Professional Documents
Culture Documents
Bagi meningkat bekalan kelapa bagi kegunaan tempatan, Jabatan Pertanian mempromosi
tanaman kelapa yang dikenali dengan nama kelapa MATAG, hasil daripada kacukan
kelapa Rendah Malaya dengan kelapa Tinggi Tagnanan dari Filipina.
Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:-
Kelapa Tinggi Malaya ialah kelapa tinggi yang berasal dari Malaysia dan ditanam meluas
di kawasan pantai. Jenis ini boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun. Pokok bersaiz
besar dan tinggi. Ketinggiannya boleh mencapai 15-18 meter. Kelapa jenis ini
mempunyai pertumbuhan yang cergas serta dapat tumbuh dipelbagai jenis tanah.
Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta
mengandungi air yang banyak. Ciri-ciri ini menjadikan ianya sesuai untuk dijual sebagai
kelapa muda. Purata buah setandan ialah 3-5 biji.
2. KELAPA MAWA
Kelapa MAWA ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang kelapa
Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh mencapai
sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat
bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya). Bilangan buah setandan
ialah 14-16 biji.
3. KELAPA RENDAH MALAYA
Kelapa Rendah Malaya berasal dari Malaysia. Terdapat tiga jenis Kelapa Rendah Malaya
iaitu kuning, merah dan hijau berdasarkan warna buahnya. Kelapa Rendah Malaya
merupakan pokok kelapa yang bersaiz kecil dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga
enam meter. Saiz buahnya kecil manakala bilangan buah setandan boleh mencapai
sehingga 15 biji atau lebih. Pada masa ini pokok Kelapa Rendah Malaya tidak ditanam
secara komersil dan hanya digunakan sebagai pokok hiasan dan pokok induk dalam
pengeluaran benih hibrid kelapa seperti MAWA dan MATAG.
Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun
1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat
antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'. Keistimewaan kultivar kelapa wangi
ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan
segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan
buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga.
Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6
m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam
di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100%
apabila berumur 4 tahun. Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga
setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan
pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. Setahun (tahun ke 13) ia boleh
mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok)
jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun.
Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml. Anak kelapa pokok wangi boleh
dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan.
Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2 bulan
selepas persenyawaan. Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta
saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil
tersebut. Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan
seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.
*Benih kelapa ini boleh didapati daripada Pusat Pembangunan Komiditi, Teluk Bharu,
Perak.
7. Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih
yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan.
Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli.
Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya. Sekiranya benih itu benar benih kelapa
pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan. Selain bahagian akar,
bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama
tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan
anak benih. Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.
(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
KELAPA MATAG
Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa
Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15
meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat,
bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah
kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.
Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar.
Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa
muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).
Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan
'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi,
kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan
pada tahun ke 4.
Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double
hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. (sila
lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok
sehektar.
Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar
daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun pertama
didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji
sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke
atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding
dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.
Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada
enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi
kelapa MAWA. Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih
tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.
Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi
dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi
kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan
pengguna domestik.
Faktor Iklim
Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan
yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar
tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun.
Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk
tanaman kelapa. Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC. Kawasan yang
terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk
tanaman kelapa.
Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun
dan kelembapan relatif antara 80-90%. Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada
ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa yang ditanam
pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan
buah yang kecil dan sedikit.
Faktor Tanah
Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa
memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir
dan subur.
Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis, bebas
daripada serangan perosak dan penyakit serta berkocak air di dalamnya. Buah-buah ini
perlu disimpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari selama dua minggu untuk
percambahan yang seragam.
Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti kadar pertumbuhan yang lebih cergas dan serata
dengan adanya pembajaan, akar tidak rosak semasa menanam di ladang, kerosakan
semasa pengangkutan dari tempat semaian di ladang pokok dapat dikurangkan, kadar
pertumbuhan akar yang baik dan cepat selepas ditanam dan tiada atau kurang masalah
trasplanting shock. Anak benih di dalam polibeg boleh disimpan selama 10 bulan selepas
diubah.
Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir. Bagi
setiap polibeg sejumlah 113 gm baja fostat dan 113 gm kapur digunakan. Pemulihan
dan penakaian anak benih di dalam polibeg yang tidak subur dibuat empat bulan selepas
diubah dan diteruskan sehingga anak benih berumur 8 bulan. Naungan 30% - 50%
diberi kepada anak benih semasa proses pengerasan. Anak benih sesuai ditanam di
ladang apabila berumur 6-8 bulan. Anak benih yang cergas dicabut dengan berhati-hati
selepas menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak benih elakkan
daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan. Jarak
susunan polibeg yang disyorkan adalah seperti di bawah:-
Semaian di ladang
Untuk tapak semaian di ladang, kawasan yang dipilih hendaklah mempunyai sistem
saliran yang baik, tidak ditenggelami air dan berdekatan dengan sumber air. Petak-petak
selebar 1.2 m - 1.5 m dengan ketinggian 0.2 m dan panjang mengikut kesesuaian
tempat dibuat. Jarak semaian anak benih yang disyorkan ialah 0.5 m x 0.5 m. Anak
benih yang berumur 6-8 bulan, normal dan cergas dicabut dengan berhati-hati selepas
menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak benih elakkan daripada
memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan. Aktiviti
penakaian dijalankan sama seperti penyelasan penakaian anak benih semaian
menggunakan polibeg.
Pembersihan tanah
Kawasan yang hendak dimajukan dengan kelapa perlulah kawasan terbuka dan bebas
daripada pokok-pokok dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki. Bagi kawasan
bekas kelapa tua, sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan dengan menggunakan
jentolak. Jentolak ini akan menumbangkan, menghancur batang kelapa dan
menyusunnya mengikut barisan tertentu. Dengan cara ini proses pereputan dan aktiviti-
aktiviti ladang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
Jarak Tanaman
9mx9m
8mx8m
6 m x 6 m6 m x 6 m
Penanaman di ladang
Saiz lubang tanaman berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m perlu disediakan. Seterusnya 200
gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah atas.
Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut. Anak-
anak kelapa ini hendaklah terlebih dahulu disiram sebelum ditanam. Aktiviti menanam
perlu dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan. Menanam anak kelapa
dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan ditegakkan. Tanah
dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal
anak kelapa. Elakkan daripada memijak akar pokok.
Pemangkasan
Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidakk mengeluarkan
buah atau boleh menyebabkan mati. Perosak-perosak serangga yang penting bagi
tanaman kelapa adalah seperti berikut:-
Tindakan:
Semua batang kelapa yang tumbang / dipotong perlu dipotong kecil-kecil dan bakar
(menghapuskan tempat pembiakan kumbang tanduk di ladang). Bagi pokok yang masih
kecil, letakkan 1-2 biji 'moth ball', 3-4 butiran racun carbofuran di pelepah muda bagi
mengurangkan serangan kumbang tanduk.
Tindakan:
Suntik batang kelapa dengan racun monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10
ml/pokok. Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 3-4 butiran carbofuran pada lubang di
pucuk pokok bagi membunuh serangga ini.
Tindakan:
Jika serangan berlaku di musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun
monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok
(sebelum larva membentuk pupa). Hujan lebat semasa serangan berlaku mengawal
perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.
Tindakan:
Kawal secara suntikan batang racun monocrotophos atau metamidophos pada 5-10
ml/pokok.
Tindakan:
Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
KAWALAN PENYAKIT
Bintik-bintik Daun:
Jarangkan anak benih di tapak semaian. Jika perlu, disyorkan semburan dengan racun
kulat Captan pada kadar 0.2% bahan aktif.
KEMATANGAN BUAH
Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah.
Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau
kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang. Di
ladang-ladang, kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun, kerana jika kutipan
dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.
Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas
menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun
atau lebih. Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun.
Buah kelapa dikutip dan dihimpun di ladang dan dihantar ke rumah pembungkusan untuk
digredkan. Buah kelapa digredkan kepada Gred A, AB, ABC, ABCD / LONG dan Kelapa
Belah berdasarkan lilitan buah seperti berikut:-
Gred
A
AB
ABC
ABCD /LONG
Kelapa Belah
Buah-buah kelapa tidak dirawat atau dibungkus selepas dikutip. Buah-buah kelapa tua
diangkut dengan lori. Tandan kelapa muda juga diangkut dengan lori tanpa
pembungkusan.
Stesen Pembangunan Komoditi Teluk Bharu yang ditubuhkan pada tahun 1965 dengan
keluasan 80 hektar mempunyai germplasma kelapa Matag, Mawa, Maren, Tagnanan,
West African Tall, Renell, Rambai, Manis, Macapuno dan pelbagai asessi Malayan Tall.
Terdapat blok Kelapa Pandan seluas 15.25 ha. dengan bilangan 3,500 pokok yang
digunakan untuk pengeluaran benih. Stesen ini mengeluarkan benih Kelapa Pandan
diantara 15,000 hingga 30,000 anak pokok setahun bagi menampung keperluan seluruh
Malaysia khususnya projek kelapa Jabatan Pertanian.
Anak benih berumur lebih 120 hari yang telah lulus peringkat penakaian sedia untuk
edaran dan dijual dengan harga RM4.00 sepokok. Untuk tempatan, sila hubungi