You are on page 1of 33

RANCANGAN PERNIAGAAN

Nuriz’s Cupcakes Enterprise (NCE)


SENARAI KANDUNGAN

1.0 Ringkasan Eksekutif

2.0 Pengenalan

3.0 Tujuan Rancangan Perniagaan

4.0 Latar Belakang Syarikat

5.0 Rancangan Organisasi

6.0 Rancangan Operasi/Pengeluaran

7.0 Rancangan Pemasaran

8.0 Rancangan Kewangan

9.0 Rumusan
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Coffee & Dessert merupakan perniagaan menjual air kopi, coklat, waffle dan roti secara
runcit. Perniagaan ini diusahakan secara tunggal oleh Mohamad Aqil Ameerel bin Ramdan

yang merupakan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Berbekalkan pengetahuan

melalui pengalaman perniagaan selama 2 tahun  dan telah memasuki


pelbagai jualan festival makanan yang dianjurkan. Saya bercadang untuk
mendirikan perniagaan makanan dan minuman ini di Pusanika,UKM.

Tujuan utama rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk mendirikan perniagaan
makanan dan minuman di Pusanika,UKM. C&D bercadang untuk menyewa premis di
Pusanika,UKM kerana ia merupakan kawasan tumpuan dikalangan pelajar universiti.
Rancangan perniaganan ini ditujukan kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti
Kebangsaan Malaysia bagi permohonan untuk menyewa tapak di Pusanika UKM.

Memandangkan persaingan yang kurang di kawasan ini bagi bidang perniagaan yang kami
akan jalankan. D&C berusaha mengambil berat tentang kehendak pelanggan, kualiti
produk dan kebersihan menjadi keutamaan, D&C juga menjanjikan kelainan dan kepuasan
kepada setiap pelanggan.

NCE memiliki pekerja-pekerja yang berdedikasi dan komited terhadap tugas dan
tanggungjawab. Buat masa ini NC mempunya kakitangan seramai 4 orang. Sementara itu
pengusaha syarikat, Mohamad Aqil Ameerel mempunyai Sarjana Muda dalam Perakaunan.
Selain itu beliau juga mempunyai pengalaman perniagaan selama 2 tahun dan pernah
berkerja dalam bidang pemasaran selama 8 bulan di sebuah agensi terkemuka di Kuala
Lumpur iaitu Tams Idea Sdn Bhd yang boleh memastikan segmen pasaran perniagaan yang
sedang meningkat naik bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Berdasarkan kepada pengalaman sebenar berniaga di luar, D&C mengambil langkah


proaktif untuk meluaskan perniagaan di dalam universiti dan  ingin berbakti serta

berkongsi ilmu bersama usahawan di kalangan pelajar dengan membantu


mereka memberi gambaran jelas tentang perniagaan yang sebenar di alam
selepas pembelajaran. Melalui langkah mendirikan premis perniagaan ini, potensi
perniagaan sedia ada dapat ditingkatkan kepada tahap yang lebih baik.
2.0 PENGENALAN
Nuriz’s Cupcakes Enteprise telah mula beroperasi secara kecil-kecilan di sebuat premis
kecil di Lot 517, Wisman Arjuna, Lorong Durian 1, 89800 Beaufort, Sabah pada tahun di
2011. Pada Pada awal peringkat perniagaan NCE hanya menjalankan kegiaan membuat
dan menjual kek cawan sahaja. Memandangkan sambutan pelanggan yang amat
menggalakkan, NZ juga telah menghasilkan produk-produk lain seperti roti, dan biskut.
Selain itu NZ juga menerima tempahan majlis-majlis perkahwinan, harijadi, sambutan
acara istimewa, hari keluarga dan sebagainya.

Pada peringkat awal, NZ hanya dijalankan oleh Pn Norizan bersama adik beliau iaitu Pn
Maznah, seorang juru kek dan seorang pembantu am. Para pekerja terdiri daripada
penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Oleh kerana permintaan
daripada pelanggan semakin meningkat, pada awal tahun 2012 NZE, telah menambah
3bilangan pekerja menjadikan jumlahnya seramai 5 orang. Melihat kepada pola
permintaan pelanggan yang semakin meningkat, saiz ruang premis, bilangaan mesin dan
peralatan serta kurang bilangan tenaga pekerja menjadi kekangan bagi NZE membuat
pengeluaran yang memenuhi permintaan. Oleh yang demikian NZE ingin mnyewa lot
bersebelahan dengan premis bagi meluaskan premis perniagaan sedia ada. Selain itu NZE
juga ingin menambanh bilangan mesin, peralatan dan pekerja.

Pemegang saham utama bagi syarikan perkongsian ini ialah Pn Norizan Bali dan Puan
Maznah Bali yang masing-maing menyumbang modal sebanyak RM25,000 tanpa sebarang
pinjaman. Berdasarkan prestasi NZE yang memberangsankan, NZE berja mencatatkan
keuntungan sebanyak RM119,208.00 bagi tahun 2011. Jumlah ini dijangka terus
meningkat pada pengujung tahun ini. Diharapkan dengan adanya pinjaman kewangan dari
BSN ini dapat membantu NZE untuk terus berkembang.
3.0 TUJUAN PERANCANGAN PERNIAGAAN
Tujuan rancangan perniagaan ini adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi
meningkatkan pengeluaran perniagaan. Rancangan perniagaan ini ditujukan kepada Bank
Simpanan Nasional (BSN) untuk pembiayaan sebanyak RM 60,000 yang dipohon di bawah
skim Mikro Kewangan BSN. Pembiayaan ini diperlukan sebagai modal untuk
memperluaskan perniagaan. Dana inia kan digunakan untuk meluaskan den mengubah suai
premis perniagaan, sebagai modal pusingan membeli mesin, peralatan dan bahan-bahan
mentah perniagaan
4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
4.1 Latar Belakang Perniagaan

Nama Perniagaan : Nuriz’s Cupcake


Alamat Perniagaan/ : Lot 5-7, Wisma Arjuna, Lorong Durian 1,
Alamat Surat Menyurat 89800 Beaufort, Sabah
Telefon/Fax : 087-871232 / 087 871322
Bentuk peniagaan : Perkongsian
Jenis Perniagaan : Membuat kek cawan, kek, roti dan biskut
Tarikh Mula Berniaga : 3 Jan 2011
Tarikh Pendaftaran : 2 Jan 2011
No Pendaftaran : WP03192081-V
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional (BSN)
No. Akaun Bank : Akaun Semasa N0. 215030004

4.2 Latar Belakang Pemilik dan Rakan Kongsi


Latarbelakang Pemilik 1

Nama : Pn Norizan Binti Bali


No Kad Pengenalan : 770313-12-5656
Alamat Tetap : No 5-7, Jalan Kenanga, Taman Wawasan 89800
Beaufort Sabah
Alamat Surat menyurat : Sama seperti alamat tetap
No Telefon : 087 871233
Umur : 35 tahun
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelayakan Akademik : Diploma Pertadbiran Perniagaan, UPM
Kursus Dihadiri : 1. Advanced Baking Technology, Sincere Cake
Institute, Kota Kinabalu Sabah 15-20 Mei 2011
2. Kursus Intensif Membuat dan Menghias Kek
Anjuran KEMAS, Sipitang pada 11-17 Mac
2011
Pengalaman : 1. Penolong Pegawai Pengeluaran, Nestle Sdn
Bhd, Kota Kinabalu 2000-2004
2. Penolong Pengurus, Secret Recipe Restaurant
Cawangan Kota Kinabalu 2005 - 2011
Latarbelakang Pemilik 2

Nama : Pn Maznah Binti Bali


No Kad Pengenalan : 830428-12-6022
Alamat Tetap : No 5-9, Jalan Kenanga, Taman Wawasan 89800
Beaufort Sabah
Alamat Surat menyurat : Sama seperti alamat tetap
No Telefon : 087 871221
Umur : 29 tahun
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelayakan Akademik : Diploma Teknologi Makanan, UiTM
Kursus Dihadiri : 1. Advanced Baking Technology, Sincere Cake
Institute, Kota Kinabalu Sabah 15-20 Mei 2011
2. Kursus Intensif Membuat dan Menghias Kek
Anjuran KEMAS, Sipitang pada 11-17 Mac
2011
Pengalaman : 1. Food Nutrien Officer, Delicious Bakery, Papar
Sabah 2002-2004
2. Penolong Pengurus, Gardenia Sdn Bhd
Cawangan Kota Kinabalu 2005 - 2011

4.3 Lokasi tapak Projek


Nuriz’s Cupcake Enterprise (NZE) terletak di banguna Wisma Arjuna di Lot 5-7,
Lorong Durian, Beaufort Sabah. NZE terletak di pusat bandar Beaufort besebelahan
dengan Stesen Minyak Shell dan Esso, Pasaraya BestMart dan berhadapan dengan
Stesen Keretapi Beaufort.(Rujuk Lampiran 1) Lokasi premis perniagaan ini sangat
strategik kerana ia menjadi pusat tumpuan penduduk yang tinggal berhampiran dengan
lokasi perniagaan. Selain itu terdapat juga beberapa kawasan perumahan yang
berdekatan iaitu Taman Wawasan, Taman Foo, Kampung Cina dan Taman Arjuna.
Selain itu premis ini juga berdekatan dengan Tapak Tamu (Pasar Minggu) Pekan
Beaufort.Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekitar premis ini seperti jalan
utama, kemudahan perbankkan dan kawasan letak kereta secara tidak langsung dapat
menarik pelanggan akan singgah ke premis ini.

5.0 RANCANGAN PENTADBIRAN


5.1 Pengenalan organisasi.
Carta Organisasi (Sila rujuk Lampiran 2)

5.2 Kakitangan Utama


5.2.1 Juru Kek: Puan Insyirah Abd Rahim
Puan Insyirah merupakan pekerja komited dan bertanggug jawab
menjalankan tugas yang diamanahkan. Antara tugas-tugas beliau adalah
i. Membuat perancangan mengenai pasti produk yang perlu didahului
pembuatannya.
ii. Mengadun dan memproses pengeluaran
iii. Membuat jadual pengeluaran pada hari berikutnya
iv. Menjadi pakar rujuk kepada Juru Icing

5.2.2 Juru Icing : Cik Intan Zulaikha Binti Hilman


Menghias kek mengikut citarasa pelanggan.
i. Membuat perancangan mengenai kuatiti kek yang perlu dibuat untuk
dihias
ii. Bertanggungjawab membuat krim dan keperluan hiasan untuk dikira
stoknya
iii. Mereka hiasan-hiasan yang terbaru dari segi kecantikan dan kelainan
mengikut citra rasa pelanggan

5.2.3 Juru Roti: Cik Aisyah Aiman


i. Merancang pengeluaran roti dan mengikut permintaan
ii. Mengadun dan memproses pengeluaran
iii. Pembungkusan dan penyimpanan produk
iv. Membuat jadual pengeluaran pada hari berikutnya

5.2.4 Kerani Jualan : Cik Atiqah Zaimirul


i. Mengambil pesanan dan merekod
ii. Membersihkan tempat jualan
iii. Memastikan susun atur produk
iv. Menjual dan melayan pelanggan
v. Menjalankan packing dan melabel
5.2.5 Pembantu Am: En Abid Haeqal
i. Pemandu untuk penghantaran produk kepada pelanggan
ii. Membantu membersihkan kedai
iii. Membasuh dan membersih peralatan dan perkakas dan tempat
pengeluaran
iv. Mengemas barang-barang stok
v. Lain-lain tugas yang di arahkan

5.3 Kadar Gaji dan Bilangan Kakitangan


5.3.1 Bilangan Kakitangan Sedia Ada

Jawatan Bil Gaji KWSP PERKESO JUMLAH


(RM) 13% 2% (RM) (RM)
(RM)
Juru Kek 1 900.00 117.00 2.34 1,019.34
Juru Icing 1 850.00 110.50 2.21 962.71
Juru Roti dan Biskut 1 700.00 91.00 1.82 792.82
Kerani 1 600.00 78.00 1.56 679.56
Jualan/Juruwang
Pembantu Am/ 1 500.00 65.00 1.30 566.30
Pemandu
JUMLAH 5 3,600.00 4,020.73

5.3.2 Bilangan Kakitangan Dicadangkan

Jawatan Bil Gaji KWSP PERKESO JUMLAH


(RM) 13% 2% (RM) (RM)
(RM)
Juru Kek 1 750.00 22.50 1.50 774.00
Pemandu 1 500.00 65.00 1.30 566.30
JUMLAH 2 1,250.00 1,340.30

5.4 Senarai Keperluan Pejabat


5.4.1 Senarai Keperluan Pejabat Sedia Ada

Peralatan Harga/Unit (RM) Bilangan Jumlah (RM)


Kabinet 500.00 1 500.00
Kerusi/Meja 1,500.00 1 set 1,500.00
Cash Register 1,500.00 1 1,500.00
JUMLAH 4 3,500.00
Nota : Susut nilai peralatan dan kelengkapan sedia ada ialah 20 peratus iaitu
RM 700 setahun

5.4.2 Senarai Keperluan Pejabat di Cadangkan

Peralatan Harga/Unit (RM) Bilangan Jumlah (RM)


Mesin Fax 500.00 1 500.00
Komputer 2,500.00 1 2,500.00
Pencetak 500.00 1 500.00
JUMLAH 4 3,500.00
Nota : Susut nilai peralatan dan kelengkapan sedia ada ialah 20 peratus iaitu
RM 700 setahun

5.5 Cadangan Ubahsuai Premis Perniagaan


Sebelum ini Nuriz’s Cupcakes Enterprise beroperasi di sebuah premis kedai seluas
15 X 10 kaki persegi .Bagi meningkatkan jumlah pengeluaran produk Nuriz’s
Cupcake akan menyewa lot kedai yang bersebelahan, dan mengubahsuai menjadi
sebuah premis perniagaan yang lebih besar iaitu menjadi 30 X 20 kaki persegi. Kos
mengubahsuai premis tersebuat ialah RM 15,000.
Nota : Susut nilai ubahsuai yang dicadangkan ialah 10 peratus iaitu RM 1,500
setahun
6.0 RANCANGAN OPERASI/PENGELUARAN

6.1 Produk
Nuriz’s Cupcakes Enterprise mengeluarkan pelbagai jenis produk seperti kek cawan,
kek, dan roti. Senarai produk tersebut seperti yang terdapat dalam dibawah.
Jadual 1 : Kadar Pengeluaran Produk Untuk Sebulan

Peralatan Kapasiti Harga/Unit Jumlah


sebulan RM Jualan (RM)
Kek Cawan
DY Cupcakes 380 2.00 760.00
Nuriz’s Cupcake 350 2.20 770.00
Simple Cupcake 400 1.20 480.00
Fresh Cream Cupcakes 250 2.00 500.00
Buttercream Cupcakes 350 1.50 525.00
Fondant Cupcake 2D 300 2.00 600.00
Fondant Cupcake 3D 300 2.50 750.00
Kek
1 Kg Sponge Cake /Butter cake (Assorted) 30 30.00 900.00
½ Kg Sponge Cake/Butter cake (Assorted) 30 17.00 510.00
Barbiedoll Cake 15 50.00 750.00
Fruit Cake Fresh Cream 1 Kg 25 38.00 950.00
Cheese Cake 1 Kg 25 38.00 950.00
Tiramitsu Cake 1 Kg 25 40.00 1,000.00
Chocolate Peanut Cheese Cake 1 Kg 25 45.00 1,125.00
Strawberry Mouse Cup 200 3.00 600.00
Marble Cheese Cake 1kg 25 40.00 1,000.00
Oreo Chese Cake 1 Kg 30 45.00 1,350.00
Durio Cheese Cake 1 Kg 15 50.00 750.00
Carrot Cheese Cake 1 Kg 20 45.00 900.00
Blackforest Cake 1 Kg 30 55.00 1650.00
Roti
Sandwich 350 1.20 420.00
Roti Susu 280 1.20 336.00
Roti Pandan 280 1.20 336.00
Roti Telur Mayonis 200 1.50 300.00
Chicken Floss Bun 120 1.80 216.00
Roti Hotdog 280 1.20 336.00
Diner Roll 380 2.00 760.00
Pizza 320 1.80 576.00
Curry puff 280 1.00 280.00
Bun Manis 350 0.80 280.00
JUMLAH RM20,660.00
Berdasarkan kapasiti pengeluaran yang ditunjukkan, pengeluaran dapat dilakukan
dengan menggunakan 28 jenis mesin dan peralatan, 5 orang pekerja pengeluaran
untuk satu shift (8.00pagi – 5.00 pagi). Untuk permintaan meningkat terutamanya
musim cuti sekolah di mana jualah mencapai RM 26,000, kerja lebih masa terpaksa
diadakan
6.2 Proses Pengeluaran
6.2.1 Proses Pengeluaran Kek Cawan dan Kek
Berikut adalah bahan mentah yang digunakan untuk mebuat kek cawan.
Bahan dan harga yang disenaraikan di dalam Jadual 2.
Proses Pengeluaran.
i. Telur, tepung dan bahan-bahan ditimbang mengikut sukatan
ii. Masukkan bahan kedalam pengadun (mixer)
iii. Adun selama 7 minit
iv. Angkat dan masukkan ke dalam acuan
v. Bakar selama 20 minit pada suhu180OC
vi. Angkat dan sejukkan
vii. Menghias icing atau fondant kek cawan
viii. Pembungkusan

6.2.2 Proses Pengeluaran Roti


i. Tepung dan bahan-bahan mentah ditimbang mengikut sukatan
ii. Masukkan bahan ke dalam mesin pengadun dan adun selaman 20 minit
iii. Angkat adunan, timbang dan bulatkan
iv. Masukkan ini jika perlu
v. Proof selam empat jam
vi. Bakar selama 20 mint
vii. Sejukkan dan bungkus

Terdapat tiga pembekal yang dipilih untuk membekalkan bahan mentah untuk
pengeluaran produk Nuriz’s Cupcake. Pembekal-pembekal ini dipilih berdasarkan
kualiti bahan dan harga yang berpatutan.
Jadual 2 : Bahan Mentah yang Digunakan

Bil Jenis Bahan Pembekal Harga


(RM/Unit)
1. Tepung Optima Aizen Enterprise 30/bag
2. Tepung Blue Key Aizen Enterprise 30/bag
3. Tepung Kek Aizen Enterprise 25/bag
4. Tepung jagung Aizen Enterprise 20/bag
5. Susu pekat Aizen Enterprise 72/carton
6. Susu cair Aizen Enterprise 66/carton
7. Susu segar Aizen Enterprise 50/carton
8. Minyak jagung Aizen Enterprise 60.carton
9. Gula Aizen Enterprise 40/carton
10. Butter cup Margerine Sincere Baked 30/carton
11. Sponge mix Sincere Baked 25/bag
12. Gula Aising Sincere Baked 25/bag
13. Gum tragacanth Sincere Baked 40.bag
14. Serbuk gelatin Sincere Baked 12/bag
15. Cecair glukos Sincere Baked 5/unit
16. Lemak sayuran Sincere Baked 20/bag
17. Telur ayam gred A Sincere Baked 10/tray
18. Krim Tartar Sincere Baked 10/bag
19. Ovellete Sincere Baked 5/botol
20. Serbuk penaik Sincere Baked 25/kg
21. Double Action Baking Powder Sincere Baked 25/kg
22. Pewarna Sincere Baked 3/unit
23. Perasa Sincere Baked 4/unit
24. Instan Yeast Sincere Baked 25/carton
25. Cream Cheese ‘Pheladephia’ Sincere Baked 20/kg
26. Cheddar Cheese Sincere Baked 20/unit
27. Coklat masakan Sincere Baked 10/kg
28. Coklat putih masakan Sincere Baked 10/kg
29. Chocolate cream Sincere Baked 10.kg
30. Chocolate rice Sincere Baked 12/kg
31. Strawberry filling Baked With Me 15/kg
32. Blackcurrent filling Baked With Me 15/kg
33. Manggo filling Baked With Me 15/kg
34. Apricot filling Baked With Me 15/kg
35. Mix fruit Baked With Me 15/kg
36. Strawberry Baked With Me 15/kg
37. Whiping Cream Baked With Me 96/carton
38. Fresh Crean Baked With Me 80/carton
39. Mayonis Baked With Me 12/bag
40. Sosej Baked With Me 2.50/pax
41. Sos Cili Baked With Me 12/bag
42. Almond Baked With Me 12/kg
53. Hazelnut Baked With Me 13/kg
44. Assorted Decorating Cupcakes sugar Baked With Me 20/kg
Kos bahan mentah untuk pengeluaran RM 20,660.00 ialah RM7,517.00

6.3 Mesin dan Peralatan


Beberapa pembekal dipilih untuk membekal mesin dan peralatan bagi proses
pengeluaran prodek. Pembekal tersebut dipilh berdasarkan kesesuai mesin dan
peralatan tersebut dengan kapasiti pengeluaran. Selain tu pembekal juga membarikan
harga yang berpatutan. Berikut adalah jadual mesin dan peralatan
6.3.1 Mesin dan Pealatan sedia ada

Bil Jenis Bahan Pembekal Kuantiti Harga/Unit Jumlah


(RM) (Rm)
1. Mixer (20 L) Sincere Cake House 2 3,800 7,600
2. Electric Oven Sincere Cake House 2 4,100 8,200
3. Bread Proofer Sincere Cake House 1 3,300 3,300
4. Regfrigerator SenQ Electric Sdn Bhd 1 2,500 2,500
5. Cake chiller Zimmer Electric 1 5,200 5,200
6. Deep freezer SenQ Electric Sdn Bhd 1 3,400 3,400
7. Display cabinet Deli Furniture 8 300 2,400
JUMLAH 16 32,600
Nota: Susun atur peralatan dan mesin terdapat dalam Lampiran 3.

6.3.2 Cadangan Tambahan Mesin dan Peralatan

Bil Jenis Bahan Pembekal Kuantiti Harga/Unit Jumlah


(RM) (Rm)
1. Mixer (30 L) Sincere Cake House 1 3,200 3,200
2. Mixer (40 L) Sincere Cake House 1 5,200 5,200
3. Rapid Dough Sincere Cake House 1 3,300 3,300
Moulder 2,500 2,500
4. Electric Oven SenQ Electric Sdn 2 4,200 8,400
5. 3 Dooor Cake Zimmer Electric Suply 1 6,400 6,400
Chiller
6. Display cabinet Deli Furniture 6 300 1,800
JUMLAH 12 29,000
Jangka hayat mesin dan peralatan secara puratanya 7 tahun di mana susut nilainya
adalah 20 peratus iaitu RM 5,800 setahun
6.4 Perbelanjaan Operasi Setahun

Bil Perkara Kos Jumlah (RM)


(RM)
1. Bahan Mentah 90,024
Buruh Langsung 32,000
KWSP/PERKESO 4,000 126,024.00
2. Plastik/Kotak Pembungkusan 9,550 9,550.00
3. Overhead
Elektrik 3,600
Air 1,400
Telefon 1,200
Sewa Kedai 6,000
Susut Nilai Mesin 5,800
Susut Nilai Ubahsuai 1,500
Susust Nilai Van (Gerai Bergerak) 4,600 24,100.00

JUMLAH RM 159,674.00

6.5 Jadual Pelaksanaan

Bil Perkara Jun Jul Ogo Sep


1. Pemohonan pinjaman
2. Kelulusan pinjaman
3. Ubahsuai Kedai dan pemasangan mesin
4. Memulakan operasi
5. Promosi

7.0 RANCANGAN PEMASARAN


7.1 Produk yang ditawarkan
Nuriz’s Cupcakes Enterprise mengeluarkan produk seperti kek cawan, kek dan roti.
Selain itu NZE juga menawarkan perkhidmatan penghantaran produk kepada
pelanggan. Pelanggan boleh membuat tempahan kek cawan dan produk lain untuk
majlis perkahwinan, sebagai cenderahati dan sebagainya. Selain itu, NZE juga
menawarkan perkhidmatan istimewa iaitu gerai bergerak, di mana pelanggan boleh
mendekorasi sendiri kek cawan mereka. Pelanggan juga boleh membuat tempahan
Perkhidmatan ‘Gerai bergerak’ untuk majlis hari jadi, sambutan hari keluarga dan
sebagainya.
7.2 Saiz Pasaran
Sasaran pasaran Nuriz’s Cupcake (NZE) tertumpu di daerah Beufort, Sipitang dan
Membakut di mana ia merangkumi kawsan seluat 30 kilometer radius. Jumlah
penduduk di kawasan beaufort adalah kira-kira 61,698 orang, manakala jumlah
penduduk di kawasan Siptang 56,634. Penduduk yang tinggan disekitar pekan Beaufort
pula dianggarkan seramai 10,000 oarang. Berdasarkan pencapaian jualan pada tahun
2011 iaitu RM119,208.00 maka purata seorang penduduk membelanjakan lenih
kurang RM19.20 Sseorang dalam setahun (RM119,208.00/10,000 )

7.3 Sasaran Pasaran


Terdapat beberapa kumpulan sasaran yang telh dikenalpasti akan menjadi
penyumbang utama kepada peningkatan jualan syarikat. Antaranya ialah:
i. Penduduk yang tinggal berhapriran premis perniagaan iaitu Taman Wawasan,
Taman Arjuna, Taman Foo, Taman Setiajaya dan Kampung Cina.
ii. Kanak-kanak sekolah
iii. Penumpang Keretapi Sabah
iv. Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta
v. Pengguna stesen minyak yang berdekatan.
7.4 Persaingan

Bil Nama Kekuatan Kelemahan


Syarikat
1. Delicious 1. Cawangan syarikat terkenal 1. Sering bertukar pekerja
Bakery dan sudah dikenali 2. Susun atur kedai tidak
(DB) 2. Telah lama beroperasi iaitu menarik.
pata tahun 1999 3. Kurang kepelbagaian produk
3. Mempunyai pelanggan tetap iaitu tidak mengeluarkan kek
4. Lokasi agak menarik cawan
4. Kesukaran pelanggan
mencari tempat letak kereta.
2. Kedai 1. Menawarkan pelbagai jenis 1. Kurang mesin dan alat
Kek Che dan rekaan kek dan kek menyebabkan kadar
Rose cawan. pengeluaran terhad.
(KSCE) 2. Produk berkualiti dan lazat. 2. Tidak mempunyai tenaga
3. Memiliki pelanggan tetap pekarja yang ramai
4. Hubungan baik denga 3. Harga yang ditawarkan lebih
pembekal mahal dari harga DB dan
5. Lokasi berdekatan dengan NZE
kawasan perumahan 4. Premis perniagaan yang kecil

7.5 Syer Pasaran


Berdasarkan kepada prestasi jualan Nuriz’s Cupcake pada Jan – Dis 2011, NZE
dijangka menguasa syer pasaran sebanyak 18% berbanding Delicios Bakery 41%
dan selebihnya dikuasai oleh Kedai Kek Che Ros. Peratusan ini merupakan anggaran
berdasarkan tahap penerimaan pelanggan ke premis masing-masing.
Walaubagaimanapun, peratusan syer pasaran bagi NZE dijangka akan meningkat
dengan menambah keluasan premis, penambahan tenaga kerja serta mesin dan
peralatan.

7.6 Ramalan Jualan


Rujuk Lampiran 4. Ramalan jualan ini dibuat berdasarkan saiz pasaran sekarang dan
akan datang selain mengambil kira syer pasaran yang dimiliki oleh syarikat.

7.7 Strategi Pemasaran


7.7.1 Produk
Produk utama yang ditawarkan oleh NZE ialah pelbagai jenis kek cawan
yang pasti memenuhi citarasa pelanggan. Pelanggan boleh membuat pilihan
kek cawan yang pelbagai saiz, rasa, rekaan dengan harga yang berpatutan.
Di samping itu NZE turut menawarkan perkhidmatan Gerai Bergerak, di
mana pelanggan berpeluang mendekorasi kek cawan mengikut citarasa
masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Selain
daripada kek cawan, NZE turut mengeluarkan produk lain seperti kek dan
pelbagai jenis roti.
NZE amat mementingkan citarasa pelanggan, oleh tu produk yang
dihasilkan bukan sahaja mempunyai rasa yang enak malahan memikat hati
pada pandangan pertama. Selain itu, produk ini pastinya bersih, suci dan
halal. Status ini tidak dapat dipertikaikan kerana NZE mempunyai sijil
HALAL dari pihak Jakim.

7.7.2 Harga
Harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berpatutan dan kompetitif.
Harga ditentukan berdasarkan kos pengeluaran yang ditanggung ditambah
dengan keuntungan 20%. Selain iu NZE turut mengenakan harga istimewa
bagi tempahan untuk majlis keramaian mengikut pakej-pakej yang telah
disediakan.
7.7.3 Lokasi
Lokasi premis perniagaan adalah strategik seperti yang telah diterangkan
dalam latarbelakang perniagaan. Lokasi digambarkan seperti dalam
Lampiran 1.

7.7.4 Saluran Pengedaran


Selain daripada walk-in customers, NZE juga mengambil berat tentang
tempahan daripada pelanggan. Untuk itu NZE telah menyediakan
perkhidmatan penghantaran percuma bergantung kepada kuanti, jenis
tempahan dan jarak kawasan di sekitar 15 kilometer.

7.7.5 Promosi
Promosi penting bagi memperkenalkan dan meluaskan pasaran bagi produk
Nuriz’s Cupcakes Enterprise kepada pelanggan. Menyedari kepentingan
promosi kepada kadar permintaan pelanggan, NZE telah menyediakan
peruntukan untuk tujuan promosi seperti berikut.
i. Flyer (Risalah)
Poster kecil yang mengandungi pelbagai maklumat tentang produk NZE,
diedarkan di kawasan perumahan berdekatan serta kawasan sekolah dan
pejabat kerajaan. Cara ini amat menjimatkan ttapi sangat berkesan.
(Rujuk Lampiran 8.2)

ii. Pamplet (Katalog)


Selain daripada risalah, NZE turut mnyediakan katalog yang
mengandung maklumat tentang jenis produk, harga dan pakej-pakej yang
ditawarkan. Rekaan katalog yang menarik dan berwarna-warni dijangka
dapat menarik pelanggan untuk membuat tempahan. Memandangkan kos
untuk mencetak katalog ini agak tinggi NZE telah mencetak dalam dua
versi iatu berwarna dan hitam putih. (Rujuk lampiran 8.3)

iii.Kad perniagaan
Kad perniagan NZE mengandungi nama, nombor telefon, alamat premis
dan laman sesawang serta jenis produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan. Kad ini dapat mnjadi rujukan pantas untk pelangan unruk
menghubungi NZE. (Rujuk Lampiran 8.1)

iv. Banner/ Kanvas Bercetak


Banner ini dipasang di kawasan-kawasan strategik seperti bagi
memperkenalkan NZE kepada pelangan-pelangan. (Rujuk Lampiran)
Walaupun kos agar murah tetapi kadar susut nilai adalah tinggi. Bagi
mengelakan banner menjadi pudar atau rosak, NZE akan memilih
kawasan yang selamat dan bersesuai.(Lampiran 8.3)

v. Internet
 Blog
Blog ini menyediakan meklumat tentang produk NZE, seperti kadar
harga dan jenis-jenis produk yangTempahan juga boleh kami
hasilkan. Selain itu tempahan juga boleh dibuat melalui blog NZE.
(Rujuk Lampiran 8.4)
 Facebook
Facebook merupakan ruang sosial yang semakin menjadi tumpuan,
NZE mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan produk.
Cara ini buka sahaja cepat dan antas, malahan mudah dan tidak
mengurangkan kos promosi.

7.8 Perbelanjaan Pemasaran

Bil Perkara Jumlah (RM)


1. Gaji Kerani Jualan (1 X RM600 X 12) 7,200
2. Gaji Penghantar Produk (1 X RM 400 X 12) 4,800
3. KWSP/SOCSO 3,300
4. Belanja Perjalanan 2,500
5. Belanja Pengiklanan
 Kad Perniagaan 80
 Banner 100
 Katalog 300
 Risalah 50
JUMLAH RM18,330
Rancangan Kewangan

7.9 Kos Pelaksanaan Projek


Kos Mengubahsuai Serta Meluaskan Perniagaan dan Sumber Pembiayaan

Bil Perkara Kos Penbiayaan Pembiayaan


Sendiri Bank
1. Mesin dan Peralatan 29,000 - 29,000
2. Kelengkapan Pejabat 3,500 3,500 -
3. Ubahsuai Kedai 15,000 - 15,000
4. Pengubahsuai Van (Gerai Bergerak) 46,000 3,600 36,000
6. Modal Pusingan 30,500 30,500

JUMLAH RM124,000 RM44,000 RM80,000

7.10Jadual Susut Nilai Aset Tetap Setahun

Bil Perkara Kos Susut Nilai


10-20% Setahun
1. Mesin dan Peralatan 29,000 5,800
2. Kelengkapan Pejabat 3,500 700
3. Ubahsuai Kedai 15,000 1,500
4. Van 46,000 4,600
JUMLAH RM93,000 RM12,600

7.11Pembayaran Balik Pinjaman


Bayaran balik yang dicadangkan adalah selama 36 bulan dengan faedah 6% setahun.
Oleh itu ansuran bulanan ialah RM84,400/36 bulan iaitu RM2,622.22 sebualan pokok
dan faedah.

7.12Penyata Aliran Wang Tunai


Unjuran aliran tuanai bagi tahun 2012,2013 dan 2014 boleh dilihat seperti dalam
Lampiran 4. Unjuran penyata aliran tunai yang dilampiran adalah aliran tunai selepas
mendapat pinjaman daripada BSN. Berdasarkan penyata tersebut, didapati kedudukan
perniagaan bergerak dengan baik dan lancar kerana baki tunai cukup meyakinkan.
(Rujuk Lampiran 5)

7.13Penyata Untung Rugi


Rujuk Lampiran 6

7.14Penyata Kunci Kira-Kira


Rujuk Lampiran 7
8.0 Rumusan

Nur’s Cupcakes Enterprise telah membuktikn prestasinya yang ceerlang untuk memenuhi
kehendak Pasaran di Daerah Beaufort dengan sambutan yang semakin meningkat. CBE amat
mengambil berat tentang kehendak pelanggan, kualiti produk dan kebersihan. Kualiti produk
amat dititik beratkan keran NZE mempunyai matlamat jangkamasa panjang. Selain
mempunyai kekuatan dari aspek pengurusan dimana kebanyakkan pekerja NZE
berpengalaman dalan bidang bakeri dan perniagaan. Untuk memenuhi permintaan bermusim
peker-pekerja NZE bersedia untuk kerja lebih masa san memberikan perkhidmatan yang
memuaskan kepada pelanggan. Selain itu, lokasi yang strategik juga mempengaruhi kejayaan
perniagaan ini. Kelebihan ini dibantu oleh kuaa beli yang tinggi. Dengan prestasi kewangan
yang telah terbukti menguntungka, maka NZE boleh mencapai objektifnya untuk berkembang
dan menembusi pasaran yang lebih luas. Selain itu adalah diharapkan NZE berupaya
membayar balik pinjaman daripada pihak bank dalam pasa masa yang ditetapkan.
9.0 RUJUKAN

Norita Deraman, Mohamad Yusop Mohd Jani, (2009), Keusahawanan, Universiti Utara
Malaysia (UTM)

Zan Asri Tasir, Sharini Ramli (2005) Sukses Prinsip Perakaunan SPM, Pernerbit Fajar Sdn
Bhd, Selangor

Kamaros Zaman Mohd Affendi (2011) Focus Goal Kemahiran Hidup Bersepadu ( Pilihan
Perdagangan dan Keusahawanan) Pernerbit Fajar Sdn Bhd, Selangor

Arnida Abdullah, Daliah Mohd Rubi (2007) HBLS1203, Perniagaan dan Keusahawanan,
Universit Terbuka (OUM)

Rancangan pengurusan Perniagaan yang dimuat turun dari lama sesawang Maktab Kerjasama
Malaysia http://www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file?uuid=2987623d-0fe7-
401f-ba96-975609e372d9&groupId=39975 pada 2 Jun 2012

Rancangan Perniagaan yang telah dimuat turun dari laman sesawang


http://www.scribd.com/amerrul94/d/65773465-40040831-RANCANGAN-PERNIAGAA1
pada 2 Juna 2012

Pperancangan Perniagaan yang dimuat turun dari laman sesawang


http://www.1f1s.com/KafeIFIS/index.php/pelan-perniagaan/file/108-projek-cupcakes?
start=40 pada 3 Jun 2012

Business Plan Templete yang dimuat turun dari laman sesawang


http://www.business_plan_templete/business_templet.pdf pada 2 Jun 2012

Business Plan yang dimuat turun dari laman sesawang


http://www.businessballs.com/freebusinessplansandmarketingtempletes.htm pada 3 Jun
2012

Laman sesawang Keke Cawan Cupcakes dari laman sesawang


http://kekcawancupcakes.blogspot.com/p/how-to-order-cupcakes.html pada 3 Jun 2012
LAMPIRAN 1

PELAN LOKASI NURIZ’S CUPCAKE

Nuriz’s Cupcakes
LAMPIRAN 2
CARTA ORGANISASI NURIZ’S CUPCAKES

PENGURUS
PN NORIZAN BT BALI

PEN.PENGURUS
PN MAZNAH BT BALI

PENGELUARAN JUALAN

JURU KEK KERANI JUALAN


Pn Insyirah Abd Rahim Pn Insyirah Abd Rahim

JURU ICING PEMBANTU AM


Cik Intan Zulaikha Bt Hilman En Abid Haeqal

JURU ROTI
Cik Aisyah Aiman
Rak Kek Cawan
(Cake Chiller)
LAMPIRAN 3
PELAN SUSUN ATUR PREMIS NURIZ’S CUPCAKE

Rak Roti, dan Kek Bungkus Oven Tempat Rak Bahan


Proofer
Penyediaan Roti Mentah

Kek Cawan
Display

Mixer Tempat
Meja Icing
Penyediaan
Kek
(Cake Chiller)

Pintu
Utama
Kek

Pintu

Rak Bahan Mentah


Rak Bahan Mentah
Belakang
Juruwang

PEJABAT
STOR
freezer
Deep
LAMPIRAN 4
NURIZ’S CUPCAKES ENTERPRISE
JADUAL RAMALAN JUAL AN 2012, 2013 DAN 2014

Bulan/ JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEP NOV DIS JUMLAH

Tahun

2012 20,660 22,000 24,000 26,000 28,500 29,000 31,000 46,000 48,000.00 51,000 56,000 382,160

2013 43,646 34,986 35,973 38,986 36,486 40,986 42,986 51,986 50,986.67 60,986 61,986 500,000

2014 53,646 44,986 45,973 48,986 46,486 50,986 52,986 61,986 60,986.67 70,986 71,986 610,000

JUMLAH 117,953 101,973 105,947 113,973 111,473 120,973 126,973 159,973 159,973.34 182,973 189,973 1,492,160
LAMPIRAN 5
NURIZ’S CUPCAKES ENTERPRISE
PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TEMPOH 3 TAHUN
LAMPIRAN 6

NURIZ’S CUPCAKE ENTERPRISE


PENYATA UNTUNG RUGI BAGI TAHUN 2012,2013,2014

2012 2013 2014


RM RM RM
JUALAN 382,160.00 490,000.00 610,000.00
Tolak Kos Pengeluaran
Bahan Mentah 111,260.19 151,313.86 205,786.85
Pembungkusan 11,485.88 15,620.80 21,244.28
Utiliti(Elektrik,Air,Telefon) 11,866.15 16,137.96 21,947.63
Sewa Kedai 8,200.00 11,152.00 15,166.72
Susut Nilai 7,300.00 7,300.00 7,300.00
Gaji (Jurukek/Juruicing/Jururoti) 30,700.00 41,752.00 56,782.72
KWSP/PERKESO 4,605.00 6,262.80 8,517.41
Jumlah Kos Pengeluaran 150,112.22 201,524.62 271,445.47

UNTUNG KASAR 232,047.78 288,475.38 338,554.53

Tolak Perbelanjaan
Belanja Pemasaran
Gaji Kerani Jualan/Pemandu 14,500.00 19,720.00 26,819.20
KWSP/PERKESO 2,175.00 2,958.00 4,022.88
Pengangkutan 5,348.00 7,273.28 9,891.66
Iklan Promosi 530.00 720.80 980.29
Belanja Pentadbiran
Gaji Pengurus & Penolong 38,000.00 51,680.00 70,284.80
KWSP/PERKESO 4,210.00 5,725.60 7,786.82
Alat
Tulis 500.00 500.00 500.00
Lesen/Pelbagai 600.00 600.00 600.00
Susut Nilai Kenderan 4,600.00 4,600.00 4,600.00
Susut Nilai Kelengkapan Pejabat 700.00 700.00 700.00
Faedah Bank 4,800.00 4,800.00 4,800.00
Jumlah Perbelanjaan 75,963.00 99,277.68 130,985.64

UNTUNG BERSIH 156,084.78 189,197.70 207,568.88


LAMPIRAN 7

NURIZ’S CUPCAKES ENTERPRISE


PENYATA KUNCI KIRA-KIRA BERAKHIR PADA 30 JUN 2012 (ENAM BULAN)

KOS(RM) SUSUT NILAI (RM) NILAI BERSIH (RM)


ASET TETAP

Mesin dan Peralatan 32,600.00 3,260.00 29,340.00


Alat Kelengkapan Lain 3,500.00 350.00 3,150.00
Kenderaan 46,000.00 2,300.00 43,700.00
76,190.00
ASET SEMASA

Tunai di Tangan/Bank 47,907.00


Stok Bahan Mentah 25,000.00
Stok Bahan Bungkus 7,000.00
Stok barang Siap 8,000.00 87,907.00

TANGGUNGAN SEMASA

Pemiutang Perdagangan 9,000.00


Pembiayaan Jangkamasa Pendek 3,500.00 12,500.00
Aset Bersih Semasa 75,407.00
151,597.00

DIBIAYAI OLEH:
Tanggungan Jangka Panjang 0.00
Modal (Subangan Sendiri) 40,141.00
Untung/Rugi Terkumpul 111,456.00
151,597.00
NILAI BERSIH PERNIAGAAN
Aset Tetap 76,190.00
Aset Semasa 87,907.00
Jumlah Aset 164,097.00

Tolak:
Tanggungan Jangka Pendek 12,500.00
Tanggungan Jangka Panjang 0.00
Jumlah tanggungan 12,500.00
NILAI BERSIH PERNIAGAAN 151,597.00
LAMPIRAN 8.1
PERANCANGAN PEMASARAN

Logo Perniagaan

Bahagian Depan

Produk kami:
Pelbagai jenis cupcake comel & enak
Kek yang sedap dan menyelerakan
Roti memikat rasa.
Lot 5-7, Wisma Arjuna, Lorong Durian 1,
89800 Beaufort, Sabah

Bahagian Belakang

Kad Perniagaan
LAMPIRAN 8.2
PERANCANGAN PEMASARAN

Flyer/Risalah

Banner/Kanvas Bercetak
LAMPIRAN 8.3
PERANCANGAN PEMASARAN

Brochure/Katalog
LAMPIRAN 8.4
PERANCANGAN PEMASARAN

Laman sesawang www.nurizscupcakes.blogspot.com

Katalog

You might also like