You are on page 1of 10

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak
yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina . Ucapan terima kasih khususnya
ditujukan kepada Puan NorHaliza Binti Yahaya selaku guru pembimbing atas kesabaran beliau
dalam memberi tunjuk ajar sehingga selesainya kertas projek ini . Tidak dilupakan juga terima
kasih tidak terhingga kepada pemilik Busana Husna Rahman telah memberi kerjasama untuk
menjayakan tugasan ini . Sekalung ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta rakan-rakan
yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan .
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Abstrak iv

1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi ,Misi dan Objektif 2

3.0 Matlamat dan Strategi Organisasi 3

4.0 Profil Perniagaan 4

5.0 Carta Organisasi 5

6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 8

Rumusan 10

Senarai Rujukan 11

Lampiran 12
ABSTRAK

Perniagaan merupakan salah satu industri yang sentiasa berkembang maju dan sangat penting
dalam pembangunan ekonomi negara. Kajian kertas projek ini adalah bertujuan untuk mengenal
pasti tujuan perniagaan oragnisasi perniagaan , visi , misi dan objektif perniagaan.

Selain itu , kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti bidang fungsian yang wujud dalam
perniagaan yang dipilih . Hal ini disebabkan oleh setiap bahagian fungsian mempunyai peranan
masing-masing dalam mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan .

Kajian kerja projek ini melibatkan kaedah tinjauan di lokasi perniagaan . Setiap maklumat
yang berkaitan akan digunakan sebagai bahan untuk dijadikan dapatan dalam kertas kerja projek.
Dapatan kajian juga diperoleh secara temu bual dan bacaan daripada sumber rujukan tertentu
seperti melalui bahan bacaan rujukan di perpustakaan dan sumber daripada internet .

Penilaian juga dibuat terhadap setiap dapatan yang diperoleh dengan menilai setiap visi , misi
dan objektif , carta organisasi dan fungsian organisasi yang wujud dalam perniagaan yang
dipilih. Cadangan penambahbaikan dalam bahagian rumusan juga dinyatakan sebagai rujukan
kepada pihak yang berkaitan supaya dapat menjalankan operasi perniagaan mereka dengan lebih
professional , berkesan dan sitematik.
1.0 PENGENALAN

Busana Husna Rahman ditubuhkan pada 19 Oktober 2018 . Perniagaan ini ditubuhkan secara
milikan tunggal . Pemilik Busana Husna Rahman ialah Faridatul Husna Binti Abd Rahman .
Beliau telah dibantu oleh lima orang rakannya iaitu Nureen Najat Binti Sauddi , Aisyah Binti Mr
Abdun Torleh , Ummi Faqihah Binti Sobri , Nur Nadiatul Husna Binti Kamal dan Nur Solehah
Binti Abdul Razak.

Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan yang membekalkan pakaian wanita
bagi kanak-kanak dan dewasa . Pada zaman moden ini , produk yang eksklusif dan mengikut
trend terkini merupakan pilihan utama bagi orang ramai . Selain itu , syarikat ini juga
membekalkan pelbagai jenis produk iaitu tudung labuh , jubah , baju kurung, baju muslimah dan
blaus . Pakaian yang dibekalkan di Busana Husna Rahman sesuai bagi semua majlis.Pengguna
boleh menggayakan pakaian dari Busana Husna Rahman di mana sahaja kerana pakaian yang
dibekalkan menggunakan fabrik yang berkualiti dan selesa untuk digayakan.

Walaubagaimanapun , syarikat ini lebih memberi tumpuan dalam memasarkan pakaian


wanita dewasa dalam pelbagai jenis rekaan dan warna . Busana Husna Rahman juga
menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan yang ingin mereka pakaian mengikut cita rasa yang
tersendiri . Busana Husna Rahman ingin mengembangkan lagi perniagaan ini agar prestasi
perniagaan dapat berkembang dalam pasaran di sekitar Kedah . Busana Husna Rahman juga
menjual pewangi pakaian yang dihasilkan khas daripada busana ini sendiri . Perniagaan ini
membekalkan pewangi pakaian bertujuan untuk memastikan pengguna memakai pakaian yang
selesa dan wangi . Pengguna boleh mendapatkan semua produk ynag dikeluarkan oleh Busana
Husna Rahman di busana yang terletak di Aman Central dan pengguna juga boleh mendapatkan
maklumat tentang produk yang dikeluarkan oleh Busana Husna Rahman di laman web Busana
Husna Rahman.
RANCANGAN PERNIAGAAN

Busana Husna Rahman

ALAMAT PERNIAGAAN

Aman Central 1, Darul Aman Highway , Kampung Lubok Peringgi , 05100 Alor Setar , Kedah .

Nama Faridatul Husna Binti Abd Rahman


Nombor Kad Pengenalan 031019 -02- 0442
Sekolah Maktab Mahmud Padang Terap
4.0 PROFIL PERNIAGAAN

Nama : Busana Husna Rahman

Bentuk Milikan : Milikan Tunggal

Alamat perniagaan : Aman Central 1, Darul Aman Highway , Kampung Lubok Peringgi ,
05100 Alor Setar , Kedah .

Nombor Telefon : 013 – 3558814

Nama Pemilik : Faridatul Husna Binti Abd Rahman

Aktiviti Perniagaan : Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan yang membekalkan
pakaian wanita bagi kanak-kanak dan dewasa. Selain itu , syarikat ini juga membekalkan
pelbagai jenis produk iaitu tudung labuh , jubah , baju kurung baju muslimah dan blaus

Panel Bank : MAYBANK BERHAD


5.1 Latar Belakang

1 Latar belakang pemilik

Perkara Maklumat
Nama Faridatul Husna Binti Abd Rahman
Umur 24 Tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1 . Kursus menjahit
2. Kursus pengurusan perniagaan
Jawatan yang disandang Pengarah urusan

2 Latar belakang staf :

(a) staf 1

Perkara Maklumat
Nama Nureen Najat Binti Sauddi
Umur 24 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1 Ijazah sarjana muda kewangan
2 Kursus keusahawan
Jawatan yang disandang Pengurus kewangan

(b) staf 2

Perkara Maklumat
Nama Aisyah Binti Mr Abdun Torleh Maseng
Umur 24 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
2 .Kursus fesyen dan pakaian
Jawatan yang disandang Pengurus Pentadbiran
(c) staf 3

Perkara Maklumat
Nama Nur Nadiatul Husna Binti Kamal
Umur 24 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
2. Kursus Perniagaan
Jawatan yang disandang Pengurus Pengeluaran Khidmat Pelanggan

(d) staf 4

Perkara Maklumat
Nama Nur Solehah Binti Abdul Razak
Umur 23 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
2. Kursus Keusahawanan
Jawatan yang disandang Pengurus Belian

(e) staf 5

Perkara Maklumat
Nama Ummi Faqihah Binti Sobri
Umur 24 tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Kursus keusahawanan Berjaya
2. Kursus Pernasaran Perniagaan
Jawatan yang disandang Pengurus Pemasaran
RUMUSAN

Busana Husna Rahman merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi tumpuan dalam
membekalkan pelbagai jenis produk iaitu tudung labuh , jubah , baju kurung baju muslimah dan
blaus terutamanya pakaian wanita bagi dewasa . Busana Husna Rahman ini juga menyediakan
perkhidmatan untuk pelanggan bagi mereka pakaian mengikut cita rasa pengguna.Perniagaan ini
telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan setelah enam tahun beroperasi.

Terdapat peningkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bagi pembekalan dan
perkhidmatan mereka pakaian mengikut cita rasa pengguna di sekitar Kedah bagi memberi
laluan kepada pengguna yang bergaya mengikut cara penggayaan yang tersendiri . Selain itu ,
permintaan terhadap pakaian-pakaian wanita bagi dewasa juga bertambah terutamanya daripada
pelanggan atau penduduk di sekitar Kedah . Pengarah Urusan Busana Husna Rahman telah mula
menyusun strategi untuk meluaskan pasaran perniagaan dan dalam masa yang sama akan
menambahkan bilangan staf supaya melancarkan urusan perniagaan .

You might also like