You are on page 1of 8

MENANAM KELAPA

(Kelapa MATAG, Kelapa MAWA, Kelapa Sawit)

Bagi meningkat bekalan kelapa bagi kegunaan tempatan, Jabatan Pertanian


mempromosi tanaman kelapa yang dikenali dengan nama kelapa MATAG, hasil
daripada kacukan kelapa Rendah Malaya dengan kelapa Tinggi Tagnanan dari Filipina.
Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall)
Kelapa Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf, MRD)
Kelapa Rendah Kuning Malaya (Malayan Yellow Dwarf, MYD)
Kelapa Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf, MGD)
Kelapa MAWA (Malayan Dwarf X West Afrcan Tall)
Kelapa MATAG (MYD/MRD X Tagnanan Tall)
Kelapa Tinggi Afrika Barat
Kelapa Tinggi Tagnanan
Kelapa Tinggi Rennel
Kelapa Wangi (Aromatic Dwarf)
Kelapa MAREN (MYD.MRD X Rennel Tall)
Kelapa MAMA (MYD/MRD X Malayan Tall)
Kelapa Sawit

KELAPA TINGGI MALAYA


Kelapa Tinggi Malaya ialah kelapa tinggi yang berasal dari Malaysia dan ditanam
meluas di kawasan pantai. Jenis ini boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun. Pokok
bersaiz besar dan tinggi. Ketinggiannya boleh mencapai 15-18 meter. Kelapa jenis ini
mempunyai pertumbuhan yang cergas serta dapat tumbuh dipelbagai jenis tanah.
Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta
mengandungi air yang banyak. Ciri-ciri ini menjadikan ianya sesuai untuk dijual
sebagai kelapa muda. Purata buah setandan ialah 3-5 biji.

KELAPA MAWA
Kelapa MAWA ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang
kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat. Ketinggian pokok boleh
mencapai sehingga 15 meter. Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau
jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya).
Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji.

Kelapa Mawa dan mengapa tidak boleh dijadikan benih


Pokok Kelapa

KELAPA RENDAH MALAYA


Kelapa Rendah Malaya berasal dari Malaysia. Terdapat tiga jenis Kelapa Rendah
Malaya iaitu kuning, merah dan hijau berdasarkan warna buahnya. Kelapa Rendah
Malaya merupakan pokok kelapa yang bersaiz kecil dan ketinggiannya boleh
mencapai sehingga enam meter. Saiz buahnya kecil manakala bilangan buah
setandan boleh mencapai sehingga 15 biji atau lebih. Pada masa ini pokok Kelapa
Rendah Malaya tidak ditanam secara komersil dan hanya digunakan sebagai pokok
hiasan dan pokok induk dalam pengeluaran benih hibrid kelapa seperti MAWA dan
MATAG.

KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)


Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun
1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat
antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'. Keistimewaan kultivar kelapa wangi
ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan
segar. Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau
dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga.
Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak
tanaman 6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun
selepas ditanam di ladang. Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50%
dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun. Pokok kelapa wangi mengeluarkan 1218 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi
boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. Setahun
(tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. Dalam
satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah
kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml. Anak
kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang
dihancurkan.

Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2
bulan selepas persenyawaan. Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan
buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah
kecil tersebut. Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2)
dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.
Peringkat yang sesuai untuk kelapa botak
Di peringkat ini seludang (T-3) terbentuk penuh (70-90 cm) panjang tetapi belum
memecah. Di bawah seludang ini terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan
adalah diantara 18-24 cm atau sebesar bola tenis. Dengan ini tandan yang sebaris di
bawah iaitu T-1 boleh dipetik untuk menghasilkan kelapa botak.
Peringkat yang sesuai untuk kelapa telur
Di peringkat ini seludang (t-3) telah pecah dan mengeluarkan mayangnya sebaris di
bawah T-3 terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan adalah besar sedikit
iaitu antara 22-26 cm, dengan ini tandan yang sebaris di bawah (T-2) iaitu (T-1)
adalah tandan yang sesuai untuk menghasilkan kelapa telur.
*Benih kelapa ini boleh didapati daripada Pusat Pembangunan Komiditi, Teluk Bharu,
Perak.
Kaedah penentuan peringkat kematangan

Petua Memilih Kelapa Pandan


(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada
benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh
anda lakukan. Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok
yang hendak dibeli. Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan
ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya. Sekiranya benih itu benar
benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan. Selain
bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan
perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan
kerana akan mencacatkan anak benih. Bau harum pandan lebih kuat di bahagian
daun berbanding bahagian akar.(sumber: Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)

Kelapa Wangi tanaman berpotensi


Suntingan Berita: 'Coconut King' takluk pasaran

KELAPA MATAG
Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang
Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh
mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga
pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata
bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.
Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun
sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk
air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).
Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust'
dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang
mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian
bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.
Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau
'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara
mekanisasi. (sila lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan
ialah 178-180 pokok sehektar.
Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih
besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun
pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151
biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke
tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok
berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.
Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah
pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg.
kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa
MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.
Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang
tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja
memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di
kalangan pengguna domestik.

KELAPA SAWIT
Istilah Kelapa Sawit dari Wikipedia
Panduan Menanam Kelapa Sawit

Soalan serta Jawapan berkenaan tanaman kelapa sawit


Berita Sawit
Sabut Kelapa Sawit Sebagai Media Polibeg

KEPERLUAN ASAS TANAMAN KELAPA


Faktor Iklim
Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan
yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar
tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun.
Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk
tanaman kelapa. Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC. Kawasan yang
terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk
tanaman kelapa.
Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000
jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%. Kebanyakan tanaman kelapa
ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa
yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan
mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.
Faktor Tanah
Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah. Pada umumnya, tanaman kelapa
memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom
berpasir dan subur.
Zon Tanaman Kelapa
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di
atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan
pendalaman. Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan
Datuk, Perak; Sabak Bernam, Selangor; Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor. Di Pantai
Timur pula, tanaman kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan; Kuala Terengganu dan
Besut, Terengganu.
PEMILIHAN BUAH KELAPA DAN PENYEMAIAN
Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis,
bebas daripada serangan perosak dan penyakit serta berkocak air di dalamnya.
Buah-buah ini perlu disimpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari selama
dua minggu untuk percambahan yang seragam.

Buah-buah kelapa perlu dicambah terlebih dahulu sebelum disemai. Untuk


mempercepatkan percambahan, buah kelapa yang dipilih dipotong sedikit bahagian
sabut atas (widest hump of the nut) sepanjang 5 cm garis pusat dan lebih kurang 1.0
cm dalam. Biji benih disusun rapat secara mendatar pada jarak 30 cm dalam baris x
30 cm antara baris di dalam petak semaian dengan mendedahkan satu pertiga
bahagian kelapa di atas permukaan pasir. Penyiraman dilakukan 1-2 kali sehari
bergantung kepada keadaan cuaca. Jangka masa percambahan biji benih mengikut
kultivar ialah:Kelapa Tinggi Malaya
Kelapa Rendah
Kelapa MATAG
Kelapa Pandan - 10 - 12 minggu
4 - 7 minggu
4 - 6 minggu
4 - 7 minggu

Biji benih yang normal dan cergas dipilih dan dicabut menggunakan cangkul.
Bahagian akarnya dipotong sepanjang 5 cm daripada pangkal sebelum diubah ke
polibeg atau tapak semaian ladang.
Semaian menggunakan polibeg
Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti kadar pertumbuhan yang lebih cergas dan
serata dengan adanya pembajaan, akar tidak rosak semasa menanam di ladang,
kerosakan semasa pengangkutan dari tempat semaian di ladang pokok dapat
dikurangkan, kadar pertumbuhan akar yang baik dan cepat selepas ditanam dan
tiada atau kurang masalah trasplanting shock. Anak benih di dalam polibeg boleh
disimpan selama 10 bulan selepas diubah.
Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir.
Bagi setiap polibeg sejumlah 113 gm baja fostat dan 113 gm kapur digunakan.
Pemulihan dan penakaian anak benih di dalam polibeg yang tidak subur dibuat
empat bulan selepas diubah dan diteruskan sehingga anak benih berumur 8 bulan.
Naungan 30% - 50% diberi kepada anak benih semasa proses pengerasan. Anak
benih sesuai ditanam di ladang apabila berumur 6-8 bulan. Anak benih yang cergas
dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa
mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya
bagi mengelakkan kecederaan. Jarak susunan polibeg yang disyorkan adalah seperti
di bawah:Saiz polibeg Jarak susunan Jangkamasa disimpan selepas diubah Jumlah polibeg
sehektar
45 cm x 45 cm
45 cm x 45 cm

60 cm x 60 cm x 60 cm
80 cm x 80 cm x 80 cm
6-7 bulan
8-9 bulan
20,000 pokok
18,000 pokok

Semaian di ladang
Untuk tapak semaian di ladang, kawasan yang dipilih hendaklah mempunyai sistem
saliran yang baik, tidak ditenggelami air dan berdekatan dengan sumber air. Petakpetak selebar 1.2 m - 1.5 m dengan ketinggian 0.2 m dan panjang mengikut
kesesuaian tempat dibuat. Jarak semaian anak benih yang disyorkan ialah 0.5 m x
0.5 m. Anak benih yang berumur 6-8 bulan, normal dan cergas dicabut dengan
berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya. Semasa mencabut anak
benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan
kecederaan. Aktiviti penakaian dijalankan sama seperti penyelasan penakaian anak
benih semaian menggunakan polibeg.
Pembersihan tanah
Kawasan yang hendak dimajukan dengan kelapa perlulah kawasan terbuka dan
bebas daripada pokok-pokok dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki. Bagi
kawasan bekas kelapa tua, sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan dengan
menggunakan jentolak. Jentolak ini akan menumbangkan, menghancur batang
kelapa dan menyusunnya mengikut barisan tertentu. Dengan cara ini proses
pereputan dan aktiviti-aktiviti ladang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih
mudah.
Menanam kekacang penutup bumi
Setelah pembersihan kawasan selesai, penanaman tanaman kekacang penutup bumi
perlu dijalankan. Penanaman ini bertujuan untuk mengawal hakisan tanah,
kehilangan nutrien melalui larut resap, menyuburkan tanah dengan penambahan
nitrogen dalam tanah, mengekal kelembapan tanah, memperbaiki struktur tanah dan
pengudaraan dalam tanah serta mencegah pertumbuhan rumpai.
Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2
bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagian Ceutrosema pubescens. Tanaman
kekacang ditanam di kawasan selebar dua meter diantara tiap baris anak benih
kelapa. Bagi tanah BRIS disyorkan menanam kekacang jenis Stylosauthes gracillis
secara berbaris dengan jarak satu meter ataupun secara berpetak 1.0 meter x 1.0
meter. Biji benih kekacang penutup bumi hendaklah yang bermutu tinggi dengan
kadar percambahan melebihi 80%. Rawatan dengan air panas bersuhu 75oc
(campuran dua bahagian air yang mendidih dengan satu bahagian air sejuk)
disyorkan untuk memecahkan kulit biji benih yang keras. Rendamkan biji benih di

dalam air panas suam selama 2 jam sebelum ditoskan. Biji benih yang telah dirawat
dengan rawatan air panas mesti ditanam pada keesokan harinya.

You might also like