You are on page 1of 25

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Rancangan Perniagaan
-KZ Agro Enterprise-

Pastinya Pilihan Rakyat


PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN (MARA)
ALAMAT PERNIAGAAN :
NO 12,KG GUMUT KALUMPANG,44100 KUALA KUBU BAHARU,
HULU SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN
ORANG YANG BOLEH DIHUBUNGI :
En. Fikri - 019-5262336/012-3199371
En. Aidil - 017-3553577

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Kandungan

Muka Surat

Pendahuluan
3
Latar Belakang
Syarikat.4
Latar Belakang
Usahawan..5
Latar Belakang
Projek/Perniagaan..6
Maklumat terperinci dan spesifik tapak
perusahaan.7
Maklumat Teknikal Infrastruktur /
Fasiliti11
Maklumat Teknikal Mesin/Alatan/Bahan Binaan
Kolam.15
Anggaran
pengeluaran
.17
Aspek
Pengurusan
..18
Aspek
Pemasaran
.18
Kesimpulan
22

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

1. PENDAHULUAN :
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan
pembiayaan
sebanyak RM 50,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menjalankan
Projek Penternakan Ikan Air Tawar di atas tanah terbiar di Kalumpang, Hulu
Selangor. Kemudahan pembiayaan tersebut meliputi pembiayaan pinjaman
sebanyak RM 100,000 daripada MARA.
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf dan
sosioekonomi
masyarakat di dalam bidang pertanian dan penternakan, maka En. FIkri dan En.
Aidil akan menubuhkan sebuah syarikat perniagaan yang dikenali sebagai KZ Agro
Enterprise di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001). Perniagaan
ini beroperasi sebagai pusat pembangunan teknologi pembenihan, pembesaran dan
penjualan hasil penternakan ikan air tawar dan pertanian berasaskan
BIOTEKNOLOGI. Ianya akan beroperasi di sebuah tapak operasi yang akan
dimajukan di (). Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi, maka En. Fikri dan
En.Aidil telah mengambil inisiatif untuk menceburkan diri di dalam perniagaan bagi
melaksanakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Sumber Ikan Air Tawar Negara masih tidak mencukupi untuk menampung
keperluan pasaran tempatan. Oleh itu, pihak kami akan melaksanakan langkah
proaktif kerajaan memesatkan kegiatan ekonomi penternakan ikan air tawar.
Beberapa spesies ikan air tawar yang telah dikenal pasti dan terbukti
keberkesanannya untuk projek ini adalah ikan keli. Ini adalah kerana kedua-dua
spesies ini telah diternak dengan jayanya secara komersial oleh segelintir usahawan
dan kejayaannya amatlah memberangsangkan. Faktor utama pemilihan spesies
tersebut untuk tujuan
komersial adalah disebabkan oleh :
1. Dikenali ramai dan permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar
negara.
2. Bekalan benih mudah diperoleh dengan harga yang berpatutan.
3. Tempoh ternakan yang singkat (3-6 bulan) dan boleh diusahakan secara
berperingkat.
4. Memerlukan kawasan yang kecil dan boleh disimpan lebih padat daripada
spesies lain.

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

5. Makanan ikan mudah didapati dalam bentuk until dengan kos yang
berpatutan.
6. Daya ketahanan penyakit dan kadar kehidupan yang tinggi .
7. Hidup dalam persekitaran semula jadi (kolam tanah) dengan mudah.
8. Potensi untuk dieksport ke Negara Luar dengan kadar pulangan yang tinggi.
Penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi akuakultur telah banyak memberi
peluang
kepada penternak ikan air tawar untuk mengenal pasti potensi dan perkembangan
terkini bagi meningkatkan produktiviti, kualiti dan nilai tambah terhadap produk
perikanan. Ini adalah satu titik permulaan bagi memperkembangkan operasi
perniagaan di bidang akuakultur dan agrikultur di samping memperluaskan bidang
skop perniagaan. Justeru bagi menyahut dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi
negara, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk menyahut cabaran bagi
menyaingi para usahawan di pasaran global. Ini akan dilakukan melalui proses
pembelajaran dan peningkatan ilmu-ilmu perniagaan yang di perolehi secara formal
atau informal. Tindakan kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah proaktif dalam
Bajet Belanjawan 2015 akan memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan
mengupayakan modal insan serta keusahawanan.

Amaun dan tujuan pembiayaan :


Pembiayaan RM 100,000
Pembayaran balik

Modal kerja
Dari pendapatan perniagaan
(Nama syarikat)

2. LATAR BELAKANG SYARIKAT


Demi menyahut seruan kerajaan untuk mempertingkatkan taraf dan sosio ekonomi
masyarakat di dalam bidang pertanian dan penternakan, maka En. Fikri dan En.
Aidil telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan yang dikenali sebagai KZ Agro
Enterprise di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001). Perniagaan
ini beroperasi sebagai pusat pembangunan teknologi pembenihan, pembesaran dan
penjualan hasil penternakan ikan keli berasaskan kolam ternakan tanah KZ Agro
Enterprise akan beroperasi di sebuah tapak operasi yang akan dimajukan di
Kalumpang , Hulu Selangor Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi maka
En. Fikri dan En. Aidil telah mengambil inisiatif untuk menceburkan diri di dalam
perniagaan bagi melaksanakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Misi syarikat :
1. Ingin menebusi pasaran tempatan dalam tempuh 1 tahun akan datang.
2. Syarikat juga mahu membuka ladang di setiap negeri di Semenanjung
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak secara berperingkat.
3. Mencari peluang pemasaran di luar Malaysia iaitu Asia Tenggara.

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

4. Ingin mencapai tahap syarikat antarabangsa dengan mewujudkan francias


diluar daripada Asia Tenggara saperti China, Eropah dan Timur Tengah secara
berperingkat.
5. Ingin mencapai tahap ISO demi keyakinan pengguna terhadap produk ikan
keli dan belut.
Senarai objektif-objektif syarikat :
1. Pusat Pembenihan & Penetasan Ikan Air Tawar.
2. Pusat Pemprosesan Makanan Ikan.
3. Projek Usaha sama Memajukan Tanah Terbiar & Khidmat Juru Perunding
Perikanan
4. Pusat Teknologi Penyelidikan Dan Pembangunan Perikanan.
5. Pusat Pengumpulan & Penjualan Hasil Ikan Air Tawar.
6. Pusat Penternakan Marin-Akuakultur (Air Masin)
7. Teknologi Rawatan & Kitar Semula Air.
8. Penghasilan Produk Makanan & Bioteknologi.
9. Agro-Pelancongan
Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia khususnya
Bumiputera
apabila menghadapi masalah sosioekonomi yang timbul daripada sejarah
pergolakan politik
perdagangan antarabangsa menunjukkan pentingnya bidang keusahawanan dalam
melahirkan golongan usahawan yang tulen dan mampu berdaya saing.

3. LATAR BELAKANG USAHAWAN


BUTIR-BUTIR PERIBADI USAHAWAN PERTAMA:
NAMA
NO KAD PENGENALAN
ALAMAT TETAP
KUALA KUBU BAHARU,
TARIKH LAHIR
UMUR
JANTINA
TARAF PERKAHWINAN
WARGANEGARA
TARAF PENDIDIKAN
AGAMA
PENGALAMAN KERJA
PEKERJAAAN SEKARANG
KEMAHIRAN / KEBOLEHAN
JAWATAN DALAM SYARIKAT
NO. TELEFON / FAKS
MOBILE PHONE NO

: MOHAMAD AL-FIKRI BIN AHMAD KAMAL


: 930123-10-5891
: NO 12,KG GUMUT KALUMPANG,44100
HULU SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN
: 23-01-1993
: 21 TAHUN
: LELAKI
: BUJANG
: MALAYSIA
: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
: ISLAM
: SYARIKAT PERKAPALAN
: JURU KIMPALAN SOKONGAN
: PERNIAGAAN,PENGURUSAN,USAHAWAN,TANAMAN
: WELDER
:: 019-5262336/012-3199371

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

BUTIR-BUTIR PERIBADI USAHAWAN KEDUA (RAKAN KONGSI) :


NAMA
NO KAD PENGENALAN
ALAMAT TETAP
KUALA KUBU BAHARU,
TARIKH LAHIR
UMUR
JANTINA
TARAF PERKAHWINAN
WARGANEGARA
TARAF PENDIDIKAN
AGAMA
PENGALAMAN KERJA
PEKERJAAAN SEKARANG
KEMAHIRAN / KEBOLEHAN
JAWATAN DALAM SYARIKAT
NO. TELEFON / FAKS
MOBILE PHONE NO

: MOHAMAD AIDIL BIN AHMAD KAMAL


: 910623-10-5013
: NO 12,KG GUMUT KALUMPANG,44100
HULU SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN
: 23-06-1991
: 23 TAHUN
: LELAKI
: BUJANG
: MALAYSIA
: SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
: ISLAM
:
: PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN OPERASI)
MINI RTC SG GUMUT,KALUMPANG
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR (KKLW)
: ICT,PERNIAGAAN,PENGURUSAN
: PENGURUS MINI RTC
:: 017-3553577

4. LATARBELAKANG PROJEK / PERNIAGAAN


BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN / SYARIKAT
Nama Projek : Projek Penternakan Ikan Keli
Nama Syarikat : KZ AGRO ENTERPRISE
Alamat Perniagaan : NO 12,KG GUMUT KALUMPANG,44100 KUALA KUBU BAHARU,
HULU SELANGOR,SELANGOR DARUL EHSAN
Tapak Projek : Jalan Batu 45 , Jalanraya Kuala Lumpur
No Telefon : 019-5262336/012-3199371
No Fax : E-mail : fikrikamal93@gmail.com
No Pendaftaran Perniagaan :
Jenis Perniagaan :

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Milik tunggal

Sdn Bhd

Perkongsian

Syer Awam

Koperasi

Perbadanan

Tarikh daftar perniagaan :

5. MAKLUMAT TERPERINCI DAN SPESIFIK TENTANG TAPAK PERUSAHAAN


Projek penternakan ikan air tawar yang akan diusahakan oleh KZ Agro Enterprise
akan
beroperasi di sebuah tanah terbiar seluas 1.270 ekar yang terletak di Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan. Sila rujuk maklumat tapak projek dibawah :
Lot No
Luas Kawasan
Jenis Geran
Mukim / Daerah

: Lot 217
: 1.270 ekar (0513 ha)
: Hak Milik Sementara (habis tempoh pada 19.8.2086)
: Kalumpang, Hulu Selangor

Pelan Lokasi tapak (peta skematik) :

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Penerangan secara terperinci tentang tapak perusahaan :


Tapak ini dilengkapi dengan bekalan air sedia ada yang mengalir di kolam terbiar
yang dihubungkan dengan sungai yang terletak 10 meter dari kolam tersebut. Ianya
juga dihubungkan oleh mini tar pada jarak 300 meter daripada jalanraya .Selain
daripada itu, ianya juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air daripada
penempatan berdekatan. Bekalan elektrik 3 fasa akan disalurkan bagi memenuhi
keperluan kemudahan penggunaan elektrik di tapak projek tersebut. Walaupun
tapak yang dicadangkan mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menjayakan
projek ini, pihak syarikat cuma akan menggunakan sebahagian (1/3 bahagian) iaitu
keluasannya adalah 120x60 kaki daripada keluasan tapak 1.270 ekar sahaja bagi
mengusahakan projek ini. Baki sebahagian lagi tapak projek ini akan dimajukan di
fasa ke-2 bagi memperkembangkan operasi syarikat di masa hadapan. Ini adakah
kerana kos infrastruktur dan pembinaan tapak tersebut memerlukan modal yang
besar untuk diusahakan. Fokus dan komitmen yang tinggi diperlukan bagi kemajuan
dan perkembangan syarikat ini dimasa hadapan.
Gambar tapak sebelum diusahakan :

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Gambar Rajah 1

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Gambar Rajah 2

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Gambar Rajah 3

6. MAKLUMAT TEKNIKAL INFRASTRUKTUR / FASILITI

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Projek penternakan ini akan dijalankan di sebahagian daripada keluasan tanah 4r


015j atau lebih
kurang 2 ekar keluasan tapak. Di atas tapak tersebut akan didirikan infrastruktur
bangunan pusat
pengumpulan, kolam asuhan simen, kolam pembesaran simen , kolam tadahan,
kolam punca air dan
kolam tanah (pembesaran dan asuhan). Sila rujuk keterangan di bawah:
a) Kolam Pembesaran (15 kaki x 60 kaki) 2 buah
c) Kolam Punca Air (40x 20X10) 1 buah
d) Pusat Pengumpulan / Stor (20X 90X10) 1 buah
e) Kolam penjagaan bagi ikan keli yang sudah matang (60 x 60) 1 buah
Bagi aspek pengurusan punca air, terdapat sungai yang jernih terletak di sebelah
projek perusahaan yang berpunca dari banjaran Titiwangsa. Maka, tentang punca
air, syarikat tidak perlu risau kerana dengan generator penyedut air, air di kolam
boleh ditukar sekerap yang mungkin bagi memastikan spesies ikan keli yang
diternak di kolam ternakan mendapat oksigen yang secukupnya dan tidak berbau
hanyir dan busuk.
6.1
Nasihat-nasihat daripada pengusaha-pengusaha lain yang perlu di
ambil berat :
Kolam tanah :
Walaupun ada pelbagai jenis pilihan kolam seperti kolam simen, kolam kanvas atau
kolam tangki fiber/plastik, namun tiada yang lebih baik dari kolam tanah.

Korek kolam mengikut kesesuaian saiz tanah, cerun, kemudahan dan


seumpamanya.
Luas, lebar kolam, kaki persegi, 10' x 30', 20' x 30', 50' x 50', 100' x 100'
(general measurement).
Kedalaman: 3-6 kaki dengan rizab tebing 1-3 kaki.
Pastikan tebing kolam kukuh, tidak mudah runtuh.
Sekiranya perlu, tutup tebing dengan kanvas, rumput atau seumpamanya .
Sekiranya mampu, tebing kolam di konkrit sesuai untuk kolam bersaiz
sederhana ie 20'x30', namun kos nya tinggi dan akan menyebabkan
pulangan pelaburan yang lebih lewat.
Kolam perlu mempunyai sistem air masuk(inlet), air keluar
(outlet) dan kawalan limpahan air(overflow)
Kolam tanah yang tidak mempunyai sistem yang sempurna bakal
mengundang masalah kerja yang lebih teruk kemudian hari.
Kolam yang lebih besar, disarankan menggunakan sistem jaring bagi
memudahkan kerja-kerja kawal selia dan penuaian.
Sumber air :

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Jenis air yang sesuai termasuk air mata air seperti air dari telaga, air sungai,
air bukit, air tasik atau paya
Bebas dari pencemaran dan kandungan besi(ion)
Sekiranya perlu, terutama bila menggunakan air sungai, buat kolam
takungan(detention pond) untuk rizab air, juga sebagai memastikan kolam
penternakan sentiasa mendapat air hidup dan bebas dari kotoran
Melalui pemerhatian, air yang baik biasanya mempunyai kecairan yang
tinggi(tidak likat), tidak berbau, berwarna jernih, dan terpisah dari benda
asing.
Sifat sedemikian menunjukkan air mempunyai kadar pencemaran yang
rendah serta kandungan oksigen yang tinggi, dan dengan itu akan
memastikan ikan sentiasa sihat dan cergas
Penggunaan sumber air masuk ke kolam berdasarkan graviti lebih ekonomik
berbanding penggunaan pam minyak atau elektrik, biasanya boleh dilakukan
sekiranya kedudukan sumber air lebih tinggi dari kolam ternakan
Penyediaan Kolam

Isikan kolam dengan air yang bersih, sekiranya perlu gunakan penapis seperti
jaring, kain buruk dan sebagainya bagi memastikan tiada unsur pemangsa
sperti haruan ataupun yang lebih besar masuk ke dalam kolam.
Paras kedalaman air yang disyorkan 3 kaki.
Masukkan baja, ditabur rata, spt tahi ayam, NPK, organik dan sebagainya
pada kadar 3g sekaki persegi bagi menggalakkan pertumbuhan hidupan seni
seperti phytoplankton, zooplankton dan algae.
Contoh: Kolam bersaiz 100' x 50' = 5,000 kaki persegi x 3g = 15,000g = 15
kg baja.
Selepas dibaja, biarkan kolam selama seminggu bergantung kepada keadaan
cuaca.
Sekiranya kolam anda berlumpur atau banyak mengandungi besi(ion) serta
pernah atau telah digunakan untuk penternakan sebelum ini, seelok2nya
kolam dibuat pengapuran dan diracun terlebih dahulu bagi membunuh
patogen, parasit dan pemangsa seperti ikan haruan.
Pengapuran, guna kapur abu panas/quick lime(CaO) pada kadar 100g untuk 1
kaki persegi.
Isi air pada paras sekaki dan biarkan selama 2 minggu.
Taburkan racun seperti hampas biji teh(teaseed cake) pada kadar 2g untuk 1
kaki persegi.
Kolam perlu dibiarkan selama sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum dibaja.
Baja, kapur dan racun boleh didapati di kedai2 pertanian atau melalui
pertubuhan peladang setempat.
Warna air kolam yang telah sedia utk penternakan biasanya hijau cair dengan
penglihatan(visibility) sekurang2nya 1-2 kaki dari permukaan.
Kehadiran hidupan seni, phytoplankton dan zooplankton seperti moina,
rotifer, daphnia dan lain-lain serta hidupan kasar seperti jentik2, telur katak
menunjukkan kolam sesuai untuk dimasukkan anak benih.
pH yang baik antara 6.5-7.5
Suhu yang baik antara 28-31 darjah Celsius.

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Pemilihan dan pelepasan anak-anak benih

Anak benih yang baik mestilah tidak mengalami kecacatan dan cedera kesan
dimakan kawan seperti putus ekor, berwarna cerah(tidak hitam legam) dan
kurang lendir terbebas

Saiz anak benih yang sesuai adalah 1-2"

Anak benih yang telah dikuarantinkan terlebih dahulu akan menjamin kadar
kehidupan yang lebih tinggi sehingga melebihi 90% apabila dimasukkan ke
dalam kolam ternakan

Benih puyu yang telah diberi hormon estrogen adalah digalakkan kerana
mempunyai kadar jantina betina yang tinggi biasanya 80% bagi penghasilan
tuaian yang lebih cepat

Hormon estrogen tidak berbahaya kepada manusia kerana kadar


penggunaannya amat rendah dan biasanya keberkesanan akan hilang
selepas 4 bulan iaitu ikan jantan akan bertukar sifat semula jadi ke asal
semula

Penggunaan benih biasa akan menyebabkan penternak terpaksa menunggu


tempoh yang lebih lama serta menanggung kos makanan yang lebih tinggi

Waktu pelepasan benih yang paling baik adalah di sebelah pagi atau petang

Berikut merupakan antara salah satu aspek-aspek yang perlu dititik-beratkan jika
ingin membuat penternakan ikan air tawar. Jika diberi peluang untuk membesarkan
lagi perniagaan ini, semakin ramai belia-belia menyahut cabaran untuk mencuba
peluang perniagaan dan juga perusahaan ini.
Pelan Cadangan Tapak Kolam Penternakan & Kemudahan Sedia Ada :

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

7. MAKLUMAT TEKNIKAL MESIN / ALATAN/ BAHAN BINAAN KOLAM


1) Peralatan dan alatan mesin yang diperlukan :
Jenis
Yamaha Genset
Generator
Tokai Trash water
Pump
Awning Zink
Black Net/Jaring
Hitam
Jaring Ikan
Mesin Rumput
Simen
Pagar Kawat
Tangguk Ikan
Tangki Air PVC
Tiang Konkrit
Pasir

Bil Unit
1

Harga seunit
(RM)
2500.00

Jumlah Harga
(RM)
2500.00

3000.00

3000.00

150
18 (bundles)

2.80
90.00

2520.00
1620.00

17.5 (kg)
1
40
30(bundle)
2
1
8
1 set
penghantara

16.00
880.00
18.00
36.00
15.00
270.00
30.00
500.00

280.00
880.00
720.00
1080.00
30.00
270.00
180.00
500.00

Pembekal
Yamaha
Tokai

Tanaka
YTL

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

n
3
8

Besi 2x2
Batang besi(1
inchi)
Pagar Hijau
1 set
Jaring halus
18 (bundles)
Paip PVC (3 inchi)
32 batang
Paip Besi (2 inchi)
18
Proses
5 (hari)
pembaikan pulih
kolam
Timbang (200 kg)
1
Bakul
5
pengumpulan
hasil
Mesin
2
penggredan saiz
ikan
Tangki Oksigen
1
Yuran Konsultan
1
Daftar Syarikat
1
Yuran/Caj Proses
1
Jumlah

35.00
30.00

105.00
240.00

9000.00
60.00
28.00
40.00
1000.00

9000.00
1080.00
1036.00
828.00
5000.00

340.00
150.00

340.00
750.00

1000.00

2000.00

350.00
2000
120
200

350.00
2000
120
200
36,629.00

2) Keperluan Bahan Mentah / Barangan Yang Diperlukan (secara pra-operasi)


Jenis

Bil Unit

Harga Seunit
(RM)

Tong Racun
1
Serbuk Kapur
5
Benih Ikan
20,000
Makanan
5000 kg
Permulaan
(Starter)
Makanan
12,000 kg
Tumbesaran
(Grower)
Bahan pre-bio
15 kg
(starbio)
Ubat-ubatan
5
Jumlah

120.00
16.00
0.09
2.05

Harga
keseluruhan
(RM)
120.00
80.00
1800.00
10,250

1.95

23,400

20.00

300.00

100.00

500.00
36,450.00

Pembekal

Anggaran Jumlah Semua kos :


Jumlah ( 1 + 11)
Peratusan
Pembiayaan

1.Peralatan

2.Bahan Mentah

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

Jumlah

73,079.00

8. Anggaran Pengeluaran
Anggaran pengeluaran :
8.1

Nilai Pengeluaran dalam nilai ringgit Malaysia :

BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
JUMLAH
PURATA NILAI HARGA :
8.2

1
0
0
0
13,500
13,500
13,500
22,500
22,500
22,500
22,500
22,500
22,500
175,500

NILAI TAHUN (ringgit Malaysia)


2
22,500
22,500
22,500
40,000
40,000
40,000
40,000
40,000
40,000
50,000
50,000
50,000
457,500

3
50,000
50,000
50,000
70,000
70,000
70,000
70,000
70,000
70,000
70,000
70,000
70,000
780,000

KELI RM5.00 / KG

Nilai pengeluaran dalam metrik tan (1,000 kg)

BULAN
1-3
4-6
7-9
10-12
JUMLAH

NILAI TAHUN (METRIK TAN)


1
2
Belum cukup
4.5
matang
2.7
8.0
4.5
8.0
4.5
10.0
11.7
30.5

3
10.0
14.0
14.0
14.0
52.0

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

9. ASPEK PENGURUSAN
En Fikri
Jawatan dan peranan yang disandang :
1)
2)
3)
4)

Pengurusan aktiviti-aktiviti di dalam syarikat


Menyelia setiap pekerja yang bekerja di dalam syarikat
Memastikan setiap perjalanan aktiviti syarikat berjalan lancar
Memastikan perniagaan mematuhi undang-undang perniagaan Malaysia.

En. Aidil
Jawatan dan peranan yang disandang :
1) Memegang akaun syarikat
2) Memastikan pergerakan modal syarikat berada di laluan yang betul
3) Menyelia setiap pembelian alat-alatan dan bahan mentah untuk
perniagaan
4) Memastikan setiap pekerja mendapat upah/ gaji yang secukupnya selari
dengan pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja di dalam syarikat.
10.
10.1

ASPEK PEMASARAN

Lokasi Pemasaran :

Tapak projek penternakan ikan air tawar ini terletak di Hulu Selangor, Selangor.
Ianya terletak lebih kurang 15 km daripada pekan Kuala Kubu Bharu dan 10 km
daripada pekan Tanjung Malim. Lokasi ini merupakan laluan utama bagi kenderaan
yang hendak ke Kuala Lumpur jika ingin menggunakan jalan lama dan tidak
menggunakan tol. Dilengkapi dengan jalinan jalan raya yang lebar dan luas bagi
kemudahan sistem pengangkutan.
Terdapat masjid, klinik, sekolah, kedai makan/warung, kawasan perindustrian kecil,
gudang komersial & stesen minyak berdekatan dengan tapak lokasi projek. Bagi
penempatan penduduk pula terdapat rumah kampong, asrama pelajar& kediaman
penduduk di kawasan setempat yang berselerakan di sekitar kawasan tersebut..
Disebabkan lokasinya yang strategik dengan segala kemudahan infrastuktur yang
pesat membangun, saya berkeyakinan penuh projek yang akan dimajukan di lokasi
ini akan berjaya dan mampu bersaing dalam menempuhi segala rintangan
perniagaan.
10.2

Saiz dan syer pasaran

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia (Food and Agriculture Organization ,FAO)
mengenal pasti bidang akuakultur sebagai sektor pengeluaran makanan yang
paling cepat berkembang iaitu sebanyak 11% setahun berbanding 3.1% bagi
industri penternakan haiwan dan 0.8% tangkapan perikanan laut. Malaysia

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

mengimport sebanyak 340,012 tan metrik ikan bernilai RM1.93 billion setahun dan
mengeksport sebanyak 148,289 tan metrik ikan berkualiti tinggi yang bernilai
RM1.247 bilion setahun. Pengeluaran spesies akuakultur air tawar pula berjumlah
21,000 tan metrik bernilai RM99 juta setahun.
Menjelang 2015, Malaysia memerlukan 600 ribu tan metrik ikan setahun daripada
Industri Akuakultur untuk menampung keperluan dan kehendak pasaran.
Permintaan hasil perikanan dijangka akan terus meningkat dari 40kg/orang setahun
kepada 56kg/orang setahun pada 2015 berkadaran terus mengikut peningkatan
populasi penduduk negara.
Oleh yang demikian, ternyata pengeluaran ini tidak mencukupi bagi menampung
permintaan semasa pengguna yang semakin meningkat. Dengan wujudnya
perdagangan antarabangsa dalam bidang akuakultur dan spesies akuatik,
permintaan pasaran luar negara semakin bertambah. Bagi mengimbangi keperluan
pasaran tempatan dan luar negara ,pihak syarikat telah menyasarkan 80%
pengeluaran hasil untuk pasaran tempatan dan 20% untuk dieksport ke luar negara.
Pembangunan dalam bidang sains dan teknologi yang berterusan dapat
memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat yang akan meningkatkan hasil,
mengurangkan kos dan penggunaan buruh bagi menampung keperluan pasaran di
masa depan.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, kaedah penternakan secara tradisional
perlu ditukarkan kepada yang lebih moden yang dapat meningkatkan produktiviti
dan kualiti ikan yang diternak. Penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti akuakultur dengan kerjasama semua pihak. Langkah ini
penting bagi memodenkan industri perikanan menjadi lebih komprehensif dan
berdaya maju bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara.
10.3

Pasaran domestik :

Sasaran pasaran bagi projek perikanan ini adalah 80% bagi pasaran tempatan di
mana ianya difokuskan kepada pengusaha-pengusaha makanan , gerai menjual
makanan, restoran dan pemborong yang terdapat di sekitar kawasan Kedah. Buat
masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha
makanan setempat dan peratusan ini menunjukkan peningkatan yang drastik dari
masa ke semasa terutamanya di sekitar bulan Ramadhan. Oleh itu pihak syarikat
telah merancang untuk mengeluarkan hasil secara berterusan dan berperingkatperingkat bagi memastikan kesinambungan bekalan ikan di pasaran bagi setiap
masa.
Harga pasaran tempatan ikan air tawar adalah :
1) Ikan Keli : RM4.50 RM5.50 / kg (Harga Purata = RM 5.00)
Pengeluaran spesies ikan air tawar sebanyak 21,000 tan metrik setahun untuk
pasaran tempatan adalah dihasilkan oleh 90% pengusaha kecil dan sederhana.
Pengusaha ikan secara komersial pula banyak memfokuskan kepada pasaran luar
negara yang lebih global dan mempunyai pulangan yang konsisten dan tinggi. Nilai

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

pasaran tempatan akan dipertingkatkan lagi dengan kerjasama Khazanah Nasional


yang akan menubuhkan Syarikat Pertanian dan Makanan Nasional untuk menjadi
pusat kecemerlangan pengurusan rantaian bekalan pertanian negara.
Tumpuan haruslah diberikan kepada aktiviti komersial, penjenamaan, penyelidikan
dan pembangunan (R & D), penetapan piawaian pengeluaran dan logistik serta
penubuhan perladangan berteknologi tinggi. Bagi memperluaskan lagi pasaran
tempatan, bidang pemprosesan haruslah diutamakan. Ini kerana ianya mampu
menghasilkan hasil pengeluaran yang mempunyai nilai tambah dan keunikan yang
tersendiri bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.
Pelanggan Utama Syarikat adalah terdiri daripada :
10.4 Pasaran Luar Negara
:
Pasaran luar negara menghasilkan 20% daripada nilai jualan. Negara yang menjadi
potensi bagi penjualan hasil ikan air tawar ini adalah Thailand ,Singapura, Amerika
& Timur Tengah. Walaupun begitu, kebanyakkan hasil ikan air tawar yang dieksport
adalah dalam bentuk yang sudah diproses seperti fillet, surimi dan makanan sejuk
beku.
Harga pasaran bagi ikan air tawar ke luar Negara adalah :
1) Ikan Keli : USD1.50 2.00 / kg.
Walaupun pihak syarikat mempunyai keyakinan terhadap pasaran di Luar Negara
namun buat masa terdekat ini, pihak syarikat tidak akan mengeksport hasil
perikanan ke Luar Negara. Ini adalah disebabkan kos logistic dan penghantaran
adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pengeluaran hasil syarikat
dalam jangka pendek. Tambahan pula kadar pengeluaran syarikat tidak mencukupi
bagi menampung keperluan Negara luar yang begitu tinggi permintaannya . Oleh
yang demikian, syarikat akan berusaha untuk memperluaskan dan
mempertingkatkan hasil projek penternakan ikan air tawar ini bagi memenuhi
permintaan pelanggan di luar Negara.
Diharap dengan galakkan kerajaan dalam membangunkan sumber ekonomi
pertanian
dan penternakan dapat memajukan hasrat pengusaha-pengusaha kecilan dan
komersial
bagi memenuhi permintaan pasaran di dalam dan luar negara.
10.5

Analisa Persaingan :

Industri Penternakan Ikan Air Tawar mempunyai pelbagai tarikan yang


menyebabkan ramai usahawan berminat untuk menceburi bidang terbabit. Faktor
ini disokong dengan fakta pertambahan bilangan penduduk serta keperluan sumber
makanan yang semakin meningkat. Berdasarkan situasi semasa, (nama syarikat)
tidak menghadapi saingan yang sengit memandangkan keperluan dan permintaan
pasaran tempatan masih tidak mencukupi.
10.6

Strategi pemasaran

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

KZ Agro Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik


dan unik bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di
gunakan ialah pihak pengurusan perniagaan ialah sentiasa menjalinkan
perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk panjang.
Beberapa sesi penerangan serta lawatan juga telah dirangka bagi kawasan utara
untuk meningkatkan dan memantapkan skop pasaran. Pihak pengurusan
perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi.
Pihak pengurusan juga telah merangka untuk memperluaskan lagi skop perniagaan
dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan
memajukan lagi perniagaan utama.Di antara skop tersebut adalah dengan menjadi
perintis dan pemangkin ekonomi di sektor penternakan ikan air tawar di kawasan
tanah terbiar.
1) Projek pembenihan dan pemprosesan ikan
Bagi memastikan kesinambungan dalam perniagaan utama, pihak pengurusan juga
bercadang untuk membina pusat pembenihan dan pemprosesan makanan ikannya
sendiri. Ini adalah kerana kos untuk benih dan makanan merupakan penyumbang
terbesar di dalam jumlah kos perbelanjaan . Benih ikan dan makanan merangkumi
50 % daripada jumlah kos tersebut. Oleh yang demikian, pihak syarikat telah
bercadang akan mengeluarkan 500,000 benih ikan sebulan dan 10 tan metrik
makanan ikan untuk kegunaan syarikat dan pengusaha-pengusaha kecil kawasan
setempat. Strategi ini dijangka akan dapat menambah pendapatan kasar syarikat
sebanyak 30 % sebulan.
2) Projek Usahawan tanah terbiar
Mencari dan mengusahakan Tanah Terbiar di kawasan sekitar secara bersama
dengan pemilik tanah. Dengan galakkan dan sokongan daripada pihak tertentu,
projek yang berintensifkan modal ini dapat
dimajukan dengan adanya perancangan dan komitmen yang tinggi dari kedua-dua
belah pihak. Usaha ini dijangka dapat menjana 50 % daripada pendapatan bersih
hasil Projek bersama ini. Di samping mengurangkan jurang perbezaan terhadap
keperluan ikan air tawar negara dan industri akuakultur amnya.
3) Pusat pengumpulan dan penjualan ikan air tawar
Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan pengusaha dalam industri
akuakultur ini adalah kegagalan mendapatkan pasaran. Ini berlaku kepada
pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tradisioanal yang tak mampu untuk
memasarkan hasil pengelauran secara intensif. Oleh yang demikian, pihak
pengurusan syarikat bercadang untuk menubuhkan pusat pengumpulan hasil
serantau dimana, sesiapa sahaja yang ingin memasarkan hasil pengeluaran mereka
bolehlah berbuat demikian. Harga yang ditetapkan adalah berpatutan mengikut
perkembangan harga pasaran semasa. Pihak syarikat akan mengumpul dan menjual
semua jenis hasil ikan air tawar ini di pasaran terbuka secara borong. Secara tak
langsung ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan logistik serta membantu
golongan pengusaha kecil dan sederhana memasarkan hasil keluaran perikanan air

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

tawar. Pusat dijangka dapat menjana ekonomi sebanyak 15 tan metrik ikan air
tawar atau Rm30,000 pendapatan kasar sebulan.
10.7

Promosi Pemasaran

Pelbagai teknik pemasaran akan digunakan untuk mempromosikan KZ Agro


Enterprise kepada masyarakat di dalam negara secara amnya dan luar negara
secara khususnya . Antara promosi-promosi yang akan dilaksanakan adalah :
1) Promosi Dalam Majalah Berita Perikanan, Majalah Pancing, Joran, Rod & Line
dan surat khabar.
2) Promosi Dalam Media Elektronik Melancarkan Halaman WEB syarikat dan
melayari halaman web dalam dan luar negara bagi tujuan promosi.
3) Mengikuti Bengkel / Kursus / Pameran yang diadakan oleh Jabatan Perikanan atau
badan-badan yang berkenaan.
4) Lawatan Sambil Belajar - Ke pusat pusat penyelidikan, pengeluaran dan
pembenihan projek akuakultur kerajaan mahupun swasta dalam potensi
memperluaskan skop perniagaan.
5) Projek Anak Angkat / Praktikal secara usaha bersama dengan Jabatan Perikanan /
Kustem dapat memupuk persefahaman dan pengetahuan yang luas di antara
pengusaha-pengusaha yang baru dan akan menceburi bidang akuakultur.
6) Acara Tahunan Beberapa program agro pelancongan dan kempen akan di
anjurkan oleh pihak syarikat di Tapak Projek Penternakan Ikan Air Tawar bagi
menggalakkan penyertaan masyarakat dalam industri pertanian dan asas tani.
Sebagai contoh : Mengadakan Kempen Makan Ikan Air Tawar, Pertandingan
Memancing dan lain-lain aktiviti agro pelancongan.

KESIMPULAN
(NAMA SYARIKAT) beroperasi sebagai pemangkin kegiatan ekonomi di sektor
pertanian dan penternakan bagi kawasan luar Bandar. Tambahan pula lokasi
perniagaan yang strategik dan dilengkapi dengan sistem dan teknologi moden
dapat menjadi daya penggerak pembangunan ekonomi bagi kawasan luar Bandar
yang ketandusan pengetahuan tentang teknologi. Hasrat ini boleh dicapai dengan
penyertaan pihak swasta dan kerajaan kerana mereka mempunyai modal,
kepakaran dan sistem yang sistematik.
(NAMA SYARIKAT) sedang membangunkan suatu asas perniagaan yang teguh di
dalam industri akuakultur, agrikultur dan bioteknologi melalui penubuhan tapak
projek yang akan dimajukan itu. Perancangan yang baik tanpa tindakan yang betul

Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA

tidak akan mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Begitulah hasrat syarikat


dalam memajukan sektor akuakultur negara yang masih belum kukuh dari segi
produktiviti, kualiti dan perkhidmatan teknologi moden.
Ini bermakna mereka perlu menilai peluang yang ada sebagai satu proses bagi
memperkembangkan ekonomi diri secara berdikari dengan menubuhkan sebuah
entiti perniagaan sendiri, menguruskan syarikat, menjalankan perniagaannya dan
memperkembangkan urus niaga dalam sektor yang diceburi secara professional. Ini
merupakan cabaran utama kepada usahawan BUMIPUTERA bagi mengenal pasti
peluang yang ada.
Peluang mestilah sejajar dengan kemampuan diri. Jika kurang berkemampuan,
kerajaan dan institusi-institusi kewangan mampu menghulurkan bantuan dari segi
kewangan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Begitulah juga dengan
kemelut ekonomi masyarakat Malaysia yang rata-rata dijajah pemikiran dan
ekonomi oleh bangsa lain.
Antara ciri-ciri yang menentukan kemampuan dan kejayaan seseorang adalah
keilmuan, kemahiran, minat, sumber kewangan, teknologi, peralatan dan sistem
pengurusan sumber manusia yang baik. Hasil daripada penelitian yang matang,
maka pihak pengurusan syarikat berpendapat bahawa masa bagi terus melebarkan
sayap operasi perniagaan adalah bertepatan pada waktu sekarang.
Sejajar dengan galakan kerajaan bagi memajukan sektor pertanian dan
penternakan bagi menjamin kestabilan ekonomi masyarakat dan negara. Diharap
kemudahan kewangan yang bakal diterima ini akan dapat membantu bagi
melicinkan operasi perniagaan di dalam membina sebuah empayar perniagaan
bumiputera yang berdaya saing di pasaran global.

You might also like