You are on page 1of 25

RINGKASAN EKSEKUTIF

Tujuan rancangan perniagaan ini telah disediakan untuk memohon pinjaman sebanyak
RM 40,000.00 daripada Tekun Nasional Berhad bagi melaksanakan perniagaan makanan
sejuk beku yang beralamat di Segamat Bazaar Terminal, Segamat, Johor. Kami memilih
perniagaan ini kerana ianya menguntungkan dan mempunyai potensi yang luas untuk
berkembang di masa akan datang. Produk keluaran kami sememangnya lazim didengari
namun kami telah menampilkan kelainan terhadap produk keluaran kami berbanding dengan
para pesaing kami. Hal ini kami akan nyatakan didalam rancangan secara lebih terperinci.
Kos perniagaan kami ialah RM 57,800. Kos perniagaan kami dibiayai dengan dana daripada
usahawan sendiri iaitu RM17,800 dan mendapat pinjaman daripada Tekun Nasional Berhad
sebanyak RM 40,000. Syarikat kami iaitu Syarikat ALEAF Sdn Bhd terdiri daripada 5 orang
usahawan dan 10 orang pekerja. Produk yang kami tawarkan ialah makanan sejuk beku
dimana makanan sejuk beku ini menggunakan bahan mentah yang segar untuk mengekalkan
rasa aslinya. Dalam aspek pemasaran pula, kami memokuskan penduduk di sekitar tempat
premis kami. Terdapat juga pesaing-pesaing makanan sejuk beku seperti Fatihah Frozen Food
Sdn Bhd dan Ramly Food Processing Sdn Bhd. Strategi pemasaran yang kami gunakan ialah
‘walk-in’, kontrak/tender, ejen, event, dan laman web. Kami meramalkan bahawa perniagaan
kami mendapat keuntungan dalam masa 3 tahun penubuhannya.

1.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN


1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat ALEAF Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengusahakan sebuah
perniagaan sejuk beku yang beralamat di No. 12, Lot 2, Segamat Bazaar Terminal, Jalan
Setia Emas, 79800 Segamat, Johor. Syarikat ALEAF Sdn Bhd ini berdaftar di bawah no
001773825-M. Penubuhan awal syarikat ini merupakan cetusan idea daripada lima orang
rakan kongsi. Oleh itu, selepas perbincangan oleh lima orang rakan kongsi tersebut, produk
yang akan dikeluarkan hanya sepuluh jenis makanan sejuk beku. Bidang perniagaan ini
dipilih sebagai sumber utama untuk aktiviti perniagaan syarikat ini kerana menguntungkan
dan mempunyai potensi yang tinggi dan luas untuk berkembang pada masa akan datang.
Selain itu, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan sejuk beku
yang berada diluar kawasan Segamat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, pelanggan boleh
berurusan dengan syarikat ini di talian 09- 333 2121 atau email syarikat iaitu

1
ALEAFsdnbhd@gmail.com. Pelanggan juga boleh membuka website syarikat kami iaitu
ALEAFsdnbhd.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan sejuk beku kami.
Pelanggan yang ingin membuat tempahan awal boleh merujuk no telefon syarikat kami,email
syarikat kami, website kami yang tertera di atas dan tempahan tersebut perlu dibayar atas
akaun syarikat iaitu 8601325923 (CIMB).

1.2 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Pertumbuhan industri perkhidmatan makanan berkembang dengan pesat dalam tahun-


tahun kebelakangan ini. Oleh itu, Syarikat ini memilih untuk terlibat dalam industri ini kerana
melihatkan kepada peluang untuk berjaya dalam bidang ini terlalu besar. Dalam tempoh
perubahan masa yang panjang, industri perkhidmatan makanan di Malaysia juga berkembang
dengan pesat sebagai cara untuk mewujudkan kemajuan dan ianya menguntungkan di
kalangan peniaga yang terlibat dalam industri ini ditambah pula dengan peningkatan dalam
tawaran perkhidmatan makanan Malaysia.

1.3 LATAR BELAKANG USAHAWAN DAN KAKITANGAN SYARIKAT

NAMA : Ahmad Ibrahim Bin Abdul Razak

UMUR : 23 Tahun

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan

JAWATAN : Pengurus Syarikat

NAMA : Nur Lyana Binti Abd Aziz

UMUR : 23 Tahun

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan

JAWATAN : Pengurus Pemasaran

2
NAMA : Noor Farah Atikah Binti Mohamed

UMUR : 23 Tahun

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan

JAWATAN : Pengurus Logistik

NAMA : Norasilah Binti Nordin

UMUR : 23 Tahun

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan

JAWATAN : Pengurus Pembangunan Perniagaan

NAMA : Erra Nazira Binti Mahamood

UMUR : 23 Tahun

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pengurusan Perniagaan

JAWATAN : Pengurus Operasi

2.0 RANCANGAN ORGANISASI


2.1 VISI, MISI DAN OBJEKTIF

VISI

 Menjadi sebuah syarikat makanan sejuk beku yang terkenal dan berjaya di Malaysia

MISI

 Menyediakan produk makanan sejuk beku yang berkualiti dan lazat kepada pelanggan

OBJEKTIF

 Menawarkan produk pada harga yang berpatutan


 Menghasilkan produk asli yang mempunyai citarasa tempatan
 Memastikan produk sentiasa berada di pasaran

3
 Mengubah IKS kepada komersial

2.2 CARTA ORGANISASI SYARIKAT ALEAF

4
AHMAD IBRAHIM BIN ABD RAZAK
PENGURUS SYARIKAT (KEWANGAN

DAN PENTADBIRAN) )

NORASILAH NORDIN
NOR LYANA ABD AZIZ NOOR FARAH ATIKAH ERRA NAZIRA
PENGURUS
Syarikat
PENGURUS ALEAF terdiri daripada lima
BINTI MOHAMED orang usahawan.
PEMBANGUNANAhmad Ibrahim Bin Abd
MAHAMOOD
PEMASARAN PENGURUS LOGISTIK PENGURUS OPERASI
Razak adalah sebagai pengurus syarikat yang menguruskan
PERNIAGAANhal kewangan dan juga

pentadbiran. Beliau berperanan sebagai penghubung atau orang perantaraan dan juga
berperanan sebagai penyebar atau penyampai maklumat. Selain itu, pengurus syarikat juga
berperanan sebagai pembuatPEMANDU
PEMBANTU JUALAN
keputusan dan juga menyediakan aliran kewangan dan penyata
LORI CHEF
untung rugi syarikat.

Seterusnya, Nor Lyana Abd Aziz sebagai pengurus pemasaran. Beliau


bertanggungjawab untuk mengenal pasti pasaran sasaran dan menganalisis trend pasaran
semasa. Beliau juga bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan pelan strategic
untuk memenuhi permintaan pelanggan serta mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan
dan juga mencari maklumat pesaingan. Beliau juga menguruskan aktiviti bagi
mempromosikan produk syarikat.

5
Noor Farah Atikah Binti Mohamed adalah sebagai pengurus logistik yang
bertanggungjawab untuk mengatur proses pengeluaran produk syarikat seperti pengurusan
pengeluaran aliran, pengurusan inventori, pembungkusan, pemprosesan pesanan dan juga
ramalan permintaan. Pengurus logistik juga menguruskan bahan-bahan dan input lain seperti
perolehan bahan dan pengurusan bahan-bahan serta terlibat dalam proses pengangkutan dan
penyimpanan barangan.

Selain itu, Norasilah Nordin merupakan pengurus pembangunan perniagaan yang


merangka strategi jualan dan bekerjasama dengan pasukan pengurusan untuk membangunkan
pelanggan baharu. Beliau melakukan penyelarasan dengan operasi pengeluaran bagi
memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancer. Beliau juga bertanggungjawab untuk
mengekalkan hubungan rapat dan jangka panjang dengan akaun utama, meningkatkan
kepuasan pelanggan dan menguruskan pengekalan pelanggan.

Pengurus operasi pula diketuai oleh Erra Nazira Mahamood. Beliau


bertanggungjawab unruk menguruskan perjalanan harian syarikat dan mengubal dasar,
peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi seluruh operasi syarikat untuk
meningkatkan proses kerja dan memastikan pematuhan piawaian. Pengurus operasi juga
bertanggungjawab mengekalkan dan menambah bauk jadual pengeluaran dengan mematuhi
jadual penghantaran yang telah dipersetujui. Beliau bekerjasama rapat dengan pembangunan
dan pemasaran produk untuk memenuhi kehendak dan kepuasan setiap pelanggan.

Pembantu jualan bertanggungjawab untuk mewujudkan dan menyelaraskan semua


strategi jualan, rancangan, kempen dan fungsi setiap aspek yang dilakukan oleh syarikat.
Pembantu jualan juga membantu dalam pengurusan penjualan produk syarikat kepada
pelanggan di tapak operasi syarikat dan memberi cadangan untuk memperbaiki atau
menambah reka bentuk produk baru dan membantu dalam pembangunan dan ujian produk.
Pembantu jualan turut mengekalkan hubungan baik dengan agensi-agensi pengiklanan,
syarikat media dan pengedar.

Seterusnya, bagi chef pula, mereka bertanggungjawab untuk menyediakan produk


syarikat mengikut ketetapan yang telah disediakan oleh syarikat. Chef menggunakan bahan
mentah secara optimum dan mengelak daripada berlakunya pembaziran dalam setiap proses
yang dijalankan. Chef juga menjalankan proses penyediaan produk syarikat dalam jangka
masa yang ditetapkan dan memastikan kualiti setiap produk terjaga dan bermutu tinggi serta

6
berusaha untuk menambah baik lagi produk keluaran syarikat dengan mencuba resepi baharu
atau penggunaan teknologi yang lebih canggih.

Pemandu lori pula bertanggungjawab untuk menghantar produk keluaran syarikat


kepada para pelanggan dan memastikan setiap barangan yang ditempah oleh pelanggan
dihantar tepat pada tempoh masa yang telah ditetapkan. Pemandu lori juga perlu menjaga
kualiti produk syarikat dengan memastikan produk syarikat masih dalam keadaan baik
semasa dihantar ke tangan pelanggan dan perlu menjaga hubungan baik dengan pengurus
logistik dan para pelanggan.

3.0 RANCANGAN OPERASI/PENGELUARAN

Perniagaan kami bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Kami hanya menjalankan
operasi perniagaan di premis kami iaitu di Segamat Bazzar Terminal, Segamat, Johor. Para
pelanggan boleh mendapatkan produk kami secara terus melalui “walk in”. Selain itu, kami
juga turut menghantar produk kami ke beberapa buah kedai yang terdapat di kawasan
Segamat, Tangkak, Muar serta Yong Peng.

Syarikat ALEAF Sdn Bhd merupakan syarikat yang membekalkan makanan sejuk beku
yang terbaik kerana menggunakan teknologi yang terkini semasa penyediaannya. Penubuhan
syarikat ini hasil usahasama antara lima orang rakan kongsi yang melibatkan pinjaman
daripada TEKUN Nasional Berhad dan dana daripada lima orang rakan kongsi. Syarikat ini
menyediakan sebanyak sepuluh jenis makanan sejuk beku yang akan dikeluarkan pada masa
ini. Antara makanan tersebut ialah donat asli, donat pandan, karipap sardin, karipap kentang,
bakso, sosej, “nugget” dan variasi pau iaitu, pau keledek, pau jagung serta pau kambing.

Kami memilih perniagaan ini kerana berpontensi untuk mendapatkan pulangan yang
tinggi disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari pengguna melalui walk-in, eksport,
karnival dan para peniaga. Tambahan pula, makanan sejuk beku yang dikeluarkan oleh
syarikat ini bukan sahaja mendapat permintaan yang dari pengguna akhir malah turut
mendapat permintaan dari para peniaga untuk tujuan menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
Kami tidak mempunyai cawangan yang tersendiri dan hanya memiliki bangunan premis
perniagaan kami dimana setiap pelanggan kami akan membuat urusan jual beli secara “walk-
in” di premis ini sahaja. Namun demikian, kami telah memasarkan produk kami ke beberapa
buah kedai di sekitar daerah yang terdapat di Johor. Oleh yang demikian para pelanggan kami

7
yang mungkin ingin merasai produk keluaran kami namun berada jauh dari kawasan premis
kami, mereka boleh mendapatkan produk kami ini dari kedai-kedai yang turut menjual
produk kami ini. Selain daripada itu, kami juga turut menjalankan promosi dalam pelbagai
cara untuk mendapat lebih sambutan terhadap produk kami. Hal ini kami telah ulas lebih
lanjut di bahagian aspek pemasaran.

Kami menggunakan bahan mentah seperti tepung pau, ubi kentang, isi ayam, daging
kisar, tepung gandum, keledek, kambing, jagung, ikan sardin, dan bahan asas lain seperti
minyak, gula, garam dan bahan pewarna yang dibenarkan. Bahan-bahan mentah ini kami
akan perolehi dari pembekal yang membekalkan keperluan kami ini. Barangan ini akan
dihantar setiap minggu dan setiap bulan ke kedai kami mengikut jenis barang dan keperluan
penggunaan barangan itu.

3.1 PROSES PERNIAGAAN

Menerima bahan mentah dan ramuan makanan sejuk beku

Menyimpan bahan mentah dan ramuan didalam peti sejuk beku

Penyediaan bahan-bahan seperti memotong, membasuh,


mengupas,mencincang bahan mentah,yang diperlukan

Memasak bahan-bahan yang telah dicincang, dibasuh serta menguli


tepung8
Menyejukkan bahan-bahan yang telah dimasak

Pembungkusan makanan sejuk beku yang telah diasingkan


mengikut jenis

Penyimpanan di dalam peti sejuk beku di kedai utama


Proses perniagaan kami bermula dengan syarikat kami akan menerima bahan mentah dan
ramuan makanan sejuk beku daripada pembekal. Bahan-bahan mentah dan ramuan yang
diterima akan disimpan didalam peti sejuk untuk menjamin kualiti makanan sejuk beku yang
akan diproses. Penyediaan bahan-bahan untuk makanan sejuk beku seperti memotong,
membasuh, mengupas, mencincang bahan mentah akan dilakukan pada hari pemprosesan
makanan sejuk beku. Para pekerja akan memasak bahan-bahan yang telah dicincang, dibasuh
serta menguli tepung. Makanan sejuk beku yang telah dimasak akan diejukkan untuk proses
yang seterusnya iaitu proses pembungkusan. Pembungkusan ini akan diasingkan mengikut
jenis makanan sejuk beku yang disediakan. Makanan sejuk beku yang telah siap dibungkus
akan disimpan di peti sejuk kedai utama untuk para pelanggan yang walk–in.

Teknologi yang digunakan semasa pemprosesan makanan sejuk beku adalah teknologi
yang terkini supaya kualiti makanan sejuk beku dapat dijaga selain dapat memudahkan proses
pembuatan makanan sejuk beku. Oleh itu, teknologi yang digunakan oleh kami ialah
teknologi Flash Fry yang digunakan khas untuk menggoreng makanan sejuk separa masak
sebelum disejukbekukan dengan menggunakan kaedah percikan minyak.

Tuntasnya, dengan kepelbagaian aspek jualan yang kami lakukan ini menujukan syarikat
kami berpotensi untuk terus maju dan mendapat lebih ramai pelanggan. Hasil kewangan yang
kami perolehi dari jualan yang pelbagai cara juga dapat membantu syarikat kami untuk
menembusi pasaran negara pada masa akan datang dengan sentiasa memastikan setiap
aktiviti perniagaan ini berjalan lancar dan konsisten.

9
4.0 RANCANGAN PEMASARAN

Faktor kami memilih premis ini ditubuhkan di kawasan Segamat adalah kerana tempat
tersebut merupakan tempat tarikan pelanggan. Penduduk di kawasan tersebut mudah untuk
mengunjungi tempat kami secara walk-in kerana merupakan tempat yang strategik dan
mudah untuk dicari. Kawasan yang dipiih oleh kami juga memiliki infrastruktur yang baik
seperti tempat meletak kenderaan, kemudahan pengangkutan awam, dan pelbagai lagi
kemudahan yang boleh didapati. Ini memberikan kami peluang yang besar untuk menarik
para pelanggan kerana kawasan tersebut memudahkan para pelanggan serta memberikan
keselesaan dari segi infrastrukturnya.

4.1 SAIZ PASARAN, SYER PASARAN DAN RAMALAN JUALAN

SAIZ PASARAN DAN SYER PASARAN

RM50,000

Saiz Pasaran
Syer Pasaran

RM300,000

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, dianggarkan sebanyak 150,000 orang


penduduk yang bekerja daripada 200,000 orang penduduk di Segamat. Daripada 150,000
orang penduduk yang bekerja cuma 2,500 orang penduduk sahaja dianggarkan membeli
produk Syarikat ALEAF Sdn Bhd. Perbelanjaan penduduk terhadap makanan sejuk beku
adalah RM 20 sebulan. Jika 150,000 orang penduduk membelanjakan sebanyak RM 20
sebulan, maka jumlah keuntungan yang bakal diperolehi oleh Syarikat ALEAF Sdn Bhd
adalah sebanyak RM 300,000 sebulan. Sekiranya 2,500 orang penduduk di daerah Segamat
membelanjakan RM20 sebulan, maka, jumlah keuntungan yang diperolehi oleh Syarikat
ALEAF Sdn Bhd adalah sebanyak RM 50,000 sebulan. Jika 150,000 orang penduduk
membelanjakan sebanyak RM 240 setahun, maka jumlah jualan setahun adalah sebanyak RM
10
36,000,000. Jika 2,500 orang penduduk membelanjakan sebanyak RM 240 setahun, maka
jumlah jualan setahun adalah sebanyak RM 600,000.

Populasi penduduk di Segamat : 200,000 orang

Perbelanjaan makanan sejuk Perbelanjaan makanan sejuk


beku sebulan beku setahun
Penduduk yang = 150,000 orang × RM 20 = 150,000 orang ×RM 240
bekerja (sebulan) (setahun)
= RM 300,000 sebulan = RM 36,000,000 setahun

Penduduk yang = 2,500 orang × RM 20 = 2,500 orang × RM 240


membeli makanan (sebulan) (setahun)
sejuk beku = RM 50,000 sebulan =RM600,000 setahun

Ramalan jualan makanan sejuk beku pada tahun pertama adalah sebanyak RM
600,000 manakala ramalan jualan kedua RM 699,996.

4.2 KUMPULAN SASARAN PASARAN

Syarikat ALEAF Sdn Bhd mempunyai kumpulan sasaran pasaran tersendiri yang
diambil kira dalam penjualan produk makanan sejuk beku. Kumpulan sasaran pasaran
Syarikat ALEAF Sdn Bhd terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina disebabkan
produk makanan sejuk beku ini sesuai dengan pelbagai kategori pelanggan sama ada dewasa
mahupun kanak-kanak. Kumpulan sasaran pasaran Syarikat ALEAF Sdn Bhd terdiri
daripada sumber walk-in, kontrak dan tender, laman sosial dan laman web.

11
Kumpulan Sasaran Pasaran
10%

Walk-in
20% 40% Kontrak/Tender
Laman Sosial
Laman web

30%

Carta Pai Kumpulan Sasaran Pasaran Syarikat ALEAF Sdn Bhd

Berdasarkan, carta pai diatas , menunjukkan jumlah peratusan yang dikenalpasti bagi
setiap kumpulan sasaran pasaran oleh syarikat ALEAF Sdn Bhd. Walk-in berserta kontrak
dan tender menunjukkan peratusan tertinggi sebanyak 40 peratus dan 30 peratus, dimana
kumpulan ini akan menyumbangkan jumlah keuntungan yang tinggi kerana kedudukan
premis perniagaan menjadi tumpuan laluan orang ramai. Kumpulan walk-in, melakukan
pemberian aktiviti memberi risalah dan kad perniagaan kepada pelanggan yang mengunjungi
premis perniagaan membolehkan premis ini mudah dikenali.

Bagi pengambilan, kontrak dan tender, syarikat ALEAF Sdn Bhd juga menerima dan
mengambil apa jua jenis tempahan dari mana-mana organisasi atau pelanggan. Perkhidmatan
yang diberikan adalah yang terbaik dari segi kualiti produk, ketepatan masa penghantaran dan
pengurusan yang sistematik.

Menerusi kumpulan sasaran pasaran laman sosial menunjukkan jumlah peratusan


sebanyak 20 peratus, dimana kami menggunakan “ Facebook” dan “Instagram” sebagai salah
satu ejen promosi dan kami menawarkan cabutan bertuah kepada pelanggan yang bertuah.
Penggunaan trend masa kini iaitu “insta-famous” juga kami aplikasikan bagi mempromosikan
produk di ALEAF Sdn Bhd. Hal ini akan dapat menaikkan kuasa beli pengguna menjadi
lebih tinggi terhadap produk kami.

12
Akhir sekali, menerusi laman web yang memberi peratusan 10 peratus, kami tidak
menggunakan kos yang tinggi kerana penggunaan kos tertakluk pada pembayaran internet
sahaja untuk aktiviti pengiklanan dan promosi. Penggunaan promosi di laman web dilakukan
untuk menarik pengguna laman sosial meghebahkannya. Hal ini memudahkan proses
pengiklanan dilakukan kerana hanya perlu dilakukan di pejabat sahaja. Ini juga merupakan
satu peluang kepada ALEAF Sdn Bhd untuk menyiarkan promosi dan iklan kepada pegguna
aktif laman sosial secara cepat dan pantas.

4.3 STRATEGI PEMASARAN

Kami dapat menarik pelanggan untuk membeli produk melalui strategi pemasaran dan
promosi yang betul. Permintaan yang tinggi dari pelanggan akan meningkatkan pasaran
produk makanan sejuk beku. Penyaluran dan penghebahan yang betul juga dapat menarik dan
meluaskan pasarn produk syarikat kami. Jadual dibawah menunjukkan strategi pemasaran
yang dilakukan syarikat SHALL Sdn Bhd untuk menarik lebih ramai pelanggan.

KUMPULAN STRATEGI HURAIAN


SASARAN PEMASARAN
PASARAN
Walk-in  Diskaun - Kami untuk menarik pelanggan

13
 Flyer yang mengunjung untuk kembali
lagi
 Kad bisnes
- Memudahkan proses hebahan
 Word of Mouth
maklumat berkenaan produk
 Food Tester SHALL Sdn Bhd.

- Pemberian diskaun bagi pelanggan


tetap mengikut keadaan semasa

- Memberi kad bisnes memudahkan


pelanggan untuk menghubungi
Kontrak/Tender  Harga - Pengurangan harga sekiranya
produk diambil secara
 QTD (Quality,
pemborongan
Timeliness,
delivery) - Pengurangan harga pada setiap
musim sekolah ataupun perayaan

- Menjamin produk yang berkualiti,


menepati waktu penghantaran
produk mengikut permintaan
Laman sosial  Media sosial - Pemberian hadiah cabutan bertuah
(facebook page, kepada pelanggan.
Instagram) - Menggunakan orang-orang yang
terkenal untuk mempromosi
produk seperti “insta-famous”
untuk membuat “ig-review”
Laman Web  Blog - Mempromosi dalam media massa
kerana pelanggan gemar melayari
internet.

4.4 PROMOSI DAN JUALAN

Objektif promosi Syarikat ALEAF Sdn Bhd:

 Dapat meluaskan pasaran produk baru kami ke seluruh tempat

14
 Dapat menyampaikan maklumat tentang produk kami yang baru kepada orang ramai

 Dapat memberi kesedaran tentang kewujudan produk kami di pasaran

Promosi dan Iklan April Ogos Discember


1.Banner/Brosur RM 6 x 25 unit RM 6 x 25 unit RM 6 x 25 unit
=RM150 =RM150 =RM150
2.Promosi laman RM 50 RM 50 RM 50
sosial (facebook &
instagram)
3.Bisness Kad RM 0.06 x 830 RM 0.06 x 830 RM 0.06 x 830
keping keping keping
=RM 50 =RM 50 =RM 50
4.Cabutan Bertuah RM 100 RM 100 RM 100
5.Pembukaan RM 250 RM 250 RM 250
Booth(usahawan
desa/IKS)
6.Tajaan RM 300 (tajaan RM 300 (tajaan RM 300 (tajaan
sebahagian program sebahagian program sebahagian program
tempatan) tempatan) tempatan)
Jumlah RM 1000 RM 1000 RM 1000

4.5 ANALISA SWOT

Jadual 1: Analisa SWOT Syarikat ALEAF Sdn Bhd

BIL. NAMA KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN


SYARIKAT
1. Syarikat -Mempunyai -Baru beroperasi -Dapat -Undang-
ALEAF Sdn pelbagai jenis mengkormesialkan undang
-Peralatan yang
Bhd produk pastri produk ke Kerajaan
tidak mencukupi
peringkat
-Tempat yang -Harga bahan
-Hanya menjual antarabangsa
strategik mentah
produk pastri
-Membuat meningkat
-Perkhidmatan
-Hubungan yang perniagaan online
pelanggan yang -Cukai yang
tidak tetap
baik -Membuka anak tinggi
dengan
syarikat
-Mempunyai pembekal bahan -Kestabilan

15
perkhidmatan mentah -Menerima politik
penghantaran tempahan
-Pekerja kurang -Kadar
-Terletak mahir dengan -Menggunakan perolehan staf
berhadapan jalan teknologi teknologi yang meningkat
utama canggih

2. Fatihah -Merupakan -Tidak -Membuat -Pertambahan


Frozen Food kunjungan para mempunyai promosi pesaing-pesaing
Sdn Bhd pelajar universiti kepelbagaian baru
-Mempelbagaikan
produk
-Mempunyai jenis produk -Harga bahan
kedai online -Hanya terdapat mentah yang
-Menerima
di pasaraya besar tidak tetap
-Premis tempahan
sahaja
perniagaan yang -Perkembangan
-Menyediakan
agak strategik - Tidak teknologi baru
perkhidmatan
mempunyai
-Sudah lama penghantaran -Perubahan
perkhidmatan
beroperasi harga bahan
penghantaran -Memperluaskan
mentah
-Mempunyai produk ke kedai-
-Tidak menerima
ejen/wakil jualan kedai kecil -Perubahan nilai
tempahan
matawang dunia
- Kurang
dikenali

3. Ramly Food -Mempunyai -Tidak -Mempelbagaikan -Wujudnya


Processing anak syarikat mempunyai jenis produk pesaing-pesaing
Sdn Bhd yang banyak banyak produk baru daripada
-Meningkatkan
bidang yang
-Sudah dikenali -Persepsi promosi tentang
sama
pelanggan yang produk
-Pentadbiran -Pengawalan
berubah-ubah
operasi yang -Pasaran sasaran undang-undang
kukuh -Persekitaran besar kerajaan
produk yang

16
-Menawarkan tidak sihat -Bekerjasama -Kesedaran
harga yang dengan pasaraya masyarakat
-Kekurangan
berpatutan besar dan warung- tentang produk
saluran keluaran
warung kecil sejuk beku
-Mempunyai produk
kelengkapan -Menjadi -Kenaikan harga
-Kurang jaringan
alatan yang pembekal produk minyak
sesama
mencukupi sejuk beku
usahawan -Pesaing
mempunyai
kepelbagaian
produk sejuk
beku

Berdasarkan analisis SWOT diatas, secara kasarnya,dari segi kekuatan, dapat dilihat
bahawa syarikat persaingan seperti Fatihah Frozen Food Sdn Bhd dan Ramly Food
Processing Sdn Bhd mempunyai kekuatan yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat kita,
tetapi, syarikat kita mempunyai kelebihan dalam pasaran kerana syarikat yang baru dan
mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk berkembang berbanding dengan syarikat pesaing.
Dari segi kelemahan pula, syarikat pesaing mempunyai kelemahan yang hampir sama dengan
syarikat kami iaitu, Syarikat ALEAF Sdn Bhd tetapi syarikat kami lebih baik berbanding
syarikat pesaing kerana produk kami merupakan produk baru dan lebih menepati citarasa
pengguna. Dari segi peluang pula, syarikat kami mempunyai lebih banyak peluang
berbanding syarikat pesaing kerana syarikat kami merupakan syarikat baru berbanding
syarikat pesaing merupakan syarikat yang telah lama bertapak dalam industri makanan sejuk
beku. Syarikat pesaing perlu meningkatkan produktiviti mereka dan promosi supaya para
pelanggan masih mengingati produk mereka. Dari segi ancaman pula, kami dapat
merumuskan bahawa syarikat kami mempunyai lebih banyak ancaman berbanding syarikat
pesaing tetapi syarikat kami berpotensi tinggi untuk berkembang sekiranya kami mampu
mengekalkan setiap kualiti produk yang dihasilkan. Secara keseluruhannya, syarikat kami
mampu mengatasi setiap kelemahan dan ancaman yang ada dan merebut setiap peluang yang
datang serta mengekalkan kekuatan yang kami ada.
17
5.0 RANCANGAN KEWANGAN

BIL.  KETERANGAN (RM)


1. Perkakasan 10,000
2. Peralatan - Ruang Niaga dan Pejabat 2,000
3. Pengubahsuaian
  1. Ruang Niaga 6,000
  2. Pejabat 1,000
  Jumlah 7,000
4. Deposit
  a. Sewa premis 7,000
  b. Elektrik & Air 2,000
  c. Telefon 300
  d. Lain-lain, jika ada seperti kenderaan - lori 10,000

5. Insuran : Takaful Diri 500


  Takaful Perniagaan 3,000

6. Stok - Permulaan 15,000


7. Iklan & Promosi 1,000
JUMLAH 57,800
 

18
1. Usahawan
   5 rakan kongsi (5orang x RM 3,560) 17,800
 
2. Institusi 40,000
JUMLAH 57,800
 

BAHAN KILOGRAM/ KOTAK HARGA (RM)


Tepung gandum
Kentang
Isi ayam
Daging kisar
Keledek
Daging kambing
Jagung
Sardine
Minyak
Gula
Garam
Bahan pewarna (pandan)
Kelapa
Yis basah
Majerin
Gula merah
Telur
Kacang merah
Serbuk kari
bawang
Cili kering
Sosej
Nugget
JUMLAH RM 15,000
SENARAI BAHAN MENTAH PERNIAGAAN ALEAF SDN BHD UNTUK SEBULAN

Perbelanjaan Sebelum Memulakan Perniagaan

Stok : RM15,000

19
Perkakasan : RM10,000

Peralatan : RM2,000

Deposit :

i. Lori : RM10,000 (Harga : RM35,000, Faedah Pinjaman : 7% setahun


untuk 5 tahun)
ii. Elektrik & Air : RM2,000
iii. Telefon : RM300
iv. Sewa : RM7,000

Ramalan Jualan

Jumlah Ramalan Jualan :

i. Tahun Pertama : RM600,000

ii. Tahun Kedua : RM699,996

iii. Tahun ketiga :RM720,000

Kos jualan tahun pertama adalah 30% daripada harga jualan.

Kos jualan tahun kedua adalah 32% daripada harga jualan.

Kos jualan tahun kedua adalah 32% daripada harga jualan.

Modal Pusingan

20
1. Sewa : RM7,000

2. Gaji :

Gaji SOCSO (1.5%) KWSP (12%)


Usahawan RM1,000 RM15 RM120
Pengurus (4 orang) RM1,500 seorang RM22.50 seorang RM180 seorang

Jumlah :RM6,000 Jumlah :RM90 Jumlah :RM720


Pekerja (3 orang) RM1,100 seorang RM16.50 seorang RM132 seorang

Jumlah :RM3,300 Jumlah :RM49.50 Jumlah :RM396


Pemandu Lori (2 RM1,300 seorang RM19.50 seorang RM156 seorang
orang)
Jumlah :RM2,600 Jumlah :RM39 Jumlah :RM312
JUMLAH RM12,900 RM193.50 RM1,548

Bayaran = Gaji – SOCSO – KWSP

= RM12,900 – RM193.50 – RM1,548

= RM11,158.50

3. Belanja Am

i. Elektrik & Air : RM2,000

ii. Minyak : RM900

iii. Telefon : RM300

iv. Maintenance : RM1,500

v. Belanja Perubatan : RM250

Jumlah =RM4,950

Jumlah Keseluruhan = Sewa + Gaji + Bayaran Lain

= RM7,000 + RM11,158.50 + RM4,950

= RM23,108.50

21
Modal Pusingan (3 bulan) = RM23,108.50 x 3

= RM69,325.50

Bayaran Pinjaman Kenderaan & Institusi

1) Pinjaman Institusi Kewangan : RM50,000

2) Lori : Deposit : RM10,000

Balance : RM25,000

Institusi (RM) Lori (RM)


Pinjaman 40,000 (5 tahun) 25,000 (5 tahun)
Faedah Pinjaman 4% 7%

40,000 x 0.04 x 5 25,000 x 0.07 x 5

=8,000 =8750

10,000 / 60 bulan 8750 / 60 bulan

=133.33 =145.83
Prinsipal 40,000 / 60 bulan 25,000 / 60 bulan

=666.67 =416.67

Susut Nilai

Harga(RM) Kadar(%) Nilai(RM)


Lori 35,000 20 7,000
Pengubahsuaian 7,000 10 700
Perkakasan 10,000 10 1,000

22
Peralatan 2,000 10 200
Jumlah 8,900

Bayaran Bulanan = RM8,900 / 12 bulan

= RM741.67

Analisis Kewangan

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3


Profit Margin 111,950 / 600,000 148,347.24 / 699,996
Profit Before Tax / x 100% x 100%
Sales x 100% =18.18% =21.19%

Return on Investment 109,050 / (600,000 148,347.24 / (699,996


Profit Before Tax / + 310,950) + 327,650.04)
(Sales + Operation =0.12 sen =0.14 sen
Cost)

Breakeven Point 308,049.56 / 30% 327,249.60 / 32% 327,249.60 / 32%


Operational Cost / % = RM1,036,500 =RM1,023,906.38
Gross Profit

Berdasarkan pengiraan di atas, profit margin perniagaan ALEAF Sdn Bhd pada tahun
pertama mencatat sebanyak 18.18% dan meningkat kepada 21.19% pada tahun kedua.
Seterusnya, return on investment perniagaan ALEAF pada tahun pertama mencatat sebanyak
0.12 sen dan meningkat sebanyak 0.02 sen kepada 0.14 sen pada tahun kedua. Breakeven
point perniagaan ALEAF pada tahun pertama mencatat sebanyak RM1,036,500 dan menurun
kepada RM1,023,906.38 pada tahun kedua. Secara keseluruhannya, perniagaan ALEAF pada
tahun kedua adalah mendapat keuntungan dan cekap kerana kos jualan telah meningkat
sebanyak 2% kepada 32% pada tahun kedua.

23
6.0 RUMUSAN

Berdasarkan prospek syarikat dalam jangka 3 serta 5 tahun akan datang, Syarikat ALEAF
Sdn Bhd akan mencapai keuntungan yang tinggi kerana permintaan yang tinggi daripada para
pelanggan terhadap makanan sejuk beku. Ujuran keuntungan yang dibuat pada tahun pertama
operasi agak rendah kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal.
Syarikat ALEAF Sdn Bhd mempunyai rancangan untuk meluaskan pasaran ke peringkat
antarabangsa dengan mengeksport makanan sejuk beku ke luar negara seperti di negara
Indonesia, Brunei kerana bahan mentah yang rendah dan tenaga kerja lebih banyak
berbanding di Malaysia. Syarikat kami juga menjalinkan hubungan kerjasama yang erat
dengan syarikat makanan sejuk beku di luar negara. Syarikat ALEAF Sdn Bhd juga berhasrat
untuk menjalankan perniagaan secara online dan menjadi pembekal makanan sejuk beku
kepada para peniaga. Pertumbuhan organik syarikat juga stabil untuk masa hadapan kerana
sistem pengurusan yang cekap oleh pihak pengurusan.

24
BROSUR SYARIKAT ALEAF SDN BHD

25

You might also like