You are on page 1of 5

PANDUAN PENANAMAN KACANG BENDI

Bendi (hibiscus esculatus), adalah sejenis sayuran yang berasal dari Afrika
dan sesuai ditanam dikawasan yang beriklim tropika dan berhawa sederhana
seperti di Malaysia. Dua varieti bendi yang paling popular iaitu bersegi lima
dan tujuh. Salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia
ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Berikut adalah panduan
untuk menanam kacang bendi.
Amalan Kultur
Faktor Tanah
Toleran terhadap kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut, tanah liat,
tanah lembah sungai yang bersaliran baik dan tanah pasir.
Sifat Tanah

Sesuai

Sederhana
Sesuai

Kecerunan

0 6 darjah

(6 12 darjah)

Saliran

Tak sempurna salir-salir

(kurang salir dan


agak sangat salir
sangat salir)

Kedalaman tanah
yang berkesan

> 50 cm

(20 50 cm)

Tekstur dan struktur

Selain dari pasir tak berstruktur


dan lempung

pasir tak
berstruktur dan
lempung

Kemasinan

< 1 mmhos

(1 2 mmhos)

Kedalaman lapisan
asid sulfat

> 50 cm

(0 50 cm)

Ketebalan gambut

Tidak menghalang

Keberbatuan

Tiada halangan pada 25 cm


kedalaman tanah

9 Ketidak seimbangan Tiada keracunan kelebihan mikro


unsur
nutrien dan CEC rendah

CEC rendah

Faktor-faktor Tanah dan Kesesuaian Untuk Tanaman Bendi


Penyediaan Anak Benih

Gunakan biji benih yang bermutu tinggi dengan kadar 3kg biji benih
sehektar.

Rawat biji benih dengan racun kulat captan dengan kadar 15g/10 kg
benih.

Penyediaan kawasan

Bagi kawasan yang baru dibuka, bajak 2x pusingan.

Batas : lebar 1.2 1.5 m x tinggi 0.3 m.

pH tanah kurang daripada 5.0 perlu dikapur.

Pengapuran guna GML (Ground Magnesium Limestone) semasa kerjakerja pembajakan dijalankan.

Pada amnya tanah-tanah mineral memerlukan pengapuran 3 5 mt/ha


untuk menaikkan 1 unit pH tanah.

Penanaman di Ladang

2 biji benih dalam satu lubang sedalam 2 cm dengan jarak 90 cm


antara pokok dan 1.5 m antara barisan.

Selepas 10 hari / setinggi 5 cm, lakukan penjarangan.

Tinggal satu pokok paling sihat sahaja bagi selubang dan sulam jika
perlu.

PEMBAJAAN
Jenis
Tanah

Jenis Baja

1.
Bris(beach
ridges
intersperse
d with
swales)
a. Siri
Rudua

tahi ayam
NPK blue
Special12:12:
17:2

10
1.0

1*
gaul dalam tanah
2, 6, 10 & keliling pokok
14

b. Siri
Baging

tahi ayam
12:12:17:2

30
2.0

1*
gaul dalam tanah
2, 6, 10 & keliling pokok
14

2. Bekas
Lombong

tahi ayam
12:12:17:2

30
2.0

1*
gaul dalam tanah
2, 6, 10 & keliling pokok
14

3. Tanah
Gambut

12:12:17:2

1.2

2, 6 & 12 keliling pokok

4. Tanah
Mineral

tahi ayam
12:12:17:2

5
1.0

1*
gaul dalam tanah
2, 6, 10 & keliling pokok
14

Nota

Kadar
Masa (MLT)
pembajaan
(mt/ha/musim)

MLT : Minggu Selepas Tanam


* : Minggu Sebelum Tanam

Pengurusan Air

Cara

Siram/ sistem pengairan renjis.

Siram sekali sehari pada waktu petang.

Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan


pembentukan buah.

Perparitan perlu bagi yang mempunyai masalah saliran.

SUNGKUPAN

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering ataupun


kepingan plastik bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan
kelembapan tanah.

MEMANGKAS

Setelah semua hasil dipetik, pokok perlu di pangkas setinggi 40 cm


hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali
kedua.

Empat hingga lima tunas baru di biarkan menbesar selepas


pemangkasan.

Pemangkasan diikuti dengan pembajaan.

KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT

Musuh utama: ulat pengorek dan kepinding buah. Rawatan: racun


serangga Diazinon.

Penyakit utama: bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di


mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga.
Rawatan:racun kulat Benomyl.

PENUAIAN

Potong buah 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana


lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu
buah.

Penuaian mula dilakukan ketika:

1. 50-55 hari selepas menanam


2. 5 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan
3. Buah 10 12 cm panjang (masih lembut, hujungnya rapuh, senang
dipatahkan dan belum berpulur)

Hasil dikutip setiap 2 hari sekali sehingga 8 minggu. Hasil di anggarkan


10 tan- 15 tan sehektar

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Kumpulkan ditempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul ( plastik


atau buluh) yang telah di alas dengan kertas atau plastik cerah yang
berlubang.

Ia hanya boleh di simpan selama 2 hingga 3 hari tanpa dibungkus


dengan plastik

PENGGREDAN
Klasifikasi

Ciri-ciri

Saiz

Mempunyai panjang antara 10 12 cm

Bentuk

Lurus dan bilangan segi seragam

Warna

Warna yang seragam samada hijau atau hijau muda

Tekstur

Rapuh dan tidak berserabut

Keadaan

Bebas daripada sebarang perosak dan tiada kerosakan


mekanikal

You might also like