You are on page 1of 9

TEKNOLOGI SEMAIAN SAYURAN

Penyemaian Benih Sayur-sayuran dijalankan


untuk beberapa jenis sayur yang hendak di tanam. Pada
pemerhatian saya mendapati sayur-sayuran biasanya
dibiakkan melalui dua cara iaitu menggunakan Biji
Benih dan menggunakan cara Tampang. Terdapat
seluas lebih dari 38,500 hektar tanaman sayuran
diusahakan di Malaysia dengan penghasilan sebanyak
550,000 metrik tan setiap tahun. Sejumlah 22 jenis
sayuran ditanam secara komersial untuk kegunaan segar
dan juga untuk diproses. Daripada jumlah tersebut 9
jenis sayuran merupakan sayur jenis buah, 10 jenis
merupakan sayur daun dan 3 jenis merupakan sayuran
umbisi yang popular di tanam di negara kita.
Kebanyakan benih sayuran adalah diimpot dari luar
negara terutama sayuran jenis benih hibrid. Artikel
subuh ini saya menulis beberapa teknologi mengenai
kaedah semaian dan menyediakan tapak semaian untuk
industri sayur-sayuran bagi tatapan semua.

Semaian yang menggunakan Biji Benih di amalkan


untuk hampir semua sayuran jenis buah, kebanyakan
sayuran jenis daun dan batang serta sayuran kekacang
(contoh: cili, terong, tomato, timun, sawi, kacang
panjang dan sebagainya). Benih tanaman ini boleh
dibeli daripada pembekal yang berwibawa atau
dihasilkan sendiri oleh petani yang mempunyai
pengalaman. Sebagai contoh En Md Desa dari batu
Pahat Johor telah menanam Cili Ipoh (sama seperti Cili
Kulai) selama 20 tahun dan membuat benihnya sendiri.
Beliau akan pergi kepasar borong atau pasar besar dan
memilih buah cili yang baik untuk dijadikan biji benih.
Kaedah ini mempastikan beliau akan dapat anak benih
yang sihat dan segar. Bagi Kaedah menyediakan
anakbenih cara Tampang dijalankan dimana cara ini
menggunakan keratan sulur, umbisi dan bawang.
Kaedah ini diamalkan untuk kebanyakan sayuran jenis
umbisi dan beberapa jenis sayuran daun (contoh: keladi,
halia, cekur manis, bawang dan lain-lain).

Bagaimanakah kita hendak mendapatkan benih yang


baik?. Pengalaman dan kemahiran kita akan
menentukan kualiti benih. Lazimnya benih yang baik
akan menjamin hasil yang tinggi. Oleh itu benih
hendaklah dipilih dan disediakan sebaik-baik sebelum
menyemai atau menanam. Oleh itu, dapatkan jenis yang
tulin iaitu dari kaedah proses pemilihan dari pokok yang
sihat sahaja. Perlu diingatkan kita ambil benih yang
betul-betul matang atau masak di pokok. Perhatikan
untuk memilih benih yang sempurna bentuk dan tidak
cacat hendaklah benih yang bernas dan cergas. Benih
hendaklah dipungut apabila cukup matang. Kelewatan
memungut benih akan menyebabkan gugur sendiri atau
rosak dan akan merugikan. Cara menyedia benih
bergantung kepada jenis sayuran dan juga bentuk benih
seperti biji benih, rizom, keratan dan sulur.

Bagi penyediaan biji benih, kita pastikan sumber biji


benih selalunya diperolehi daripada buah yang
dikelaskan seperti Buah Kering dimana pokok/buah
dituai apabila daun-daun/buahnya telah kuning dan
benih telah cukup matang. Keringkan/emus di panas
matahari. Banting atau picit ataupun menggunakan
mesin untuk meleraikan biji benih. Rawat biji benih
sebelum disimpan (contoh: sawi, bayam, jenis kekacang,
bendi). Selain itu perlu dipastikan dari Buah

Berisi yang akan di pungut buah apabila telah matang.


Keringkan buah sebelum mengeluarkan biji benih.
Koyak kulit buah atau potong dan keluarkan biji benih
dengan pancutan air. Bersih dan keringkan biji benih.
Rawat biji benih sebelum disimpan (contoh: cili, peria,
petola, labu dan sebagainya). Jika boleh dapatkan Buah
Berisi dan Berair dimana pungut buah apabila cukup
matang. Keluarkan biji benih bersama palpa dan
rendam selama 2-5 hari. Kacau campuran ini bagi
menanggalkan lendir yang menyelaputi bijinya dan cuci
hingga bersih. Biji benih perlulah dikeringkan ke panas
matahari (contoh: tomato, timun dan sebagainya).
Untuk mengelakkan serangan penyakit dan musuh biji,
benih perlu dirawat dengan racun kulat seperti thiram
dan racun serangga seperti gamma BHC. Biji benih
disimpan di dalam bekas yang kedap udara seperti tin,
plastik, botol dan sebagainya.

Bagi Kumpulan Rizom dan bebawang perlu di pungut


semua rizom/bebawang yang telah tua dan pilih yang
elok untuk dicambah. Simpan rizom bebawang di
tempat teduh dan berangin selama 2-3 minggu untuk
percambahan tunas-tunas. Kerat rizom sebelum
ditanam dan tiap-tiap rizom hendaklah mempunyai
sekurang-kurangnya dua matatunas. Sayuran yang
dibiakkan dengan menggunakan rizom dan bebawang
termasuklah halia, lengkuas, kunyit, bawah merah dan
sebagainya. sementara bagi kumpulan atau

jenis KERATAN hendaklah mempunyai sekurangkurangnya tiga buku. Tanam keratan terus ke
ladang/batas atau jika perlu semai dahulu di tapak
semaian berpasir untuk pengeluaran akar. Jenis sayuran
termasuklah kangkung, cekur manis, selom dan
sebagainya. Bagi jenis SULUR pula maka pilih sulursulur dari pokok ibu yang subur. Potong daunnya dan
tanam ke batas/ladang dengan jarak yang disyorkan.
Contoh: keladi.

Semua jenis benih sebaiknya menjalani rawatan benih


iaitu satu aktiviti terhadap benih dengan kaedahkaedah tertentu, untuk beberapa tujuan seperti
memelihara benih daripada serangan perosak dan boleh
juga mempercepatkan percambahan. Kaedah-kaedah
rawatan adalah seperti membuat rawatan
dengan Racun Kulat / Serangga dimana rawatan
benih dengan racun kulat/serangga sebelum menanam
untuk mengawal serangan perosak seperti musuh dan
penyakit. Racun kulat yang selalu digunakan ialah
thiram (80% WP) dengan kadar 3g/100g biji benih dan
racun serangga iaitu gamma BHC. Selain itu kita boleh
membuat rawatan dengan Kaedah Air Panas dimana
rawatan dengan air panas boleh juga dilakukan untuk
mencegah kerosakan benih oleh penyakit. Rendam biji
benih dalam air panas bersuhu 50 darjah C selama 25

minit sebelum menanam. rawatan teknologi


menggunkan Air Biasa dimana biji benih direndam
dalam air biasa selama 4-5 jam untuk mempercepatkan
percambahan.

Terdapat beberapa teknik untuk menyemai atau


dipanggil sebagai Teknik menyemai / menanam benih
bergantung kepada jenis sayuran. Umumnya teknik ini
boleh juga dibahagikan kepada dua iaitu Teknik
Menyemai dan Mengubah dan juga Teknik
Menanam Terusbenih ke batas / ke ladang. Bagi kes
pertama iaitu Teknik Menyemai dan Mengubah kita
lazimnya mengamalkan untuk benih yang bersifat
seperti berbiji kecil dan menghasilkan anak pokok yang
lembut/ lemah, jenis sayuran yang lambat ,
pertumbuhannya dan memerlukan jagaan yang
sempurna, - biji benih yang kuantitinya terhad terutama
jenis yang diimport, - bjii benih yang mahal harga dan
juga - keratan yang lambat / sukar mengeluarkan
akar. Bagi yang memerlukan tapak / bekas semaian khas
yang mengandungi tanah subur terdiri dari kotak kayu /
plastik yang dalamnya 10-15 cm atau batas semaian
berukuran 1m lebar dan 30-45 cm tinggi, atau beg
plastik, kerek daun atau kertas. Biji benih disemai dalam
kotak atau di batas dengan jarak masing-masing 5 cm
ataupun di dalam beg. Pastikan plastik sebanyak 2-3 biji
dengan jarak 2-3 cm antara biji benih. Teknologi
Semaian yang melibatkan kerja mengubah adalah

dimana kita perlu mengubah anak benih yang berumur


3-5 minggu ke batas di ladang. langkahnya adalah
dengan memiilih dan ubah anak benih yang sihat sahaja.

Teknologi menanam Terus Benih ke Batas / Ladang


merupakan satu teknik yang boleh dibuat mengikut
kesesuaian. Menapa menanam terus?. Antara alasannya
adalah seperti untuk pertumbuhan pokok akan terjejas
jika diubah, benih yang murah harganya, mengatasi
isu kekurangan tenaga buruh, tanaman sayuran yang
sistem akarnya lambat pulih dan juga bagi jenis benih
yang kuantitinya tidak terhad dan mudah didapati.
Timbul pula pertanyaan bagaimana cara menanam
terus?. Lzimnya terdapat dua cara iaitu Teknik Serakan
atau tanam jalur dan juga Teknik Tugalan. Bagi Tenik
pertama cara ini mudah dan murah, boleh digunakan
tangan atau mesin , selalu diamalkan untuk sayuran
tempatan yang berbiji kecil dan memerlukan kepadatan
yang tinggi dan biji benih perlu digaul dengan pasir
halus atau tanah peroi sebelum ditabur secara serakan
atau ditabur ikut. Bagi Teknik Jaluran pul apabila anak
pokok setinggi 5 cm, kerja penjarangan dibuat dengan
mencabut anak-anak pokok yang tumbuh, terlalu tebal.
Sulamkan anak-anak pokok yang dicabut ke tempat
yang kosong dan kelemahan cara ini ialah susah
mengawal rumpai dan mudah diserang penyakit
(contoh: kangkong, bayam, sawi, lobak dan sadri).

Teknik Semaian Cara Tungal Mengikut Jarak Tertentu


yang di amalkan untuk sayuran yang berbiji benih
besar/kasar, keratan, sulur, umbisi atau bebawang. Bagi
tanaman yang mana saiz biji benih besar/kasar maka
perli di tanam 2-3 biji benih selubang. Jarak lebih
kurang 2-3 cm antara biji benih. Buat penjarangan
apabila semaian berumur 2-3 minggu. Tinggalkan hanya
sepokok yang sihat pada setiap lubang. Bagi jenis Sulur /
Rizom / Bebawang bolehlah di tanam satu benih sahaja
pada setiap lubang dengan jarak tertentu. Tanam biar
matatunas menghala ke atas. bagi jenis Keratan pula
boleh di tanam 2-3 keratan selubang dengan jarak
tanam yang sesuai.

Bagi menjalankan pengurusan dan penjagaan Semaian


pula perlu di ingat agar jangan semai terlalu rapat untuk
mencegah penyakit lecuh anak benih dan memudahkan
penjarangan dibuat. Jangan menyiram terlalu
kerap. Lindungi semaian dari panas terik dan hujan
lebat dengan membuat para perlindungan. Gunakan
sungkupan selepas menyemai terutama biji benih yang

ditanam terus. Buang sungkupan apabila biji benih telah


bercambah. Bagi semaian kotak/batas, sembur dengan
larutan urea (4g/liter air) di minggu kedua. Kawal
rumpai untuk menjauhkan penyakit dan
menghindarkan persaingan dengan tanaman. Kawal
musuh dan penyakit dengan amalan pertanian atau
dengan racun kimia jika perlu. Sebelum mengubah
semaian ke batas, dedahkan anak-anak pokok ke
matahari secara berperingkat-peringkat selama 2-3 hari
untuk melatihnya supaya biasa dengan keadaan di
ladang. Siram kotak atau batas semaian sebelum
mengubah bagi memudahkan cabutan anak
benih. Cabut anak benih bersama tanah di kelilingnya
bagi mengelakkan kerosakan akar yang teruk.

You might also like