You are on page 1of 18

FERTIGASI ROCKMELON: PENGENALAN

Fertigasi berasal dari perkataan inggeris iaitu fertigation iaitu hasil


gabungan daripada dua perkataan fertitilization dan irrigation. Konsep
sistem ini ialah menyalurkan baja dalam bentuk larutan terus ke zon
pengakaran melalui system pengairan.

Fertigasi juga merupakan pemberian air dan baja kepada tanaman secara
serentak. Media yang biasa digunakan ialah sabut kelapa dan sekam padi.
Pokok mendapat nutrisi yang lengkap daripada air dan baja melalui
pemberian secara berkala. Fertigasi juga boleh dijalankan di
bawah Rumah Pelindung Hujan (RPH) untuk mengelakkan baja menjadi
larutan cair.Sekiranya baja terlalu cair, kesan baja terhadap tanaman
adalah tidak efektif. RPH juga boleh mengurangkan risiko penyakit
terhadap tanaman.

Sistem Fertigasi Rockmelon yang kami gunakan ialah jenis ‘Autopot’ dan
juga jenis biasa iaitu penggunaan ‘cocopeat’. Fertigasi Autopot bermaksud
kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan
ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem
pengairan titisan. Perbezaan kaedah autopot dan kaedah biasa adalah
keperluan paras air atau larutan nutrien dikawal oleh smart valve. Autopot
ini dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya
tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tujuan utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan


penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur
masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti
dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Sistem
Fertigasi Rockmelon direka bentuk mengikut keperluan amalan fisiologi
dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah. Ia juga
bertujuan ntuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini.

FERTIGASI ROCKMELON: KAEDAH PENANAMAN SECARA


FERTIGASI

a) Persediaan Awal

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum penyemaian


benih dilakukan. Antaranya dengan mengambil kira keperluan baja dan
coco peat. Selain itu perlu menyediakan beg tanaman, tali raffia dan
banyak lagi aspek yang perlu diambil kira. Kawasan penanaman fertigasi
rockmelon juga hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang
sisa dan makhluk perosak. Selepas selesai kerja-kerja menyiap
tapak, silvershine atau weedmat dibentangkan bagi mengelakkan tapak
projek daripada ditumbuhi rumpai.

b) Penyemaian benih

Semasa berada di RPH, benih semaian yang telah ditanam di dalam


dulang disediakan. Ini menunjukkan sebelum pembenihan, benih dirawat
untuk memastikan rock melon membesar dengan sihat sebelum ditanam
dengan menggunakan sistem Fertigasi Rockmelon. Biasanya anak benih
yang ditanam di dalam dulang hanya mengambil masa 10hari hingga ke-2
minggu sahaja. Pastikan hanya menggunakan benih yang berkualiti
sahaja.
c) Pemindahan Anak Benih (Transplant)

Seterusnya pindahkan anak benih yang berusia anatara 10-12 hari atau
boleh dikenal pasti dengan melihat daun keempat sebesar ibu jari tangan.
Anak benih mula di pindahkan dan di tanam di dalam bekas ‘autopot’. Anak
pokok hendaklah dipegang dengan baik agar tidak tercabut akarnya. Bagi
pemindahan anak pokok ke dalam polibeg. Satu lubang perlu digali pada
‘cocopeat’ pada tengah-tengah polibeg dengan ukuran 4cm lebar x 4cm
panjang x 4cm tinggi. Anak pokok ditanam dengan semua bahagian Giffy 7
berada di dalam ‘cocopeat’. Rajah 5 Penanaman melon dalam polibeg.

Rajah di atas menunjukkan cara penanaman pokok rockmelon


menggunakan kaedah Fertigasi Rockmelon.

d) Mengikat Pokok

Tujuan utama pokok diikat adalah untuk menyediakan sokongan kerana


pokok rock melon adalah sejenis tumbuhan jenis menjalar dan tidak
mempunyai batang yang tegak. Oleh itu, sistem sokongan menggunakan
tali rafia di perlukan agar pokok dapat membesar dan tumbuh dengan elok
dan menegak, mendapat cahaya dengan secukupnya dan batang tidak
patah serta buah tergantung dan bersih. Pokok melon juga boleh diikat
selepas dua minggu daripada tarikh anak pokok dipindahkan. Ini kerana
pada usia ini, pokok melon sudah mula menjalar.
Oleh itu, tali rafia digunakan dengan diikat pada pangkal pokok melon.
Kemudian pucuk yang keluar dan semakin memanjang boleh dililit di
sekeliling tali rafia. Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi
memastikan pokok-pokok tanaman terus tumbuh ke atas. Kerja-kerja melilit
pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas
air.

e) Pemangkasan

Pemangkasan hendaklah dilakukan dengan membuang tunas yang keluar


pada batang utama. Tunas tersebut kebiasaannya dipanggil tunas air atau
tunas ketiak. Tunas air akan mula keluar apabila pokok berusia 3minggu.
Tujuan pemangkasan adalah untuk mengelakkan tunas air membesar.
Proses ini akan memberi kesan kepada batang utama dan membantu
pembesaran buah. Jika dibiarkan tunas membesar ia akan mencuri nutrien
yang diperlukan oleh batang dan buah untuk menghasilkan kualiti yang
sihat dan baik. Selain itu, daun-daun tua juga perlu dibuang supaya
mengelakkan penyakit. Pembuangan daun-daun tua dilakukan setelah
mengutip hasil. Proses pemangkasan boleh dilakukan dengan
menggunakan pisau, gunting, pemotong dahan dan sebagainya. Tangan
juga boleh digunakan dengan mengutil tunas yang baru keluar dengan
berhati-hati agar tidak merosakkan pokok.
f) Pembajaan

Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus,


Kalium, Kalsium, Sulfat, Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum,
Zink, Boron, Ammonium, Molibdenum dan Natrium) yang diperlukan
sebagai asas bagi rnendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk
pertumbuhan pokok rock melon yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen,
Hidrogen dan Karbon diperoleh daripada udara). Unsur unsur dalam
bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah
diagihkan ke setiap pokok dengan seragam. Baja boleh disediakan di
dalam frekuensi yang berbeza setiap hari, beberapa kali setiap minggu,
atau mingguan, bergantung kepada keperluan pengairan, jenis tanah, dan
faktor-faktor lain. Biasanya, ia memerlukan 5 kali sehari. Jangan teragak-
agak untuk mengairi jika pengairan diperlukan selain daripada semasa
jadual biasa.

g) Pendebungaan

Pendebungaan ialah di mana bunga jantan kepada bunga betina dengan


menggeselkan stamen ke atas stigma. Ini boleh meningkatkan hasil buah
rock melon. Bunga betinanya berada pada tunas air dan kembung pada
bahagian bawah kelopak bunga. Bunga jantan banyak terdapat pada
batang utama. Bagi melakukan pendebungaan, pilih bunga jantan yang
sihat kemudian buang semua kelopak bunga. Dekatkan bahagian bunga
jantan tadi pada bunga betina dan geselkan bunga jantan pada stigma
bunga betina. Pendebungaan mestilah dilakukan pada waktu pagi iaitu
bermula pada pukul 10 pagi kerana bunga kembang sepenuhnya. Hasil
pendebungaan hanya boleh dilihat selepas 48jam.
Rajah bunga jantan yang dibuang kelopak dan memasukkan gamet jantan
ke dalam stigma betina

Lakaran Grafik Lokasi Bunga Jantan Dan Bunga Betina Pada Pokok
Rockmelon.
Simbol:

h) Penuaian

Tanaman rock melon ini boleh dituai apabila daun pengasuh (flag leaf)
telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak mengelilingi
pangkal buah. Semua hasil boleh asingkan mengikut saiz untuk dijual di
pasaran. Pastikan bahan pemotong untuk memetik buah yang digunakan
tajam agar tangkai dipotong dengan elok dan tidak menurunkan kualiti hasil
tuaian. Ini adalah masa terbaik tahun ini. Tuaian dilakukan manual untuk
memastikan buah-buahan yang tidak rosak.

FERTIGASI ROCKMELON: PERALATAN


a) Tangki Nutrien
Ini adalah jantung Fertigasi Rockmelon. Ini adalah di mana baja disimpan,
pengukuran EC dan pH dibuat. Saiz tangki akan bergantung kepada
bilangan polibegs. Nutrien sama ada boleh mengairi bidang sama ada
menggunakan pam atau oleh graviti.

b) Pam Air
Teknologi ini memerlukan pam untuk mengairi baja dari tangki nutrien
sehingga ke polibeg.

c) Penapis
Sememangnya, sistem akan tersumbat dari masa ke masa jika bekalan air
ke padang tidak bersih. Penapis diperlukan untuk mengelakkan dripper dari
tersumbat itu akan menghalang aliran kepada tumbuhan. Keperluan
penapis perlu diperiksa dan dibersihkan dengan kerap

d) Pengagihan Paip
Paip terutamanya terdiri daripada 3 unsur utama:

i. Garis utama – Garis utama saiz bergantung kepada saiz dan lokasi

ii. Garis Sub – Barisan sub terletak di sepanjang setiap baris polibeg. Ini
adalah di mana garis dripper mikro akan dipasang untuk memastikan baja
sampai ke lokasi

iii. Dripper – Ini adalah di mana kuantiti baja dikawal. Biasanya ia akan
menitis pada kadar 2 liter / jam. Kecenderungan untuk menyumbat di
hujung sangat tinggi jadi cek kerap dan pembersihan dripper yang di
kehendaki.

iv. Polibeg Media – Polibeg dipenuhi dengan koko gambut. Ini akan
menjadi medium di mana tumbuhan makan dengan baja. Sebuah media
yang baik akan memegang kandungan kelembapan dan air pada 60%.
Gambar rajah sistem fertigasi rockmelon secara kecil-kecilan

Lakaran Grafik Kedudukan Pokok Rockmel

on Di Rumah
Pelindungan Hujan (RPH)

Dengan cara penyusunan seperti ini dapat menjimatkan ruang dan boleh
tanam pokok rockmelon dalam kuantiti yang banyak.
FERTIGASI ROCKMELON: SISTEM PENGAIRAN

Air dan baja diperoleh daripada tangki besar yang diperbuat daripada
plastik (polytank), gentian kaca atau konkrit. Tangki yang diperbuat
daripada logam dan besi adalah tidak dibenarkan kerana tangki tersebut
akan bertidakbalas dengan kimia dan pengoksidaan. Kebiasaanya bagi
setiap sistem Fertigasi Rockmelon akan mempunyai 2 tangki besar bagi
menampung kesemua pokok-pokok tanaman Fertigasi Rockmelon.
Sebanyak 2 liter air yang diperlukan bagi setiap tanaman pokok setiap hari.
Paip ladang yang digunakan ialah paip ladang jenis polypipe dan PE
Turbing kerana harganya yang berpatutan. Bagi pemasangan paip ini
adalah mudah dan tidak mendantangkan kesan kepada larutan baja.
Penitis pengairan yang digunakan dipanggil arrow dripper tetapi kini
terdapat penitis cara baru ialah capalilary
system.

Penggunaan sistem titisan ini sangat sensitif kerana titisan ini mudah
tersumbat. Hal ini disebabkan lubang yang terdapat di alat penitis ini
sangat kecil. Bagi mengatasi masalah titisan yang mudah tersumbat ialah
maka perlu pasang alat penapis 120 mesh. Penapis ini pelu dipasang pada
setiap plot tanaman bagi mengelakkan pinitis tersumbat. Penapis yang
dipasang juga perlu dicuci secara berkala bagi menjaga kebersihan dan
mengelakkan berlaku masalah tersumbat.

KESIMPULAN FERTIGASI ROCKMELON

Sistem Fertigasi Rockmelon sesuai untuk digunakan untuk tanaman pokok


renek seperti pokok cili, pokok rockmelon dan sebagainya. Dengan
menggunakan sistem fertigasi pokok yang ditanam akan sentiasa
mengeluarkan produk sepanjang tahun dan boleh memberi keuntungan
yang banyak kepada pengusaha yang mengamalkan sistem ini.

You might also like