Kursus ini jugak membantu dalam

mempromosikan kedai pakaiannya.

Perniagaan kedai pakaian Mimielin Collection ini bermula pada tahun 2010. Sambutan

masyarakat terhadap kedai pakaian ini sangat baik disebabkan harga yang mampu milik dan

kualiti yang baik. Mimiellin Collection telah membuka cawangan di sekitar Sungai Lang.

pengkaji mendapati bahawa sambutan pelanggan terhadap kedai ini sangat baik, ini kerana

Mimiellin dapat meluaskan lagi cawangannya dan dikenali oleh masyarakat Kanchong Darat.

Harapan Puan Misliha sebagai pekerja di Mimiellin Collection ialah supaya dapat

memberikan perkhidmatan yang baik dan bagus kepada pelanggan. Selain itu, beliau juga

berharap supaya Mimiellin Collection dapat mempelbagaikan pilihan pakaian muslimah yang

mengikut peredaran semasa supaya dapat menjadi tarikan masyarakat ke kedai Mimiellin

Collection.

Di samping itu, kedai CMA Kitchen juga menjadi pilihan pengkaji untuk membuat

kajian. Pemilik kedai CMA Kitchen ini ialah Encik Razali bin Yasir. Nama kedai ini diambil

8
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

daripada nama isterinya iaitu Shima. Pengkaji telah menemubual pekerja di CMA Kitchen iaitu

Cik Nur Hasma Najwa binti Andi Hasan Basri. Pada asalnya kedai CMA Kitchen ini

merupakan kedai makan dan pengusaha yang sama juga iaitu Encik Razali bin Yasir dan

diubahsuai untuk menjadikan kedai kerepek. Produk CMA Kitchen ialah kuih kapit sahaja,

kerepek dan produk luar diambil daripada penguasaha kecil sederhana di Kanchong Darat.

Hanya terdapat 2 orang pekerja sahaja di CMA Kitchen pada hari biasa. Jika musim

perayaan sahaja Encik Razali akan mengambil pekerja sambilan seramai 5 orang untuk

membantu membungkus produk dan sebagainya. Kedai ini wujud pada tahun 2010 dan kurang

dikenali oleh masyarakat setempat. Encik Razali tidak menerima sebarang bantuan atau

pinjaman daripada pihak bank, beliau menggunakan modal sendiri untuk membuka kedai CMA

Kitchen.

Menurut pekerjanya iaitu Cik Hasma, lambakan kedai-kedai di Kanchong Darat ini

tidak memberikan kesan atas kedai itu. Beliau menyatakan bahawa setiap peniaga di Kanchong

Darat ini mempunyai persaingan yang sihat dan tidak menjejaskan pendapatan kedai itu

walaupun terdapat lambakan kedai-kedai baru yang wujud di Kanchong Darat.

Antara ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada CMA Kitchen ialah produk kapit dan

kek buah yang dihasilkan sendiri. Kedua-dua produk tersebut adalah produk utama di kedai

itu. Cik Hasma merasakan bahawa produk tersebut adalah tarikan orang ramai dating ke CMA

Kitchen itu. Di CMA Kitchen juga lebih memfokuskan kepada jualan biskut berbanding

dengan kerepek.

Pekerja-pekerja di CMA Kitchen juga didedahkan dengan kursus kendalian makanan

supaya dapat mengetahui sedikit sebanyak ilmu mengenai perniagaan tersebut. Apabila tiba

musim perayaan sambutan sangat baik dan sangat berbeza dengan hari biasa. Pengkaji telah

mengkaji CMA Kitchen tidak menerima sambutan yang baik sewaktu hari biasa, tetapi pada

9
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

musim perayaan CMA Kitchen mendapat sambutan yang sangat baik. Hal ini kerana, CMA

Kitchen belum dikenali oleh masyarakat setempat, kedai yang masih baru dan perlu mengambil

masa untuk diterima masyarakat.

Harapan Cik Hasma selaku pekerja di CMA Kitchen ialah dapat berkembang maju dan

dapat dikenali oleh masyarakat setempat dan tingkatkan promosi dalam media sosial yang

menjadi sumber utama tarikan orang ramai. Menurut Cik Hasma promosi di kedai itu lemah

dan tidak konsisten. Promosi di kedai itu masih menggunakan cara yang biasa dan tidak

mengikuti peredaran semasa. CMA Kitchen juga kelihatan seperti rumah dan masyarakat

kurang tahu mengenai kedai tersebut.

Akhir sekali, kedai yang pengkaji pilih untuk membuat kajian ialah ‘Kerepek FAZZ’

yang dimiliki oleh Encik Mahmudin bin Abas. Kerepek FAZZ ditubuhkan pada tahun 1983

dan telah bertahan selama 36 tahun. Menjadikan kerepek FAZZ sebagai sumber utama

pendapatan dan sepenuh masa pada tahun Mei 1985. Beliau pernah bekerja sebagai pakar

teknikal di kilang Mosanto Elektronik. Selepas beberapi hari bekerja, beliau mula terfikir untuk

mencipta mesin yang boleh memotong pisang dan ubi. Encik Mahmudin menggunakan modal

sendiri dan membuat pinjaman bank sewaktu pembukaan kerepek fazz. Pada asalnya,

perusahaan kerepek fazz ini dijual atas permintaan rakan sekerjanya dan sekarang telah

menjadi perniagaan yang serius.

Berkat usaha gigih yang tidak pernah mengenal erti putus asa dia membuka sebuah

kilang memproses pelbagai jenis kerepek di rumahnya yang terletak di Kanchong Darat.

Sambutan yang menggalakkan membawa tuah kepada beliau kerana produknya terjual

sehingga ke luar negara seperti Australia, Jepun, Dubai, Singapura dan Brunei.

Menurut Encik Mahmudin, persaingan tidak menjadi masalah kerana kerepek fazz

mempunyai kualiti yang tersendiri. Persaingan hanya pada bahan mentah sahaja, dan kes-kes

10
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

kecurian buah pisang sebanyak 10 hingga 15 tandan. Hal ini kerana, kebun yang hanya

dibiarkan di tepi jalan tanpa pengawasan daripada sesiapa.

Antara ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada kerepek fazz ialah kerepek ubi yang

dipotong dan terus digoreng. Selain itu, Encik Mahmudin mencipta resepi kerepek ubi pedas

kering dan memulakan. Ini adalah resepinya sendiri dan menjadi salah satu tarikan orang ramai

datang ke kerepek fazz.

Encik Mahmudin memulakan perniagaan secara serius pada tahun 1983. Dua tahun

selepas itu beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh

perhatian kepada perusahaan kerepek. Kejayaannya mengusahakan kerepek turut diiktiraf oleh

para pemimpin negara dengan mengadakan kunjungan ke kilangnya. Antara pemimpin yang

melawat kilang berekenaan ialah Tan Sri Muhammad Taib dan Datin Seri Dr. Siti Hasmah.

Encik Mahmudin terpaksa menghentikan pengeksportan kerepek ke beberapa buah

negara kerana menghadapi masalah kekurangan pekerja dan juga bekalan mentah. Bahan

mentah juga susah untuk dijumpai seperti pisang tanduk, pisang abu dan ubi kayu. Sambutan

sangat menggalakkan dan mendapatkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat

dan mula dijual di kantin sekolah, kantin- kantin kilang dan kedai-kedai runcit.

11
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PERNIAGAAN

Antara kedai yang pengkaji membuat kajian ialah kedai makan ‘Chilli Dawg Banting’.

Pemiliknya iaitu Encik Rafiuddin menyatakan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi

dalam dunia perniagaan, antaranya ialah kawasan perniagaanya yang terhad baginya. Hal ini

disebabkan oleh beliau hanya menggunakan tanah lot sendiri untuk memulakan perniagaanya.

Tanah lot yang terletak di kawasan kampung membuatkan beliau risau akan suasana

persekitaran dan memikirkan pandangan jiran terhadap kedainya itu. Beliau juga risau apabila

kedai makannya wujud, jiran tetangga terganggu dengan suasana yang bising dan sebagainya.

Namun, Encik Rafiuddin dapat mengatasi dan mengawal keadaan tersebut. Selain itu, antara

masalah yang dihadapinya ialah kawasan letak kenderaan yang agak terhad juga menjadi satu

masalah baginya, ini disebabkan oleh kedainya yang hanya terletak di hadapan rumah beliau

menyebabkan kawasan letak kenderaan agak terhad.

Manakala, cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pemilik kedai ‘Donnis Café’ pula

ialah untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kedainya. Hal ini kerana, sebelum

wujudnya donnis café, pada asalnya kedai tersebut dimiliki dan diusahakan oleh Chinese.

Cabaran beliau ialah apabila masyarakat masih menganggap donnis café ialah kedai Chinese,

disebabkan oleh faktor nama kedainya yang seakan-akan kedai Chinese dan tidak

menggambarkan kemelayuan. Encik Hadi perlu mengambil masa untuk mengubah persepsi

masyarakat mengenai kedainya itu.

Selain itu, disebabkan baru setahun kedai donnis café dibuka, Encik Hadi berkata

bahawa selama setahun ini belum mendapat pulangan modalnya lagi. Beliau menyatakan

bahawa masalah paling besar apabila membuka kedai ialah masalah pekerja. Menurutnya susah

untuk mencari pekerja yang cepat dan mahir dalam melakukan tugasnya. Apabila beliau

mempunyai pekerja yang lambat, tidak dapat buat kerja, curi tulang, selalu tidak hadir, maka

12
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

perkara itu yang membuatkan terbantutnya perniagaan beliau. Namun, sekarang beliau sudah

mempunyai pekerja yang bagus. Encik Hadi lebih gemar memilih pekerja lelaki untuk

memasak di dapur kerana baginya pekerja lelaki mempunyai kekuatan untuk memasak dan

mengambil masa yang singkat untuk menyiapkan hidangan pelanggannya.

Seterusnya, antara cabaran yang dihadapi oleh Mimiellin Collection ialah masalah

pelanggan. Menurut Puan Misliha terdapat pelbagai ragam pelanggan yang tidak diduga.

Sebagai contoh, ada segelintir pelanggan yang meminta harga yang lebih murah walaupun

harga yang ditetapkan sudah murah dan mampu dimiliki. Terdapat juga pelanggan yang ingin

menukar saiz tetapi tidak membawa resit dan sudah lebih daripada seminggu. Perkara-perkara

sebegini sering berlaku di kedai pakaian Mimiellin katanya.

Di samping itu, antara masalah-masalah yang dihadapi oleh CMA Kitchen ialah apabila

berhadapan dengan pelanggan. Ada segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab apabila

telah menjatuhkan biskut-biskut di kedai. Sedia maklum bahawa biskut cepat pecah apabila

jatuh, dan apabila meminta ganti rugi kepada pelanggan, pelanggan tersebut tidak mahu bayar

atasa kerosakan yang telah dilakukannya. Selain itu, produk kerepek tidak tahan lama, hanya

tahandalam masa 3 bulan sahaja. Jika terdapat produk kerepek yang tidak habis dijual dan

masih dalam keadaan yang baik, CMA Kitchen akan sedekahkan kepada sedara mara yang

terdekat. Seterusnya, antara masalah yang dihadapi dengan pelanggan ialah pelanggan

inginkan produk yang segar. Sebagai contoh produk kerepek, pelanggan mahukan produk yang

semalam goreng harini hmahu dibungkus. Walhal produk kerepek mempunyai masa untuk

diproses.

Akhir sekali, masalah yang dihadapi oleh kerepek fazz ialah kekurangan bahan mentah

disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu. Sukar untuk mendapatkan bahan mentah seperti

pisang abu, pisang tanduk dan ubi kayu.

13
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

KESAN KEMAJUAN EKONOMI TERHADAP MASYARAKAT SEKITAR

Pada pandangan Encik Abdul Hadi iaitu pemilik kedai donnis café, beliau menyatakan

bahawa terdapat kesan kemajuan ekonomi terhadap masyarakat sekitar terutama daripada

aspek sosial. Berdasarkan pemerhatian beliau, beliau perasan yang terdapat masyarakat yang

mempunyai pendapatan yang tinggi yang menginginkan kedai sepeti donnis café. Dalam situasi

yang tenang dan privasi dengan makanan yang lebih murah juga sedap dan pelbagai menu.

Selain itu, pada pandangan Cik Hasma iaitu pekerja CMA Kitchen, beliau menyatakan

bahawa terdapat kesan ekonomi terhadap masyarakat sekitar antaranya wujud peluang

pekerjaan dan dapat membantu usahawan industi kecil sederhana untuk menjana pendapatan

dengan meletakkan produk mereka di CMA Kitchen. Terdapat juga masyarakat yang

bekerjaya, tidak ada masa dan tidak tahu membuat kerepek juga membantu mereka membeli

kerepek di kedai CMA Kitchen.

Seterusnya, antara kesan ekonomi terhadap masyarakat sekitar ialah dapat mewujudkan

peluang pekerjaan. Selain itu, dapat menambahkan pendapatan penduduk kampung dengan

membeli bahan mentah daripada orang kampung. Juga dapat memperkenalkan kerepek kepada

masyarakat sekitar yang amnya tidak tahu untuk membuat kerepek atas faktor bekerjaya dan

tidak mempunyai masa untuk membuat kerepek, dapat memudahkan masyarakat dengan hanya

membeli kerepek di Kerepek FAZZ sahaja.

14
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

MENJELASKAN PERANAN MAJLIS TEMPATAN DAERAH KUALA LANGAT

DALAM MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN KEDAI DI KANCHONG DARAT

Setiap kedai perlu mengambil kira logo kedai, nama kedai yang dipaparkan di hadapan

kedai perlulah mendapat kelulusan daripada dewan Bahasa dan Pustaka supaya tidak sesuka

hati pemilik kedai menggunakan nama yang tidak baik. Mesti mempunyai bahasa melayu, dan

tidak boleh meletakkan nama inggeris atau Thailand dan sebagainya. Dari segi kebersihan,

jabatan kesihatan juga terlibat dan dari segi lesen. Selain itu, dari aspek majlis perbandaran,

jika tanah itu dinaikkan ke majlis perbandran, maka secara tidak langsung cukai juga akan

menjadi lebih tinggi. Majlis tempatan berperanan dengan menggalakkan kedai-kedai di

Kampung Kanchong Darat dari tahun 2000-2015 dalam usaha membantu peniaga-peniaga

dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

15
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

KESIMPULAN

Kampung Kanchong Darat semakin pesat berkembang maju dari semasa ke semasa dan

mengalami pertambahan dari pelbagai aspek antaranya ialah pertambahan bilangan penduduk,

kemudahan asas atau infrastruktur, ekonomi dan sebagainya. Secara keseluruhannya, kajian ini

dilakukan supaya orang ramai dapat mengetahui kewujudan kedai-kedai di sekitar Kampung

Kanchong Darat. Kajian ini mengenal pasti sejarah penubuhan dan perkembangan kedai-kedai

di Kanchong Darat dari tahun 2000 hingga 2015. Terdapat perubahan yang ketara dari segi

tempat, penduduk, ekonomi dan sebagainya.

Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat

pemahaman tentang perkembangan kegiatan ekonomi masyarakat di Kampung Kanchong

Darat. Malah ia sekali gus dapat memaparkan kepentingan kegiatan ekonomi dalam

meningkatkan taraf hidup masyarakat di kampung berkenaan. Sejarah penubuhan dan

perkembangan kedai-kedai di Kanchong Darat juga dapat memberikan inspirasi kepada

usahawan-usahawan kecil yang hendak membangun.

16
SITI NURUL HAZIRAH BT SHAZIMAN 001114-14-0146

BIBLIOGRAFI

17

You might also like