You are on page 1of 17

KERTAS KERJA PROJEK TINGKATAN 4

SEKOLAH AGAMA MENENGAH PAYA JARAS

PERSIARAN ELMINA,47000 SUNGAI BULOH,SELANGOR

MATA PELAJARAN : PERNIAGAAN

KOD MATA PELAJARAN : 3766

TAJUK : PROFIL PERNIAGAAN

NAMA : NUR AINA NAJIHAH BINTI MOHD


AFEZZAR

NOMBOR KAD PENGENALAN : 061020-10-0498

ANGKA GILIRAN :
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada semua
pihak yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina..Ucapan terima kasih
khusus ditujukan kepada Puan Zalita binti Mohd selaku guru pembimbing atas
kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar sehingga selesainya kertas projek
ini.Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga kepada pemilik Hakim Store
Enterprise telah memberi kerjasama umtuk menjayakan tugas ini.Sekalung ucapan
terima kasih juga kepada ibu bapa serta rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan
dan dorongan.
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Abstrak iv

1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi,Misi,Objektif 2

3.0 Matlamat dan Strategi Organisasi 3

4.0 Profil Perniagaan 4

5.0 Carta Organisasi 5

6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 8

Rumusan 10

Senarai Rujukan 11

Lampiran 12
ABSTRAK

Perniagaan merupakan salah satu industri yang sentiasa berkembang maju dan sangat
penting dalam pembangunan ekonomi negara.Kajian kerja projek ini adalah bertujuan
untuk mengenal pasti tujuan perniagaan,organisasi perniagaan,visi,misi,dan objektif
perniagaan.

Selain itu,kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti bidang fungsian yang
wujud dalam perniagaan yang dipilih.Hal ini disebabkan oleh setiap bahagian
fungsian mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi operasi sesebuah
perniagaan.

Kajian kerja projek ini melibatkan kaedah tinjauan di lokasi perniagaan.Setiap


maklumat yang berkaitan akan digunakan sebagai bahan untuk dijadikan dapatan
dalam kertas kerja projek.Dapatan kajian juga diperoleh secara temu bual dan bacaan
daripada sumber rujukan tertentu melalui bahan bacaan rujukan di perpustakaan dan
sumber daripada internet.

Penilaian juga dibuat terhadap setiap dapatan yang diperoleh dengan menilai setiap
visi, misi,dan objektif, carta organisasi dan fungsian organisasi yang wujud dalam
perniagaan yang dipilih.Cadangan penambahbaikan dalam bahagian rumusan juga
dinyatakan sebagai rujukan kepada pihak yang berkaitan supaya dapat menjalankan
operasi perniagaan mereka dengan lebih professional,berkesan dan sistematik.

IV
1.0 PENGENALAN

Hakim Store Enterprise ditubuhkan pada 22 Januari 2016.Perniagaan ini ditubuhkan


secara milikan tunggal.Pemilik Enterprise ialah Mohd Hakim bin Yusof.Beliau telah
dibantu oleh dua orang anak saudaranya,iaitu Aisyah binti Hassan dan Mohd Rifhan
bin Hassan.

Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan membekalkan makanan


sejuk beku,menjual barang keperluan,perkakas elektrik,peralatan pembersihan dan
sebagainya.Selain itu ,syarikat ini menyediakan perkhidmatan penghantaran.

Walau bagaimanapun, syarikat ini lebih memberi tumpuan dalam


membekalkan makanan beku dan menjual barang keperluan seperti beras, roti dan
rempah ratus.

1
2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF
Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan,Hakim
Store Enterprise juga telah menetapkan visi, dan misi objektif organisasi perniagaan.

2.1 VISI
Menjadi pembekal makanan sejuk beku ,barang keperluan dan peralatan pembersihan
yang terkenal dan efisien di sekitar Kuala Lumpur.

2.2 MISI

 Memberi keutamaan dalam memastikan barang-barang yang dibekalkan berkualiti


dan mengikut kehendak pelanggan
 Sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan
 Membekalkan barang-barang mengikut masa yang tepat

2.3 OBJEKTIF

 Mencapai sasaran bekalan tahunan yang ditetapkan


 Mengutamakan kepuasan setiap pelanggan secara berterusan
 Membekalkan barang dalam tempoh masa yang tepat

Penilaian

Visi dan misi yang dinyatakan oleh HSE ringkas dan padat.Tempoh masa untuk
pelaksanaan visi, misi dan objektif juga dibuat secara umum.

Visi,misi dan objektif yang dibentuk oleh HSE masih perlu diperkemas dan
ditambah baik bagi memenuhi ciri SMART.Ciri SMART sangat penting dalam
penetapan visi, misi dan objektif.Hal ini bagi memastikan setiap perkara mempunyai
perkaitan antara satu sama lain.

Penerapan ciri SMART akan membantu organisasi untuk bertindak lebih efektif
untuk mencapai sasaran.Hal ini dapat memudahkan setiap pekerja memahami dan
mengenal pasti visi, misi dan objektif organisasi.

2
3.0 MATLAMAT DAN STRATEGI
ORGANISASI
Matlamat Hakim Store Enterprise adalah untuk memberi tumpuan bagi menjadi
pembekal makanan sejuk beku yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor dalam
jangka masa lima tahun.

Antara strategi Hakim Store Enterprise adalah seperti yang berikut:

 Menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar makanan sejuk beku dan hak
pelanggan agar dapar berurusan dalam perniagaan secara berterusan.

 Memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan penghantaran bekalan barang


adalah cepat, efektif dan efisien.

 Memastikan menyediakan barang keperluan dengan harga yang berpatutan kepada


pelanggan.

Penilaian

Matlamat dan strategi HSE dibentuk secara umum sesuai dengan pencapaian tempoh
masa panjang.HSE mempunyai matlamat dan strategi yang jelas dalam mencapai visi,
misi dan objektif yang telah ditetapkan.

Matlamat dan strategi HSE mudah difahami dan diikuti oleh setiap setiap peringkat
dalam organisasi.Selain itu, matlamat dan strategi yang dirangka dan ditetapkan oleh
HSE merangkumi setiap aspek yang diperlukan dalam mencapai visi, misi dan
objektif organisasi.

Strategi yang mudah difahami,tepat dan proaktif akan menjadi operasi organisasi
berjalan dengan lebih lancar dan sempurna.

3
4.0 PROFIL PERNIAGAAN

Nama : Hakim Store Enterprise

Bentuk Milikan : Milikan Tunggal

Alamat Perniagaan :

Nombor Telefon : 018-7654321

Nama Pemilik : Mohd Hakim bin Yusof

Aktiviti perniagaan : Membekalkan makanan sejuk beku,menjual barangan


keperluan,perkakas elektrik,peralatan pembersihan.

Panel Bank : MAYBANK BERHAD

Penilaian

Profil perniagaan yang diberi oleh HSE adalah ringkas. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam profil perniagaan seperti
memasukkan perkara yang berikut :

● Nombor pendaftaran syarikat


● Tempoh perakaunan
● Tempah rekod
● Modal perniagaan
● Jumlah pekerja
● Status perniagaan
● Nombor faks
● Nombor akaun perniagaan

4
5.0 CARTA ORGANISASI

Hakim Store Enterprise

5
5.1 Latar Belakang

1 Latar belakang pemilik:

Pemilik Maklumat
Nama Mohd Hakim bin Yusof
Umur 46 tahun
Jantina Lelaki
Kelayakan 1.kursus pengurusan perniagaan
Jawatan yang disandang Pengarah urusan

2 Latar belakang staf:

(a) Staf 1

Perkara Maklumat

Nama Mohd Rifhan bin Hassan

Umur 23 tahun

Jantina Lelaki

Kelayakan 1.Ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan


2.Kursus keusahawanan dan kerjaya
Jawatan yang disandang Pengurusan pentadbiran dan khidmat
pelanggan

6
(b) Staf 2

Perkara Maklumat
Nama Aisyah binti Hassan
Umur 23 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1.Ijazah sarjana muda kewangan
2.Kursus keusahawanan
Jawatan yang disandang Pengurus kewangan dan belian

Penilaian

Bilangan staf HSE yang mengendalikan semua tugas semua tugas bahagian
kewangan, belian, pengurusan pelanggan dan pentadbiran perlu diperkemas dan
disusun semula.Hal ini berdasarkan tahap perniagaan HSE yang merangkumi projek
berskala kecil dan sederhana.

Selain itu,beberapa aspek juganperlu dinyatakan secara terperinci.Antaranya


menambahkan beberapa perkara seperti berikut:

 pengalaman staf
 kemahiran staf
 tugasan bagi jawatan yang disandang

7
6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI

Hakim Store Enterprise

Pengarah urusan, iaitu Mohd Hakim bin Yusof, bertanggungjawab dalam memastikan
setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing-masing demi
mencapai objektif dan matlamat Hakim Store Enterprise.

6.1 Bahagian Fungsian Kewangan

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Hakim Store Enterprise adalah secara kecil-
kecilan.. Kebanyakkan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam bahagian
yang sama. Hakim Store Enterprise hanya mempunyai dua orang pengurus, iaitu
Aisyah binti Hassan yang bertanggungjawab dalam bidang Kewangan dan Belian
manakala Mohd Rifhan bin Hassan bertanggungjawab dalam bidang Pentadbiran dan
Khidmat pelanggan.

Selaku pengurus bahagian kewangan, Aisyah akan menjalankan tugas-tugas


seperti yang berikut:

 Menyediakan invois,memeriksa bayaran yang diterima


 Merekodkan wang yang diterima
 Memeriksa dan membayar invois yang diterima
 Menyediaka pembayaran gaji staf
 Meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbenlajaan
 Menyediakan fokus aliran tunai dan laporan kewangan

6.2 Bahagian Fungsian Belian

Aisyah selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas


seperti berikut:

 Menempah bahan stok dan barang yang digunakan daripada pengeluar


 Menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pengeluar
 Menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan,kualiti
terma pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain
 Merujuk masalah-masalah mengenai penghantaran kepada pihak tertentu
 Mengekalkan hubungan yang baik dengan pengeluar

8
6.3 Bahagian Fungsian Pentadbiran

Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula,Mohd Rifhan bin Hassan


bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 Mengagihkan dan menghantar e-mel


 Mengurus, menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekod elektronik
 Mengurus, menyimpan dan menerima kertas pesanan dan rekod elektronik
 Mengurus mesyuarat dan menyediakan dokumen mesyuarat
 Menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
 Mengkaji dan mencari maklumat

6.4 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan

Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan olehMohd Rifhan bin Hassan sebagai
pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas
seperti berikut:

 Menyediakan khidmat selepas jualan termasuk menyelenggarakan barang yang


rosak , menyusun proses baik pulih, atau menyediakan barang gantian
 Menyelesaikan masalah aduan yang diberikan oleh pelanggan
 Menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah
 Menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf
perkhidmatan pelanggan

Penilaian

Fungsi organisasi HSE diberikan secara umum dan ringkas. Penerangan


berkaitan setiap fungsian dibuat secara ringkas bagi menjelaskan peranan
setiap fungsi.

Pembahagian dalam menjelaskan setiap fungsian juga perlu


mengikut susunan dan struktur organisasi yang telah dinyatakan dalam
carta organisasi. Hal ini bagi memastikan pihak-pihak yang
berkepentingan dapat memahami setiap fungsian yang mudah.

RUMUSAN

9
SENARAI RUJUKAN

10
Aini Hayati Mohamed,et al.2009.Siri teks STPM Pengajian Perniagaan .
Kuala Lumpur:Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Mokhtar Pet, 2015.Ace Ahead Teks STPM Pengajian Perniagaan :Perniagaan .


Penggal Edisi Kedua.Shah Alam:Oxfor Fajar Sdn.Bhd .

Profil perniagaan , 2018.Selangor: Hakim Store Enterprise

LAMPIRAN

11
12
13

You might also like