You are on page 1of 5

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) 


RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar) 
Semasa Pelaziman

RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur) 


Selepas Pelaziman
RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)
_____ 
Kunci: 
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus) 
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus) 
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response) 
PENGENALAN  GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah
apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala
rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee
Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan
dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang
lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan
di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di
namakan pelaziman klasik. 

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka
murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala
tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov
berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara
rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut
dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini
dikenali sebagai pelaziman klasik. 
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang
dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik
dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman
1997). 

Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas


pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu
GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan
menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati
bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia
membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan
kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak
dengan pemberian sesuatu rangsangan

Kesimpulan kajian Pavlov ialah, 

1. Penguasaan(Acquisition) 
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons
baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh
penguasaan berkenaan. 

2. Generalisasi(Generalisation) 
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih
mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan
dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak
balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama. 

3. Diskriminasi (Discrimination) 
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih
mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak
mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat
membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih
untuk tidak bertindak atau bergerak balas. 

4. Penghapusan (Extinction) 
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak
terlazim (makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak
balas berperingkat-peringkat terhapus. 

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan
gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu
dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu.
Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil
yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan
berterusan. 
Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran,
tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta
juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
.Teori Kod-Kognitif (Piaget) 
i. teori ini menekankan fungsi otak/fikirandalam proses pembelajaran
ii. kanak-kanak sejak dilahirkan dibekalkan dengan satu alat dalam otak
yangmembolehkan mereka memahami bahasa yang didengar 
iii. pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu
pembentukan kebiasaan (mekanikal) 
iv. perubahan tingkah laku hasil daripada proses kognitif yang berlaku dalam diri
manusia 
v. proses berfikir manusia melibatkan operasi mental dengan tujuan untuk
menghubungkan berbagai-bagai idea, memahami konsep, membuat kesimpulan
atau mendapatkan pengertian baru 

Terdapat empat faktor yang membezakan penguasaan bahasa kanak-


kanak
i) peringkat deria motor (sejak lahir hingga berumur 2 tahun) 
-belum mampu menggunakan otaknya 
-belum menguasai lambang-lambang bahasa untuk memberi norma atau
nilai kepada benda-benda 
-menggunakan deria motornya untuk berinteraksi.

 pada peringkat akhir deria motor kanak-kanak sudah mampu sedikit sebanyak
berkeupayaan berbahasa kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan persekitaran

ii) peringkat olahan ( 2 tahun hingga 6 tahun)


 dapat menguasai bahasa dan konsep dengan cepat

 menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi dengan persekitaran

 umur 4-6 tahun sudah dapat bertutur dengan fasih dan perbendaharaan bahasa
mereka seperti orang dewasa

iii) peringkat olahan konkrit (6 tahun –12 tahun)


 sudah boleh menggunakan pemikiran logik,warna dan memahami konsep
pembalikan

 mula membaca,menulis dan mengiraserta suka bertutur/ bertanya

 perlu kepada objek dan peristiwa konkrit dalam menyelesaikan masalah

 mereka sudah dapat menerima pendapat orang lain melalui pengunaan bahasa yang
lebih luas

iii) peringkat olahan formal ( 12 tahun ke atas)


 peringkat kognitif kanak-kanak mencapai kemuncak

 memahami banyak perkara dan menyelesaikan masalah secara logik dan


abstrakjuga dpat menyelesaikan masalah verbal yang kompleks dan mengkaji
perasaan dan pemikiran.

You might also like