You are on page 1of 51

CMIE2036 LATIHAN INDUSTRI DAN PEMBANGUNAN EKS

Nama Ahli Kumpulan

1. Nur Syahirah Binti Che Lah (A161518)


2. Nur Fitri Umira Binti Muhajir (A159088)
3. Nurul Khaleeda Binti Baharuddin (A163159)
4. Zaharatul Husna Binti Hussin (A163823)
5. Nur Atiqah Binti Asbi (A163026)
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

Industri makanan dan minuman merupakan industri yang terbesar dan industri paling
penting di Malaysia yang menjamin kelangsungan bekalan makanan seharian masyarakat kita.
Saban tahun kita menyaksikan perkembangan industri makanan dan minuman yang
menunjukkan trend yang berada dalam keadaan meningkat. Ramai yang telah menceburi bidang
perniagaan makanan dan menjadi usahawan yang berjaya dan mampu mengubah nasib
masing-masing.

Pembukaan bandar juga merupakan faktor utama yang menyebabkan kepesatan


pembukaan premis makanan. Seperti dalam kajian ini, kepesatan pembangunan Bandar Baru
Bangi telah membuka pelbagai pusat membeli belah yang menjadi asbab pembukaan pelbagai
premis makanan bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat. Pembukaan Bangi Gateway
sebagai pusat membeli belah yang utama telah membuka peluang perniagaan kepada pelbagai
bidang keusahawanan seperti bidang pakaian dan fesyen, makanan dan minuman, pusat hiburan,
bidang perhotelan dan pelbagai lagi. Hal ini telah memberi ruang kepada masyarakat untuk terus
meningkatkan kualiti dan taraf hidup dengan kepesatan perniagaan dan keperluan tenaga kerja
yang semakin meningkat.

Sepanjang tempoh untuk mencari syarikat, kami telah mendapat kebenaran untuk
melakukan kajian di tiga buah premis di Bangi Gateway iaitu di sebuah syarikat ​travel and tour,​
dan dua buah premis makanan. Dan setelah berbincang bersama ahli kumpulan yang lain, kami
telah memutuskan untuk memilih melakukan kajian di salah sebuah perniagaan makanan.

Dengan kesempatan yang ada, kami telah diberi peluang untuk meninjau sebuah
perusahaan makanan milik bumiputera iaitu Biji Kopi Cafe yang terletak di dalam pusat membeli
belah Bangi Gateway. Kami memilih perniagaan ini memandangkan lokasinya yang terletak
berdekatan dengan kawasan pengajian kami bagi memudahkan perjalanan kami ke sana untuk
melakukan tinjauan sepanjang tempoh kajian dilakukan.
Selain itu, faktor lain yang menyebabkan kami memilih restoran ini ialah kerana
pengusahanya yang sangat memberi kerjasama kepada kami melebihi daripada jangkaan kami.
Beliau sudi meluangkan masa bersama kami walaupun sibuk menguruskan perniagaannya dan
tidak lokek berkongsi tips, pengalaman dan ilmu perniagaan sejak dari mula kami datang ke sini.
2.0 PROFIL SYARIKAT

Nama Syarikat Biji Kopi Cafe & Events

Alamat Syarikat Shopping Complex, C-8, G, Bangi Gateway, Seksyen 15,

No telefon 012-203 0779

Email dreamdiscoverventure@gmail.com

Website Facebook & Instagram


@ruzaladdin2017
@bijikopicafe
@songketcatering2017

Nama pemilik Amir Azmie

Restoran Biji Kopi Cafe & Events merupakan sebuah restoran yang terletak di dalam
pusat membeli belah Bangi Gateway. Kedudukan restoran ini boleh dikatakan strategik kerana
terletak di hadapan laluan kenderaan untuk meletak kenderaan di pusat beli belah itu selain
terletak di tingkat bawah. Restoran ini mula dibuka pada tahun 2014 dan mampu bertahan
sehingga kini walaupun telah menerima pelbagai persaingan sengit daripada premis makanan
yang lainnya. Pemilik restoran ini merupakan seorang usahawan wanita yang sememangnya lahir
dari kalangan keluarga yang berlatar belakang terlibat dalam perusahaan makanan dan minuman.
Puan Hazleen yang bertubuh kecil molek bersama suaminya telah memulakan perusahaan ini.
Memegang gelaran ibu kepada 3 orang anak bukan merupakan penghalang untuk Puan Hazleen
menguruskan perniagaan ini bersama suaminya Encik Amir Azmie.
Biji Kopi Bangi antara salah sebuah restoran yang boleh dikunjungi jika berada di Bangi
Gateway bersebelahan Oldtown. Dimana ia berkonsepkan urban dan santai. Sebelum restoran ini
dibuka di Bangi, mereka pernah membuka restoran dengan nama berbeza di Bukit Bintang.
Berlatar belakangkan keluarga yang sememangnya mengusahakan perniagaan makanan sejak
tahun 2001, Puan Hazleen dan suami membuka Biji Kopi Bangi dengan menggunakan resepi
istimewa keluarga dari arwah datuknya dan sehingga kini masih digunakan. Selain restoran di
Bangi, mereka juga membuka sebuah kedai makan di Ampang berdekatan tempat tinggal
mereka.

Pada mulanya mereka hanya membuka restoran sahaja tetapi kemudiannya telah
menceburi perkhidmatan katering. Puan Hazleen dan suami bercadang untuk menjadikan
perkhidmatan katering menjadi salah satu sumber jualan mereka apabila kedai makan mereka di
Ampang terkenal dan mendapat sambutan penduduk tempatan. Biji Kopi Bangi akan
mengendalikan katering jika tempahan kurang 500unit kerana saiz dapur yang agak kecil. Misi
Biji Kopi Bangi pada awalnya semasa dibuka bermotifkan untuk mendapat hasil jualan RM
500,000 setahun sekurang kurangnya.

Pemilihan tapak premis untuk Biji Kopi Bangi

Menurut Puan Hazleen, nama Biji Kopi berasal daripada nama perniagaan asalnya dahulu
yang lebih berkonsepkan kopitiam. Namun, disebabkan mereka mahukan sesuatu yang lebih
mencabar dan lebih memberi keuntungan kepada mereka, mereka telah membuka perniagaan
makanan dan katering dan kekal menggunakan nama Biji Kopi Cafe & Event. Dengan peluang
yang ada iaitu mereka mewarisi resepi masakan nasi Briyani sejak daripada nenek moyang,
mereka menjadikan masakan tersebut menu utama di restoran mereka.

Menurutnya lagi, bermula dari konsep reka bentuk dan susun atur kedai serta peralatan
kedai, semuanya dipilih oleh suaminya Encik Amir Azmie. Berkonsepkan unik, Encik Amir
memilih rona kebiruan untuk meja dan kerusi pelanggan yang diperbuat daripada kayu seperti
meja dan kerusi di sekolah pada zaman dahulu. Boleh mengamit memori zaman persekolahan
buat pengunjung yang datang. Peralatan pinggan dan mangkuk juga menggunakan warna biru.
Selain itu, di dalam restoran ini juga disediakan ruang membaca yang dilengkapi sofa, dan
pelbagai buku. Sangat sesuai bagi mereka yang sedang menunggu rakan lain atau buat mereka
yang suka meluangkan masa dengan membaca sambil menikmati kopi istimewa dari restoran ini.
Meja dan kerusi pelanggan juga diletakkan di bahagian dalam dan luar kedai. Ini dapat
menampung kehadiran pelanggan yang ramai.

Setelah dianalisis persekitaran restoran Biji Kopi Cafe & Events ini kami mendapati restoran ini
mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana beberapa perkara berikut:

a. Kebanyakkan warga Bangi mempunyai taraf hidup yang tinggi dan gaya hidup mereka
yang gemar makan di luar kerana rata-rata penduduknya bekerja dan tiada masa untuk
memasak.
b. Kedudukan restoran ini yang terletak di dalam pusat beli belah dan kawasan
pejabat-pejabat seperti ILKAP, NIOSH serta kawasan tempat belajar seperti UKM,
KPTM Bangi, GMI Bangi.
c. Pertambahan jumlah penduduk di Bangi akibat penghijrahan penduduk luar bandar dan
warga asing yang datang mencari rezeki.

2.1 OPERASI PERNIAGAAN

Waktu operasi perniagaan amat penting kerana perlu ada kesesuaian waktu bagi
mengelakkan berlakunya kerugian disebabkan ketiadaan atau kekurangan pelanggan.
Restoran ini dibuka pada jam 8.30 pagi iaitu waktu di mana semua pekerja perlu datang
dan menyediakan keperluan seharian restoran dan melakukan kerja-kerja pembersihan
sebelum pelanggan datang sekitar jam 10.00 pagi di mana waktu pusat beli belah itu
dibuka. Restoran ini dibuka sehingga jam 11.00 malam. Jam 12.00 tengah hari hingga
2.00 petang merupakan waktu puncak di mana para pelanggan menikmati makan tengah
hari yang mana rata-rata sedang menikmati waktu rehat. Waktu puncak kedua pula
adalah sekitar jam 6.00 petang hingga 9.00 malam iaitu waktu pelanggan menikmati
makan malam bersama keluarga. Sasaran pelanggan restoran ini ialah pelajar dan pekerja,
justeru pemilihan waktu untuk beroperasi dilihat begitu ideal kerana ramai pelanggan
akan sibuk pada sebelah pagi kerana aktiviti kuliah dan berada dalam waktu bekerja.
Oleh itu, waktu lapang adalah pada waktu tengah hari dan malam. Restoran ini akan
dibuka setiap hari tanpa cuti kecuali pada hari perayaan dan pekerja tidak dibenarkan
bercuti pada hari sabtu dan ahad kerana kedua-dua hari tersebut merupakan hari di mana
pelanggan adalah ramai.

2.2 VISI SYARIKAT

Setiap syarikat mempunyai matlamat dan mahukan pencapaian yang


memberangsangkan. Antara visi yang ada pada restoran ini ialah memberi satu ruang dan
peluang kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira pendapatan mereka untuk
datang dan makan di restoran ini dan menikmati nasi briyani resepi turun temurun
mereka yang merupakan menu utama dalam restoran Biji Kopi. Seterusnya, pemilik
Restoran Biji Kopi ini juga berhasrat untuk melebarkan sayap menambah cawangan
mereka ke beberapa kawasan lain. Di samping itu, pemilik restoran ini juga mempunyai
satu matlamat iaitu memastikan keadaan restoran sentiasa dalam keadaan yang bersih
yang meliputi kebersihan premis, kebersihan penyediaan makanan dan kebersihan
pekerja. Keadaan yang bersih akan menyebabkan pelanggan terus mengunjungi restoran
ini di samping susun atur yang yang sentiasa teratur dan kemas.

2.3 MISI SYARIKAT


Misi pemilik syarikat adalah untuk berjaya dalam bidang pemprosesan nasi
kandar yang sedia dimasak dan boleh dijual di dalam dan luar negara. Selain itu, bagi
mengekalkan harga, pemilik restoran ini memilih untuk berusaha mencari pembekal yang
dapat menyediakan barangan mentah dan kering dengan harga yang konsisten dan murah.
Kemudian, pengubahsuaian susun atur restoran yang lain daripada yang lain iaitu
bertemakan santai menyebabkan pelanggan akan berasa tenang untuk menikmati
makanan di restoran ini.

3.0 CARTA ORGANISASI

3.1 CARTA ORGANISASI PERINGKAT PENGURUSAN


3.2 CARTA ORGANISASI PERINGKAT RESTORAN
4.0 METODOLOGI

Definisi metodologi kajian ini merupakan cara bagaimana maklumat itu diperoleh.. Ia
juga membawa maksud kaedah-kaedah yang digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan
sebarang maklumat.

Ianya terbahagi kepada dua kaedah iaitu; kualitatif dan kuantitatif. Menurut Lofland &
Lofland 1984, kualitatif membawa maksud penglibatan semua jenis kaedah pengumpulan data
dan analisa yang bukan kuantitatif ( tidak boleh dibilang). Ianya memfokuskan terhadap mutu
merujuk kepada sesuatu benda atau persekitaran serta perhubungan sosial. Sebagai contohnya
perbualan melalui telefon, pemerhatian, data internet, buku-buku dan wawancara atau temubual.
Kuantitatif pula membawa maksud data-data yang yang boleh dianalisis dan proses penyelidikan.
Contohnya seperti bermula dengan teori, hipotesis, konsep, memilih responden atau subjek,
borang kaji selidik, mengumpul data, analisis data, dan jawapan keseluruhan.

Dalam kajian ini kami menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan


maklumat-maklumat yang dirasakan releven dengan tujuan laporan ini dilakukan.

4.1 KAEDAH TEMUBUAL

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat, kaedah temubual juga digunakan
untuk mendapatkan maklumat seperti sejarah sesebuah restoran, asal-usul penubuhan
restoran tersebut. Bagi mendapatkan maklumat tersebut, kami menemubual pengurus
restoran tersebut iaitu Puan Hazleen dan Encik Amir di mana kami telah membuat temu
janji dengan mereka sebanyak 7 kali perjumpaan. Selain itu, untuk mengetahui perjalanan
operasi harian restoran itu, kami juga telah menemubual pekerja-pekerja restoran di
setiap bahagian operasi seperti di kaunter, di dapur, dan di bahagian minuman. Selain
daripada itu, temubual bersama pelanggan juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat
seperti bagaimanakah mereka mengetahui lokasi tersebut dan faktor yang membuatkan
mereka memilih untuk makan di situ.
4.2 KAEDAH FOTOGRAFI

Kaedah ini digunakan bagi merakamkan persekitaran restoran dan merakam sesi
temubual yang dijalankan. Ia adalah untuk menjadikannya sebagai bahan bukti serta
bahan rujukan di bahagian lampiran.

4.3 PENGANALISAAN DATA

Kaedah ini dijalankan selepas kesemua data yang diperlukan diperolehi bagi
mengetahui data yang mana dapat membantu sepanjang tempoh kajian dijalankan.
Dapatan data dari penganalisaan data ini akan digunakan bagi menjayakan kajian ini
seperti melakukan unjuran untung rugi, kos dan titik pulang modal.

4.4 KAEDAH KAJIAN LEPAS

Maklumat daripada kajian lepas juga dapat membantu dalam kajian yang
dijalankan ini. Melalui kaedah ini, ianya dapat membantu dari segi bagaimana untuk
menulis laporan yang baik dengan melihat contoh-contoh laporan daripada kajian-kajian
lepas.
5.0 ANALISIS SWOT

5.1 PEMASARAN

KEKUATAN KELEMAHAN
- sosial media aktif untuk - kurang strategi promosi untuk
memperkenalkan menu memperkenalkan menu & produk
- mudah diakses; berada di dalam kepada pelanggan
kompleks membeli belah, mudah - tidak dilengkapi kemudahan wi-fi;
dicari di google map dimana daya tarikan untuk
- resepi briyani yang diminati ramai; pelanggan datang berkunjung
keistimewaan resepi turun temurun - produk kurang variasi;
dari keluarga kepanjangan & kedalaman menu
- penghasilan produk sejuk beku & produk
untuk dipasarkan seluruh dunia - Kekurangan dari segi kewangan
- ramai pelanggan setia yang untuk pemasaran produk
meminati menu nasi briyani - kurang tenaga mahir untuk
melakukan pemasaran produk
kepada orang ramai

PELUANG ANCAMAN
- pernah memasuki beberapa - belum dikenali ramai dengan
rancangan televisyen terkenal & keunikan menu utama; belum ada
youtube brand untuk dikenali oleh orang
- kemajuan teknologi internet yang ramai
semakin tersebar luas - memerlukan kos yang tinggi untuk
- belum banyak pesaing yang menjalankan pemasaran yang lebih
mengeluarkan menu utama iaitu berkesan
nasi briyani yang sama disekitar - kurang sambutan oleh orang ramai
bandar baru bangi di sosial media
- permintaan untuk produk sejuk - kurang pengikut di sosial media
beku nasi briyani dari luar negara - pemasaran produk pesaing lebih
semakin tinggi hebat dan berkesan
- platform untuk memasarkan
produk sejuk beku wujud kerana
saluran tersedia untuk dipasarkan

5.1.1 KEKUATAN

Antara kekuatan dari segi pemasaran Biji Kopi Cafe & Events adalah
pengendalian media sosial seperti Facebook dan Instagram sangat aktif untuk
memperkenalkan menu restoran yang sedia ada, yang paling digemari pelanggan dan
menu yang terbaharu. Hampir setiap hari ada sahaja cerita baru yang dimuatnaik ke
laman sosial untuk dikongsikan oleh pengurus kepada orang ramai. Tidak kurang juga
berkongsi maklum balas daripada pelanggan yang rata-ratanya berpuas hati dengan menu
yang disajikan kepada mereka sebagai taktik untuk menarik minat lebih ramai orang
datang berkunjung ke restoran mereka. Seterusnya restoran ini mudah diakses kerana
selain berada di tengah-tengah bandar yang merupakan tempat perkumpulan ramai orang
ianya juga berada di dalam kompleks membeli belah yang senang sahaja dilewati ketika
berada di Bangi Gateway. Restoran ini mudah dicari dan dikesan di dalam peta iaitu
dengan menggunakan aplikasi atas talian 'google map' bagi memudahkan restoran ini
dicapai keberadaannya oleh orang ramai. Selain itu, resepi nasi briyani yang menjadi
kegemaran orang ramai dengan menggunakan resepi istimewa turun temurun dari
keluarga pemilik menjadi daya penarik pelanggan dengan keunikan rasanya serta tidak
terdapat di tempat lain melainkan di Biji Kopi Cafe & Events ini sahaja. Di samping itu
tercetusnya idea penghasilan produk sejuk beku untuk dipasarkan ke seluruh dunia
telahpun menjadi sasaran terbaharu restoran ini yang akan dicapai pada masa akan
datang adalah amat berpotensi tinggi kerana ianya sekarang telahpun dalam proses
dibawah masuk ke makmal untuk diuji keberhasilannya. Akhir sekali, restoran ini
menjadi daya tarikan kepada orang ramai serta pelanggan setia yang meminati menu nasi
briyani dan beberapa menu lain di restoran ini menjadikan mereka tidak putus-putus
untuk datang berkunjung.

5.1.2 KELEMAHAN

Kelemahan Biji Kopi Cafe & Events ini dari segi pemasarannya adalah kurang
strategi promosi untuk memperkenalkan menu dan produk mereka kepada orang ramai.
Selain itu tidak dilengkapi kemudahan untuk mengakses internet secara percuma seperti
wi-fi, dimana seperti yang kita tahu internet adalah menjadi satu keperluan untuk hampir
semua orang pada era teknologi kini. Hampir dimana saja kita akan mengakses internet
untuk berkomunikasi dengan orang ataupun sebagai alat bantuan untuk menyiapkan
kerja. Dimana nilai tambah seperti kemudahan internet untuk pelanggan menjadi daya
tarikan untuk mereka datang berkunjung dengan lebih kerap. Secara tidak langsung hal
ini dapat membantu menarik lebih ramai pelanggan datang ke restoran mereka.
Seterusnya menu makanan di restoran ini kurang menarik perhatian dari segi variasi iaitu
kepanjangan dan kedalaman menu yang ditawarkan untuk pelanggan. Hal ini jelas dapat
dilihat di dalam buku menu yang kurang makanan serta minuman dapat ditawarkan
berbanding restoran pesaing yang menawarkan menu yang pelbagai. Juga didapati
sesetengah menu yang tiada pada hari tersebut atau telah lama tiada tidak dimaklumkan
secara terangan kepada pelanggan sebelum mereka memesan. Selain dari itu, pelanggan
tidak menyedari menu yang telah dikemaskini atau baru diwujudkan kerana tidak
terdapat di dalam buku menu, ini yang mencetuskan kelemahan untuk memasarkan menu
dan produk kepada orang ramai. Disamping itu, kekurangan dari segi peruntukan
kewangan untuk melakukan pemasaran produk. Sebagai contoh, papan tanda, baner serta
bunting diluar kawasan tapak premis untuk memaklumkan kewujudan restoran mereka
kepada orang ramai belum diwujudkan. Akhir sekali, kurangnya tenaga mahir dalam
kepakaran teknologi dan ICT untuk mereka visual grafik yang dapat menarik minat orang
ramai serta membantu pemasaran menu mereka kepada orang ramai.

5.1.3 PELUANG

Antara beberapa peluang yang dapat dikesan sesuai bagi membantu pemasaran
Biji Kopi Cafe & Events adalah restoran ini pernah memasuki beberapa rancangan
televisyen terkenal seperti Jalan-Jalan Cari Makan, pengacara program televisyen ini
mencuba sajian istimewa menu utama Nasi Briyani dan beberapa menu sampingan lain
dimana Biji Kopi Cafe & Events lebih dikenali dengan keenakan rasanya selepas
rancangan itu disiarkan di kaca televisyen walaupun baru setahun ditubuhkan. Tidak
kurang juga beberapa vlogger terkenal memuatnaik video di youtube apabila mereka
singgah di restoran ini dan berkongsi rasa puas hati dan maklum balas setelah merasa
menu disini. Antaranya mereka berpuas hati bahawa harga dan kuantiti dan kualiti sajian
adalah memuaskan. Hal ini semakin menarik minat orang ramai untuk mencuba menu di
restoran ini apabila melihat kepuasan yang dirasai oleh segelintir pelanggan yang telah
mencuba beberapa sajian yang ditawarkan disini.
Selain itu, kemajuan teknologi internet yang semakin tersebar luas menjadi
platform terbaik untuk Biji Kopi Cafe & Events menonjolkan keunikan dan kelazatan
resepi restoran mereka. Sebagai contoh dengan wujudnya medium seperti blog, google,
website, facebook serta instagram dapat digunakan oleh pengurus restoran ini untuk
mewar-warkan kewujudan restoran mereka kepada orang lain dan boleh dikongsi kepada
orang ramai. Tidak kurang juga segenlintir pelanggan yang pernah datang mencuba menu
disini berpuas hati dan meluahkan serta berkongsi pengalaman menarik mereka di dalam
blog dan mensyorkan orang ramai untuk mencuba.
Seterusnya belum banyak pesaing yang mengeluarkan menu utama iaitu Nasi
Briyani dan lauk daging kambing yang sama disekitar Bandar Baru Bangi. Hal ini
menjadikan restoran ini semakin eksklusif dan menjadi pilihan ramai pelanggan.
Disamping itu, permintaan untuk produk sejuk beku Nasi Briyani dari luar negara
telahpun wujud dan semakin tinggi permintaannya serta menjadi produk yang ditunggu-
tunggu oleh pengguna diluar sana. Akhir sekali platform untuk mengeluarkan produk
sejuk beku telah tersedia untuk dipasarkan walupun belum siap dibawah keluar makmal.
Melalui kenalan pengurus, mereka siap menjadi agen saluran untuk memasarkan produk
sejuk beku Nasi Briyani ini.

5.1.4 ANCAMAN

Ancaman yang dapat dikesan serta boleh menjadi kelemahan kepada Biji Kopi
Cafe & Events adalah restoran ini belum dikenali ramai dengan keunikan menu
utamanya. Restoran ini juga belum menjadi suatu brand untuk dipasarkan dikenali oleh
orang ramai diluar sana. Hal ini kerana, promosi yang dijalankan belum berkesan dan
belum padu, sementara syarikat perniagaan ini masih ditakat yang sederhana. Selain itu,
pengurusan restoran Biji Kopi Cafe & Events akan memerlukan kos yang tinggi untuk
menjalankan pemasaran yang lebih berkesan.
Sebagai contoh kos untuk mengupah tenaga yang pakar dan mahir untuk
menghasilkan visual grafik bagi menarik minat orang ramai datang dan mencuba
keunikan menu mereka ada tinggi kosnya pada masa sekarang. Pemilik restoran ini
pernah menyatakan ketika ditemu bual tempoh hari, bahawa kos untuk mengupah
seseorang membuat video ringkas memerlukan hampir RM 7000 dek kerana
perkembangan teknologi serta permintaan dalam bidang teknonogi & ICT yang semakin
tinggi sekarang. Hal ini disebabkan semua pemilik perniagaan hari ini sedar akan
berkesannya promosi melalui medium teknologi.
Seterusnya, kurangnya sambutan oleh orang ramai di sosial media mungkin
disebabkan faktor minat lain seperti dunia hiburan atau faktor usia yang lebih ramai
remaja menggunakan media sosial pada hari ini dan tidak terlampau mengambil kisah
tentang mengikuti perkembangan sesebuah restoran makanan. Oleh hal yang demikian
mengakibatkan kurangnya pengikut setia di laman sosial media seperti Facebook dan
Instagram walaupun pengurus aktif menyiarkan dan mempromosikan keistimewaan serta
keenakan restoran mereka.
Akhir sekali, pemasaran produk dan menu yang dijalankan oleh pesaing lebih
hebat dan berkesan sehingga orang ramai lebih tertarik kepada restoran pesaing. Ini
menjadi ancaman kepada restoran ini untuk bersaing dengan pesaing dari segi pemasaran.

5.2 OPERASI

KEKUATAN KELEMAHAN
- mempunyai pekerja yang cekap - Pekerja akan berhenti kerja
dan berpengalaman - Harga makanan yang agak mahal
- Servis pantas dan efisien - Mempunyai masalah seperti
- Waktu operasi yang lama ( mengalami kerosakan mesin dalam
Dibuka awal pagi - lewat malam) pembuatan kopi
- Pekerja yang sentiasa ramah serta - Jenama yang kurang dikenali oleh
menghormati kehendak pelanggan pelanggan
- Produk yang dihasilkan sentiasa
ada atau berterusan
PELUANG ANCAMAN
- Boleh beroperasi dalam tempoh - Tiada inisiatif baru
yang lama - Kos untuk menambahbaik operasi
- Boleh tambah fasiliti seperti tinggi
projector - Kekurangan pelanggan pada hari
* idea bekerja
: sewa projector dan tayang movie - Citarasa dan gaya hidup pelanggan
percuma yang sentiasa berubah
Buat promosi bagi pelajar - Peningkatan persaingan dari
- Mendapat pelanggan dari segmen bidang yang sama
yang berlainan
- Peningkatan produk kepada
pembungkusan untuk memenuhi
kehendak pelanggan
- Mempunyai pasaran yang luas
untuk dikormesialkan

5.2.1 KEKUATAN

Kekuatan operasi bagi syarikat ini ialah mereka mempunyai pekerja-pekerja yang
cekap serta berpengalaman dimana pekerja-pekerja tersebut telah bekerja selama hampir
3 tahun. Oleh kerana mereka mempunyai pekerja-pekerja yang cekap serta
berpengalaman, perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dari segala sudut sangat
pantas dan efisien. Ini menyebabkan pelanggan tidak akan merungut kerana segala
kemahuan mereka dituruti dengan pantas. Pelanggan akan memilih syarikat ini kerana
syarikat ini beroperasi setiap hari daripada pukul 8 pagi sehingga 11 malam, jadi
pelanggan boleh datang ke restoran mereka mengikut masa yang disukai tanpa perlu
tergesa-gesa. Setiap pelanggan yang datang akan diberikan layanan yang baik dimana
pekerja-pekerja mereka menyambut pelanggan dengan senyuman serta menghormati
kehendak pelanggan. Pelanggan yang datang buat kali pertama akan berasa selesa jika
diberi layanan yang baik oleh pekerja-pekerja dan ini akan menyebabkan pelanggan
tersebut akan datang ke restoran mereka dengan kerap. Akhir sekali, pelanggan yang
hadir akan berpuas hati kerana makanan dan minuman yang diminta sentiasa ada kerana
syarikat ini menghasilkan produk yang sentiasa ada dan berterusan untuk memenuhi
kehendak pelanggan yang datang ke restoran mereka.

5.2.2 KELEMAHAN

Kelemahan operasi bagi syarikat ini ialah pekerja-pekerja yang sedia ada di
syarikat ini akan berhenti kerana ingin pulang ke negara asal mereka iaitu Indonesia, hal
ini menyebabkan syarikat ini akan mengalami kekurangan pekerja-pekerja yang cekap
serta berpengalaman. Apabila mereka mengalami kekurangan pekerja, operasi mereka
akan sedikit terganggu daripada kebiasaannya kerana operasi sebelumnya berjalan
dengan lancar.
Selain daripada itu, harga makanan yang agak mahal di syarikat mereka juga
dikatakan punca kekurangan pelanggan disebabkan oleh pelanggan mampu membeli
makanan yang sama dengan harga yang lebih rendah di restoran lain. Syarikat mereka
juga mempunyai masalah seperti mengalami kerosakan mesin dalam pembuatan kopi
dimana mereka menggantikan mesin kopi yang lama dengan mesin kopi yang lain.
Perbezaan bagi mesin kopi ini adalah dari segi biji kopi tersebut dimana mesin kopi yang
lama, mereka menggunakan biji kopi yang sebenar tetapi bagi mesin kopi yang baru ini,
mereka hanya menggunakan serbuk yang dikeluarkan oleh syarikat serbuk kopi tersebut.
Ini akan menyebabkan perbezaan rasa kopi tersebut bagi pelanggan yang sangat
meminati kopi.
Akhir sekali, jenama syarikat mereka ini agak kurang dikenali oleh pelanggan
diluar kawasan Bangi walaupun syarikat mereka telah memasuki rancangan Jalan-jalan
Cari Makan kerana lokasi syarikat mereka yang agak tersorok daripada penglihatan
pelanggan.

5.2.3 PELUANG

Peluang bagi operasi syarikat ini ialah syarikat ini mampu beroperasi dalam
tempoh yang lama dimana ia dibuka pada waktu pagi dan ditutup pada waktu malam,
pelanggan boleh datang pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. Syarikat ini juga
mendapat sambutan pelanggan daripada pelbagai segmen seperti orang-orang yang
bekerja, orang yang ingin bermesyuarat secara santai, keluarga seperti kanak-kanak,
orang dewasa serta golongan-golongan yang sudah berumur. Syarikat mereka ini mampu
untuk menambah fasiliti seperti projektor dimana ia boleh menayangkan filem secara
percuma serta membuat promosi untuk menarik pelanggan dari segmen pelajar atau
remaja yang kebanyakannya tinggal berdekatan kawasan Bangi. Syarikat mereka ini telah
melangkah ke fasa yang seterusnya dimana mereka telah membuat peningkatan produk
makanan mereka kepada pembungkusan agar senang dibawa oleh pelanggan mereka
untuk ke luar negara bagi negara yang sukar mendapat makanan yang halal. Syarikat
mereka juga mempunyai pasaran yang luas untuk dikormesialkan kerana mereka
mempunyai rakan-rakan yang berbeza didalam setiap pasaran, ini membolehkan syarikat
mereka melangkah lebih jauh lagi kerana mendapat sokongan serta pertolongan daripada
rakan-rakan mereka yang sedia ada.

5.2.4 ANCAMAN

Ancaman operasi bagi syarikat ini ialah syarikat ini tidak mempunyai inisiatif
baru untuk menarik minat pelanggan dari segmen pelajar dan remaja. Kos untuk
menambahbaik operasi bagi syarikat ini pula agak tinggi serta kekurangan pelanggan
pada hari bekerja kerana pelanggan jarang berada di kawasan berhampiran ketika waktu
bekerja kerana syarikat mereka ini adalah berada di kawasan pusat membeli belah.
Citarasa dan gaya hidup pelanggan yang sentiasa berubah juga menjadi ancaman kepada
syarikat mereka. Akhir sekali, peningkatan persaingan dari bidang yang sama juga
memberi ancaman kerana pelanggan akan memilih restoran yang mempunyai kualiti serta
harga makanan yang berpatutan bagi semua segmen.

5.3 PENGURUSAN
KEKUATAN KELEMAHAN
- Boleh dijadikan tempat lepak, - Nama perniagaan tidak sesuai
bermesyuarat bagi semua jenis digunakan.
umur tidak kira tua atau muda - Konsep berbeza dengan jenis
- Sistem cuti yang ketat perniagaan
- Kebersihan kedai diutamakan - Susun atur perabot yang agak
- Stok barangan sentiasa segar serabut.
- Pengangkutan stok ditanggung - Jenis perabot yang agak tidak
pemilik selesa
- Ada mesyuarat dengan pekerja, - Penggunaan kipas berbanding
jika ada sebarang masalah pendingin hawa
berbangkit - Pengurusan terlalu santai dan tidak
- Mudah untuk melakukan sesuatu formal dan pekerja tidak diberkan
perkara kerana pengurus bersifat skop tugas tertentu
mesra dengan pekerja - Pekerja tiada jaminan kerana tidak
diberikan KWSP, PERKESO dll

PELUANG ANCAMAN
- Restoran boleh dijadikan platform - Pengurusan syarikat luar yang
pengenalan bagi katering lebih sistematik
- Pihak pengurusan yang mesra - Suasa kedai pesaing yang lebih
menyebabkan mereka mengenali selesa seperti berhawa dingin
ramai kenalan untuk meluaskan - Banyak syarikat menyediakan
pasaran kemudahan kepada pekerja seperti
- Meningkatkan kemahiran pekerja jaminan keselamatan, KWSP,
dengan menghantar ke pusat PERKESO dll
latihan dll - Pelanggan yang tidak puas hati
menu yang dipesan tiada stok
5.3.1 KEKUATAN

Kekuatan utama syarikat ini ialah beliau menyediakan kafe biji kopi yang boleh
digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Mereka bukan sahaja memilih kafe ini untuk
menjamu selera malah mereka boleh menjadikannya tempat untuk lepak bersama
rakan-rakan. Malah mereka yang bekerja juga boleh menjadikan tempat ini untuk
bermesyuarat bersama rakan kongsi dan sebagainya. Mereka juga tidak perlu risau
masalah tidak cukup pekerja pada hujung minggu. Hal ini kerana mereka menggunakan
sistem cuti yang agak ketat dimana pekerja tidak boleh mengambil cuti pada hujung
minggu iaitu pada jumaat, sabtu dan ahad. Selain itu, pihak pengurusan sangat menitik
beratkan masa perkara yang berkaitan kebersihan. Pekerja dikehendaki memastikan kedai
dalam keaddan bersih dan teratur. Selain itu, stok bekalan bahan mentah juga sentiasa
segar. Bagi makanan yang cepat rosak mereka akan tukar setiap hari, pekerja juga
diberikan hak untuk membeli bekalan tersebut. Manakala, pengangkutan bekalan stok
tersebut ditangguh sepenuhnya oleh pihak pengurus. Pihak pengurus juga akan
mengadakan mesyuarat setiap minggu atau ketika mereka menghadapi sebarang masalah
seperti kekurangan pekerja akibat sakit, pekerja cuti secara tiba-tiba dan sebagainya.
Akhir sekali, pihak pengurus mudah untuk melakukan sesuatu perkara yang baru seperti
menambah menu makanan kerana mereka sangat mesra dengan pekerja-pekerja.

5.3.2 KELEMAHAN
Kelemahan yang paling besar ialah nama kedai iaitu biji kopi kafe tidak sesuai
dengan hidangan yang disediakan. Hal ini kerana, kedai ini lebih terkenal dengan
masakan briyani berbanding kopi. Malah, permintaan terhadap kopi tidak terlalu tinggi.
Konsep kedai juga tidak sesuai dengan nama kedai, kerana kebanyakkan kedai kopi akan
mempunyai susun atur yang agak elegen dengan bau kopi yang menyelerakan berbeza
dengan kedai ini kerana konsepnya seperti kedai makan biasa. Susun atur juga agak
serabut kerana susunan meja yang agak rapat boleh menyebabkan privasi pelanggan agar
terbuka dan membuatkan mereka kurang selesa. Jenis perabot juga kurang selesa, ini
kerana mereka yang baru pulang bekerja agak keletihan jadi perabot tersebut akan
menyebabkan badan mereka menjadi sakit. Ia juga agar tidak sesuai bagi orang yang agar
berumur kerana mereka akan cepat berasa lengguh dsb. Sifat kedai yang terbuka juga
tidak sesuai bagi kedai kopi, mereka perlu menggunakan penghawa dingin agar lebih
menarik pelanggan. Memandangkan cuaca diluar agar panas, penggunaan kipas tidak
bersesuainya untuk menarik minat mereka. Selain itu, jika kedai lebih mengfokuskan
kepada kopi, penghawa dingin boleh menaikkan lagi bau kopi. Seterusnya, sistem
pengurusan agak lemah dan bersifat terlalu santai, pekerja juga tidak diberikan skop kerja
tertentu jadi mereka dikehendaki membuat kerja lebih daripada dua contohnya sebagai
waiter dan juga cashier. Pekerja juga tiada jaminan selepas berhenti kerja kerana mereka
tidak diberikan elaun, KWSP, PERKESO dll.

5.3.3 PELUANG

Peluang yang paling besar bagi syarikat ini ialah mereka boleh menjadikan kedai
ini sebagai platform kepada orang ramai mengenali menu kedai mereka. Menu tersebut
boleh dijadikan hidangan untuk perkhidmatan katering memandangkan permintaan
terhadapat permintaan ini agak tinggi jadi pengurus boleh menggunakan medium
pelanggan yang sedia ada untuk memperbanyakkan lagi hidangan. Selain itu, pihak
pengurus bersifat terbuka dan mesra pelanggan jadi mereka mempunyai ramai kenalan
yang boleh membantu memasarkan perniagaan mereka ini. Mereka juga boleh
menghantar pekerja untuk mengikuti latihan memasak atau pengurusan bahagian
kewangan agar pekerja mereka mempunyai pengetahuan yang baru dimana ia boleh
meningkatkan kecekapan mereka ketika memasak dan sebagainya

5.3.4 ANCAMAN

Ancaman yang terpaksa syarikat ini hadapi ialah pengurusan syarikat luar yang
lebih sistematik, dimana pekerja mereka diberikan tugas mengikut bahagian tugas
masing-masing. Disebabkan fokus terhadap sesuatu tugas mereka lebih mahir dalam
bidang mereka sendiri. Suasana kedai pesaing juga lebih selesa, penyediaan penghawa
dingin menjadi pilihan utama pelanggan kerana setelah penat membeli belah, mereka
akan memilih tempat yang selesa lebih-lebih lagi ketika cuaca diluar agak panas. Selain
itu, syarikat pesaing menjaga kebajikan pekerja setelah mereka berhenti bekerja dimana
mereka diberikan elaun setiap bulan, KWSP, PERKESO dll. Mereka juga diberikan
jaminan seperti insurans sekiranya terdapat sebarang kemalangan ketika sedang bekerja.
Terdapat juga pelanggan yang tidak puas hati kerana stok briyani kambing yang sering
kehabisan. Hal ini kerana, permintaannya yang agak sedikit jadi pihak pengurus tidak
mengambil stok berkenaan memandangkan harganya yang sangat mahal. Jika tidak
mereka akan mengalami kerugian. Oleh itu, ini menyebabkan penggemar briyani
kambing memilih kedai lain yang menyediakan menu tersebut.
5.4 KEWANGAN

KEKUATAN KELEMAHAN

- Hasil jualan dikira pada setiap kali - Tidak menggunakan perkhidmatan


tutup kedai. akauntan dalam urusan kewangan
- Diuruskan oleh pemilik kedai syarikat.
sendiri bukan pekerja. - Menggunakan wang simpanan jika
- Urusan pembelian bahan mentah berlaku ketidakcukupan hasil
diuruskan sendiri tanpa melibatkan untuk urusan kedai.
pihak ketiga. - Campur aduk urusan kewangan
peribadi dan kedai.
- Tidak melakukan analisis
belanjawan seperti unjuran untung
rugi, belanjawan restoran atau
belanjawan kos.
- Kawalan kaunter yang lemah
kerana ramai yang menguruskan
kaunter dalam satu masa.

PELUANG ANCAMAN
. - Harga pesaing
- Mempunyai rangkaian kenalan - Kos bahan mentah yang tidak
yang ramai. menentu
- Mudah untuk mendapatkan - Dasar harga minimum kerajaan
pinjaman kerana rekod perniagaan - Dasar cukai yang dikenakan
yang baik. kerajaan.
5.4.1 KEKUATAN

Kekuatan restoran ini dari segi kewangan adalah yang pertama, segala modal
diperoleh daripada hasil simpanan sendiri dan keluarga. Ini memberikan restoran ini satu
kelebihan kerana pemilik restoran ini tidak terikat dengan mana-mana obligasi dan
liabiliti bersama dengan bank dan mengurangkan risiko kedai disita. Kelebihan tidak
membuat pinjaman dengan bank ini membolehkan mereka mengurangkan kos pinjaman
dari segi bayaran balik wang pokok dan bunga yang dikenakan oleh pihak bank. Maka
segala keuntungan tidak perlu diasingkan untuk membayar tuntutan bank pada setiap
bulan. Pemilik hanya perlu menunggu keuntungan yang diperoleh untuk mencapai titik
pulang modal tanpa sebarang tekanan dari pihak luar. Selain itu, menurut pemilik kedai
ini, segala pengiraan keuntungan pada akhir setiap operasi restoran dikira sendiri oleh
suami beliau iaitu Encik Amir Azmi. Ini dapat mengelakkan sebarang aktiviti kecurian
daripada pekerja yang tidak jujur. Dari segi kos, pemilik restoran berusaha untuk
mengurangkan kos pada tahap yang paling minimum. Ini jelas dilihat pada operasi harian
restoran itu di mana pemilik restoran ini yang akan melakukan urusan pembelian bahan
mentah harian tanpa melibatkan pihak ketiga seperti pengedar dan peruncit. Mereka
berusaha untuk mendapatkan bekalan bahan mentah yang paling berpatutan dan
berkualiti.

5.4.2 KELEMAHAN

Antara kelemahan yang kami lihat dari segi urusan kewangan restoran ini adalah
pemilik restoran tidak menggunakan perkhidmatan akauntan untuk mengendalikan
urusan kewangan. Pemilik juga ada menyatakan sekiranya berlaku ketidakcukupan hasil,
mereka akan menggunakan wang simpanan yang ada untuk menampung perbelanjaan
yang melebihi hasil restoran itu. Contohnya, wang simpanan mereka akan digunakan
untuk membayar gaji pekerja kerana untung yang kurang pada bulan-bulan tertentu. Ini
menunjukkan bahawa pemilik restoran ini tidak mengamalkan konsep entiti berasingan
kerana telah mencampur aduk urusan kewangan peribadi dengan urusan kewangan kedai.
Kemudian, perancangan atau analisi kewangan juga tidak dilakukan pada setiap bulan
atau tahun. Perancangan kewangan seperti unjuran untung rugi, belanjawan dan
sebagainya tidak dilakukan. Ini menunjukkan bahawa perniagaan restoran ini tidak
mempunyai target untuk mendapatkan hasil bulanan atau tahunan. Pemerhatian yang
dilakukan juga menunjukkan kawalan kaunter yang lemah kerana lebih seorang pekerja
yang boleh menguruskan kaunter pada satu masa. Sekiranya ada salah seorang daripada
mereka tidak jujur, ini boleh mengakibatkan berlaku kecurian dan tidak tahu pekerja yang
mana boleh dipersalahkan.

5.4.3 PELUANG

Peluang yang ketara boleh dilihat apabila pemilik restoran ini mempunyai rekod
kewangan yang baik kerana belum pernah melakukan apa-apa pinjaman dengan pihak
bank. Maka sekiranya pemilik berhasrat untuk mengembangkan perniagaannya, beliau
boleh melakukan sedemikian kerana pihak bank bersedia memberikan pinjaman modal
kerana adanya rekod kewangan pemilik yang baik. Pemilik ini juga boleh menambahkan
lagi keuntungan restorannya kerana menurut pemilik ini, mereka mempunyai rangkaian
kenalan yang ramai setelah mereka terlibat dengan satu kumpulan sokongan perniagaan
yang kukuh. Dengan kenalan yang ramai ini, restoran mereka akan lebih dikenali apabila
meniti dari mulut ke mulut.

5.4.4 ANCAMAN

Ancaman dari restoran sekitar yang sangat sengit. Persaingan berlaku dari segi
harga produk, menu, reka bentuk restoran dan bermacam macam lagi menjadi ancaman
kepada restoran ini. Pertama, persaingan dari segi harga dimana ada beberapa restoran
yang meletakkan harga yang lebih rendah berbanding restoran ini. Contohnya harga
untuk secawan kopi di kedai berhampiran lebih murah. Kemudian, dari segi menu pula,
ada pelbagai menu yang lebih menarik ditawarkan di restoran-restoran berhampiran. Oleh
itu, pemilik restoran Biji Kopi ini perlu sentiasa merombak menu-menu supaya
bersesuaian dengan kehendak pelanggan. Reka bentuk kedai juga memainkan peranan
yang penting untuk sesebuah restoran kerana pelanggan akan suka untuk datang ke kedai
yang menarik perhatian dan mengikut trend. Jadi ancaman juga datang dari segi reka
bentuk kedai. Pemilik perlu bijak dalam mendekorasikan restoran mengikut citarasa
pelanggan. Ini semua memerlukan tambahan kos untuk melakukan perubahan. Dalam
pada itu, ancaman juga datang dari segi dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Baru-baru
ini kerajaan berhasrat untuk menaikkan lagi dasar harga minimum pekerja ke tingkat
yang lebih tinggi lagi justeru memberi kesan ke atas kos restoran ini. Seterusnya, kos
bahan mentah yang sering turun naik juga menyukarkan perancangan kewangan sesebuah
restoran. Harga yang tidak tetap dan sering berubah-ubah menjadikan kos restoran Biji
Kopi ini juga turut berubah dan sukar untuk menentukan kos bulanan yang tepat untuk
melakukan anggaran perbelanjaan yang tetap. Kemudian, perubahan dasar cukai kerajaan
juga menjadi ancaman kepada para peniaga. Perubahan dasar cukai ini seperti dari SST
ke GST dan GST ke SST memerlukan pemilik restoran merubah segala perancangan
kewangan seperti harga dan kos yang perlu diselaraskan semula supaya tidak berlaku
perubahan harga yang besar untuk mengelakkan pelanggan lari.

6.0 PERBANDINGAN PERSAINGAN

https://drive.google.com/drive/folders/1klj-6h5vrh1eQr3brhkxm93d8o35zB4h?usp=sharing
7.0 SOLUSI & TINDAKAN

7.1 PEMASARAN

7.2 OPERASI

Berdasarkan kaji selidik yang lepas, pihak pengurusan di Biji Kopi Cafe masih
mahu mengekalkan produk yang sedia ada seperti nasi Briyani kambing walaupun
ditawarkan pada harga yang mahal. Ini kerana nasi Briyani kambing merupakan menu
utama di Biji Kopi Cafe. Pada pendapat kami, disebabkan harga nasi Briyani kambing
ini terlalu mahal maka ia tidak mendapat sambutan dari pelanggan yang datang dari
pelbagai segmen iaitu orang-orang yang bekerja, orang yang ingin bermesyuarat secara
santai, keluarga seperti orang dewasa serta golongan-golongan yang sudah berumur.
Di sini, kami telah membuat beberapa cadangan daripada produk-produk yang
sedia ada. Produk yang kami ingin cadangkan ialah membuat pakej seperti makan
tengahari dan makan malam dimana setiap daripada pakej ini akan diberi sedikit
potongan harga kepada pelanggan untuk menarik minat pelanggan supaya memesan
menu utama yang berada di Biji Kopi Cafe. Pakej-pakej ini dibuat kerana lokasi Biji
Kopi Cafe ini agak strategik iaitu ia berada di dalam kawasan Bangi Gateway yang
menjadi tumpuan serta kunjungan orang ramai pada setiap hari tidak kira samada pada
hari bekerja ataupun hari cuti.
Selain daripada membuat pakej-pakej ini, pihak pengurusan juga boleh membuat
tawaran yang agak menarik minat pelanggan dari segi harga makanan serta minuman
kerana jika harga yang diletakkan adalah terlalu mahal, pelanggan tidak akan membeli
kerana makanan tersebut boleh boleh didapati dengan harga mampu milik.
Biji Kopi Cafe terletak di kawasan yang berdekatan dengan Bangi Gateway
dimana kedudukannya yang berhampiran dengan kompleks membeli belah serta
butik-butik baju tetapi lokasinya agak berjauhan pejabat-pejabat samada agensi kerajaan
mahupun swasta serta kawasan perumahan. Restoran ini hanya mampu memuatkan
seramai 40 orang dalam satu masa. ​Biji Kopi Cafe ini boleh dijadikan sebagai tempat
perbincangan perniagaan kerana ia memberi keselesaan serta kemudahan pada pelanggan
yang ingin membuat perbincangan secara santai. Walau bagaimanapun ia agak tidak
sesuai bagi pelanggan yang berumur kerana pemilihan perabot yang tidak sesuai.
Sasaran utama ialah penduduk di sekitar bangi, kajang, peniaga tempatan serta
pelancong-pelancong asing. Selain daripada menggunakan kenderaan sendiri, pelanggan
boleh menaiki kenderaan awam seperti grab, bas mrt kerana ia senang didapati di sana.

7.3 PENGURUSAN

Dalam menguruskan sebuah organisasi, pengurusan yang berkesan itu suatu


perkara yang amat penting. Pengurus berperanan memastikan setiap tugas yang diberikan
dilaksanakan dengan baik dan menepati objektif yang telah ditetapkan oleh sesebuah
organisasi. Terdapat beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang pengurus,
yang dilaksanakan berdasarkan kesesuaian organisasi yang dipimpin olehnya. Salah satu
peranan bagi sebagai seorang pengurus ialah pemimpin. Untuk melakukan sesuatu
perubahan ke arah yang lebih baik, atau melakukan penstrukturan semula agar
dijelmakan dalam wajah yang baru dan segar, pemimpin yang berkualiti amat diperlukan.
Peranan yang seterusnya ialah sebagai Perunding. Seorang perunding memainkan
peranan apabila sesebuah organisasi itu sedang menjalani proses perubahan atau sedang
berkembang. Maka seseorang perunding itu perlu cekap untuk berunding dengan pihak
pihak tertentu seperti saingan, kontraktor, pembekal dan juga pekerja atau ahli. Peranan
yang ketiga ialah sebagai sebagai tokoh. Peranan ini bermaksud mereka terlibat dalam
menetapkan misi dan visi sesebuah organisasi. Tokoh sesebuah organisasi akan
menjelaskan misi dan visi kepada pekerja-pekerja agar mereka faham dan tahu arah dan
tujuan akhir sesebuah organisasi tersebut. Selain itu, mereka juga berperanan sebagai
badan perhubungan, jurubicara dan pemula iaitu mengambil pelbagai inisiatif untuk
melakukan perubahan.
Setelah mengkaji syarikat Biji Kopi Kafe ini kami memperolehi beberapa
cadangan dalam bahagian pengurusan agar syarikat lebih bertambah baik serta maju.
Antaranya ialah:

1. Menukar nama perniagaan


Perkara ini sangat penting bagi sesebuah perniagaan. Hal ini kerana, pelanggan akan
tertarik dengan nama sesebuah perniagaan. Jenama Biji Kopi memberi tanggapan bahawa
kedai tersebut menyediakan hidangan khusus berkaitan kopi dan berkonsep santai.
Namun realitinya kedai ini lebih berfokuskan hidangan briyani dan tidak juga sesuai
untuk konsep santai. Oleh itu, jika nama perniagaan ini ditukarkan mengikut konsep serta
berkaitan dengan kelebihannya seperti ‘Briyani Gateway’ maka perniagaan ini
berpotensi untuk menarik lebih ramai pelanggan.
2. Menukar konsep serta perabot
Apa yang kami dapati sepanjang pemerhatian kami di Biji Kopi Cafe ini kekeliruan
konsep atau tema perniagaan. Pada pandangan kami, konsep kedai ini adalah kurang
menarik dan kelihatan kusam. Maka kami mencadangkan agar pihak Biji Kopi menukar
konsep ruang perniagaan mereka seperti menukar perabot yang lebih selesa dan susun
atur ruang yang lebih menarik. Jika Biji Kopi ingin mengekalkan konsep kedai kopi yang
santai, ia mestilah nampak teratur, menarik, elegen serta mewah. Jika Biji Kopi ingin
bertukar kepada konsep hidangan keluarga, maka mereka juga perlu pertimbangkan
pertukaran perabot seperti kerusi dan meja kepada yang lebih sesuai agar semua
golongan. Warga tua khususnya mereka lebih cepat berasa lenguh, sakit belakang kerana
struktur kerusi meja yang tidak sesuai dan terlalu tinggi. Jadi pemilihan perabot kerusi
dan meja yang sesuai adalah sangat penting untuk keselesaan pelanggan. Warna perabot
perlulah universal seperti warna hitam, putih atau coklat gelap, kerana ia dapat
memudahkan dan menjimatkan kos renovasi atau pertukaran konsep pada masa hadapan.
Penggunaan kerusi panjang juga dilihat sebagai inisiatif yang menjimatkan kos, lebih
selesa dan sesuai untuk jumlah pelanggan yang ramai.
Konsep A (Kedai Kopi yang santai dan elegen):
Sumber : Utopia Cafe Parit Buntar, Perak.
3. Membuat kedai tertutup serta menggunakan pendingin hawa
Cadangan seterusnya adalah menggunakan kedai tertutup berbanding terbuka. Hal ini
kerana mereka boleh membaikpulih pendingin hawa yang sedia ada. Bagi pendapat kami,
kedai tersebut agak panas dan kurang selesa. Dengan adanya pendingin hawa ia boleh
menarik lebih ramai lagi pelanggan. Lebih-lebih lagi ketika cuaca di luar yang agak
panas. Pekerja yang bekerja pada waktu pejabat juga akan memilih kedai yang
mempunyai pendingin hawa untuk merehatkan diri mereka setelah penat seharian
bekerja.

4. Mengetatkan lagi bahagian pengurusan


Hal ini kerana, pengurusan di Biji Kopi Kafe agak santai. Mereka tidak terlalu mengikut
skop kerja mengikut kemahiran masing-masing. Oleh itu, pekerja mereka tidak terlalu
fokus pada suatu pekerjaan. Ini menyebabkan mereka kurang cekap. Selain itu, mereka
juga boleh menggunakan baju formal seperti yang diaplikasi oleh pesaing mereka iaitu
Old Malaya Cafe, dimana pekerja mereka diberikan baju khas ketika waktu bekerja.

5. Pekerja tidak diberikan sebarang jaminan seperti insurans kemalangan di


tempat kerja dan juga jaminan setelah berhenti kerja kelak
Pekerja tidak diberikan sebarang jaminan seperti jaminan insurans. Contohnya, ketika
mereka mengalami kemalangan di tempat kerja. Mereka tidak boleh menuntut apa-apa
kerana tiada insurans tersebut. Seterusnya, setelah mereka berhenti kelak mereka tidak
diberikan sebarang elaun malah Socso, KWSP, PERKESO juga tidak diberikan. Jadi
mereka perlu menanggung risiko yang sangat tinggi dan risiko tersebut perlu mereka
hadapi seorang diri tanpa melibatkan pihak pengurus.
7.4 KEWANGAN

Dengan merancang kewangan, pihak Biji Kopi Cafe berupaya mengelakkan


perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada
orang lain. Pihak Biji Kopi juga dapat mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang
sekeliling, seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan
kehidupan anda dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau
mengharapkan sumbangan kepada orang lain.
Merancang kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang
masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan
dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Merancang kewangan adalah
satu proses dan strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan
sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang.
Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan
kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk
mencapainya dan bila sepatutnya bermula.
Oleh itu, sesebuah syarikat perlulah mempunyai pengurusan kewangan yang
cekap agar masalah-masalah seperti muflis tidak berlaku. Setelah mengkaji Syarikat Biji
Kopi ini, kami telah mengenalpasti beberapa masalah bahagian kewangan. Kami juga
telah mencari jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah:

1. Mereka perlulah menggunakan perkhidmatan akauntan dalam urusan kewangan


syarikat
Syarikat Biji Kopi Kafe tidak menggunakan sebarang perkhidmatan akauntan. Malah,
sebarang perkara berkaitan urusan kewangan akan diuruskan oleh pengurus sendiri.
Kadangkala perkara ini akan menimbulkan beberapa masalah yang kita tidak nampak
seperti masalah kecuaian pengiraan. Akauntan juga dapat memberi pandangan serta input
lain yang berkemungkinan dapat membantu pihak Biji Kopi dalam pengurusan kewangan
mereka. Oleh itu perkhidmatan akauntan dilihat sebagai inisiatif yang baik.
2. Tidak menggunakan wang simpanan jika berlaku ketidakcukupan
Sesebuah syarikat pastinya menginginkan keuntungan yang lumayan. Malah, tidak
mudah untuk sesebuah syarikat sentiasa berada di atas dan memperoleh untung. Pastinya,
mereka akan sesekali merasa kerugian. Kesilapan yang kami nampak daripada syarikat
ini ialah mereka sering mengambil duit daripada simpanan perniagaan mereka jika
kekurangan hasil untuk pembayaran utiliti dsb. Perkara ini sangatlah bahaya kerana jika
sering mengambil duit daripada simpanan perniagaan ia boleh menimbulkan risiko
seperti terpaksa menutup perniagaan akibat simpanan perniagaan yang telah habis.

3. Tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan kedai


Apa yang kami dapati, pengurus tidak mengambil serius perkara ini. Mereka mengambil
wang perniagaan untuk kegunaan peribadi mengikut kepada keuntungan yang diperoleh.
Mereka perlulah menetapkan nilai yang tetap pada setiap bulan. Jika tidak tetap ia
dikhuatiri boleh menyebabkan masalah pengambilan berganda yang akhirnya melibatkan
penggunaan wang yang berlebihan.

4. Mereka juga perlu melakukan analisis belanjawan serta meletakkan harga


setanding dengan pesaing
Kami mendapati bahawa syarikat ini tidak membuat unjuran untung rugi, belanjawan
restoran dan juga belanjawan kos. Oleh itu, mereka perlulah melakukannya agar dapat
melihat perubahan keuntungan atau kerugian syarikat mereka serta membuat
perbandingan pada setiap tahun. Selain itu, mereka juga perlu menyelaraskan harga
setanding dengan harga pesaing serta mengikut kemampuan pelanggan.

5. Mengawal kaunter pembayaran yang lebih ketat


Syarikat perlulah mengawal kaunter pembayaran dan menetapkan hanya seorang atau dua
orang yang perlu menjaga urusan pembayaran agar ia tidak menimbulkan masalah seperti
pengiraan berganda atau sebarang kecuaian seperti kekurangan wang daripada jualan dsb.
Mereka juga dapat mengelakkan masalah pecah amanah kecurian dsb kerana hanya
mereka yang dipercayai sahaja yang boleh menjaga kaunter tersebut.

PEKERJA
Permasalahan pihak Biji Kopi yang dilihat agak serius adalah daripada aspek pengambilan
pekerja asing yang tidak mempunyai permit. Hal ini perlu dipandang serius oleh pihak Biji Kopi
kerana ia melibatkan isu etika dan undang-undang negara. Pekerja yang tidak mempunyai
permit, tidak boleh mendapatkan suntikan vaksin bagi memasuki skop pekerjaan penyediaan
makanan. Hal ini kerana risiko kesihatan yang mungkin dibawa oleh warga asing serta
permasalahan lain yang mungkin timbul dari segi undang-undang negara. Perkara ini perlu
dititikberatkan kerana ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar jika pihak berkuasa
mengambil tindakan.
Pengambilan pekerja asing sememangnya menjimatkan kos, namun ia perlu mematuhi kriteria
yang ditetapkan bagi menjamin kebersihan dan keselamatan masyarakat sekeliling. Berikut
merupakan informasi yang dapat digunakan oleh pihak Biji Kopi Cafe bagi menyelesaikan isu
ini:

1.1 PERMIT

·Pekerja asing perlulah bekerja dalam sektor yang dibenarkan iaitu Perkilangan, Pembinaan,
Pertanian, Perladangan dan Perkhidmatan.
·Permohonan pekerja asing oleh majikan/ syarikat adalah tertakluk kepada kelulusan kuota dari
Pusat Kelulusan Setempat (OSC), Kementerian Dalam Negeri.
·Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak melebihi 45 tahun pada masa
permohonan.
·Disahkan lulus pengesahan IMMIGRATION SECURITY CLEARANCE (ISC) yang dilakukan
di negara sumber. ​Senarai Pusat ISC​.
·Disahkan sihat oleh pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber; ​Senarai pusat kesihatan
·Bakal pekerja tidak termasuk dalam senarai individu asing yang dilarang masuk mengikut
Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.
·Pekerja asing mesti diambil dari negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:

Negara Jantina Sektor

P L Semua sektor (Pembinaan, Perladangan, Pertanian,


Perkhidmatan dan Perkilangan)

Thailand / /

Kemboja / /

Nepal / /

Myanmar / /

Vietnam / /

Filipina X /

Pakistan / /

India / / a. Pembinaan​ (​high tension cable)​ ;

b. Perkhidmatan ​(tukang emas, borong/ runcit,


restoran-tukang masak, logam/ barang lusuh/ kitar
semula, tekstil dan tukang gunting rambut);

c. Pertanian​; dan

d. Perladangan
Indonesia / / Pekerja lelaki Indonesia dibenarkan bekerja dalam
semua sektor kecuali sektor perkilangan, manakala bagi
wanita Indonesia boleh bekerja di semua sektor.

Bangladesh / / Perladangan secara G2G

·​pekerja asing hanya akan dibenarkan masuk melalui pintu-pintu masuk yang diwartakan dengan
menggunakan VDR (Visa Dengan Rujukan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
dan visa kemasukan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal.
·​Bagi tujuan pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) - PL(KS), majikan diberi tempoh 30
hari untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing di pusat kesihatan yang
berdaftar dengan FOMEMA.
·​PL(KS) hanya akan dikeluarkan selepas pekerja asing disahkan sihat oleh pusat kesihatan yang
berdaftar dengan FOMEMA. Sekiranya pekerja asing didapati tidak sihat, majikan hendaklah
menghantar pekerja asing pulang pada kadar segera dengan memohon Memo Periksa Keluar.
·​Pengeluaran PL(KS) hendaklah dibuat di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan kelulusan VDR
pekerja asing tersebut.
·​Tempoh sah laku PL(KS) pekerja asing adalah selama 12 bulan. Lanjutan tempoh sah laku
PL(KS) boleh dipohon 3 bulan sebelum tarikh tamat sah laku PL(KS).

SEKTOR KADAR KADAR PL(KS) PROSES VISA


LEVI LEVI
(Semenanjung (Sabah/
Malaysia) Sarawak)

Perkilangan RM1,850 RM1,010 RM60 RM125 Berdasarkan


warganegara

Pembinaan RM1,850 RM1,010 RM60 RM125


Perladangan RM640 RM590 RM60 RM125

Pertanian RM640 RM410 RM60 RM125

Perkhidmatan RM1,850 RM1,490 RM60 RM125

Perkhidmatan RM1,850 RM1,010 RM60 RM125


(Pulau
Peranginan)

BAYARAN LANJUTAN PL(KS)

· Bayaran yang perlu dijelaskan kepada Jabatan Imigresen bagi setiap permohonan lanjutan
PL(KS) adalah berdasarkan kepada Jadual 1 dan Jadual 2 seperti berikut:

Jadual 1 : Kadar Levi, PL(KS) dan proses mengikut sektor pekerja asing

WARGANEGAR VISA (RM) BON JAMINAN (RM)


A

Indonesia 15.00 250.00

Bangladesh 20.00 500.00

Pakistan 20.00 750.00


Myanmar 19.50 750.00

India 50.00 750.00

Filipina 36.00 1,000.00

Thailand Gratis 250.00

Kemboja 20.00 250.00

Nepal 20.00 750.00

Vietnam 13.00 1,500.00

Jadual 2 : Kadar Visa dan bayaran sita pekerja asing mengikut warganegara

·Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai dan bank draf atas nama “Ketua Pengarah Imigresen
Malaysia” dan bagi negeri-negeri atas nama “Pengarah Imigresen Negeri” berkenaan. (Contoh :
Pengarah Imigresen Negeri Selangor)

·Pekerja asing yang memegang PL(KS) adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

1.Pekerja tidak layak membawa masuk keluarga untuk tinggal di negara ini

2.Pekerja tidak dibenarkan bertukar majikan atau bertukar sektor pekerjaan.

3.Pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan warganagera Malaysia atau warganegara asing
sepanjang memegang PL(KS).
1.2 SUNTIKAN VAKSIN

Seperti yang kita tahu semua pengendali makanan, sama ada warga asing atau tempatan
diwajibkan mendapatkan suntikan vaksin (pelalian anti-tifoid) seperti yang ditetapkan oleh
undang-undang. Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
suntikan tersebut adalah untuk mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit
tifoid dan mengelakkan ia daripada berjangkit kepada orang awam melalui makanan atau
minuman.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan tersebut, iaitu mengikut Peraturan 11, Peraturan Kebersihan
Makanan 2009, pemilik premis makanan hendaklah tidak menggaji atau membenarkan
mana-mana pengendali makanan bekerja di premisnya melainkan jika mereka diberi suntikan
vaksin (pelalian anti-tifoid) oleh pengamal perubatan berdaftar. Selain itu, mengikut Peraturan
31, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua pengendali makanan, sama ada warga
asing atau warganegara mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin oleh pengamal perubatan
berdaftar. Jika pengendali makanan atau pemilik premis yang tidak mematuhi peraturan itu,
mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua
tahun. Bagaimanapun sehingga kini tiada premis makanan yang ditutup atas alasan tidak
mematuhi peraturan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) Dr Norhayati Abdullah mengakui bahawa pekerja asing sangat berkuasa di premis
menjual makanan lebih-lebih lagi di ibu kota. Mereka bukan saja dapat dilihat di restoran,
warung dan medan selera tetapi juga di hotel besar. Pemeriksaan berkala ke restoran dan hotel
kerap dilakukan DBKL bagi tujuan pemantauan mengenai kebersihan dan suntikan tifoid.
Mereka turut diberikan buku pemeriksaan dengan maklumat terperinci termasuk tarikh luput
suntikan berkenaan. Selain itu, jika pihaknya mendapati rekod kad berkenaan sudah tamat
tempoh tarikh luput suntikan berkenaan, kompaun maksimum RM500 akan dikenakan terhadap
individu berkenaan.

Harian Metro juga ada melaporkan dominasi warga asing sebagai pengendali makanan di
Malaysia dikhuatiri menyebabkan orang ramai terdedah kepada ancaman seperti pelbagai
penyakit kerana kebanyakan mereka dipercayai tidak mengikuti latihan serta menjalani
pemeriksaan kesihatan. Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Chong
Chee Keong juga berkata ujian saringan kesihatan dikendalikan Agensi Pemantauan
Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) jelas membuktikan kedatangan pendatang
asing ke negara ini memang turut membawa ‘kuman penyakit.’ Menurutnya, batuk kering atau
tibi dikenal pasti penyakit berjangkit paling tinggi dihidap warga asing yang dikesan ketika
mereka melalui saringan kesihatan untuk mendapatkan permit bekerja di Malaysia. Oleh itu,
dapat kita lihat bahawa suntikan vaksin mampu mendatangkan manfaat kepada pekerja malahan
kepada premis tersebut juga kerana ia menjamin kebersihan yang akhirnya memberi keuntungan
kepada perniagaan tersebut. Hal ini adalah disebabkan pelanggan memilih premis makanan yang
bersih serta bebas penyakit.

1.3 LOGO/SIJIL HALAL

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

a) Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;


b) Perkataan Arab – “halal” di tengah bintang;
c) Diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan perkataan Arab;
e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab
tersebut.
Logo halal adalah penting bagi sesebuah premis makanan kerana ia mampu menambah
keyakinan para pengguna ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis
makanan kerana ia telah mematuhi piawaian kebersihan dan peraturan Islam melalui "Garis
Panduan" yang ditetapkan. Ia juga dilihat sebagai satu sumbangan sosial untuk menyediakan
makanan bersih lagi suci kepada masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama, ia menunjukkan
pengusaha Islam telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah kepada umat Islam khasnya
dalam penyediaan makanan halal.
Dengan adanya logo halal ia memudahkan pemantauan kerana ia menunjukkan syarikat dan
premis makanan akan sentiasa mematuhi "Garis Panduan" yang ditetapkan. Mereka juga akan
mendapat nasihat dan kepakaran dari pihak berkuasa agama berkaitan kebersihan, kesucian dan
menepati piawaian dunia dan peraturan Islam. Selain itu, logo halal ini akan meningkatkan
produktiviti syarikat kerana logo ini telah dikenali dan sinonim dengan masyarakat Islam yang
menjadi pengguna majoriti di Malaysia. Laba keuntungan akan bertambah melalui tarikan jual
beli pengguna yang telah yakin dengan produk / perkhidmatan yang mempunyai Logo Halal.

1.4 PERSIJILAN (GRED KEBERSIHAN)

Biji Kopi Cafe perlulah memaparkan sijil gred kebersihan, agar ia lebih memberi keyakinan
kepada pelanggan. Sijil tersebut amatlah penting kerana ia mencerminkan sesebuah premis
makanan. Ia juga akan menyebabkan sesebuah premis berusaha memastikan kebersihan
perniagaan mereka dalam keadaan yang baik. Ong Ah Teong memaklumkan bahawa hasil
daripada pemeriksaan premis makanan secara berkala dan sistem penggredan yang telah berjaya
meningkatkan tahap kebersihan premis-premis makanan. Menurut beliau, perbandingan tersebut
dapat dilihat sejak tahun 2013 hingga 2016 yang mana premis yang mendapat Gred A serta B
semakin bertambah, manakala bagi Gred C, markah 50 ke bawah serta gagal mencatatkan
penurunan.
“Pada 2013, cuma 230 premis sahaja mendapat Gred A. Tahun lalu (2016) menunjukkan
peningkatan apabila sejumlah 323 premis memperoleh penggredan A. “Bagi Gred B, tahun 2013
(509 premis), 701 premis (2016). “Pada tahun 2013, sebanyak 22 premis dikategorikan sebagai
gagal dan jumlah tersebut telah berkurangan tahun lalu (2016) kepada sembilan premis sahaja.
“Ini jelas menunjukkan hasil daripada pemeriksaan yang sering dijalankan oleh MBPP, sedikit
sebanyak memberi kesedaran kepada peniaga untuk meningkatkan kebersihan premis
masing-masing,” ujarnya pada satu sidang media di sini baru-baru ini.

Ah Teong memaklumkan bahawa, MBPP kini dalam proses mengkaji semula Undang-undang
Kecil Establishmen Makanan MPPP 1991 bagi memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan
(PBT) menutup premis yang didapati kotor. “Premis yang gagal dan kotor hanya boleh diarahkan
tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bagaimanapun, MBPP faham bahawa KKM
juga terikat dengan penugasan lain dan operasi secara bersama kadangkala tidak dapat
dijalankan. Justeru, adalah lebih baik jika MBPP sendiri mempunyai kuasa tersebut.

1.5 ETIKA PEMAKAIAN

·​Pekerja bertanggungjawab untuk memastikan kekemasan pakaian dan kebersihan setiap masa.
Termasuk memastikan bau badan yang menyegarkan dan pakaian yang bergosok.

·​Rambut disisir rapi dan kemas. Sekiranya panjang, perlu diikat dengan kemas atau mengenakan
topi atau penutup kepala.

·​Memastikan kuku sentiasa bersih dan pendek.

·​Tidak memakai haruman di tangan kerana boleh terlekat bau pada peralatan kaca.
·​Tidak memakai aksesori yang banyak seperti gelang, rantai yang berjurai, cincin dan
anting-anting yang panjang.

·​Memakai kasut bertutup dan bertapak sesuai untuk memudahkan pergerakan dan mengelakkan
sebarang kecelakaan.

·​Tidak makan atau minum, mengunyah gula-gula getah atau merokok ketika bertugas.

·​Buku catitan pesanan dan pen perlu sentiasa ada di poket pekerja.

8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya pihak Biji Kopi Cafe mempunyai pelbagai isu yang memerlukan
perhatian dan penambahbaikan. Sebagai penasihat, kami telah mengemukakan beberapa solusi
yang diilihat bersesuaian dan berpotensi bagi pihak Biji Kopi.
Amnya, pihak Biji Kopi mempunyai pilihan samada ingin menutup kedai Biji Kopi dan fokus
terhadap produk sejuk beku Briyani mereka atau meneruskan perniagaan Biji Kopi Cafe dengan
membaikpulih beberapa aspek seperti yang dicadangkan di bahagian 7.0 Cadangan di atas.
Akan tetapi, isu utama yang perlu diselesaikan segera adalah daripada aspek permit pekerja asing
dan gred kebersihan kedai. Pekerja adalah tulang belakang perniagaan ini dan sewajarnya
kebajikan mereka dijaga. Pihak Biji Kopi juga haruslah memandang serius isu etika keselamatan
makanan demi menjaga kemaslahatan pelanggannya dan bagi mengelakkan tindakan
undang-undang pada masa hadapan.
Cadangan penukaran nama dan konsep kedai serta pembaik pulih mesin juga wajar
dipertimbangkan untuk meningkatkan operasi dan tarikan pelanggan.

You might also like