You are on page 1of 29

ALAMAT :

No. 15,
Sunway
Bukit
Gambir,
11700
Gelugor,
Pulau Pinang

RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake


House Café
Hanya Kek Ada Jawapannya
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

KANDUNGAN

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

3.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

PROFAIL PERNIAGAAN

PROFAIL PEMILIK

SKOP PERNIAGAAN

RANCANGAN PENGURUSAN

RANCANGAN TEKNIKAL dan PENGELUARAN

PEMASARAN

ASPEK KEWANGAN

1
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

PENGENALAN

USM Bake House Café (UBHC) ialah merupakan sebuah perniagaan jenis perkongsian
yang dikongsikan oleh tujuh orang siswazah daripada Universiti Sains Malaysia (USM) yang
mana masing-masing telah mengikuti kursus di Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia atau
dikenali sebagai Malaysian Entrepreneurship Development Center (MEDEC). Semua rakan
kongsi dalam UBHC mempunyai pelbagai kepakaran dan pengalaman tersendiri bagi
membangunkan perniagaan ini. Aktiviti perniagaan UBHC ialah menjalankan operasi membuat,
menerima tempahan dan mengedar produk berasaskan bakeri seperti beraneka jenis kek yang
sememangnya dijamin bersih, diyakini dan halal, panas dari ketuhar, sedap dan lazat. Antaranya
ialah cupcake, muffin, cream puff dan pelbagai jenis kek berdasarkan permintaan. Bukan itu
sahaja, kami juga menyediakan pelbagai jenis minuman seperti coconut shake, milk tea,
chocolate, green tea, ice blended dan sebagainya. Selain itu, USM Bake House Café
juga menawarkan satu barisan kepelbagaian minuman berasaskan kopi seperti Coffee
Cappucino, Coffee Freddo, Dark Coffee, Iced Americano, Coffee Latte, Coffee Morocchino dan
Coffee Macchianto. Premis Perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lokasi yang strategik
di kawasan Universiti Sains Malaysia (USM).
Dengan melihat kepada ekonomi negara kita hari ini yang dilanda wabak Covid-19,
bukanlah mudah untuk membangunkan dan membina sesuatu perniagaan kerana sedikit
sebanyak akan terdapat pelbagai risiko yang perlu dihadapi. Oleh itu, dengan minat yang
mendalam dan semangat yang tinggi untuk mempertingkatkan status sosio ekonomi, idea
pembukaan UBHC adalah bagi menambahkan pendapatan kami pada masa hadapan. Semuanya
bermula daripada hobi salah seorang daripada kami yang gemarkan membuat kek pada masa
lapang, jadi beliau telah mengutarakan ideanya untuk membina USM Bake House Café.
Berdasarkan perbincangan, persetujuan dalam mesyuarat perkongsian ini, ahli perniagaan terdiri
yang terlibat dalam memulakan rancangan perniagaan terdiri daripada Encik Nabil, Cik Misbah,
Encik Sayarit, Encik Khairul, Encik Shymin, Encik Fahmi dan Cik Regina. Dengan tertubuhnya
pernigaan ini, ianya dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan masyarakat yang
menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang
pekerjaan kepada golongan individu yang lain.

2
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai bahan rujukan untuk menyakinkan pembekal-
pembekal yang bekerjasama membekalkan bahan-bahan mentah akan keupayaan perniagaan,
menyedikan garis panduan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat ini berjalan dan berkembang
mengikut seperti yang dirancang. Di samping itu, ianya adalah untuk membentangkan rancangan
perniagaan UBHC dengan lebih terperinci yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran,
perkhidmatan dan juga kewangan perniagaan kepada pihak TEKUN Nasional. Ini dapat
memberikan gambaran, menyediakan maklumat dan keterangan yang jelas serta lengkap
berkenaan dengan perniagaan yang hendak dijalankan bagi tujuan memohon pembiayaan
kewangan dari institusi kewangan dan menilai potensi perniagaan yang akan dijalankan.
Permohonan pembiayaan sebanyak RM50,000.00 dijangka dapat membantu UBHC agar dapat
merealisasikan cadangan perniagaan dan seterusnya menawarkan tempoh pembiayaan kewangan
yang dipohon adalah selama 6 tahun. Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM100,000.00 di
mana sebanyak RM50,000.00 adalah wang sumbangan rakan kongsi sendiri manakala baki
RM50,000.00 adalah melalui pembiayaan yang dipohon ini. Pembiayaan ini akan digunakan
untuk beberapa tujuan seperti berikut:-

i) Membeli aset-aset tetap.

ii) Modal pusingan iaitu pembelian stok bahan mentah dan sebagainya.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bertujuan merangka sebuah perniagaan yang
baru hendak diwujudkan. Penyediaan Rancangan Perniagaan ini adalah sebagai asas kepada
pembentukkan sesebuah perniagaan perkongsian yang diberi nama USM Bake House Café
(UBHC) serta bertujuan untuk mendapatkan pembiayaan tambahan dari TEKUN Nasional bagi
menampung kekurangan modal yang diperlukan.
Perniagaan ini telah ditubuhkan pada 15 Januari 2021 dengan jumlah pekongsian seramai
7 orang. Terdapat 7 jawatan utama dalam perniagaan ini yang terdiri daripada Pengurus Besar,
Pengurus Organisasi, Pengurus Pemasaran, Pengurus Operasi, Pengurus Kedai, Pengurus

3
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Kewangan dan Pengurus Jualan. Pengurus Besar pernah melibatkan diri dalam Bengkel
Keusahawanan anjuran MEDEC pada tahun 2020.
Perniagaan ini akan memulakan operasi pertamanya pada 1 Februari 2021 dengan lokasi
perniagaan di alamat No. 15, Sunway Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Perniagaan
yang diwujudkan ini dianggotai oleh ahli yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi serta
mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang. Perniagaan ini dijangka mampu
menghadapi cabaran-cabaran yang bakal mendatang dan sedaya upaya akan menghadapi jika
terdapat masalah yang kritikal.
Keunikan yang ada terhadap perniagaan UBHC ini adalah, kami membekalkan pelbagai
jenis aneka kek kepada para pelanggan tidak kira muda atau tua, lelaki mahupun perempuan,
dewasa atau kanak-kanak kerana ianya memenuhi citarasa masyarakat zaman moden yang amat
digemari oleh pelanggan khususnya para pelajar USM yang sangat mementingkan keselesaan
beriadah bersantai apabila mengalami tekanan ataupun stress semasa menjalani sessi
pembelajaran. Dengan ini, moto perniagaan kami ialah ‘Hanya Kek Ada Jawapannya’.
Selain daripada itu, harga yang ditawarkan oleh perniagaan kami adalah sangat
berpatutan dan mampu milik oleh semua lapisan masyarakat di kawasan tersebut terutamanya
pelajar USM. Disamping itu juga, diskaun akan diberikan kepada dengan setiap pembelian
apabila pelajar menunjukkan kad identiti pelajar. Perniagaan USM Bake House Café (UBHC) ini
juga mempunyai potensi pasaran yang sangat tinggi kerana di kawasan tersebut tidak mempunyai
persaingan yang banyak.

IDEA PERNIAGAAN

USM Bake House Café (UBHC) ini menjalankan perniagaan yang menyediakan pelbagai
jenis kek, cream puff dan pelbagai jenis minuman penaik selera pelanggan. Kami akan
membangunkan satu perniagaan yang terletak di kawasan USM Pulau Pinang, yang merupakan
satu tempat tarikan pelajar dan penduduk disekitar Sunway Bukit Gambir, Gelugor, Pulau
Pinang. Kami akan menyediakan perkhidmatan ‘indoor seating’ dimana ianya adalah sebuah
tempat bersantai sambil pelanggan menikmati makanan jualan kami. Selain itu, kami juga
mengambil tempahan membuat kek (custom made cake), cupcake, cream puff dan sebagainya
untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari lahir dan
sebagainya. Kepelbagaian jenis minuman juga boleh dinikmati di kedai kami yang mana

4
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

dijangka boleh menarik minat sekumpulan asas pelanggan setia dengan pelbagai jenis aneka
minuman dan kek. 

KEUNIKAN PERNIAGAAN

Perniagaan kami menyediakan pelbagai jenis dan perisa kek merangkumi kek keju, kek
coklat, kek green tea, crepe cake, swiss roll cake, cream puff dan cupcake. Kepelbagaian rupa
bentuk kek yang boleh menarik keinginan dan perhatian pelanggan yang sememangnya
menyukai sesuatu yang baru dan unik serta kelihatan sedap hanya pada melihat rupa bentuk
luaran makanan tersebut. Kami turut menyediakan kek yang menyelaraskan rasa antara
kombinasi asas kek dan topping. Di samping itu, kami menyediakan wi-fi dan ‘Konsol Play
Station’ secara percuma untuk para pelajar mahupun pelanggan untuk menghilangkan rasa
tekanan semasa belajar dan tidak lupa juga kami menyediakan suis pelbagai guna untuk
mengecas telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya. Perniagaan ini berkonsepkan cafe yang
mana anda bukan sahaja boleh bersantai menikmati keenakan kek-kek panas dan fresh dari
ketuhar malah dapat menikmati alunan muzik sentimental yang menenangkan jiwa.

MAKLUMAT PRODUK

Perniagaan kami menggunakan produk dan bahan-bahan yang bermutu tinggi bagi
memastikan kualiti produk kami terjamin, tahan lama dan sedap kerana bahan-bahan membuat
kek yang berkualiti boleh mempengaruhi rasa dan tekstur kek yang dihasilkan. Keseimbangan
rasa manis iaitu sukatan kandungan gula dan lemak dalam produk kami akan diambil kira bagi
memastikan produk kami ini sesuai dimakan oleh semua peringkat lapisan umur tidak kira
kanak-kanak mahupun orang dewasa. Kami juga menawarkan kepelbagaian minuman
berasaskan kopi yang mana semua ini adalah daripada biji-biji kopi berkualiti tinggi yang
diimport dari negara New York.

5
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

POTENSI PERKEMBANGAN

Memandangkan kedai kami ini terletak di dalam Kawasan kampus USM, produk kami
yang manis dan mempunyai rupa bentuk yang menarik berupaya untuk menghilangkan tekanan
kepada para pelajar dan pensyarah dalam mengharungi urusan masing-masing. Suasana kedai
kami yang mempunyai ‘Konsol Play Station’ boleh menarik lagi ramai pelanggan tetap bukan
sahaja dalam kalangan pelajar dan pensyarah, malah penduduk di kawasan Gelugor juga boleh
datang ke kedai kami untuk menikmati perkhidmatan terbaik daripada kami.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Tapak projek perniagaan adalah di Kawasan Universiti Sains Malaysia, Gelugor, Pulau
Pinang. Lokasi ini adalah strategik kerana beberapa faktor seperti bangunan tapak projek,
kemudahan infrastruktur, kemudahan bekalan bahan mentah telah sedia ada.

Nama Perniagaan USM Bake House Café (UBHC)


No. Pendaftaran 980034T
Alamat No. 15, Sunway Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
No. Telefon 012-1234567
Email ubhc@gmail.com
Jenis Perniagaan Perkongsian
Aktiviti Utama Menjual dan mengambil tempahan kek serta menyediakan
minuman
Tarikh Perniagaan dijalankan 1 Februari 2021
Tarikh Perniagaan didaftarkan 15 Januari 2021
Nama Bank CIMB Bank
No. Akaun Bank 093838328121
Jumlah Modal Perniagaan RM100,000.00
diperlukan
Sumbangan Rakan Kongsi RM50,000.00

6
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

LATAR BELAKANG PROJEK

LOKASI TAPAK PROJEK


ALAMAT : No. 15, Sunway Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

7
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

BANGUNAN – PLAN LANTAI

8
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

VISI

Membuka sebuah café yang popular dan menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan rupa
bentuk kek dan menerima tempahan dimana pun berada.

MISI

Memastikan masyarakat beragama Islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk
berasaskan kek dan minuman yang diyakini halal. Berlandaskan moto ‘Hanya Kek Ada
Jawapannya’ ianya dapat menambat hati pelanggan dari semua pelusuk kawasan untuk merasai
kek kami tanpa perasaan was-was.

OBJEKTIF PERNIAGAAN

 Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu
produk dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
 Berurusan dengan lebih efisien dan profesional terhadap pelanggan.
 Membekalkan produk berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis pemasaran
yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.

MATLAMAT PERNIAGAAN

 Menjadi sebuah syarikat yang mendapat tempat di hati pelanggan dengan


menawarkan harga yang berpatutan dalam setiap produk yang ditawarkan.
 Memenuhi permintaan khususnya kepada pelajar USM bagi menjadikannya
pilihan utama dalam menikmati beraneka jenis kek.

RAKAN KONGSI
Bahagian Sumbangan
Bil Nama Jawatan
Modal % (RM)
1. Nabil Fikree Bin Omar Pengurus Besar 16% RM8,000.00
2. Misbah Binti Abdul Rashid Pengurus Organisasi 16% RM8,000.00
3. Mohamad Shymin Bin Japarudin Pengurus Pemasaran 16% RM8,000.00

9
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

4. Mohd Khairul Bin Samsudin Pengurus Operasi 16% RM8,000.00


5. Muhammad Fahmi Bin Md Pengurus Kewangan 16% RM8,000.00
Zahir
6. Shaiyarit Keowmani A/L Eh Sau Pengurus Kedai 10% RM5,000.00
7. Regina Stefen Anak Owix Pengurus Jualan 10% RM5,000.00

TENAGA KERJA
Pengurus Besar
Nama Penuh Nabil Fikree Bin Omar
No. MyKad 811228075383
Alamat 112, Jalan Kita, Taman Astana, Gelugor, Pulau Pinang
No. Telefon 019-2124842
Umur 40 Tahun
Agama Islam
Status Berkahwin
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi
Kursus yang pernah diikuti Bengkel Keusahawanan, Anjuran MEDEC 2020

Pengurus Organisasi
Nama Penuh Misbah Binti Abdul Rashid
No. MyKad 820829025570
Alamat 3, Jalan Raja, Taman Orked, Gelugor, Pulau Pinang
No. Telefon 019-9598804
Umur 39 Tahun
Agama Islam
Status Berkahwin
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
Kursus yang pernah diikuti Kursus Pemasaran, Anjuran FAMA 2019

10
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Pengurus Pemasaran
Nama Penuh Mohamad Shymin Bin Japarudin
No. MyKad 931007025477
Alamat 12, Jalan Ikan, Taman Mawar, Sg. Ara, Pulau Pinang
No. Telefon 019-4989417
Umur 28 Tahun
Agama Islam
Status Berkahwin
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi
Kursus yang pernah diikuti Kursus Pemasaran, Anjuran FAMA 2020

Pengurus Operasi
Nama Penuh Mohd Khairul Bin Samsudin
No. MyKad 860511265271
Alamat 100, Jalan Kuda, Taman Siakap, Teluk Bahang, Pulau Pinang
No. Telefon 011-37107713
Umur 35 Tahun
Agama Islam
Status Berkahwin
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Kursus yang pernah diikuti Kursus Pemasaran, Anjuran FAMA 2020

Pengurus Kewangan
Nama Penuh Muhammad Fahmi Bin Md Zahir
No. MyKad 890916025839
Alamat 155, Jalan Tupai, Taman Kelapa, Georgetown, Pulau Pinang
No. Telefon 013-4167040
Umur 32 Tahun
Agama Islam

11
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Status Berkahwin
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
Kursus yang pernah diikuti Kursus Pemasaran, Anjuran FAMA 2020

Pengurus Kedai
Nama Penuh Shaiyarit Keowmani A/L Eh Sau
No. MyKad 850227035453 
Alamat 32, Jalan Kail, Taman Ular, Georgetown, Pulau Pinang
No. Telefon 012-4870040
Umur 36 Tahun
Agama Buddha
Status Bujang
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan
Kursus yang pernah diikuti Kursus Pemasaran, Anjuran FAMA 2019

Pengurus Jualan
Nama Penuh Regina Stefen Anak Owix
No. MyKad 990128135234 
Alamat 92, Jalan Limau, Taman Rusa, Sg. Ara, Pulau Pinang
No. Telefon 011-31869902
Umur 22 Tahun
Agama Kristian
Status Bujang
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi
Kursus yang pernah diikuti Kursus Pemasaran, Anjuran FAMA 2020

12
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

RANCANGAN ORGANISASI

CARTA ORGANISASI SYARIKAT

PENGURUS
BESAR
NABIL FIKREE BIN OMAR

PENGURUS PENGURUS PENGURUS PENGURUS


ORGANISASI PEMASARAN KEDAI OPERASI
SHAIYARIT KEOWMANI A/L MUHAMMAD FAHMI BIN MD
MISBAH BINTI ABDUL MOHAMAD SHYMIN BIN ZAHIR
RASHID JAPARUDIN EH SAU

PENGURUS PENGURUS
JUALAN KEWANGAN

REGINA STEFEN ANAK MOHD KHAIRUL BIN


OWIX SAMSUDIN

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

UBHC telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi
pengurusan perniagaan:-

Jawatan Tanggungjawab Utama


Pengurus Besar 1. Mengawal selia organisasi dan perniagaan supaya
berjalan dengan lancar.
2. Memastikan semua ahli dalam syarikat menjalankan
skop tugas yang telah diberikan dengan baik.
3. Melakukan mesyuarat bulanan dan juga tahunan untuk

13
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

memastikan kewangan perniagaan dalam keadaan yang


stabil.
Pengurus Kewangan dan 1. Menyediakan Belanjawan Tahunan perniagaan.
Pengurus Organisasi 2. Menyediakan Laporan Kewangan perniagaan
3. Mengawal dan mengurus penggunaan sumber
perniagaan.
4. Menyelaras lejar personal di bahagian kewangan.
Pengurus Pemasaran dan 1. Menjalankan kajian pasaran untuk mengenalpasti
Pengurus Kedai kehendak-kehendak pasaran bagi produk semasa dan
masa depan.
2. Memastikan pasaran produk yang dijual setiap tahun
berjalan dengan lancar.
3. Membangunkan pelan pemasaran bagi setiap tahun.
4. Bertanggungjawab untuk membangun dan
menyelenggara pemasaran strategi untuk memenuhi
objektif Syarikat.
Pengurus Operasi dan 1. Bertanggungjawab dalam membuat belian bekalan dan
Pengurus Jualan kawalan stok.
2. Mengawal dan merekodkan penerimaan.
3. Menguruskan dan merekodkan stok yang disimpan.
4. Mengawal keluar masuk produk dari stor.

GAJI DAN GANJARAN

Perniagaan UBHC mengutamakan kebajikan iaitu sekiranya pekerja mengalami


kecederaan dan kemalangan semasa bekerja, pihak syarikat akan memberikan cuti bergaji dan
memberi rawatan perubatan sacara percuma, cuti tahunan kepada pekerja adalah selama dua
minggu atau 14 hari, pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang terbaik dan memuaskan akan
diberikan kenaikan gaji. Pihak pengurusan juga akan memberikan bonus pada setiap hujung
tahun bergantung kepada peratusan keuntungan yang diperolehi dari perniagaan yang dijalankan.
Di Syarikat perniagaan kami, pihak pengurusan perlu mewajibkan pekerja mendaftar dalam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjamin masa depan pekerja. Syarikat

14
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

pernigaan kami menyediakan pakej gaji yang berpatutan dan adil kepada kakitangannya. Gaji
dan ganjaran kakitangan adalah seperti jadual di bawah:-
Jawatan Gaji Elaun KWSP SOCSO Jumlah
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
(12%) (3%)
1. Pengurus Besar 1,000 200 120 30 1,350
2. Pengurus Kewangan 1,000 200 120 30 1,350
3. Pengurus Organisasi 1,000 200 120 30 1,350
4. Pengurus Pemasaran 1,000 200 120 30 1,350
5. Pengurus Operasi 1,000 200 120 30 1,350
6. Pengurus Kedai 1,000 200 120 30 1,350
7. Pengurus Jualan 1,000 200 120 30 1,350
Jumlah 7,000 1,400 840 210 9,450

RANCANGAN PEMASARAN

SASARAN PASARAN

USM Bake House Café (UBHC) mensasarkan perniagaan terletak di kawasan


USM Pulau Pinang, yang merupakan satu tempat tarikan pelajar dan penduduk disekitar
Sunway Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang. Kami akan menyediakan perkhidmatan
‘indoor seating’ dimana ianya adalah sebuah tempat bersantai sambil pelanggan
menikmati makanan jualan kami. Selain itu, kami juga mengambil tempahan membuat
kek (custom made cake), cupcake, cream puff dan sebagainya untuk majlis-majlis seperti
majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari lahir dan sebagainya. Kepelbagaian
jenis minuman juga boleh dinikmati di kedai kami yang mana dijangka boleh
menarik minat sekumpulan asas pelanggan setia dengan pelbagai jenis aneka
minuman dan kek. 
STRATEGI PENGURUSAN

Kaedah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik amat
mustahak dalam usaha memajukan perniagaan. Oleh itu, UBHC telah mengatur beberapa
strategi pengurusan seperti berikut:-

15
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

 Memberi bimbingan kepada pekerja supaya dapat menunjukkan prestasi kerja


yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
 Setiap pihak sama ada pekerja atau pihak pengurusan sentiasa berbincang dan
memberi pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk menghasilkan kerja
yang lebih cekap dan bersistematik.
 Menerapkan semangat bekerja dalam pasukan di antara semua bahagian untuk
faedah bersama.
SAIZ PASARAN

Jumlah pelajar dan staf-staf USM = 44,168 orang

Diandaikan jualan semasa bulan pertama beroperasi ialah 10% daripada saiz pasaran iaitu
pelanggan akan membeli dan berbelanja sebanyak RM10.00 untuk seminggu di USM
Bake House Café iaitu sepertimana berikut:-

10% x 44,168 orang x RM10.00

= RM44,168/ seminggu

= RM176,672/ sebulan

STRATEGI PEMASARAN

PRODUK

 Membuat pengiklanan produk dengan mengedarkan pamplet dan brochure kepada


pelanggan sekitar USM.
 Menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi bagi meningkatkan kadar kualiti
produk syarikat.
 Memastikan keenakan dan kelembutan tekstur kek sentiasa dalam tahap yang
memuaskan hati pelanggan.
 Mengedarkan risalah secara berkala selain promosi melalui media sosial.
 Meningkatkan Research and Development (R&D) syarikat bagi menambah lagi
resepi kek untuk dipasarkan.
 Memberikan profil perniagaan kepada bakal pelanggan.
 Mempelbagaikan pilihan untuk pelanggan memilih dengan mempelbagaikan perisa,
jenis dan rupa bentuk kek bagi menarik lagi perhatian pelanggan.

16
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

 Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.


 Memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat pada masa yang telah
ditetapkan.

PENGEDARAN
 Cara pengedaran yang digunakan oleh UBHC ialah dengan meletakkan banner di luar
pagar USM, meletakkan salah seorang pekerja di luar kedai untuk mempromosikan
UBHC, menyebarkan risalah kepada pelanggan dan menampalkan poster-poster
mengenai UBHC serta mewujudkan blog / page di media sosial mengenai UBHC
untuk pengetahuan orang ramai terhadap UBHC.

TEMPAT

 Lokasi yang strategik iaitu tempat yang selalu dikunjungi oleh orang ramai.
 Membuka kedai di tempat yang sesuai dan mudah untuk dikunjung oleh pelanggan
seperti terdapat kemudahan tempat meletak kereta.
 Mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
 Memperluaskan pasaran dan perkhidmatan yang disediakan ke tempat-tempat yang
menjadi tumpuan ramai seperti karnival atau expo keusahawanan.

HARGA

 Meletakkan harga yang perpatutan dan sesuai dengan kualiti kek.


 Memberikan harga pengenalan yang jauh lebih murah berbanding harga biasa bagi
resepi kek yang baru.
 Memberikan harga potongan menjelang hari-hari perayaan atau semasa pembukaan
pertama kedai.
 Memberikan diskaun kepada pelanggan yang merupakan pelajar USM.
 Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk yang ditawarkan adalah sangat
berpatutan, berdaya saing dan berkonsepkan ‘price-follower’, iaitu mengikut kadar
pasaran seperti yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing lain.

PROMOSI

 Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan. Strategi promosi


secara tidak langsung iaitu konsep ‘Pelanggan Akan Membawa Pelanggan’.

17
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

 Menawarkan pakej-pakej atau pek yang menarik dan istimewa.


 Menyediakan pakej pelanggan ulangan. Pelanggan yang pernah melanggan akan
diberikan potongan harga pada perkhidmatan akan datang.
 Meletakkan harga pengenalan bagi perisa kek yang baru dipasarkan.
 Memberikan tawaran dan harga promosi menjelang hari-hari perayaan.
 Promosi melalui media sosial facebook, instagram dan twitter.

WAKTU OPERASI

Kami akan beroperasi setiap hari seperti ketetapan masa yang dinyatakan di bawah:-

MASA OPERASI
HARI MASA
Sabtu – Khamis 8.00 pagi – 10.00 malam
Jumaat 9.00 pagi – 10.00 malam

PESAING

Nama Perniagaan & Alamat Perkhidmatan dan Produk Ditawarkan


1. He & She Coffee,
Bangunan G-26,
Kopi dan pastry
Universiti Sains Malaysia,
11800 Gelugor, Pulau Pinang
2. Kedai Kek Tesco,
Perniagaan Kek Tesco,
Pelbagai jenis kek
Tesco Extra Sg. Dua,
11700 Gelugor, Pulau Pinang
3. Bakery Best Sdn. Bhd,
Bersebelahan KFC Sg. Dua,
Pelbagai jenis kek
Jalan Gelugor,
11700 Gelugor, Pulau Pinang

18
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN (ANALISIS SWOT)


Strenght Weakness

1. Lokasi perniagaan yang strategik, 1. Pesaing UBHC ialah He & She


merupakan lokasi tumpuan pelajar dan Coffee, Kedai Kek Tesco dan
staf USM. Bakery Best Sdn. Bhd.
2. Harga yang berpatutan dan mampu 2. Harga tidak mesra pelajar.
milik bersesuaian dengan kualiti. 3. Suasana bising dan tiada kemudahan
3. Kek dan minuman yang pelbagai pilihan wi-fi serta tempat cas telefon dan
dan jenis. laptop.
4. Suasana dalam kedai yang tenang,
dengan alunan musik lembut
mengembalikan mood dan moral
pelanggan terutamanya pelajar yang
keletihan belajar seharian.
5. Kemudahan wi-fi, suis untuk cas telefon
dan laptop di setiap meja dan bar.
Opportunity Threat

1. Jenis kek di kawasan Gelugor ialah 1. UBHC adalah perniagaan yang baru
menjual kek yang kurang berkualiti berbanding kedai Kedai Kek Tesco, He
tetapi meletakkan harga yang mahal. & She Cafe dan Bakery Best Sdn. Bhd
2. Stok bahan yang UBHC perolehi adalah yang telah lama bertapak dan
murah dan berkualiti tinggi. mempunyai pelanggannya sendiri.
3. UBHC mempunyai ramai pembekal
bahan-bahan dari pelbagai kedai
berjenama dan berkualiti.

RANCANGAN OPERASI

PERBELANJAAN OPERASI
1. Senarai produk yang dihasilkan adalah seperti berikut:-

19
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Produk Harga
Kek sedia ada RM5.00 sepotong
Cream Puff RM4.00 satu set
Minuman RM3.00
Kek rekaan tempahan pelanggan Mengikut penggunaan bahan dan kesukaran

2.       Senarai bahan mentah yang diperlukan adalah seperti berikut:-


Bil Bahan Kuantiti Harga/Kuantiti Jumlah
(Kg) (RM)
1. Tepung badam 43 Kg 3.00 129.00
2. Tepung Gandum 43 Kg 2.00 86.00
3. Serbuk penaik 3 Kg 3.50 10.50
4. Gula Caster 43 Kg 1.65 70.95
5. Gula 43 Kg 2.00 86.00
6. Mentega 140 buku 2.80 392.00
7. Lemak Sayur 29 Kg 2.13 61.77
8. Marjerin 34 Kg 2.65 90.10
9. Krimwell 28 Kg 3.52 98.56
10. Ovalette 17 Kg 4.90 83.30
11. Telur 16 papan 10.50 168.00
12. Serbuk Pewarna kek 19 Kg 11.70 222.30
13. Choc Rice 21 Kg 4.85 101.85
14. Whipping cream 42 kotak 9.85 413.70
15. Serbuk Perisa Minuman 160 Kg 1.95 312.00
16. Susu pekat 43 tin 2.80 120.40
17. Susu cair 43 tin 2.45 105.35
18. Kopi 23 Kg 18.70 430.10

20
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

19. Teh 20 Kg 11.75 235.00


20. Coklat masakan 63 bar 4.40 277.20
21. Papan lapik dan Kotak 300 1.55 465.00
22. Lain-lain bahan Mentah 632.75
Jumlah 4,591.83

3.       Senarai Mesin Dan Alat Kelengkapan adalah seperti berikut:-


Bil Perkara Kuantiti Harga/Unit Jumlah
(RM)
1. Pengadun doh industri (3kg) 1 2,550.00 2,550.00
2. Pengadun doh industri (1kg) 1 1,990.00 1,990.00
3. Ketuhar industri (Elektrik) 1 1,870.00 1,870.00
4. Ketuhar industri (Gas) 1 2,870.00 2,870.00
5. Ketuhar gelombang mikro 1 430.00 430.00
6. Peti sejuk 1 2,370.00 2,370.00
7. Peti dingin beku 1 1,850.00 1,850.00
8. Dough prover 1 2,354.00 2,354.00
9. Dulang Pembakar 16” X 24” 10 23.00 230.00
10. Tray 10 15.00 150.00
11. Kabinet pamer 1 800.00 800.00
12. Pemanas air 1 690.00 690.00
13. Penimbang digital 1 215.00 215.00
14. Van Terpakai 1 18,000.00 18,000.00
15. Lain-lain peralatan 3,250.00
Jumlah 39,619.00

a) KOS JUALAN

21
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

i) Sehari
Perkara Bilangan/ sehari Harga (RM) Jumlah
Kek 60 potong RM5.00 RM300.00
Minuman 70 gelas RM3.00 RM210.00
Jumlah RM510.00

ii) Sebulan
Jualan/ sehari Jumlah Jualan sebulan
Perkara
(RM) (RM)
Kek RM300.00 RM9,000.00
Minuman RM210.00 RM6,300.00
Cream Puff RM200.00 RM6,000.00
Tempahan Kek RM55 x 20 tempahan/ sebulan RM1,100.00
Jumlah RM22,400.00

b) KOS PENGELUARAN
i) Sehari
Kos bahan + Kos Upah + Kos Sampingan = Jumlah Kos Pengeluaran Sehari

Kos Bahan Kos Upah Kos Sampingan Jumlah/ sehari


RM250.00 RM7 RM142.00 RM399.00

ii) Sebulan
Jumlah Kos Pengeluaran Sehari x 30 hari = Jumlah Kos Pengeluaran Sebulan

Jumlah kos pengeluaran/ sehari (RM) Jumlah Jualan sebulan (RM)


RM399.00 RM11,970.00

22
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

c) KEUNTUNGAN PERNIAGAAN
i) Sehari
Jualan – Kos pengeluaran = Keuntungan sehari
Jualan/ sehari Kos Pengeluaran/ sehari Jumlah Keuntungan/ sehari
(RM) (RM) (RM)
RM510.00 RM399.00 RM111.00

ii) Sebulan
Jualan keuntungan sehari x 30 hari = Keuntungan sebulan

Jumlah Keuntungan/ sehari Jumlah Keuntungan/ sebulan


(RM) (RM)
RM111.00 RM3,330.00

iii) Ramalan Jualan

Setelah menjalankan soal selidik, pihak pengurusan telah menganalisis dan


menganggarkan saiz dan syer pasaran dengan membuat ramalan jualan bagi UBHC
dalam setahun. Memandangkan perbelanjaan pelajar adalah tidak sama sepanjang tahun,
maka turun naik jualan yang berkaitan faktor-faktor seperti cuti sempena Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), cuti semester, kemasukan pelajar baru, musim peperiksaan,
musim perayaan dan penerimaan wang PTPTN, maka ramalan jualan adalah tidak sama
sepanjang tahun.

KOS PELAKSANAAN PROJEK (BULANAN)


i) Belanja Operasi
Butiran Harga (RM)

Bil elektrik 530.00


Bil telefon 123.40

23
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Bil air 370.00


Bil wi-fi 120.00
Perbelanjaan petrol 324.00
Penyelenggaraan kenderaan 200.00
Sewa kedai 400.00
Gaji dan elaun 8,400.00
KWSP (12% setiap pekerja) 840.00
Jumlah RM11,307.40
ii) Pembelian Aset Tetap
Butiran Harga (RM)

Ketuhar (2 x RM1,500) 3,000.00


Ketuhar industri (Elektrik) (2 x RM1,500) 3,000.00
Ketuhar industri (Gas) (2 x RM2,570) 5,140.00
Ketuhar gelombang mikro (2 x RM400) 800.00
Penghawa dingin (2 × RM1,000) 2,000.00
Pengadun doh industri (3kg) (2 × RM2,500) 5,000.00
Pengadun doh industri (1kg) (2 × RM1,500) 3,000.00
CCTV( 2 × RM550 ) 1,100.00
Mesin Juruwang 300.00
Kerusi dan meja 2,000.00
Van terpakai 18,000.00
Komputer (1 × RM1,300) 1,300.00
Mesin fotostat 500.00
Mesin punch kad 500.00
Peralatan pejabat 1,500.00
Cat dan lampu 800.00
Lain-lain 1,500.00
Jumlah RM72,480.00

24
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

iii) Belanja Pentadbiran


Butiran Harga (RM)

Kalkulator 10.00
Pen dan kertas 200.00
Uniform 270.00
Lain-lain 200.00
Jumlah RM690.00

iv) Belanja Pengeluaran


Butiran Harga (RM)

Bahan kering 1,200.00


Bahan basah 1,000.00
Lain-Lain 1,000.00
Jumlah RM3,200.00

v) Belanja Pemasaran (Iklan)


Butiran Harga (RM)

Banner 300.00
Majalah (2 × RM100) 200.00
Kad perniagaan 150.00
Sample rasa 150.00
Jumlah RM800.00

vi) Belanja Permulaan

25
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Butiran Harga (RM)

Lesen perniagaan 2,000.00


Deposit 2,000.00
Jumlah RM4,000.00

vii) Jadual Pembayaran Balik Pinjaman (TEKUN Nasional)

Jumlah Pinjaman (RM) : 50,000


Kadar Faedah : 4%
Tempoh Pinjaman : 6 Tahun

Kaedah
: Kadar Asas Tetap

Jumlah
Tahun Prinsipal Faedah Baki Prinsipal
Bayaran
1 10,000 2,000 12,000 40,000
2 10,000 2,000 12,000 30,000
3 10,000 2,000 12,000 20,000
4 10,000 2,000 12,000 10,000
5 10,000 2,000 12,000 0

viii) Anggaran Aliran Tunai dan Penyata Kewangan

USM Bake House Café (UBHC)


Penyata Aliran Tunai
  TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3
  2021 (RM) 2022 (RM) 2023 (RM)
Penerimaan Tunai:
Modal 50,000 0 0

26
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Pinjaman Bank 50,000 0 0


Jualan Tunai 700,000 850,200 912,222
Jumlah Penerimaan Tunai 800,000 850,200 912,222
Perbelanjaan Tunai:
Belian Stok 300,000 400,260 450,430
Gaji staff 7,000 10,200 12,500
Sewa kedai 400.00 500.00 550.00
Bil Telefon 123.40 252.00 320.00
Bil Eletrik 530.00 570.00 600.00
KWSP dan SOCSO 10,500 12,900 16,800
Alat tulis dan belanja pejabat 2,190 2,200 2,340
Perjalanan dan pengangkutan 18,000 8,000 8,200
Penyelengaraan van 200.00 270.00 300.00
Lain-lain belanja 6,582.75 6,788.08 6,800.00
Elaun Pekerja 1,400.00 3,360 3,396
Penyelengaraan kedai 2,000.00 2,640 2,704
Keraian dan promosi 2,000 6,600 6,960
Deposit sewa kedai 2,000 0 0
Daftar Perniagaan 200.00 0 0
Deposit Utiliti 400.00 0 0
Pengiklanan dan promosi 800.00 1,500 1,700
Dokumentasi dan Guaman 430.00 0 0
Insurans dan cukai jalan van 1,500 1,500 1,500
Peralatan pejabat 1,500 0 0
Van 18,000 0 0
Bayaran Pinjaman 12,000 12,000 12,000
Jumlah Perbelanjaan Tunai 388,156.15 469,540.08 527,100.00

27
RANCANGAN PERNIAGAAN USM Bake House Café | USM Bake Huse Café

Lebihan/(Defisit) 411,843.85 380,659.92 385,122.00


Baki Awal 0 411,843.85 792,503.77
Baki Akhir 411,843.85 792,503.77 1,177,625.77

RUMUSAN
Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan oleh
USM Bake House Café (UBHC), kami amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini
akan memberikan pulangan yang sangat menguntungkan dan lumayan. Unjuran-unjuran yang
dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif
kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di peringkat awal membuat pemasaran untuk
membekal kepada pelanggan organisasi.
Ahli rakan kongsi telah merangka dan membuat kajian serta perancangan yang sistematik
bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran
keuntungan yang telah dirangka. Oleh yang demikian perniagaan USM Bake House Café
(UBHC) amat yakin dan optimis dengan perniagaan ini yang mana ianya amat berdaya maju dan
mampu berkembang pada masa hadapan seiringan dengan syarikat kek dan minuman yang lain.
Diharap permohonan dari perniagaan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak TEKUN Nasional supaya memberi peluang pembiayaan kepada kami kerana
melalui cara ini sahajalah perniagaan dapat dikembangkan. Kami amat berbesar hati dan
mengucapkan jutaan terima kasih jika permohonan kami ini berjaya tanpa ada halangan.

28

You might also like