You are on page 1of 7

KETERANGAN AM

Nama Biasa : Durian


Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Keluarga : Bombaceae

Asal :
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di
Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus,
D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.

Kawasan Utama Tanaman :


Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara
komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.

Kegunaan :
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah
yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan
tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk
mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.

Kandungan Zat Makanan :

Kandungan Unit/100 g bybm


Tenaga 153 kcal
Kabohidrat 27 g
Kalsium 40mg
Zat Besi 1.9 mg
Vit. A (Carotene) 150 mg
Vitamin B1 0.1 mg
Vitamin B2 0.13 mg
Vitamin C 23.3 mg
Lemak 3.4 g
Protin 2.7 g
TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok durian boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah penanaman secara
komersial, pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12 - 20 m dan keluasan kanopi di antara
19 -12 m.

Daun :
Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 - 12 cm panjang dan 2 - 4 cm lebar.
Permukaan atas daun berwarna hijau, berkilat sementara permukaan bawahnya berwarna
keperangan dan diselaputi dengan sisik-sisik halus.

Bunga :
Terdapat di antara 20 - 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai pendek ( corymbose )
yang juga keluar dari dahan-dahan (cauliflorous). Bunganya besar, 5 - 7 cm panjang, berwarna
putih berkrim.

Buah :
Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong. Warnanya hijau hingga hijau keperangan. Kulitnya
berduri dan tajam. Buahnya berpangsa-pangsa di antara 5 6 pangsa yang setiapnya mempunyai
1 - 5 ulas biji yang diselaputi dengan isi seperti kastad yang biasanya berwarna di antara kuning
susu hingga oren.

Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat
juga biji yang kesep.

Kultivar / Klon :
Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini
hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung
Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah D24, D99, D123, D145, D158, D159 dan
D169. Berikut adalah perbezaan ciri-ciri klon yang disyorkan :

Ciri-ciri D 24 D 99 D 123 D 145 D 158 D 159


Cepat Jenis dwarf Sederhana Pertumbuhan Pertumbuhan Pertumbuhan
membesar, tetapi tahan cepat sederhana sederhana sederhana
sangat sensitif lasak membesar cergas cergas dan cergas dan
Pokok
kpd kemarau tetapi tahan lasak lasak
pada awal lasak
pertumbuhan
Buah Buah Buah Berbentuk Berbentuk Berbentuk
berbentuk berbentuk berbentuk agak bulat. agak bujur. oblong.
bujur, hijau bulat, oblong, Berwarna Warna hijau. Warna hijau
hingga hijau berwarna berwarna hijau dan Bersaiz kelabu. Saiz
keperangan. hijau kelabu hijau kelabu bersaiz sederhana besar (3.5
Buah
Saiz hingga hingga hijau sederhana hingga besar kg)
sederhana keperangan. keperangan, (1.4 kg) (1.5-2.5 kg)
besar, purata Saiz Buah besar,
1.5 kg per sederhana purata berat
buah besar 1.8 kg 2.2 - 3.5 kg
Berwarna Berwarna Berwarna Berwarna Berwarna Berwarna
kuning susu sangat sangat kuning kuning pucat kuning pucat.
hingga kuning, kuning.Isinya kuning, tebal hingga oren. hingga Isinya tebal
bertekstur bertekstur dan Tebal dan kuning. dan
halus, tebal halus dan bertekstur bertekstur Isinya tebal bertekstur
Isi (Aril) dan pejal. tebal. Manis halus. Manis, pejal. Manis dan halus. Manis
Rasanya dan beraroma dan bertekstur dan aroma
manis, sedikit beraroma baik dan mempunyai halus.Manis, sederhana
pahit, sederhana. sedap aroma yang beraroma kuat
beraroma kuat kuat dan dan sedap
dan berflavor sedap
Keseluruha Kualiti buah Kualiti buah Kualiti buah Kualiti buah Kualiti sangat Kualiti buah
n sangat baik. sederhana baik. sangat baik. baik di baik di
Hasil tinggi baik. Hasil Hasilnya Pokok kawasan kawasan
dan konsisten konsisten tinggi matang kering yang yang
(50-150 (30-120 dikawasan berhasil 65 nyata. mempunyai
buah/pok/tah.) buah yang buah/pok/tah. Ditanam di musim
bagi pokok /pok/tah) mempunyai Banyak Kedah kemarau
berumur 10-15 bagi umur musim kering ditanam di yang nyata.
tahun. Sesuai 10-15 tahun. yang nyata Pahang Buat masa ini
ditanam di (25 - 90 buah didapati
hampir semua /pokok/tahun) ditanam di
kawasan di Kedah dan
Semenanjung Kelantan
Malaysia.
Kecuali di
kawasan yang
mempunyai
kemarau yang
panjang
KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 mm – 4000
mm setahun dan suhu di antara 27 - 35ºC. Mempunyai musim kering di antara 2 - 8 minggu untuk
menggalakan proses pembungaan, terpulang kepada klon.

Tanah :
Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang mempunyai
saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam, Jerangau, Kangkong, dan
Selangor. Kawasan yang beralun, kecerunan 6-12 degree dan di lereng bukit adalah sangat
sesuai untuk penanaman durian.

Zon Agro-iklim :
Kombinasi Klon:
Secara amnya adalah disyorkan 3 - 5 klon durian ditanam secara komersial bagi menggalakkan
pendebungaan bersilang dan untuk memudahkan perancangan pasaran. Ini akan merangkumi 50
- 70% klon utama, 20 - 50% dari klon yang dapat membantu dalam proses pendebungaan dan 5 -
20% dari klon pilihan iaitu klon tempatan.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara
yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok didalam polibeg yang seterusnya
dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard).
Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 - 1.5
m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap
kematian diladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama dikawasan yang curam
dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.

Jarak Tanaman :
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100
pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan
bagi kawasan curam.

Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 - 4 minggu. Sebanyak 5 -
10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata.
Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

Pemangkasan :
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan pokok durian berbunga awal dan
mengeluarkan hasil yang tinggi.

Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-


i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Kadar
Umur
Peringkat Jenis Baja (kg/pokok/tahun Masa Aplikasi
pokok(tahun)
)
0 CIRP 0.2 Semasa menanam
Bahan 5-10
Organik
Vegetatif 1 15 : 15 : 15 0.5 4 kali setahun (terutama awal
2 atau 1.0 musim hujan)
3 15 : 15 : 6 : 4 2.0 3 kali setahun selepas
4 Bahan 3.0 merumput
5 Organik 2 - 4 kg
Pengeluaran 6–7 12:12:17:2 + 6 3 kali setahun seperti berikut:-
Hasil 8–10 TE 7 i) ¼ drpd jumlah 1 - 2 bulan
11 ke atas atau 8 sebelum
13:13:20:2 + 5 - 10 kg berbunga.
TE ii) ¼ drpd jumlah pada
Bahan peringkat awal
Organik  berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas
pungut hasil.

Pengurusan Air :
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut
terutama D24 yang sangat sensitif dengan keadaan kemarau. Pengairan titis atau perencis mikro
boleh digunakan untuk menyiram.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah seperti berikut :

Penyakit Tanda-tanda Kawalan


1. Kanker batang Lelehan berwarna coklat keluar dari Kikis kulit batang yang dijangkiti
(Phytophthora nekrosis dipangkal batang dan juga boleh dan sapu dengan bahan aktif
palmivora) menyerang dahan dan akar. Daun yang metalaksil (Ridomil) atau fosetil
diserang menjadi coklat dan mati aluminium ( Aliette)
2. Hawar daun Daun yang dijangkiti menjadi perang dan Guna racun kulat benomyl 0.03%
(Rhizoctonia gugur a.i.
solani)
3.Cendawan Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan Guna racun kulat berkuprum
angin maicilia merah jambu Jangkitan terok daun seperti copper oxychloride a.i.
(Corticum akan gugur dan ranting akan mati 0.1%.
salmonicolor)
4. Kulapok Hitam buah dan boleh mengganggu proses Guna racun kulat maneb @ 0.1 %
(Meliola sp.) fotosintesis pada daun dan pada buah a.i. Guna white oil untuk
kelihatan kotor dan tidak menarik mengawal thrips.
Serangga :
Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti berikut :

Perosak Tanda-tanda Kawalan


1. Mudaria Pengorek Serangga dewasa bertelur pada buah Dimethoate a.i. 0.1%
buah (Mudaria magniplaga) muda hingga matang. Larva akan
memakan isi dan mengorek hingga ke
biji sebelum korek keluar untuk menjadi
pupa
2. Monogatus Pengorek Menyerang kudup bunga,putik buah dan Dimethoate a.i. 0.1%
buah (Monogatus buah yang sedang membesar. Ulat ini
punctiferalis) memakan bahagian kulit sahaja. Kesan
serangan boleh dilihat dengan adanya
gumpalan tahi berwarna perang dicelah-
celah duri
3. Teritip Pokok yang diserang menjadi pudar dan Dimethoate a.i. 0.1%
(Pectenococus sp.) akan diselaputi oleh kulapuk hitam.
Daun menjadi kering dan layu dan terus
mati.
4. Koya (Mealy bugs) Menyerang daun dan bunga tetapi tidak Sembur dengan white oil
serius. pada bahagian yang
diserang.
5. Kumbang platypus Pokok yang diserang akan kelihatan Bahagian batang yang
(Platypus capulatus Chap) layu.Di batang pokok akan kelihatan diserang perlu disapu
lubang-lubang halus yang banyak dan dengan racun jenis
terdapat habuk yang dikeluarkan dari sistemik seperti azodrin,
lubang tersebut. rogor dan tamaron.
6. Pengorek batang Menyerang ranting dahan tetapi tidak Suntik dengan
(Batocera gultata dan serius dimethoate.
Zeuzera coffeae)
Mamalia Perosak :
Perosak lain yang memberi kesan terhadap hasil termasuk tupai dan monyet. Ini boleh di kawal
dengan menjerat dan menembak.

Rumpai :
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan dengan menggunakan
cangkul atau sabit. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di
keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan
kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke
enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada
umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil
selepas 7 - 10 tahun menanam.

Hasil :
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah (10 - 60 buah sepokok)
dan boleh meningkat kepada 50 - 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang
menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 - 200 buah
sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan
cuaca.

Musim :
Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu
tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan
Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada
bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada
pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga
Januari.

Pendebungaan Berbantu :
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan
pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah
tinggi. Jika sekiranya terdapat di mana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga
maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.

Penuaian :
Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat
buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan
memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan
tangkainya jatuh sebelum digunakan.

PENYIMPANAN HASIL
Penyimpanan :
Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan di antara 1 - 4 hari pada
suhu ambien (28°C) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 - 10°C) boleh memanjangkan tempoh
penyimpanan ke 2 - 4 minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan
pada suhu yang lebih tinggi (15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-
buah ini boleh disimpan di antara 1 - 2 minggu terpulang kepada peringkat kematangan semasa
memotong.

EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran sehektar bagi 25 tahun ( dengan D24 sebagai klon utama) ialah RM
90,000.00.

Berdasarkan kepada harga di ladang sebanyak RM4.00/kg


· NPV (Nilai Kini Bersih) pada 10% ialah RM130,000.00
· IRR ( Kadar Pulangan Modal) ialah 35% dan
· B/C ( Nisbah Faedah Kos) pada 10% ialah 5.3

You might also like