You are on page 1of 29

RANCANGAN PERNIAGAAN

NEGARAKU RUNNERS
35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.

NAMA Muhammad Hadif bin Ahmad Khairulnizam

NO. KAD 061021-10-0027


PENGENALAN
ANGKA GILIRAN BG556D009

SEKOLAH Sekolah Menengah Islam Adni


SENARAI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


RINGKASAN EKSEKUTIF 1

1.0 PENGENALAN 2

2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 3

3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 4

4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN


4.1 LOGO PERNIAGAAN 5
4.2 VISI, MISI DAN OBJEKTIF 6
4.3 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN 7
4.4 DESKRIPSI TUGAS PENTADBIRAN 8
4.5 PENGGAJIAN 9
4.5.1 JADUAL IMBUHAN DAN GAJI
4.5.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA 10
4.6 KOS PENTADBIRAN 11

5.0 RANCANGAN OPERASI


5.1 JENIS PRODUK 13
5.2 CARTA ALIR PROSES PERNIAGAAN 14
5.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN 15
5.4 DESKRIPSI TUGAS OPERASI
5.5 KEDUDUKAN PREMIS PERNIAGAAN 16
5.6 SUSUN ATUR RUANG PREMIS PERNIAGAAN 17
5.7 KEPERLUAN PERNIAGAAN / RAKAN KONGSI NIAGA 18
5.8 KOS OPERASI 19
5.9 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI 21

6.0 RANCANGAN PEMASARAN


6.1 ANALISIS INDUSTRI 22
6.2 ANALISIS PASARAN 23

7.0 RANCANGAN KEWANGAN


7.1 MENGHITUNG KEPERLUAN MODAL PERNIAGAAN 25
7.2 PENYATA KEWANGAN PROFORMA 26

8.0 PENUTUP 29
Ringkasan Eksekutif
Negaraku Runners adalah perniagaan berstatus milikan tunggal. Perniagaan menjual
barangan kasut larian dan beg galas.

Perniagaan Negaraku Runners mempunyai visi. Negaraku Runners berhasrat untuk


menjadi salah satu pengedar peralatan sukan larian yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Selain itu, objektif perniagaan saya adalah untuk mengoptimumkan keuntungan daripada
jualan melalui perancangan strategik yang berkesan dan sistematik serta memastikan
perniagaan bertahan untuk tempoh masa yang lama.
Objektif perniagaan ini adalah menjual kasut larian dan beg galas yang berkualiti tinggi
dengan harga yang mampu beli. Selain itu, Negaraku Runners juga bermatlamat untuk
meningkatkan promosi dengan lebih pesat seperti mengadakan promosi dalam masa yang
terhad di media sosial dan juga meluaskan pasaran produk ke peringkat yang lebih tinggi.
Struktur pentadbiran perniagaan Negaraku Runners diketuai oleh Pengurus Besar, yang
dibantu oleh Eksekutif Pentadbiran dan Kewangan dan Eksekutif Operasi dan Pemasaran.
Eksekutif Operasi dan Pemasaran dibantu oleh Staf Sokongan Operasi dan Kewangan
manakala Eksekutif Pentadbiran dan Kewangan dibantu oleh Staf Sokongan Pentadbiran dan
Kewangan. Pekerja-pekerja yang kami ambil terdiri daripada warganegara Malaysia.
Perniagaan Negaraku Runners akan beroperasi dari Ahad hingga Khamis, dan ia akan ditutup
pada hari Sabtu, cuti umum dan cuti perayaan. Perniagaan beroperasi dari pukul 8.00 pagi
hingga 6.00 petang dan 8.00 pagi hingga 2.30 petang pada hari Jumaat.
Aktiviti pemasaran dijalankan mengikut set pemasaran, yang terdiri daripada produk,
lokasi agihan, harga dan promosi. Harga yang ditetapkan adalah berpatutan dan boleh dibeli
oleh orang dewasa dan kanak-kanak, tanpa mengira umur. Selain itu, Negaraku Runners juga
menggunakan pelbagai strategi pemasaran untuk memberitahu orang ramai tentang produk
kami dan menarik mereka untuk membeli.
Pembiayan kewangan yang saya dapat ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Perniagaan Mudah
Jaya (SPiM) bagi memulakan perniagaan dengan berjumlah RM110 000. Sebab-sebab saya
pilih MARA adalah sumber pembiayaan MARA memberikan pinjaman. Selain itu, mereka
juga memberikan pelbagai sokongan dan bantuan kepada para usahawan kecil terutamanya dari
segi khidmat nasihat dalam selok-belok perniagaan. Tambahan pula, MARA juga menawarkan
kadar faedah yang rendah iaitu 4%. Mereka juga memberi tumpuan kepada kaum bumiputera
dalam bantuan perniagaan. Dari sudut pandangan saya, perniagaan MARA terdapat potensi.
Hal ini kerana mereka mempunyai aset-aset yang diperlukan produk sukan.
Perniagaan Negaraku Runners bermula dengan modal RM 80 000. Modal-modal saya
terdiri daripada aset-aset, iaitu kelengkapan berjumlah RM30 000 dan tunai di bank sebanyak
RM50 000. Saya mensasarkan jualan akan meningkat 40% manakala keuntungan berdasarkan
jualan pula adalah sebanyak 10% setiap bulan.
1.0 Pengenalan
Perniagaan Negaraku Runners adalah sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjual
peralatan sukan berasaskan sukan larian. Antara produk yang dijual oleh perniagaan
Negaraku Runners adalah kasut larian dan beg galas.
Perniagaan ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor
pendaftarannya adalah 202203019283. Perniagaan ini dimiliki oleh Muhammad Hadif bin
Ahmad Khairulnizam yang beroperasi di 35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Antara kebaikan memilih jenis perniagaan milikan tunggal adalah milikan tunggal tidak
mempunyai syarat yang banyak dan ia memerlukan amaun modal yang kecil. Selain itu,
pemilik milikan tunggal hanya perlu membayar cukai individu.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sebagai usahawan, pemilik telah mengenal
pasti dua program latihan pembangunan usahawan yang memberi manfaat kepada perniagaan
Negaraku Runners, iaitu Program Latihan Keusahawanan oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA). Program ini memberi tumpuan kepada pewujudan usahawan, peningkatan
usahawan sedia ada dan sokongan untuk Kumpulan-kumpulan dalam sektor atau jenis
perniagaan tertentu. Melalui program ini, pemilik dapat menerapkan etika perniagaan yang
progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam
menjalankan perusahaan. Selain itu, Kursus Pembangunan Usahawan dan Latihan oleh
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. Program latihan ini pula memberi tumpuan kepada
pembentukan amalan, nilai dan budaya keusahawanan yang cemerlang di kalangan
usahawan.
Rancangan perniagaan ini disediakan bagi tujuan merancang kos perbelanjaan perniagaan
seperti insurans kecurian atas barang jualan, uniform pekerja-pekerja, kos ubah suai premis
perniagaan serta kad perniagaan untuk memastikan perniagaan kami berjalan dengan lancar
dan cekap. Perniagaan Negaraku Runners memilih untuk memohon dari agensi Majlis Amanah
Rakyat (MARA) kerana mereka menyediakan kemudahan khidmat pelanggan seperti nasihat
dan bimbangan kepada usahawan muda. Faedah pinjaman agensi yang terpilih juga rendah
iaitu 4% dan Negaraku Runners mampu membayar hutang tersebut dalam tempoh yang
ditetapkan iaitu 12 – 120 bulan. Alasan saya pilih MARA adalah sumber pembiayaan MARA
memberikan pinjaman.
Pembiayan kewangan yang dipilih ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)
berjumlah RM110 000. Selain itu, mereka juga memberikan pelbagai sokongan dan bantuan
kepada para usahawan kecil terutamanya dari segi khidmat nasihat dalam selok-belok
perniagaan. Tambahan pula, MARA juga menawarkan kadar faedah yang rendah iaitu 4%.
Mereka juga memberi tumpuan kepada kaum bumiputera dalam bantuan perniagaan. Dari
sudut pandangan saya, perniagaan MARA terdapat potensi. Hal ini kerana mereka mempunyai
aset-aset yang diperlukan produk sukan.
Tujuan permohonan pinjaman ini adalah untuk membeli kelengkapan baharu dan membayar
pendahuluan. Sebagai contoh, wang yang dipinjamkan itu akan digunakan untuk membeli
kenderaan baharu, peralatan di dalam pejabat pentadbiran, produk-produk sukan larian dan
sebagainya.
2.0 Latar belakang Perniagaan

Butiran Maklumat
Nama Perniagaan Built Different

Alamat Premis Perniagaan 35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Nombor Telefon & Faks 03 4141 7007 / 03 4141 6006

Emel / FB negarakurunners@gmail.com / Negaraku


Runners

Bentuk Milikan Perniagaan Milikan Tunggal

Kegiatan Utama Menjual produk sukan larian pelbagai


jenama

Modal Awal Bank: RM50 000


Kelengkapan: RM 30 000

Modal Awal Keseluruhan RM 80 000

Tarikh Pendaftaran Perniagaan 1 November 2022

Tarikh Mula Perniagaan 1 Januari 2023

Nombor Pendaftaran Perniagaan 202203019283

Nama Bank Perniagaan Maybank

No. Akaun Bank Perniagaan 558989812121


3.0 Latar belakang Pemilik

Butiran Maklumat
Nama Penuh Muhammad Hadif bin Ahmad Khairulnizam

Nombor Kad Pengenalan 901021-10-0027

Tarikh Lahir 21/10/1990

Umur 33

Status Perkahwinan Berkahwin

Alamat Rumah A-3A-1, Seri Riana Residence, Jalan


Wangsa Delima 7, Wangsa Maju, 53300
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Nombor Telefon Peribadi 0196992806

Emel mhadif76@gmail.com

Kelulusan Akademik 1) Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Fesyen


(Universiti Teknologi MARA)
2) Diploma Pengurusan Perniagaan
(Universiti Malaya)

Pengalaman 1) 2 tahun sebagai pengurus besar di Kedai


Al-Ikhsan
2) 3 tahun sebagai penyelia di Kedai Sports
Direct
4.0 Rancangan pentadbiran

4.1 Logo perniagaan


4.2 Visi, Misi dan Objektif

Visi
Menyokong gaya hidup yang sihat dan aktif masyarakat bumiputera dan antarabangsa
sedunia melalui peralatan sukan.

Misi
Menyediakan pelbagai peralatan sukan yang berkualiti tinggi dengan penuh lengkap untuk
menyokong gaya hidup yang sihat dan aktif masyarakat bumiputera dan antarabangsa serta
membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan pelanggan dan menawarkan servis khidmat
pelanggan dalam pemilihan peralatan sukan yang sesuai dengan kehendak dan keperluan
mereka.

Objektif
- Meningkatkan nilai jualan bulanan ke 10% dalam tempoh setahun dengan mengaplikasikan
strategi pemasaran yang efektif dan berkesan dan menggalakkan penjualan produk yang
bermutu.
- Mencapai kedudukan ranking yang tinggi sebagai salah satu daripada lima kedai peralatan
sukan terkemuka dalam negeri dalam masa setahun dengan menawarkan produk yang
berkualiti tinggi dan memberi tumpuan kepada hubungan pelanggan yang akan memberi
maklum balas.
- Meningkatkan populariti jenama kedai peralatan sukan larian saya dengan mencapai 100,000
pengikut di media sosial dalam tempoh 2 tahun dan menghasilkan 500 kandungan pemasaran
dalam talian yang terkini.
- Meningkatkan peratusan jualan dalam talian daripada 10% ke 25% dalam tempoh 6 bulan
dengan memperbaiki pengoptimuman enjin carian web dalam internet dan memperkenalkan
platform e-dagang yang menarik dan sistematik.
4.3 Carta organisasi perniagaan
4.4 Deskripsi tugas pentadbiran
Jawatan Tugas
Pengurus besar - mengekalkan belanjawan dan mengenal
pasti bidang untuk diperbaiki dengan
membuat belanjawan untuk perniagaan dari
awal dan mempertimbangkan kemahiran
berkomunikasi, penghargaan pekerja dan
pemikiran pertumbuhan yang positif.

- menetapkan polisi dan proses dengan


mewujudkan jangkaan

- memberi panduan tentang cara


mengendalikan situasi tempat kerja secara
konsisten.

Eksekutif Pentadbiran - mengemaskini rekod organisasi dan fail,


termasuk maklumat kakitangan, kewangan,
dan rancangan projek-projek.

- memberikan sokongan kepada kakitangan


dan bahagian lain dalam memenuhi
keperluan pentadbiran mereka.

- menyediakan dokumen-dokumen seperti


memo, laporan, dan nota penerangan
berdasarkan arahan daripada pengurusan
Eksekutif Kewangan - membuat semakan dan memasukkan
maklumat transkasi kewangan.

- menyediakan laporan kewangan seperti


penyata pendapatan, penyata kewangan, dan
penyata untung rugi berdasarkan data yang
dikumpulkan.

- memantau dan menyelenggara akaun


syarikat, termasuk pengendalian buku akaun
dan catatan kewangan
.
4.5 Penggajian
4.5.1 Jadual Imbuhan & Gaji termasuk KWSP & PERKESO

JAWATAN GAJI KWSP PERKESO JUMLAH GAJI KWSP PERKESO


KASAR (PEKERJA) PEKERJA POTONGAN BERSIH (MAJIKAN) (MAJIKAN)
(11%) (0.5%) (13%)
Pengurus RM3500 RM385 RM17.75 RM402.75 RM3097.25 RM455 RM44.40
Besar
Pengurus RM3000 RM330 RM15.25 RM345.25 RM2654.75 RM390 RM38.10
Operasi dan
Pengeluaran
Pengurus RM3000 RM330 RM15.25 RM345.25 RM2654.75 RM390 RM38.10
Pentadbiran
dan
Kewangan
Kerani RM1500 RM165 RM7.75 RM172.75 RM1327.25 RM195 RM19.40
Jurujual RM1500 RM165 RM7.75 RM172.75 RM1327.25 RM195 RM19.40
JUMLAH RM12500 RM1375 RM63.70 RM1437.75 RM11061.2 RM1625 RM159.40
BULANAN 5
JUMLAH RM15000 RM16500 RM764.40 RM17253 RM132735 RM19500 RM1912.80
SETAHUN 0
4.5.2 Bentuk insentif pekerja
Bentuk-bentuk insentif pekerja yang diberikan kepada pekerja adalah seperti yang berikut:
Caruman KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membolehkan pesara mengeluarkan dana apabila
mereka tamat pekerjaan. Selain itu, caruman KWSP digunakan untuk urusan pelaburan bagi
meningkatkan ekonomi negara. KWSP memastikan setiap ahli akan menerima manfaat dividen
pada setiap tahun.
Caruman PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah syarikat insurans untuk memberi bantuan
perubatan dan kewangan yang mengalami kesakitan atau kemalangan.
Biasiswa Pendidikan
Biasiswa pendidikan merupakan bantuan kewangan kepada pekerja. Ia diberikan kepada
pekerja yang melanjutkan Pelajaran dan Latihan.
Kemudahan Cuti Tahunan dan Cuti Sakit
Kemudahan cuti tahunan akan diberikan kepada pekerja untuk tempoh 20 hari. Manakala
sebanyak 15 hari diberikan kepada pekerja yang telah mendapat kesahihan daripada doktor
berdaftar yang dilantik.
4.6 Kos pentadbiran
4.6.1 Alatan Pejabat
ITEM KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT
Komputer 2 RM3000 RM6000
Telefon 1 RM40 RM40
Mesin Pencetak 1 RM2500 RM2500
Laser Jet
Peranti internet 1 RM350 RM350
Mesin Laminate 1 RM300 RM300
JUMLAH RM6190 RM9190

4.6.2 Alatan Perabot & Lengkapan Pejabat


ITEM KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT
Meja 3 RM170 RM510
Kerusi 3 RM70 RM210
Almari fail 1 RM300 RM300
Kipas 2 RM135 RM270
Lampu 4 RM7 RM28
Pengdingin 1 RM1200 RM1200
hawa
JUMLAH RM1882 RM2518

4.6.3 Kenderaan
ITEM KUANTITI HARGA JUMLAH DEPOSIT 10%
SEUNIT
Van 1 RM50000 RM50000 RM5000
JUMLAH RM50000 RM50000 RM5000

4.6.3 Kos-kos lain


PERKARA HARGA KEKERAPAN
Belanja Am RM18000 Setiap bulan
Lesen GDL RM2500 Sekali sahaja
Lesen perisian RM4500 Sekali Sahaja
Sewa premis RM30000 Setiap bulan
Belanja Utiliti RM30000 Setiap bulan
JUMLAH RM85000
Belanja Pentadbiran
MULA JANUARI BERMULA JULAI
JUMLAH
Bil Perkara Januari Tiap
Tiap Bulan Julai (sekali) SETAHUN
(sekali) Bulan
1 Sewa premis 2500.00 30000.00
3 Gaji 12500.00 150000.00
4 Kwsp 1625.00 19500.00
5 Perkeso 214.35 2572.20
9 Kadar Bayaran (utiliti) 2500.00 30000.00
10 Kelengkapan Baharu 11708.00 11708.00
11 Lesen GDL 2500.00 2500.00
15 Belanja Am 1500.00 18000.00
16 Bayaran pokok pinjaman 916.67 5500.02
17 faedah pinjaman 366.67 2200.02
18 Lesen Perisian 4500.00 4500.00
JUMLAH 4500.00 20839.35 14208.00 1283.34 276480.24
5.0 Rancangan Operasi
5.1 Jenis produk
KASUT LARIAN
- Kasut lari ialah kasut yang direka khusus untuk membantu
pengguna berlari dengan cara yang akan menghalang
kecederaan dan meningkatkan prestasi olahraga anda sebagai
pelari.
- Kasut lari cenderung lebih ringan tetapi lebih berat dalam
kusyen, terutamanya untuk tumit dan jari kaki.
Memandangkan larian adalah sukan yang lebih sengit, pelari
cenderung untuk menggunakan lebih banyak tenaga. Kaki
anda menjadi panas, dan kebanyakan kasut lari diperbuat
daripada jaringan untuk membolehkan udara bergerak dengan
bebas. Jaring ini juga memastikan kasut lebih ringan.

BEG GALAS

- Beg galas adalah guni fabrik dibawa di belakang dan


diikat dengan dua tali yang melepasi bahu, ia
mempunyai bingkai luaran, bingkai dalaman dan
terdapat pek badan.
- Beg galas biasanya digunakan oleh pejalan kaki,
pendaki dan pelajar, dan selalunya lebih disukai
daripada beg tangan untuk membawa beban berat atau
membawa apa-apa jenis peralatan, kerana kapasiti terhad
untuk membawa beban berat untuk jangka masa yang
lama di tangan.
- Tali bahu beg galas meningkatkan potensi untuk
membawa beban yang berat, kerana pinggul lebih kuat
daripada bahu, dan juga meningkatkan ketangkasan dan keseimbangan, kerana beban itu
menghampiri pusat jisim pemakai sendiri.
5.2 Carta alir proses perniagaan

5.3 Waktu operasi perniagaan


HARI MASA OPERASI
Selasa - Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu - Ahad 9.00 pagi – 5.30 petang
Isnin Tutup
Cuti umum / Cuti perayaan Tutup

5.4 Deskripsi tugas operasi & pemasaran


Tidak
Staf-staf Operasi & Kewangan bertanggungjawab untuk mengawasiTk
kesihatan kewangan
organisasi saya. Mereka memastikan bekalan ditempah tepat pada masanya serta memastikan
jadual pengeluaran dipenuhi, atau menyelaraskan dengan vendor untuk memastikan mereka
mempunyai bahan yang mereka perlukan untuk melakukan kerja mereka dengan baik.
Antara tugas staf operasi dan pemasaran adalah:
1. Memasarkan produk dengan mengurus kakitangan, menyelidik dan membangunkan
rancangan pemasaran, mengekalkan operasi tindak balas dan mengekalkan penilaian kualiti.
2. Mengekalkan operasi tindak balas pelanggan dengan menetapkan jadual kerja dan
menugaskan pekerja dan menyediakan sandaran.
3. Mengekalkan aliran proses kerja dengan menyelaraskan maklumat dan keperluan dengan
jabatan operasi yang berkaitan dan mengambil bahagian dan menyediakan sumber kepada
pasukan penambahbaikan perniagaan.
4. Memastikan pengurusan dimaklumkan dengan menyediakan laporan, menyediakan
pembentangan, mentafsir maklumat dan membuat cadangan.
5. Bekerjasama dengan vendor untuk menyampaikan pembuatan fizikal dan penghantaran
bahan dan aset pemasaran kepada pelanggan dan orang ramai.
6. Mengekalkan pengetahuan profesional dan teknikal dengan menghadiri bengkel
pendidikan, menyemak penerbitan profesional, mewujudkan rangkaian profesional, menanda
aras amalan terkini, dan mengambil bahagian dalam masyarakat profesional.
5.3 Waktu operasi perniagaan
Hari Masa Beroperasi
Ahad - Khamis 8.00 pagi – 6.00 petang
Jumaat 8.00 pagi – 2.30 petang
Sabtu Tutup
Cuti perayaan / Cuti umum Tutup

5.4 Deskripsi tugas operasi


Jawatan Tugas
Eksekutif Operasi - menguruskan inventori dan stok barang di
premis perniagaan, serta penyimpanan dan
penyususnan barang dengan kemas.

- menerima penghantaran barang dari


pembekal dan memastikan dokumen yang
berkaitan berkelengkapan.

- menyelenggara peralatan sukan dan


menjalankan pemeriksaan secara konsisten
untuk memastikan keselamatan terjamin
peralatan yang disewa atau dijual.

Eksekutif Pemasaran - merancang dan melaksanakan strategi


pemasaran bagi mempromosikan produk
kedai sukan.

- menguruskan akaun-akaun media sosial


syarikat dan menghasilkan kandungan
pemasaran yang relevan dan menarik untuk
mendapat sambutan pelanggan.

- menganalisis data pemasaran dan prestasi


kempen untuk menilai keberkesanan strategi
pemasaran.
5.5 Kedudukan premis perniagaan
Kedai Negaraku Runners berada di 35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Alasan Negaraku Runners memilih lokasi tersebut kerana lokasi itu merupakan faktor-faktor
yang penting dalam memulakan perniagaan. Perancangan lokasi perlu diambil berat bagi
menentukan kos yang akan ditetapkan dan menentukan lokasi yang dipilih terdapat potensi
yang mungkin dapat keuntungan yang lumayan.
Antara sebab mengapa perniagaan Negaraku Runners memilih lokasi ini sebagai kedudukan
premis perniagaan yang pertama adalah kerana kawasan Wangsa Maju adalah tempat yang
sesuai untuk masyarakat bersenam. Terdapat banyak bukit, taman permainan dan laluan larian
yang luas di kawasan ini. Jadi, tempat ini adalah salah satu lokasi yang strategik.
Selain itu, terdapat ramai penduduk di kawasan Wangsa Maju kerana terdapat banyak rumah
kondominium yang terbina, menjadikannya satu tempat yang mempunyai tumpuan ramai.
Hal ini dapat meningkatkan populariti kedai Negaraku Runners dan ia akan membantu
meningkatkan jualan Negaraku Runners.
Tambahan pula, kawasan Wangsa Maju berhampiran dengan HQ pembekal peralatan sukan
larian yang membekalkan peralatan sukan seperti kasut larian dan stokin. Hal ini akan
memudahkan perniagaan Negaraku Runners membuat urusan jual beli antara pembekal dan
pembeli serta dapat mengurangkan kos pengangkutan. Akhir sekali, kadar sewa premis
perniagaan yang berpatutan dengan harga RM3000 yang perlu dibayar setiap 1 bulan
5.6 Susun atur ruang premis perniagaan
5.7 Keperluan perniagaan
Antara keperluan perniagaan yang disenaraikan adalah premis perniagaan, mesin dan
peralatan, kenderaan, tenaga buruh, bahan mentah dan perkhidmatan pelanggan.
Premis Perniagaan – Perniagaan Negaraku Runners telah memilih untuk menyewa premis
perniagaan di 35, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Mesin dan Peralatan – Perniagaan Negaraku Runners menentukan jenis mesin dan peralatan
berdasarkan keperluan perniagaan.
Kenderaan – Perniagaan Built Negaraku Runners membeli sebuah van secara belian bagi
memudahkan staf-staf menghantar barang.
Perkhidmatan pelanggan – Perniagaan Negaraku Runners menawarkan servis khidmat
pelanggan bagi menambah baik pengalaman pengguna.
Rakan Strategik Niaga
Antara rakan strategik niaga yang saya akan bekerjasama adalah Cobra Sports Sdn Bhd,
Ultimate Sports dan Aiyoh Marketing
Cobra Sports Sdn Bhd – Cobra Sports adalah salah satu syarikat pembekal peralatan sukan
utama. Mereka menawarkan hampir semua peralatan sukan termasuk peralatan sukan larian.
Jadi, syarikat ini sesuai menjadi rakan kongsi niaga Negaraku Runners.
Nikman Sports – Ultimate Sports membekalkan peralatan sukan badminton, tenis dan larian
menjadikannya rakan Kongsi niaga yang berpatutan bagi perniagaan Negaraku Runners.
Aiyoh Marketing – Aiyoh Marketing menawarkan pelbagai peralatan sukan dengan harga
yang murah dan penghantaran barang secara percuma.
5.8 Kos operasi
Kos Belian Stok
INVENTORI KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
Beg galas 100 RM150 RM15000
Kasut larian 200 RM100 RM20000
JUMLAH RM250 RM35000

Kos-kos lain
PERKARA JUMLAH KEKERAPAN
Kos penyelenggaran van RM700
Minyak Petrol & Tol RM400 Setiap bulan (x6 bulan)
Belanja Promosi RM1500 Setiap bulan (x4 bulan)
Pembungkusan RM500 Setiap bulan (x12 bulan)
Insurans Kenderaan & RM1650 6 bulan pertama
Cukai Jalan
Insurans Kecurian & RM1200 Setiap bulan (x12 bulan)
Kebakaran
JUMLAH RM5950
5.9 Pengurusan sumber fizikal & teknologi
Justifikasi penggunaan 2 sumber fizikal dan 2 sumber teknologi
SUMBER FIZIKAL
Bangunan & Kemudahan
Terdapat banyak infrastruktur pada lokasi perniagaan yang saya pilih seperti bekalan elektrik,
menara telekomunikasi dan pengangkutan kereta api menjadikannya tempat yang sesuai
untuk berniaga.
Peralatan teknologi maklumat & komunikasi
Peralatan teknologi digunakan untuk berkomukasi dengan pembekal, pelanggan, para pelabur
dan pekerja-pekerja saya. Teknologi dapat memudahkan dan mencepatkan proses perniagaan.
SUMBER TEKNOLOGI
Kemahiran & Pengalaman
Kemahiran dan pengalaman pekerja penting dalam perniagaan agar prestasi dan kualiti
perniagaan terjamin. Hal ini juga akan meningkatkan produktiviti perniagaan.
Lesen perisian
Lesen perisian bertujuan untuk memberikan perniagaan hak kepada satu atau lebih salinan
perisian tanpa melanggar hak cipta.
Prosedur mengurus sumber fizikal dan sumber teknologi
Sumber fizikal – perniagaan Negaraku Runners mengambil insurans kecurian dan insurans
kebakaran stok bagi melindungi perniagaan daripada mengalami kerugian.
Sumber teknologi – pernigaan Negaraku Runners membeli lesen perisian dan mengambil
pekerja yang berkemahiran dalam bidang operasi, pemasaran, kewangan dan pentadbiran.
5.8 Kos operasi
5.8.1 Kos Belian Stok
Pembelian stok pada bulan pertama
INVENTORI KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH
Beg galas 100 RM150 RM15000
Kasut larian 200 RM100 RM20000
JUMLAH RM35000

5.8.2 Sasaran belian


Belian stok meningkat sebanyak 10% hingga 10% setiap bulan
BIL BULAN BELIAN (RM) PENINGKATAN
1 Januari 35000.00
2 Februari 38500.00 10%
3 Mac 42350.00 10%
4 April 46585.00 10%
5 Mei 51243.50 10%
6 Jun 56367.85 10%
7 Julai 62004.64 10%
8 Ogos 68205.10 10%
9 September 75025.61 10%
10 Oktober 82528.17 10%
11 November 90780.99 10%
12 Disember 99859.09 10%
JUMLAH 748449.95

5.8.3 Harga Van


Pembelian van perniagaan dilakukan secara sewa beli selama 7 tahun dengan kadar faedah
sebanyak 4% setahun.
HARGA PENDAHULUAN 10% PINJAMAN
KENDERAAN (RM)
RM50000 RM5000 RM110 000

5.8.4 Belanja Susutnilai


Kadar Umur Nilai
Aset Harga Kos Susutnilai
Susutnilai (bulan) Buku
4% Kelengkapan 30000.00 12 1200.00 28800.00
4% Kelengkapan baharu 16478.00 6 329.56 16148.44
4% Kenderaan 50000.00 6 1000.00 49000.00
5.8.5 Kos promosi
Bil Bulan Kos (RM)
1 Januari 375.00
2 Februari 0.00
3 Mac 0.00
4 April 375.00
5 Mei 0.00
6 Jun 0.00
7 Julai 375.00
8 Ogos 0.00
9 September 0.00
10 Oktober 375.00
11 November 0.00
12 Disember 0.00
JUMLAH 1500.00

5.8.6 Kos Operasi dan Kos Overhed


Belanja Operasi
MULA JANUARI BERMULA JULAI
Bil Perkara Tiap JUMLAH
Sekali Tiap Bulan Sekali
Bulan SETAHUN
1 Ansuran pinjaman kenderaan 535.71 3214.26
2 Faedah pinjaman kenderaan 150.00 900.00
3 Pendahuluan Kenderaan 5000.00 5000.00
4 Insurans / Cukai Jalan 1650.00 1650.00
5 Penyelenggaraan kenderaan 800.00 800.00
6 Petrol 400.00 2400.00
7 Kos Belian 35000.00
8 Promosi 1500.00
9 Pembungkusan 2000 2000.00
Insurans Kebakaran & Kecurian
10
Stok 1200 1200.00
JUMLAH 3200.00 0.00 7450.00 1085.71 53664.26
6.0 Rancangan Pemasaran
6.1 Analisis Industri
Kekuatan Kelemahan
Cara promosi yang menarik perhatian Tiada pengalaman kerana Negaraku
pelanggan dalam media sosial. Runners baru sahaja memulakan perniagaan
awal tahun ini.
Lokasi strategik yang terdapat ramai Nama perniagaan kurang dikenali kerana ia
penduduk kerana banyak rumah adalah perniagaan yang baharu
kondominium terbina

2 tandingan produk dengan 2 pesaing


Pesaing Produk Kebaikan Kekurangan
Al-Ikhsan Kasut larian Menawarkan harga Produk kasut larian tidak
yang lebih murah & dikenali
berkualiti
Sports Beg galas Menawarkan warna Kuantiti stok yang
Direct variasi yang lebih terhad
banyak

2 strategi harga dengan 2 pesaing


Al-Ikhsan Sports Direct
Kasut larian – RM100 Kasut larian – RM125
Beg galas – RM75 Beg galas – RM100

Strategi promosi perniagaan


- melakukan promosi secara silang dengan rakan Kongsi niaga bagi mempromosikan
perniagaan dalam jangka masa yang pendek
- menyertai pelbagai pameran dan karnival yang dianjurkan untuk mendapatkan pengalaman
yang baru bagi menjana idea memajukan perniagaan Negaraku Runners
6.2 Analisis Pasaran
Menentukan harga jualan seunit
Butiran Harga Kuantiti Peratusan Kuantiti Harga Jumlah
belian belian margin jualan jualan jualan
untung (RM)
Beg galas RM150 150 80% 150 RM300 RM45000
Kasut RM100 200 80% 200 RM200 RM40000
larian
JUMLAH RM95000
95000 = 223%
42500
Sasaran Jualan
Sasaran Jualan Perniagaan ____________ daripada belian
Peratus
BIL Bulan Belian Jualan (RM)
daripada Jualan
1 Januari 35000.00 63000.00 180%
2 Februari 38500.00 69300.00 180%
3 Mac 42350.00 76230.00 180%
4 April 46585.00 83853.00 180%
5 Mei 51243.50 92238.30 180%
6 Jun 56367.85 101462.13 180%
7 Julai 62004.64 111608.35 180%
8 Ogos 68205.10 122769.18 180%
9 September 75025.61 135046.10 180%
10 Oktober 82528.17 148550.71 180%
11 November 90780.99 163405.78 180%
12 Disember 99859.09 179746.36 180%
JUMLAH 748449.95 1347209.91

Sasaran Untung
Sasaran untung ______% daripada Jualan
Jualan Sasaran
BIL Bulan Peratus (%)
(RM) Untung
1 Januari 63000.00 18773.07 29.80
2 Februari 69300.00 20650.37 29.80
3 Mac 76230.00 22715.41 29.80
4 April 83853.00 24986.95 29.80
5 Mei 92238.30 27485.65 29.80
6 Jun 101462.13 30234.21 29.80
7 Julai 111608.35 33257.63 29.80
8 Ogos 122769.18 36583.40 29.80
9 September 135046.10 40241.74 29.80
10 Oktober 148550.71 44265.91 29.80
11 November 163405.78 48692.50 29.80
12 Disember 179746.36 53561.75 29.80
JUMLAH 1347209.91 401448.58
Syer pasaran dengan 2 pesaing (Anggaran jumlah penduduk x anggaran peratus syer pasaran
= sasaran unit)
215,000 x 30% = 64,500 unit

SYER PASARAN

30%

55%

15%

NR Pesaing A Pesaing B

Sasaran Pelanggan
Perniagaan Negaraku Runners menyasarkan pelanggan golongan remaja, atlet elit yang
berumur 20 hingga 40 tahun serta kanak-kanak bawah umur 12 tahun.
7.0 Rancangan Kewangan
7.1 Menghitung keperluan modal perniagaan

SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MUDAH JAYA (SPiM)


Perkara Jumlah
Modal (Tunai + Kelengkapan) RM80 000
Pinjaman Perniagaan RM110 000
Jumlah Keseluruhan RM190 000

Bayaran Ansuran Pinjaman Perniagaan


Jumlah Pinjaman RM110 000
Tempoh Pinjaman 10 Tahun
Kadar Faedah 4%
Ansuran Sebulan 916.67
Ansuran Setahun 11 000

Bayaran Faedah atas Pinjaman Perniagaan


Jumlah Pinjaman RM110 000
Tempoh Pinjaman 10 Tahun
Kadar Faedah 4%
Bayaran Faedah Sebulan 366.67
Bayaran Faedah Setahun 4400

Jumlah Pinjaman RM110 000


Ansuran Setahun Dibayar RM11 000
Liabiliti (PKK) RM99 000
8.0 Penutup

Saya yakin perniagaan Negaraku Runners akan terus maju. Hal ini dikatakan demikian kerana
perniagaan Negaraku Runners dapat menetapkan fokus 100% pada matlamat perniagaan.
Selain itu, perniagaan Negaraku Runners juga konsisten dalam berniaga, mereka terus
melakukan apa yang perlu untuk berjaya, hari demi hari.
Seterusnya, saya menghargai sumbangan teknologi yang membantu dalam perkembangan
perniagaan Negaraku Runners. Ini membuktikan dengan adanya mesin yang canggih, kami
dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi. Contohnya, Perniagaan Negaraku Runners
telah melakukan promosi secara silang dalam media sosial dengan rakan kongsi niaga bagi
mempromosikan perniagaan dalam jangka masa yang pendek. Sumber teknologi seperti lesen
perisian dan paten yang merupakan aset penting dalam menjaga perniagaan daripada pelbagai
ancaman.
Sebab saya memilih agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah sumber pembiayaan
MARA memberikan pinjaman dengan amaun yang banyak iaitu RM110 000 pada amaun
maksimum. Dan saya memilih khidmat agensi MARA kerana mereka memberikan pelbagai
sokongan dan bantuan kepada para usahawan kecil terutamanya dari segi khidmat nasihat
dalam selok-belok perniagaan.
Seterusnya, perniagaan Negaraku Runners juga akan menjalankan tanggungjawab sosial
terhadap pekerja. Sebagai contoh, memberi kemudahan kenderaan untuk membantu mereka
membuat perjalanan penting mereka dan meraikan penghargaan-penghargaan kepada pekerja
yang membantu memajukan perniagaan bagi memotivasikan pekerja. Bagi tanggungjawab
sosial terhadap masyarakat setempat pula, perniagaan Negaraku Runners akan menyediakan
peralatan gim taman permainan di taman-taman rekreasi sekitar kawasan Wangsa Maju dan
memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan mereka.
Harapan saya, pada masa akan datang perniagaan Negaraku Runners akan berkembang dengan
pesat dan popular di seluruh negara Malaysia serta mendominasi pasaran saham pada peringkat
antarabangsa.

You might also like