You are on page 1of 16

UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN FUTSAL


PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PEGAWAI PENDIDIKAN

(PSKPP)

PERINGKAT DAERAH DALAT TAHUN 2016

FUTSAL LELAKI

(SENIOR DAN VATERAN)

KEJOHANAN

1. Kejohanan Futsal Pesta Sukan Dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan tahun 2016

PENGELOLA PERTANDINGAN

PSKPP DAERAH DALAT 1


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

1. PSKPPDaerah Dalat dengan kerjasama SMK Agama Igan.

TEMPAT DAN MASA

1. Tempat : Gelanggang Futsal Oya, Dalat

2. Tarikh :22 24 Julai 2016

3. Masa :7.00 pagi 5.00 petang

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini terbuka hanya kepada semua warga pendidikan dalam Daerah Dalat
Sarawak yang berdaftar sahaja.

2. Pertandingan ini dijalankan secara lima ( 5 ) sebelah dengan lima ( 5 ) simpanan. Setiap
pasukan yang menyertai pertandingan hanya boleh mendaftar 10 pemain dan seorang
pengurus pasukan serta seorang jurulatih.

3. Pertandingan ini dijalankan secara terbuka, iaitu tanpa had umur pemain.

4. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

5. Pemain yang telah berdaftar di dalam sebuah pasukan, tidak dibenarkan menyertai
pasukan lain di dalam kejohanan ini. Ataupun, dalam erti kata lainnya,seorang pemain
hanya layak menyertai sebuah pasukan sahaja dalam kejohanan ini.

6. Jika didapati seorang pemain menyertai dua atau lebih pasukan pada kejohanan ini,
kesemua pasukan yang disertai oleh pemain tersebut akan dibatalkan penyertaan dalam
kejohanan ini.

PENDAFTARAN PEMAIN

PSKPP DAERAH DALAT 2


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

1. Hanya ( 10 )sepuluh orang pemain sahaja yang boleh didaftarkan dalam kejohanan ini.

2. Setiap pasukan yang bermain (5 orang) MESTILAH terdiri daripada 3 pemain senior dan

2 pemain veteran pada satu-satu masa.

3. Pendaftaran pemain mestilah dilakukan setiap kali sebelum perlawanan.

4. Setiap pasukan mesti menyerahkan Borang Pendaftaran Perlawanan pemain 20 minit


awal, sebelum perlawanan dimulakan.

5. Sebarang perubahan senarai pemain selepas perlawanan pertama adalah tidak


dibenarkan sama sekali.

6. Setiap zon dibenarkan menghantar lebih daripada 1 pasukan.

7. Setiap pasukan digalakkan berada lebih awal di tempat pertandingan.

8. Tiada Yuran penyertaan bagi setiap pasukan yang bertanding dikenakan.

FORMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan akan dijalankan secara liga

2. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi dalam kumpulan adalah johan, manakala pasukan
yang mempunyai mata kedua tertinggi dalam kumpulan adalah naib johan dan seterusnya.

3. Jika kedudukan mata seri (sila rujuk perkara 16.2. PEMBERIAN MATA DAN
PENENTUAN KEMENANGAN)

KESELAMATAN PEMAIN

1. Keselamatan pemain, adalah tanggunjawab setiap pemain dan pasukan masing-masing

2. Sebarang kecederaan semasa pertandingan adalah risiko sendiri, pihak peganjur tidak
bertanggunjawab terhadap kecederaan yang dialami.

PSKPP DAERAH DALAT 3


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

3. Barangan peribadi pemain atau pasukan adalah tanggungjawab setiap pasukan masing-
masing.

BANTAHAN

1. Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus atau Ketua Pasukan sahaja dan
hendaklah dibuat secara lisan kepada Pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian
bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur tidak lewat 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut. Surat
bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disertakan dengan wang
cagaran tunai sebanyak RM200.00. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan itugagal atau ditolak.

2. Sebarang bantahan mengenai kelayakan peserta hendaklah dibuat semasa Mesyuarat


Pengurus Pasukan.Bantahan yang dibuat selepas itu tidak akan dilayan.

3. Sebarang keputusan yang dibuat daripada keputusan Jawatankuasa Bantahan dan


Tatatertib adalah muktamad.

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1. JUMLAH PEMAIN

1.1. Jumlah minimum pemain untuk memulakan perlawanan : 5 termasuk penjaga gol

1.2. Jumlah minimum pemain untuk menghabiskan perlawanan : 3

1.3. Jumlah maksimum untuk pemain simpanan:5

1.4. Maksimum pertukaran pemain : tiada

PSKPP DAERAH DALAT 4


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

1.5. Cara-cara pertukaran : pertukaran terbang semua pemain kecuali penjaga gol masuk
dan keluar secara bebas,pertukaran penjagal gol mesti dibuat apabila bola keluar dari
permainan dan dengan perhatian pengadil.Pemain yang keluar mesti keluar gelanggang
terlebih dahulu sebelum pemainan simpanan masuk.

2. ALATAN-ALATAN PEMAIN

2.1. Peralatan sukan yang biasa jersi ,kasut,sarung kaki, shin-guards( pelindung betis), dan
kasut futsal.

3. PENGADIL

3.1. Tugas menguatkuasakan peraturan, menggunakan peraturan advantage, mencatat


semua kesalahan pemain semasa dan selepas perlawanan, menghentikan permainan bila
perlu, memberi amaran dan mengeluarkan pemain yang melakukan kekasaran, dan sikap-
sikap yang tidak menonjolkan semangat kesukanan, tidak membenarkan yang bukan
pemain memasuki gelanggang ketika perlawanan sedang berlangsung, menghentikan
perlawanan untuk memastikan pemain yang cedera telah dibawa keluar, dan menentukan
bola yang akan digunakan.

4. PENJAGA MASA

4.1. Tugas memulakan masa selepas sepak mula, memaklumkan waktu habis separuh masa
pertama dan kedua kepada pengadil, mencatat kekasaran (foul) dan memaklumkan
kepada pengadil apabila sesebuah pasukan telah melakukan kesalahan (foul) lebih 5 kali
(5-foul limit), mencatat skor, pemain yang diberikan amaran dan dikeluarkan dan informasi-
informasi permainan yang relevan .

5. MASA PERMAINAN

5.1. Masa permainan berlangsung selama 20 minit, separuh masa 10 minit dan waktu rehat
tidak melebihi 5 minit.

PSKPP DAERAH DALAT 5


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

5.2. Masa dicatat berterusan

5.3. Tiada timeout

5.4. Masa tambahan akan diberi 10 minit, separuh masa 5 minit dan waktu rehat adalah 3
minit.

6. PERMULAAN PERMAINAN

6.1. Prosedur: lambungan duit syiling untuk menentukan sepak mula, pemain lawan di luar
bulatan permulaan, permainan bermula sejurus selepas bola disentuh oleh pemain mula,
bola tidak boleh disentuh oleh pemain mula sebelum pemain lain menyentuh bola.

6.2. Sepak mula selepas gol dijaringkan dan sebelum separuh masa kedua.

7. BOLA DILUAR DAN DIDALAM PERMAINAN

7.1. Bola diluar permainan apabila bola sepenuhnya melintasi garisan gol atau garisan tepi
gelanggang ; apabila permainan dihentikan oleh pengadil, apabila bola menyentuh jaring
atas.

7.2. Garisan garisan tepi ( touchline) dan garisan gol dikira garisan dalam permainan.

8. CARA-CARA MENJARINGKAN GOL

8.1. Apabila bola sepenuhnya melepasi garisan gol, diantara tiang gol dan dibawah palang.

PSKPP DAERAH DALAT 6


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

9. KESALAHAN DAN KEKASARAN

9.1. Sepakan percuma direct diberikan kepada pasukan lawan apabila pemain secara
sengaja melakukan mana-mana 11 kesalahan berikut (sepakan penalti diberikan apabila
kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti) :

1. Menendang atau membuat percubaan untuk menendang pemain lawan

2. Menjatuhkan pemain lawan

3. Melompat ke arah pemain lawan

4. Menerjah ke arah pemain lawan secara bahaya

5. Menerjah ke arah pemain lawan daripada belakang

6. Menyerang, membuat percubaan menyerang, atau meludahi pemain lawan

7. Memegang pemain lawan

8. Menolak pemain lawan

9. Menerjah pemain lawan dengan bahu (shoulder charge)

10. Sliding pemain lawan ( sliding tackle)

11. Memegang atau menyentuh bola didalam permainan (kecuali penjaga gol)

9.2. Sepakan percuma indirect diberikan kepada pemain lawan apabila pemain melakukan
mana-mana diantara 8 kesalahan berikut (sepakan diambil dari jarak 6 meter daripada gol
apabila kesalah dilakukan dalam kawasan penalti) :

1. Bermain secara bahaya (eg: menendang bola yang dipegang penjaga gol)

PSKPP DAERAH DALAT 7


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

2. Melakukan penghadangan

3. Menerjah penjaga gol di dalam kawasan penalti

4. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan back pass

5. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan kick-in


daripada pemain sepasukan.

6. Penjaga gol mengawal bola menggunakan mana-mana bahagian tubuh lebih


daripada 4 saat.

9.3. Pemain patut diberikan amaran keras (eg: dilayangkan kad kuning) apabila:

1. Pemain simpanan memasuki gelanggang daripada posisi yang salah atau pemain
gantian memasuki gelanggang sebelum pemain yang ditukarkan keluar sepenuhnya
daripada gelanggang.

2. Secara kerap melakukan pelanggaran peraturan permainan.

3. Membangkang mana-mana keputusan pengadil.

4. Didapati bersalah melakukan perbuatan yang tidak menonjolkan semangat


kesukanan.

9.4. layangan kad kuning boleh menyebabkan pemain lawan diberikan sepakan percuma
indirect daripada tempat pelanggaran (atau dari jarak 6 meter apabila pelanggaran
dilakukan dalam kawasan penalti).

9.5. Pemain harus dikeluarkan (dilayangkan kad merah) apabila melakukan :

PSKPP DAERAH DALAT 8


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

1. Kekasaran yang serius

2. Kelakuan ganas

3. Kekasaran atau berbahasa kasar

4. Kali kedua melakukan kesalahan yang diberikan amaran (kad kuning kedua)

5. Dengan sengaja menghalang peluang jaringan gol dalam kawasan penalti dengan
menggunakan tangan.

9.6. Sepakan percuma direct (atau sepakan penalti) diikuti dengan pengeluaran pemain untuk
kesalahan 1,2,dan 5 dan sepakan percuma indirect untuk kesalahan 3 dan 4 (sepakan
dari garisan D apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti)

9.7. Peraturan pemain dibuang padang.

9.7.1 Pemain yang dibuang padang (dilayangkan kad merah) dikeluarkan untuk
keseluruhan permainan dan tidak dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan.

9.7.2. Pasukan yang pemainnya dibuang padang boleh membawa masuk pemain
simpanan sebagai ganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan
atau selepas pihak lawan sudah menjaringkan gol (selepas salah satu berlaku).

9.7.3. Masa hukuman 2 minit di periksa oleh penjaga masa (atau pembantu pengadil).

9.7.4. Pemain gantian tidak boleh masuk tanpa kebenaran pengadil dan bola mestilah di
luar permainan.

10. SEPAKAN PERCUMA

10.1. Jenis : langsung (direct) dan tidak langsung (indirect)

10.2. Benteng : sekurang-kurangnya 3 meter daripada bola sehingga bola dimainkan.

PSKPP DAERAH DALAT 9


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

10.3. Bola dalam permainan : selepas bola telah bergerak di dalam lingkungannya.

10.4. Had masa: sepakan mesti diambil dalam 4 saat.

10.5. Syarat : Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola semula sebelum bola disentuh
pemain lain.

11. KESALAHAN AKUMULASI.

11.1. Kesalahan akumulasi merujuk kepada semua kesalahan yang disebut dalam peraturan
kesembilan.

11.2. Apabila sesebuah pasukan mengumpul 5 kesalahan akumulasi semasa separuh masa
( kesalahan di masa tambahan dikira sebagai separuh masa kedua), daripada kesalahan
keenam:

11.3. Pasukan yang melakukan kesalahan tidak dibenarkan membuat benteng pertahanan
semasa sepakan dibuat.

11.4. Semua sepakan mestilah secara langsung

11.5. Kesalahan yang dilakukan di dalam jarak 12 meter daripada garisan gol harus dihukum
dengan sepakan percuma langsung dari tempat kesalahan dilakukan atau dari tempat
pengambilan penalti kedua (2nd penalty spot) ;kesalahan yang dilakukan di luar jarak 12
meter mestilah dihukum dengan sepakan percuma langsung di tempat pengambilan
penalti kedua.

11.6. Prosedur :

11.6.1 Sebelum bola disepak, semua pemain selain penjaga gol dan pengambil
sepakan percuma mestilah berada di luar garisan imaginary yang sejajar
dengan garisan gol dan satu garis dengan garisan melintang di mana bola
akan disepak.

11.6.2 Penjaga gol mestilah berada di kawasan penalti sekurang-kurangnya 5 m


daripada bola.

PSKPP DAERAH DALAT 10


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

11.6.3 Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat untuk


menjaringkan gol

11.6.4 Tiada pemain lain yang boleh menyentuh bola sehingga bola menyentuh
gelanggang, melantun daripada tiang gol atau palang gol, atau bola keluar
daripada gelanggang.

11.6.5 Jika kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma


diambil dari jarak 6 m terdekat dari gol di mana kesalahan dilakukan
(sepakan bukanlah sepakan penalti)

12 SEPAKAN PENALTI

12.6 Diambil dari tanda sepakan penalti di tengah-tengah garisan yang berjarak 6 meter dari
gol. (penalty spot)

12.7 Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat menjaringkan gol.

12.8 Semua pemain lain mestilah berada di luar kawasan penalti dan pemain lawan mestilah
berada sekurang-kurangnya 5meter daripada tempat pengambilan sepakan penalti.

13 SEPAKAN MASUK

13.6 Diambil dari tempat bola keluar.

13.7 Bola mesti menyentuh garisan tepi sebelum disepak masuk.

13.8 Kaki yang tidak menyepak bola mestilah diluar garisan atau menyentuh garisan tepi; jika
melebihi garisan tepi, sepakan masuk diberi kepada pemain lawan.

13.9 Sepakan masuk mestilah diambil dalam masa 4 saat, jika tidak,sepakan masuk diberi
kepada pemain lawan.

13.10 Pemain yang mengambil sepakan masuk tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain
lain menyentuhnya ; pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan
percuma tidak langsung kepada pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku.

PSKPP DAERAH DALAT 11


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

13.11 Pemain lawan mestilah berjarak 3 m dari tempat sepakan masuk dibuat

13.12 Gol dibuat langsung dari sepakan masuk tidak akan dikira.

14 GOL clearance

14.6 Diambil dari tempat goal kick

14.7 Penjaga gol mestilah berada di dalam kawasan penalti semasa membaling bola.

14.8 Bola tidak dikira dalam permainan jika belum melepasi kawasan penalti. Jika goal
clearance diterima di dalam kawasan penalti, goal clearance mestilah diambil semula.

15 SEPAKAN SUDUT

15.6 Bola mestilah di sudut. Jika bola tidak diletak dengan betul, sepakan sudut mestilah
diambil semula.

15.7 Diambil dalam masa 4 saat; jika tidak ,sepakan percuma tidak langsung diberi kepada
pemain lawan.

15.8 Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuh bola ;
pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma tidak
langsung kepada pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku.

15.9 Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 m daripada tempat sepakan sudut
dibuat.

15.10 Jaringan gol secara langsung daripada sepakan sudut akan dikira.

16. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

16.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut :

PSKPP DAERAH DALAT 12


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

16.1.1. Menang - 3 Mata

16.1.2. Seri - 1 Mata

16.1.3. Kalah - 0 Mata

16.2. Sekiranya setelah semua perlawanan Liga selesai, dua (2) pasukan atau lebih didapati
memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan berikut akan diambilkira
untuk menentukan pemenang :

16.2.1. Kaedah jumlah perbezaan Gol iaitu pasukan yang mempunyai


perbezaan antara jaringan Gol masuk dengan jaringan Gol kena akan
menduduki tempat yang lebih tinggi.

16.2.2. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam
pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.

16.2.3. Jika keputusan awal diantara mereka seri maka Jawatankuasa


Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan Penalti atau
cara lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.

16.2.4. Jika masih tiada keputusan, Jawatankuasa Penganjur akan


menentukan pemenang melalui Toss Of Coin

16.2.5. Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan


seri, tambahan masa akan dijlankan. Jika keputusan masih lagi seri, maka
kemenangan akan ditentukan melalui tiga tendangan Penalti ( rujuk
perkara no 17).

17. SEPAKAN PENALTI PENENTUAN

17.1. Pengadil menentukan gol mana yang akan digunakan.

17.2. Balingan duit syiling untuk menentukan giliran.

17.3. (3) tiga sepakan diambil oleh pemain yang berlainan daripada setiap pasukan,kapten
setiap pasukan akan memberi 3 nama ini kepada pengadil sebelum sepakan diambil.

PSKPP DAERAH DALAT 13


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

17.4. Jika masih seri selepas (3) tigasepakan, sepakan penalti tambahan akan diambil
berdasarkan peraturan kalah-mati (sudden-death basis) oleh pemain yang masih belum
mengambil sepakan.

17.5. Pemain yang dibuang gelanggang semasa perlawanan tidak boleh mengambil sepakan
ini.

17.6. Mana-mana pemain yang layak dalam pasukan boleh menggantikan penjaga gol
nya mengambil sepakan.

17.7. Semasa sepakan penalti penentuan berlangsung, pemain akan tetap berada di separuh
gelanggang lain.

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN


KEJOHANAN FUTSAL PSKPP

DAERAH DALAT

PERMAINAN/SUKAN: FUTSAL LELAKI

PASUKAN : ZON 1
M0
KATEGORI : SENIOR & VATERAN

PSKPP DAERAH DALAT 14


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

2
BI NAMA PEGAWAI JAWATAN LESEN [C/PRA]
L
1 JAYSON JOHN KETUA JURULATIH
2 HAMZAH BIN YAD JURULATIH
BI NAMA PEMAIN KAD PENGENALAN POSISI PEMAIN
L
1 AZILA BIN ZAD 840307135463 (SENIOR)
2 ENIRWAN BIN YAD 800505135463 (SENIOR)
3 AHMAD AZMI BIN HAJI SEBLI 890902735869 (SENIOR)
4 ADI BIN HANAPI 860912526751 PENJAGA GOL
(SENIOR)
5 MOHD KALIK BIN SUUT 910423135605 (SENIOR)
6 REZZAL BIN MULI 881215525481 (SENIOR)
7 MOHAMAD FAZRULLAH BIN ROSLI 850418135721 (SENIOR)
8 ROSLI BIN SHAHDAN 740508135875 PENJAGA GOL
(VATERAN)
9 MEGAT BIN YAKUB 680816135285 (VATERAN)
10 MAURICE JOSAPHAT JEPUN (VATERAN)

Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

______________________
PENGURUS PASUKAN
NAMA : AMRI BIN BRAHIM
NO K/P : 811115135407
TARIKH : 09052017

PSKPP DAERAH DALAT 15


UNDANG-UNDAND DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KARNIVAL PSKPP DAERAH DALAT 201
7

PSKPP DAERAH DALAT 16

You might also like