You are on page 1of 21

April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

1.0 PENGENALAN

Nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus adalah sejenis tanaman tropika yang
dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Nanas diperkenalkan di Tanah
Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman
getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai
tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di
kawasan tanah gambut terutamaya di Johor. Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar
utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya,
Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan
mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-
Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.

Untuk projek perladangan bagi kawasan seluas 5 hektar yang ingin saya usahakan, saya
telah memilih untuk mengusahakan nanas daripada kumpulan Spanish iaitu varieti nanas
gandul kerana tujuan projek perladangan saya adalah untuk memasarkan dan membekalkan
hasil nanas kepada kilang-kilang memproses nanas untuk ditinkan kerana variety ini adalah
jenis variety yang sesuai untuk diproses kerana sifat buahnya yang tahan lasak dan tidak
mudah lebam walaupun pengendalian lepas tuai yang kasar. Nanas gandul contohnya
mempunyai empulur yang kecil dengan diameter sekitar 1.8 - 2.2 cm serta mengandungi
kadar gula agak rendah (sekitar 10 -12 darjah Brix sahaja) dan kandungan Asid Sitrik
sebanyak 0.3 -0.6% sahaja. Nanas jenis ini kurang diserang penyakit yang lazim menyerang
tanaman nanas dan mudah bertindakbalas dengan aruhan Pembungaan. Lazimnya pil ANA
atau pun Etephon akan diletakkan pada pokok yang telah sedia untuk digalakan pembungaan.

Antara ciri lain yang terdapat pada variety ini adalah pokok ini mempunyai 35 - 70 helai
daun dengan ketinggian pokok 100 cm. Daunnya pula mempunyai duri dibahagian hujung
dan yang istimewa ialah kerana ia mempunyai banyak 'Tunas Slip' antara 2-12 tunas yang
terbit pada pangkal buah. Saiz buahnya pula adalah sederhana besar sekitar 1.3 kg sebiji yang
berbentuk silinder, mata agak dalam dan apabila masak, warna buahnya bertukar dari hijau
ungu gelap atau jingga kemerahan Isinya pula berwarna kuning keemasan dan berserabut.

1
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Bayu Farm Agro Sdn Bhd didaftarkan pada 25 Ogos 2012 dengan modal berbayar sebanyak RM
100,000.00 dan mempunyai ekuiti bumiputera 100%.Syarikat telah melihat peluang yang begitu
luas dalam bidang pertanian khususnya penanaman nanas dan berkeyakinan untuk melibatkan
diri dalam perusahaan ini. Lokasi ladang dan syarikat Bayu Farm Agro Sdn Bhd bertempat di :
No. 47 Bangunan SEDCO,jalan cosway 91308 Semporna,Sabah. Syarikat telah mengusahakan
penanaman nanas Moris seluas 2 hektar khusunya untuk kegunaan segar dan dipasarkan di pasar-
pasar sekitar Tawau dan Semporna Sabah. Untuk mengembangkan lagi perusahaan perladangan
ini,Bayu Farm Agro Sdn Bhd ingin membuka dan mengusahakan ladang nanas seluas 5 hektar
untuk penanaman nanas Gandul di kawasan Sabah . Lokasi ladang untuk penanaman nanas
gandul ini adalah beralamat di kampong pokas,jalan tagasan baru 91308 semporna ,sabah
.Tanah untuk projek penanaman ini telah dipeolehi secara pajakan (sewa) dari pemilik tanah di
lokasi tersebut. Projek penanaman nanas ini bertujuan untuk membekalkan hasil nanas gandul ini
kepada kilang-kilang pemprosesan nanas untuk dikalengkan atau membuat produk lain seperti
jem ,kordial dan sebagainya.. Syarikat memandang jauh potensi bidang usaha ini kerana produk
nanas sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya pada produk hiliran. Dengan
projek penanaman dan pengedaran hasil nanas ini kepada kilang-kilang memproses, syarikat
melihat projek ini sebagai satu keperluan untuk memperkembangkan pasaran nanas dan produk
hiliran serta ingin menyahut seruan kerajaan yang sedang giat meningkatkan bidang pertanian
dan hasil hilirannya.

3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA


Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan
bagi :
i) Memohon pembiayaan pinjaman untuk Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah
(SUTKS) daripada Bank Pertanian berjumlah RM 150,000.00 sebagai modal
tambahan dan modal pusingan bagi mengembangkan aktiviti pertanian ini.
ii) Merancang pelaksanaan projek.
iii) Dijadikan garis panduan mengusahakan ladang penanaman nanas Gandul .

2
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan/Syarikat : Bayu Farm Agro Sdn Bhd.

Alamat Berdaftar : No. 47 Bangunan SEDCO,jalan cosway 9108 Semporna,Sabah.

Alamat Operasi : kampong pokas,jalan tagasan baru 91308 semporna ,sabah

Tarikh Pendaftaran : 25 Ogos 2012

Tarikh Mula Berniaga : 15 September 2006

Aktiviti Perniagaan : Menanam dan Membekalkan Nanas kepada kilang untuk diproses

Status Perniagaan/Syarikat : Sdn Bhd.

Modal Awal : RM 50,000.00

Bank Berurusan : Bank Pertanian , Tawau, Sabah

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK/RAKAN KONGSI

5.1 Pengurus Besar

Nama : Mohd Asrif Bin Madsarapi

Jawatan : Pengurus Besar

Alamat Tetap :

No. Telefon : 019-5320062

No. Kad Pengenalan : 881025-12-5225

Tarikh Lahir : 25-10-1988

Umur : 25 tahun

Bangsa/Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kelulusan Akademik : Bacelor Degree Pendidikan Sains Pertanian UPSI.

3
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

Pengalaman Kerja : 5 tahun- Pegawai Pertanian Mardi

Kursus Dihadiri : a) 22/3/2009 – Latihan Asas Parniagaan &

: b) 15 Jun hingga 14 Sept.2009 – Skim Latihan Galakan

Parniagaan – Anjuran MECD bersama MARA

5.2 Pengurus Pemasaran

Nama : Mohd Azizul Naim Bin Abd Mim

Jawatan : Pengurus Ladang dan Pemasaran

Alamat Tetap : No. 209, Jln. Desa Melati 2-6, Tmn. Desa Melati Fasa 2,

89000 Tawau Sabah.

No. Telefon : 013-4456871

No. Kad Pengenalan : 900102-12-5411

Tarikh Lahir : 2 JAN 1990

Bangsa/Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan : Diploma Teknologi Lepas Tuai

Pengalaman Kerja : 2 Tahun

Kursus Dihadiri : 6 – 7 Ogos 2007 Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan

Kemahiran Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Lahad Datu

5.3 Pengurus Teknikal & Operasi

Nama : Mohd Khairul Bin Lenter

Jawatan : Pengurus Teknikal & Operasi

Alamat Tetap : Lot 234, Jalan Bugaya lama 91308 Semporna Sabah,

4
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

No. Telefon : 013-4578235

No. Kad Pengenalan : 850623-12-5442

Tarikh Lahir : 23 Jun 1985

Bangsa/Agama : Bajau/ Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan : Diploma Pengurusan Ladang

Pengalaman Kerja : 3 tahun- Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Getah Malaysia ( RRIM)

Kursus Dihadiri : 6 – 7 Ogos 2007 Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan

Kemahiran Malaysia, Majlis Latihan Vokasional Tawau

5.4 Pengurus Kewangan

Nama : Mohd Shukri Bin Lajim

Jawatan : Pengurus Kewangan

Alamat Tetap : Lot 165, Kampung Panji Jalan Hospital,91308 Semporna Sabah.

No. Telefon : 013-7234589

No. Kad Pengenalan : 850122-12-5231

Tarikh Lahir : 22 Jan 1985

Bangsa/Agama : Melayu / Islam

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kelulusan : Diploma Ekonomi dan Pengurusan Sains UTM

Pengalaman Kerja : 3 tahun- Penolong Akauntan Bank Muamalat , Johor

Kursus Dihadiri : 15 Jun hingga 14 Sept.2009 – Skim Latihan Galakan

Parniagaan – Anjuran MECD bersama MARA

5
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

6.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

VISI
- Menjana bidang pertanian bertaraf komersial
MISI
- Meningkatkan pelbagai jenis tanaman dan hasil hilirann pertanian
- Membekalkan hasil pengeluaran dan hiliran pertanian di seluruh Malaysia
OBJEKTIF PERNIAGAAN

- Meningkatkan keluasan tanaman dari 5 hektar ke 6 hektar dalam tempoh 3 tahun dan
seterusnya 10 hektar dalam masa 5 tahun
- Membekalkan hasil nanas gandul ke kilang memproses nanas untuk produk hiliran
seperti jem,kordial dan sebagainya.
- Menyahut seruan kerajaan untuk menumpu dan meningkatkan hasil pertanian.

7.0 SKOP PERNIAGAAN


7.1 Aktiviti
Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh perniagaan
ialah -Pertanian ( Penanaman nanas gandul)
-Pembekalan / Pengedaran ( Membekalkan hasil nanas ke kilang memproses)

7.2 Potensi Perniagaan


Penanaman nanas gandul ini mempunyai potensinya yang tersendiri. Antara potensi yang
dilihat oleh Bayu Farm Agro adalah :

1) Permintaan terhadap nanas kaleng sentiasa meningkat di pasaran.


Penanaman nanas gandul adalah satu perniagaan yang berpotensi tinggi kerana
permintaan terhadap nanas kaleng sentiasa meningkat di pasaran. Sebagaimana yang kita
tahu, Malaysia terkenal dalam menghasilkan nanas kaleng yang berkualiti dengan warna

6
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

kuning keemasan. Pada masa ini, 95% daripada pengeluaran nanas kaleng adalah untuk
pasaran eksport dan lebihan 5 % untuk pasaran domestic manakala nanas segar
menyumbangkan 3 % untuk pasaran . Justeru, Bayu Farm Agro melihat potensi yang ada
dalam pasaran nanas gandul ini sebagai satu peluang untuk memperkembangkan lagi
sayap perniagaan dengan penanaman nanas gandul pada keluasan seluas 5 hektar
seterusnya membekalkannya kepada kilang-kilang pemprosesan nanas untuk dikalengkan.

2) Khasiat nanas gandul


Bayu Farm Agro juga melihat khasiat buah nanas sebagai satu potensi dalam
perniagaan kerana ciri ini menjadi salah satu penyumbang dalam pasaran nanas. Buah
Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk
kesihatan . Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin)
berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan
dalam usus . Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat
mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis
enzim yang sangat berguna dalam sector perubatan iaitu enzim Bromelin di mana
iainya digunakan dengan meluas semasa pembedahan di dalam mengawal jangkitan,
pembengkakan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

3) Lokasi ladang penanaman


Lokasi ladang penanaman juga adalah baik di mana laluan untuk ke ladang penanaman baru
diperbaharui dan ini akan memudahkan urusan penghantaran dibuat.

7
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

8.0 ASPEK PENGURUSAN


8.1 Struktur organisasi
Secara keseluruhannya, struktur organisasi Pineapple Farm Agro diketuai oleh Pengurus
Besar dan perniagaan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Teknikal &
Operasi, Pemasaran dan Kewangan. Struktur Organisasinya adalah seperti di bawah.

PENGURUS BESAR

BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN


TEKNIKAL & PEMASARAN KEWANGAN

8.2 Fungsi & Tanggungjawab


1) Pengurus Besar
Pengurus Besar akan bertanggungjawab secara umumnya ke atas urusan perniagaan di mana
dia mengawasi bahagian-bahagian yang ada dalam perniagaan serta berurusan dengan pihak
luar seperti MARDI, RISDA, Jabatan Pertanian dan yang seumpama dengannya untuk
mendapatkan khidmat nasihat, maklumat mahupun bantuan untuk memajukan dan
memperkembangkan lagi perniagaan.

2) Bahagian Teknikal dan Operasi


Bahagian Teknikal dan operasi yang diketuai oleh En. Haziq Shahmi pula bertanggungjawab
ke atas pengendalian operasi di ladang bermula dari pembersihan kawasan, penyediaan tanah,
mendapatkan benih, penanaman , penjagaan serta pengutipan hasil. Selain itu, bahagian ini
juga menguruskan hal-hal pekerja seperti mengatur jadual pekerja, kedatangan serta

8
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

mengawasi kerja-kerja yang dilakukan. Pengurus bahagian teknikan dan operasi ini juga
bertanggungjawab menyimpan rekod-rekod pembelian benih ataupun peralatan pertanian

3)Bahagian kewangan
Bahagian kewangan yang diketuai oleh Pn Syarifah Hazwani bertanggungjawab ke atas
urusan perbelanjaan harian serta segala urusan yang melibatkan pengeluaran dan penerimaan
masuk wang .

8.3 Pekerja ladang


Seramai 6 orang pekerja ladang akan diambil untuk menjalankan kerja-kerja operasi di ladang

8.4 Gaji dan Ganjaran


Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah sebagaimana di bawah

Jawatan Gaji
(RM)

Pengurus Besar 900

Pengurus (3) 2400


(800 setiap seorang)

Pekerja (6) 3600


(600 setiap seorang)

Jumlah 6900

9
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

9.0 ASPEK TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

8.1 Perolehan tanah


Tanah diperolehi secara sewa/ pajak untuk tempoh 5 tahun. Tanah yang digunakan untuk
penanaman nanas gandul ini telah dipajak/ disewa daripada seorang pemilik tanah iaitu En
Faizul Ibrahim yang mempunyai tanah kosong yang sesuai untuk kegiatan pertanian seluas 5
hektar di Kg Tagasan Baru. Semporna Harga jualan tanah tersebut adalah sebanyak RM
30000, namun untuk sewaan , pemilik tanah menetapkan sebayak RM 500 dibayar sebulan
setelah rundingan dibuat dan perjanjian ditandatangani. Surat perjanjian penyewaan tanah ini
boleh dirujuk pada bahagian lampiran.

8.2 Kemudahan asas premis


Kemudahan asas yang terdapatberhampiran ladang perniagaan adalah jalan, bekalan elektrik,
bekalan air dan telefon

8.3 Harga Tetap dan Peralatan yang diperlukan


Aset tetap dan peralatan yang diperlukan melalui pembiayaian ini adalah seperti jadual di bawah.

Bil Peralatan Harga/Unit Kuantiti Nilai


(RM)

1. Pam air 20 000 1 2000


2. Power sprayer 2,000 2 4000
3 Mesin rumput sangkut 1000 4 4000
di bahu

5 Kereta sorong 200 6 1200


6 Bangsal dan Tempat 25 000 1 25000
Kediaman

7 Setor dan Tandas 5000 1 5000


8 Kolam dan Tangki 3000 1 3000
10
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

10.0 PEMASARAN

10.1 Kumpulan Sasaran


Kumpulan sasaran yang dikenalpasti menjadi pelanggan kepada Bayu Farm Agro Sdn Bhd ialah kilang-kilang
memproses nanas yang terdapat di sekitar Tawau dan Semporna. Senarai kilang-kilang memproses yang
disasarkan menjadi pelanggan kepada Bayu Farm Agro Sdn Bhd ialah :

BIL NAMA NAMA SYARIKAT ALAMAT NO. TELEFON


/ H/P

HONG ING 113, Jalam lintas Taman


TRADING & 089-711523
1 Tan Ah Kaw Suria, 91308, Semporna
TRANSPORT fax:089-782039
Sabah
AGENCIES

COCOSONG FOOD No. 11, Jalan Wawasan 8,


Kawasan Perindustrian Sri 089-4559818
2 Mr Lim John Son INDUSTRIES SDN
Gading, 91000 Tawau fax:089-4559811
BHD
Sabah.

Mr Adnan 776A, Bt 4 1/2, Jalan kg 088-62503685


3 MAXTUS SDN BHD fax:088-
Shaukat Air, kota kinabalu Sabah.
62509405

En Kamarulzaman JTP TRADING SDN 39A, Jalan Perang, Taman 089-


4 3333776/777
bin Othman BHD Pelangi, lahad datu Sabah..
fax:07-3333775

RIDA FRUITS SDN PLO 248, Kawasan 089-


5 Perindustrian Sri saujana, 3333776/777
En Tan Tai Kim BHD
91000 Semporna Sabah. fax:089-3333775

11
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN
BHD

6 Mr Lee San Yee LEE PINEAPPLE CO. Batu 8 1/2, Jalan Talun 089-5561411
(PTE) LTD. Pekan Kunak Kunak Sabah fax:089-5573755

Rauf Ahmad PRISMA EVOLUSI 23, Jalan Rimba Riang 9/8, 012-6652903
7 016-2183025
Kokatay SDN BHD Sandakan ,Sabah
019-3152078

10.2 Strategi pemasaran


Bayu Farm Agro Sdn Bhd mempunyai strategi tersendiri dalam memasarkan / membekalkan
hasil pertanian kami. Antara stategi pemasaran yang kami gunakan adalah :

i) Memastikan mutu, rasa dan rupa buah nanas gondol sentiasa berkualiti
ii) Memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan tepat pada masa yang
telah ditetapkan.
iii) Mengedarkan pamphlet dan broser secara berkala kepada kilang-kilang memproses
dan orang ramai
iv) Membuka laman web syarikat sendiri iaitu Bayu Farm Agro. Net sebagai salah satu
cara untuk mempromosi serta untuk berkongsi maklumat tentang penaman nanas
kepada orang ramai serta pendapatan yang diperolehi dari perniagaan yang
diceburi.
v) Mengekalkan hubungan mesra dengan pelanggan.

12
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

11.0 JADUAL PROSES PENGHASILAN BUAH NANAS

Penyediaan tanah/ kawasan

(Meracun, membakar, menebas,

Menanam

Membaja dan menyiram

Menyembur hormone aruhan

Menyembur hormone aruhan buah

Memetik buah

Menggred

Membungkus

13
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

12.0 RANCANGAN KEWANGAN


1. Sumber pembiayaan projek

Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM 200,000.00 dimana sebanyak 50 000 dibiayai
dengan wang syarikat sendiri dan 150 000.00 adalah melalui pembiayaan yang dipohon
ini. Tempoh pembiayaan adalah selama 5 tahun danBayu Farm Agro turut memohon
tempoh bernafas selama 12 bulan.

Pengiraan pembiayaan
Nilai Pembiayaan : RM 150 000.00
Kadar Keuntungan : 5% setahun
Keuntungan Pembiayaan : RM 150 000.00 @ 5 % @ 5 tahun
Jumlah Pembiayaan : RM 150 000.00 + RM 37 500
Bayaran Balik Bulanan : RM 187,500.00 / 60 bulan
Bayaran Bulanan : RM 3125 .00 sebulan

KOS PERBELANJAAN PERTANIAN

Tempoh satu pusingan atau musim : 18 bulan


Jarak tanaman : 2.5’x 1.5’ x1
Kepadatan pokok : 55 000/ha .Untuk 5 ha,
kepadatan pokok adalah 275 000.

14
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

1) Kos bahan mentah


Bil Jenis bahan mentah Harga per unit Keperluan Jumlah
Kos(RM)

Harga Jumlah Unit


1. Racun
i)Racun rumpai paraquat 33.00/gelen 20 gelen 660
ii)Racun Pracambah 90.00/gelen 20 gelen 1800

2. Baja Semburan
i)Kapur (Hydrated Lime) 12.00/25kg 237 kg 113.76
ii)Urea 80.00/50kg 237 kg 379.20
iii)Terusi (Kuprum Sulfat) 8.00/kg 75 kg 600.00
iv)Zink Sulfat 6.00/kg 75 kg 450.00
v)Ferum sulfat 6.00/kg 37.05 kg 222.30
Baja Tabur
i)Baja Campuran 90.00/beg 50 beg 4500
15 :0.5:16

ii)Baja Tambahan 144.00/beg 20 beg 2880


15:15:15

12:12:17:2 146.00 20 beg 2920

3 Hormon
i)Ethrel(500 CC/botol) 12.00/botol 37.5 botol 450.00
ii)Fruitone (250 CC/botol) 32.00/botol 37.5 botol 1200.00
4 Benih
RM 0.10/sulur 275 000 27 500

JUMLAH : 43, 675.26

15
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

2) Kos senarai mesin dan peralatan pertanian

Bil Peralatan Harga/Unit Kuantiti Nilai


(RM) (RM)

1. Pam air 20 000 1 2000


2. Power sprayer 2,000 2 4000
3 Mesin rumput sangkut 1000 4 4000
di bahu

5 Kereta sorong 200 6 1200


6 Bangsal dan Tempat 25 000 1 25000
Kediaman

7 Setor dan Tandas 5000 1 5000


8 Kolam dan Tangki 3000 1 3000
9 Alatan pertanian 200 200
Jumlah : RM 44 200

3) Kos operasi perniagaan

Anggaran Belanja Pengurusan Sebulan

Bil Perkara Jumlah


1 Elaun Pengurus/ Pemilik -
2 Gaji dan Elaun Pekerja 6900
3 Bil Air &Elektrik 186.00
4 Bil Telefon & Faks 200.00
5 Pengangkutan 100.00
6 Alat tulis & Belanja pejabat 100.00
7 Sewa Tanah 500.00
8 Bayaran Pinjaman 3125.00

Jumlah kos operasi perniagaan = RM 11,111

16
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

4) Kos Upah Pembersihan kawasan

RM 1000/1ha

=RM 5000 untuk 5ha

JUMLAH KESELURUHAN KOS PROJEK

Kos bahan mentah +Kos Mesin& Peralatan + Kos operasi pengurusan+ Kos upah pembersihan
kawasan

RM 43, 675.26 + RM44 200 + RM11,111 + RM5000 = RM 103, 986.26

ANGGARAN PENDAPATAN KASAR

Kategori/ Hasil Jumlah hasil Anggaran Pendapatan


(kg/5 ha) harga kasar
(RM/kg)

Rendah 265 000 0.40 106 000


265 000 0.45 119250

Sederhana 275 000 0.40 110 000


275 000 0.45 123750

Tinggi 291 500 0.40 116 600


291 500 0.45 131 175

17
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

ANGGARAN PENDAPATAN BERSIH

Kategori/ Jumlah hasil Anggaran Pendapatan Jumlahkos Pendapatan


Hasil (kg/5 ha) harga kasar pengeluaran bersih
(RM/kg) (RM) (RM)

Rendah 265 000 0.40 106 000 103, 986.26 2013.74


265 000 0.45 119250 103, 986.26 15 263.4

Sederhana 275 000 0.40 110 000 103, 986.26 6013.74


275 000 0.45 123750 103, 986.26 1963.74

Tinggi 291 500 0.40 116 600 103, 986.26 12613.74


291 500 0.45 131 175 103, 986.26
27 188.74

13.0 JUSTIFIKASI & PENUTUP

Berdasarkan perancangan dan anggaran pendapapatan perniagaan yang telah dipersembahkan


ini, Bayu Farm Agro amat berkeyakinan perniagaaan yang diceburi ini akan menunjukkan
kejayaan yang positif dengan membeikan pulanagan yang amat menguntungkan .Syarikat telah
membuat perancangan dan kajian yang jitu bagi membolehkan perniagaan penanaman nanas
gandul ini berjalan dengan lancar. Justeru, syarikat begitu yakin bahawa perniagaan yang akan
dijalankan ini mampu berdaya saing, berdaya maju dan boleh dikembangkan dengan lebih luas
pada masa akan datang. Dengan ini, syarikat amat berharapa agar pinjaman yang dipohon untuk
menjalankan projek penanaman nanas gandul ini diluluskan.Segala perhatian kerjasama yang
diberikan kelak amat didahulukan dengan jutaan terima kasih.

18
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

LAMPIRAN

1) LOKASI LADANG PENANAMAN

19
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

2) CONTOH LADANG NANAS YANG TELAH DIBANGUNKAN

20
April 21, 2014 BAYU FARM AGRO SDN BHD

3) VARIETI NANAS GANDUL

21

You might also like