You are on page 1of 11

Rancangan Perniagaan

membuka premis makanan

Farida Cafe
@ Seri Selera MPS
1.0 PENGENALAN

Farida Cafe merupakan perniagaan milik tunggal yang akan didaftarkan pada awal bulan
Disember 2018, bagi menjalankan aktiviti perniagaan premis makanan di Seri Selera MPS Bt.
16, Rawang Selangor. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan menjual makanan
kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2015 lagi.
Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah mengusahakan perniagaan menjual makanan di
beberapa pasar malam di sekitar Rawang. Diantaranya adalah pasar malam Stadium MPS
dan juga pasar malam Taman Tun Teja.

Pada permulaan perniagaan pengusaha bercadang untuk menjalan perniagaan menjual Char
Kuey Tiow sahaja sebelum menambah menu Ayam Penyet selepas itu. Daripada
pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan Char Kuey Tiow merupakan
satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan. Selain daripada
kurangnya premis yang menjalankan perniagaan berfokus seperti ini.

Sepertimana yang diketahui kebanyakan isi rumah hari ini terlibat dengan perkerjaan
sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai
waktu untuk memasak sendiri . Kepelbagaian kaum lain yang menggemari Char Kuey Tiow
merupakan kunci kepada perniagaan kami untuk mendapat permintaan di kawasan
tersebut. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang
maju dan sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya
dalam menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga kami.

2.0. OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN.

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk memberi penerangan yang
menyeluruh tentang perniagaan yang akan dijalankan. Disamping itu, Rancangan Perniagaan
ini bertujuan untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek
pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan.
Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:

1. Melihat daya maju projek yang dirancang.


2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat
dilaksanakan dengan lancar.
3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
4. Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk menamatkan
program latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang menyertai kursus ini.
5. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan
dilaksanakan.
3.0. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN.

Nama Perniagaan : Farida Cafe


Alamat Berdaftar : Seri Selera MPS, Bt. 16 Rawang Selangor.
Alamat Operasi : Seri Selera MPS, Bt. 16 Rawang Selangor.
No. Telefon : 01133433673
No. Daftar Perniagaan : Akan didaftarkan nanti.
Tarikh Perniagaan : Akan didaftarkan nanti.
Aktiviti Perniagaan : Premis makanan (Char Kuey Tiow & Ayam Penyet)
Bentuk Perniagaan : Milik Tunggal
Modal Permulaan : RM 10 000
Bank Berususan : CIMB , Pekan Rawang
No. Akaun : 7017881713
Nama Pemilik : Farida Kamila Bt Jaafar
No. Kad Pengenalan : 900727-02-5748

4.0. LATAR BELAKANG PEMILIK.

Nama : Farida Kamila Bt Jaafar


Jawatan : Pemilik/Pengurus
Alamat Tetap : 8-19 Blok Selasih Taman Tun Teja 48000 Rawang Selangor.
No. Telefon : 01158139310
No. Kad Pengenalan : 900727-02-5748
Tarikh Lahir : 27 Julai 1990
Bangsa / Agama : Melayu / Islam
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelulusan Akedemik : Diploma
5.0. SKOP PERNIAGAAN.

5.1. Aktiviti/ Produk Perniagaan

Aktiviti utama perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan makanan Char Kuey Tiow
dan juga Ayam Penyet. Pelanggan juga boleh meminta pelbagai jenis air samada panas atau
sejuk. Waktu perniagaan bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam (12jam).

5.2. Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada Pengalaman pengusaha dalam menyediakan makanan kepada


pelanggan, pengusaha yakin dan percaya makanan yang dihidangkan dapat menepati cita
rasa pelanggan. Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan
yang diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga,
kebersihan. Bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi
penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuashati dan seterusnya akan
menjadi pelanggan tetap.

Lokasi perniagaan yang strategik berhampiran dengan jalan utama dan kawasan
berpenduduk dapat memberi lebih peluang kepada perniagaan untuk mendapat sambutan
dan dikenali.

6.0. ASPEK PENGURUSAN

6.1. Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek
pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur organisasi
adalah seperti berikut.

Pengurusan

Pentadbiran/ Operasi/
Kewangan perkhidmatan

Tukang masak

Pembantu Am (2 orang)
6.2. Fungsi dan Tanggungjawab

Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi
pengurusan perniagaan.

6.3.1 Pengurus/Pemilik dan Bahagian Kewangan & Pentadbiran.

 Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan.


 Mencari pesanan dan promosi perniagaan.
 Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar
 Menyediakan laporan kewangan tahunan.
 Membayar gaji pekerja.
 Merancang dan melaksana aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan
sehingga hidangan siap dimasak.
 Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi.
 Memastikan pelanggan dilayan dengan baik
 Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan dan penambah baik.

6.3.2 Tukang Masak.

 Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada
pelanggan.
 Memasak mengikut menu-menu yang ditetapkan.
 Menentukan penyediaan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh
pembantu.
 Memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf
citarasa pelanggan.

6.3.3 Pembantu Am.

 Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am membantu tukang masak.


 Menyediakan minuman.
 Mengambil pesanan makanan/minuman.
 Membersihkan peralatan masak.
 Membersihkan kawasan persekitaran sebelum dan selepas kerja-kerja memasak dan
tugas-tugas lain yang bersesuaian.
 Memastikan juga hamparan alas meja, hiasan sekitar dan hiasan lain-lain yang
diperlukan siap terlebih awal sebelum hidangan disaji.
6.4. Gaji dan Ganjaran

Bil. Jawatan Bil. Gaji Jumlah


Pekerja
1. Pengurus 1 RM 1500 RM1500
2. Tukang masak 1 RM 1200 RM1200
3. Pembantu am 2 RM 1000 RM2000
Jumlah 4 RM 3700 RM4700

7.0. ASPEK PERKHIDMATAN/ TEKNIKAL

7.1. Harta Tetap Dan Peralatan Yang dimiliki

Memandangkan perniagaan ini telah dijalankan secara kecil-kecilan oleh pengusaha sejak 3
tahun yang lalu, maka Farida Cafe telah memiliki beberapa aset yang dibeli berperingkat-
peringkat mengikut kemampuan kewangan perniagaan ketika itu. Aset tetap dan
kelengkapan perniagaan yang dimiliki adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Nilai (RM)


1. Kereta Proton Waja RM 18000
2. Kelengkapan Dapur RM 4000
- Gas (4 buah)
- Peralatan menggoreng
- Cawan
- Pinggan
3. Freezer RM 800

Jumlah RM30000
7.2. Harta Tetap Dan Kelengkapan Yang Diperlukan

Bil. Perkara Nilai (RM)


1. Meja dan Kerusi RM 1500
2. Alas Meja RM 50
3. Sign Board RM 1000
4. Lampu RM 200
5. Kipas RM 500
6. Mesin Jus Buah RM 100
7. Cat (Hiasan kedai) RM 400

Jumlah RM3750

7.3. Pembelian Bahan Mentah

Bahan mentah untuk perniagaan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bahan mentah basah dan
bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri dari udang, ayam dan sayur-sayuran.
Bahan mentah kering pula terdiri dari barangan seperti beras, minyak, gula, susu dan
rempah ratus. Bahan mentah kering dibeli secara pukal kerana ia lebih murah.

Bil. Perkara Nilai (RM)


1. Udang RM 50
2. Minyak RM 20
3. Kicap Mee RM 20
4. Kuey Tiow RM 20
5. Beras RM 30
6. Ayam RM 50
7. Minyak RM 20
8. Bawang RM 10
9. Rempah RM 10
10. Gula RM 30
11. Garam RM 5
12. Cili kering RM 10
13. Susu Pekat RM 10
14. Teh RM 10
15. Kopi RM 10
16. Milo RM 20
17. Kordial RM 20

Jumlah RM345
7.4. Senarai Pembekal Barang Mentah.

Bekalan bahan mentah yang digunakan bagi menyediakan masakan kepada pelanggan akan
diperolehi dari beberapa pembekal yang telah dikenalpasti seperti berikut:

Bil. Nama Pembekal Alamat Jenis bekalan Cara


bayaran

1. Pasar Borong Selayang, Selangor Bahan basah Tunai


Selayang

2. Pasar Raya NSK Taman Bukit Rawang, Bahan kering Tunai


Rawang.

3. Pasar Besar TESCO The Reef, Batu 16, Bahan kering Tunai
Rawang.

7.5. Strategi Perkhidmatan

Untuk menentukan perniagaan ini berjalan lancar, perniagaan ini akan melaksanakan
strategi berikut:

1. Menghasilkan makanan yang berkualiti, sedap dan mengikut selera pelanggan.


2. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan penghantaran dapat disiapkan mengikut
masa yang ditetapkan.
3. Mengutamakan kebersihan dan kesihatan pelanggan.
4. Layanan yang mesra pelanggan, memberikan perkhidmatan yang terbaik.
5. Perniagaan ini bersedia menerima teguran bagi tujuan memperkemaskan
perniagaan dari masa ke semasa.
6. Perniagaan ini akan menghantar pekerja-pekerja menghadiri kursus yang
bersesuaian supaya dapat mempertimbangkan mutu perkhidmatan.
7. Papan tanda yang menarik akan dipamerkan pada premis bagi menarik minat
pelanggan mencuba makanan.
8. Menentukan makanan/minuman yang disediakan adalah halal.
8.0. PEMASARAN

8.1. Perkhidmatan dan Harga yang ditawarkan

Harga yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada perbandingan harga semasa.


Ianya juga adalah diambil dibawah harga pasaran atau sama dengan harga semasa.
Harga yang diberi dilihat munasabah dan kompetetif dengan keadaan ekonomi
sekarang.

MAKANAN
Bil Menu Harga
1. Char Kuey Tiow RM 4.50
2. Char kuey Tiow Special RM 6.00
3. Char Kuey tiow Ketam RM 7.00
4. Char Kuey Tiow kambing RM 7.00
5. Ayam Penyet RM 7.00
MINUMAN

1. Teh RM 1.50
2. Teh O RM 1.00
3. Kopi RM 1.50
4. Kopi O RM 1.00
5. Milo RM 2.00
6. Milo O RM 1.50
7. Nescafe RM 2.00
8. Nescafe O RM 1.50
9. Sirap RM 1.00
10. Sirap limau RM 1.50
11. Limau RM 1.00
12. Fresh Oren RM 2.50
13. Fresh Apple RM 2.50
14. Apple Asam Boi RM 2.50
15. Xtra Joss RM 1.50
16. Neslo RM 2.00
8.2. Cadangan penyediaan makanan

Gambar 1 : Ayam Penyet

Gambar 2 : Char Kuey Tiow

9.0. JUSTIFIKASI DAN PENUTUP

Perniagaan ini dilihat dapat berkembang maju dengan kemampuan serta pengalaman yang
dimiliki oleh pengusaha. Selain itu faktor-faktor sampingan lain seperti kedudukan premis
yang strategik, menu menarik yang berfokus dan juga faktor pengurusan yang cekap
memboleh pengusaha berdaya saing di dalam perniagaan yang dijalankan. Diharapkan
pelan perniagaan ini mendapat perhatian dari pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk
dipertimbangkan.

You might also like