You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH ISLAM DAN

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN HIRA’,

JALAN BATU 18, JERAM, 45800 SELANGOR

MATA PELAJARAN : PERNIAGAAN

KOD MATA PELAJARAN : PERNIAGAAN 3766/3

TAJUK : PROFIL PERNIAGAAN

NAMA : MUEEZ QARNI BIN


ERAN SADEK SAID

NOMBOR KAD PENGENALAN : 060318-10-0699


PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan

kepada semua pihak yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina.

Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Puan Wan Siti Norizwani Binti Wan

Hussai selaku guru pebimbing atas kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar

sehingga selesainya kertas projek ini. Tidak dilupakan juga terima kasih tidak

terhingga kepada pemilik Sambal Nyet telah memberi kerjasama untuk menjayakan

tugasan ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta rakan-rakan

yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.


PERKARA MUKA SURAT

Abstak iv

1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi, Misi dan Objektif 2

3.0 Matlamat dan Strategi Organisasi 3

4.0 Profil Perniagaan 4

5.0 Carta Organisasi 5

6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 7

Rumusuan 8

Senarai Rujukan 9

Lampiran 11
ABSTRAK

Perniagaan merupakan salah satu industri yang sentiasa berkembang maju dan

sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kajian kerja projek ini adalah

bertujuan untuk mengenal pasti tujuan perniagaan, organisasi perniagaan, visi, misi

dan objektif perniagaan.

Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti bidang fungsian yang

wujud dalam perniagaan yang dipilih. Hal ini disebabkan oleh setiap bahagian

fungsian mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi operasi sesebuah

perniagaan.

Kajian kerja projek ini melibatkan kaedah tinjauan di lokasi perniagaan. Setiap

maklumat yang berkaitan akan digunakan sebagai bahan untuk dijadikan dapatan

dalam kertas kerja projek. Dapatan kajian juga diperoleh secara temu bual dan bacaan

daripada sumber rujukan tertentu seperti melalui bacaan bahan rujukan di

perpustakaan dan sumber daripada Internet.

Penilaian juga dibuat terhadap setiap dapatan yang diperoleh dengan menilai

setiap visi, misi dan objektif, carta organisasi dan fungsian organisasi yang wujud

dalam perniagaan yang dipilih. Cadangan penambahbaikan dalam bahagian rumusan

juga dinyatakan sebagai rujukan kepada pihak yang berkaitan supaya dapat

menjalankan operasi perniagaan mereka dengan lebih profesional, berkesan dan

sistematik.

iv
1.0 PENGENALAN

Sambal Nyet ditubuhkan pada tahun 2021. Perniagaan ini ditubuhkan secara

milikan tunggal. Pemilik perniagaan Sambal Nyet ini ialah Khairul Amin

Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming. Beliau lebih dikenali “30

hari, 30 resepi”, sebuah rancangan video tahunan yang diterbitkannya pada tahun

2018. Jumlah jualan sambalnya pada tahun 2021 adalah mencecah 540,000 botol, atau

sebanyak RM 1.7 juta manakala pada tahun 2022, jualan diperolehi ialah sebanyak

RM 14 juta. Pada tahun 2022, beliau telah memenangi anugerah Penjual Baharu

Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik dari syarikat e-dagang, shopee dan lain-lain.

Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan membekalkan sambal yang di

bekalkan ke dalam bekas kaca. Selain itu, syarikat ini memberi peluang pekerjaan

kepada seluruh rakyat tempatan untuk berkerja dengannya dalam pelbagai aspek

antaranya perkilangan, pembuatan,pengeluaran dan banyak lagi.

1
2.0 VISI, MISI, DAN OBJEKTIF

Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan, Sambal

Nyet juga telah menetapkan visi, misi dan objektif organisasi perniagaan.

2.1 VISI

Beriltizam untuk menjadi diantara pengeluar dan pemasaran produk yang dijamin

halal di Malaysia dan mempunyai kualiti tinggi serta dapat mencipta jenama ke

peringkat antarabangsa.

2.2 MISI

Mengeluarkan dan membekal produk halal dan menepati citarasa temptan

dan antarabangsa

2.3 OBJEKTIF

Meluaskan pasaran produk keseluruh semenanjung dan juga menembusi

pasaran Sabah dan Sarawak serta ke luar Negara.

2
3.0 MATLAMAT DAN STRATEGI
ORGANISASI

Matlamat Sambal Nyet adalah untuk memberi tumpuan bagi menjadi pembekal

produk sambal yang terkenal di seluruh dunia dalam jangka masa tiga tahun.

Antara strategi Sambal Nyet adalah seperti yang berikut:

 menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar produk sambal dan pihak

pelanggan agar dapat berurusan dalam perniagaan secara berterusan

 menjadi pengedar produk sambal kepada syarikat-syarikat yang besar

 memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan penghantaran bekalan produk

sambal adalah cepat, efektif dan efisien

 mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat landskap di dunia


3

4.0 PROFIL PERNIAGAAN

NAMA

BENTUK PEMILIKAN

ALAMAT PERNIAGAAN

NOMBOR TELEFON

NAMA PEMILIK

AKTIVITI PERNIAGAAN

PANEL BANK

4
5.0 CARTA ORGANISASI

MUEEZ QARNI BIN ERAN


SADEK SAID

MOHD FAIRUZ BIN


UMAR AZIZ BIN SAAD
FAEZIN

AKMAL DANIA BINTI MUHD FARIS BIN AMIR


AHMAD DANIEL

5
5.1 Latar Belakang
Latar belakang pemilik:

PERKARA MAKLUMAT

NAMA : Mueez Qarni Bin Eran Sadek Said

UMUR : 31 tahun

JANTINA : Lelaki

KELAYAKAN : 1. Penjual baharu terbaik dan khidmat


pelanggan terbaik

2. Anugerah TikTok Malaysia 2023

3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan


(Kejuruteraan Mekanikal)

JAWATAN YANG DI SANDANG : Pengarah syarikat

6
6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN
ORGANISASI
Sambal Nyet
Pengarah urusan, iaitu Khairul Amin bin Khamarulzaman bertanggungjawab dalam

memastikan setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing-

masing demi mencapai objektif dan matlamat Sambal Nyet.

6.1 Bahagaian Fungsian Kewangan


Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Sambal Nyet adalah secara besar-besaran.
Kebanyakan fungsian dilakukan staf dalam bahagian yang berlainan. Sambal Nyet
mempunyai pelbagai orang pengurus, iaitu Ibrahim Sabri bin Asrul yang
bertanggungjawab dalam bidang Kewangan, dia juga berkerjasama dengan Umar bin
Mohd Haziq.

Selaku pengurus bahagian kewangan, Ibrahim dan Umar akan menjalankan tugas-
tugas seperti berikut:

 menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima


 merekodkan wang yang diterima
 memeriksa dan memebayar invois yang diterima
 menyediakan pembayaran gaji staf
 meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan
 menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan

6.2 Bahagian Fungsian Pentadbiran


Untuk mengurus bahagian pula, Mueez Qarni bin Eran Sadek Said bertanggungjawab
untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 mengagihkan dan menghantarkan e-mel


 mengurus,menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekos elektronik
 menguruskan mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat
 menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
 menyediakan dokumen menggunakan perisian seperti PowerPoint
 mengkaji dan mencari maklumat

7
RUMUSAN

Sambal Nyet merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi tumpuan dalam
tugasan membekalkan penambahrasa makanan. Perniagaan ini telah menunjukkan
prestasi yang memberangsangkan setelah setahun beroperasi.

Terdapat pengkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bagi pembekalan


produk sambal bagi memberi kepuasan terhadap kehandak pelanggan di seluruh
dunia. Pengarah Urusan Sambal Nyet telah mula menyusun startegi untuk meluaskan
pasaran perniagaan dan masa yang sama emnambahkan lagi bilangan staf supaya
melancarkan urusan perniagaan
8

SENARAI RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Khairulaming#:~:text=Khairulaming%20(atau
%20Khairul%20Aming%2C%20atau,sosial%20dan%20ahli%20perniagaan
%20Malaysia.&text=Pempengaruh%20media%20sosial%20mengenai
%20makanan,Ahli%20perniagaan%20melalui%20produk%20sambal.

https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/inspirasi-genap-2-tahun-
bisnes-sambal-khairul-aming-raih-rm21-5-juta-1-5-juta-botol-terjual-bersamaan-
5000-botol-sehari/

https://www.tiktok.com/discover/lokasi-kilang-khairul-aming

https://www.frontieradvert.com/strategi-personal-branding-khairul-aming

Profil perniagaan, 2023. Selangor: Sambal Nyet


9

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2
10

LAMPIRAN 3
11

You might also like