You are on page 1of 13

CARA MENANAM

Tanaman betik sesuai kepada tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi
sentiasa berkeadaan lembab. Tanah yang terendam air tidak sesuai bagi tanaman betik.
Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang tetapi tidak terdedah kepada angin yang
kencang. Cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan yang serata adalah mustahak
bagi tanaman betik.
PENYEDIAAN BIJI BENIH
Sebanyak 1,700 pokok anak benih adalah diperlukan bagi tanaman setiap hektar tanah
dan ditambah 10% atau 200 pokok lagi untuk sulaman jika ada yang tidak hidup selepas
ditanam. Biji benih elok disemai ke dalam polibeg, yang berukuran 15 cm x 22 cm.
Isikan polibeg dengan campuran 2 bahagian tanah lapisan atas, 1 bahagian pasir sungai
dan 1 bahagian bahan organik (tahi ayam atau tahi lembu). Sebelum biji benih
disemaikan, adalah baik dirawat terlebih dahulu dengan racun thiram untuk mengelakkan
terkena serangan kulat.
Tanamkan biji benih sedalam 2 cm ke dalam tanah. Jangan tanam terlampau dalam
kerana ditakuti benih tidak akan bercambah disebabkan terlampau cetek biji benih yang
disemai akan berubah-ubah tempat semasa menyiram dan kecambahannya akan
terganggu. Biji benih akan bercambah dalam masa satu minggu. Sedang anak benih
beransur membesar, taburkan racun siput di merata kawasan, untuk mengelakkan
daripada serangan siput. Selain anak benih berumur 6-8 minggu ataupun telah berdaun 812 helai, anak semaian boleh diubah ke ladang.
KAWASAN PENANAMAN
Kawasan yang akan ditanam hendaklah dibersihkan dan dibajak. Gali lubang sedalam 30
cm dan 30 cm lebar. Jarak tanaman 1.8 m x 2.7 m, boleh ditanam sebanyak 1,700 pokok
sehektar. Semasa menanam gaulkan tanah di permukaan atas dengan baja phosphate
sebanyak 200 g -250 g. Pilihlah musim hujan yang sederhana apabila hendak menanam,
kalau masa hujan yang banyak boleh menjadi keadaan terlalu lembab, dan akar betik
yang belum berfungsi itu menjadi busuk.
Pembajaan
Jarak tanaman
Kepadatan tanaman sehektar
(pokok)
Umur pokok
(bulan)

Jenis baja
kadar baja mengikut jenis tanah (kg/pokok)
Tanah mineral
Tanah pasir

sebelum/semasa menanam
Pembajaan Asas
TSP
Organan

0.25
5.0

0.25
6.00
1.8m x 2.7m
2.0m x 2.7m
2.0m x 3.4m
2.5m x 3.0m
2.7m x 3.0m
2000
1800
1420
1300

1200
1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
> 5 bulan
15:15:15
15:15:15
15:15:15
12:12:17:2
12:12:17:2
0.05
0.05
0.05
0.10
0.35
0.05
0.05
0.10
0.35
0.35

setiap 2 bulan
setiap 3 bulan
setiap 6 bulan
12:12:17:2
12:12:7:2
Organan

0.35
2.0
0.35
6.00
KAWALAN RUMPAI
Apabila pokok muda, rumpai di keliling pokok dikawal dengan mencangkul atau
mencabut dengan tangan. Rumpai diantara pokok boleh juga dikawal dengan semburan
racun glufosinate ammonium (Basta). Selepas itu, ' 'spot spraying' dengan Glufosinate
ammonium atau paraquat dibaut setiap 2 bulan sekiranya perlu. (Racun herba sistemik
seperti Glyphossate dan 2, 4-D Amine tidak boleh digunakan untuk betik).
MENJAGA MUTU BUAH
Pokok betik akan mula berbunga apabila berumur lebih kurang 4 bulan selepas ditanam.
Penjarangan buah perlulah dijalankan untuk menjaga bentuk dan saiz buah yang seragam.
PENGAIRAN
Jika musim terlampau kering, pokok-pokok betik perlu disiram air, jika tidak
pertumbuhannya akan terganggu. Kekurangan air juga boleh menyebabkan bunga-bunga
betik menjadi gugur.
PENYAKIT DAN PEROSAK TANAMAN BETIK SERTA PENGAWALANNYA
PENYAKIT:
1. Antraknos (Colletotrichum gleosporioides)
Dahan dan ranting mati pucuk. Batang kering dengan cepat, bermula dari hujung dan
merebak ke bahagian bawah batang. Daun menjadi kecut dan gugur. Bahagian yang
diserang mempunyai garis-garis perang gelap di hujung. Amalkan pertanian yang baik
dan guna racun kulat mengikut label seperti mancozeb, thiophanate-metyl, prochhloraz
zinc complex. Musnahkan buah dan daun yang berpenyakit.
2. Reput Akar (Phytopthora parasitica)
Daun muda menjadi layu, daun tua menjadi kuning dan patah terkulat di sekeliling batang
sebelum jatuh. Pokok tidak tahan kemarau dan senang tumbang bila ditiup angin.
Amalkan pertanian yang baik. Cabut dan musnah pokok yang berpenyakit dan jaga
kebersihan ladang. Gunakan racun Benomyl (0.1%) atau Mancozeb (0.1%) serta elakkan

dari air bertakung dalam kawasan bertanam


3. Daun berumpun dan kerekot (Cladosporium oxysporum)
Vektor: Kutu Trip
Hanya terdapat pada betik ekxotika. Pucuk daun kelihatan cacat dan terdapat bintik daun
serta bintik berlubang 1-3 mm. Pada daun tua kelihatan binti perang, sekelilingnya
berwarna kuning dan daun kelihatan kerekot. Dalam keadaan teruk hanya tinggal tangkai
daun ssahaja. Pokok keliahtan bantut dan buah menjadi kecil. Gunakan racun serangga
mengikut label untuk mengawal kutip trip serta racun kulat yang sesuai.
4. Bintik Berlubang (Corynespora cassiicola)
Daun matang kelihatan bintik-bintik perang muda berbentuk bulat dan berlubang di
tengash sehingga 5 mm lebar. Musnahkan daun-daun yang dijangkiti terutama daun yang
tua dan duan gugur. Amalkan pertanian yang baik dan pembajaan yang mencukupi.
5. Penyakit Virus Bintik Cincin Betik
Penyakit virus bintik cincin betik ini adalah penyakit yang merbahaya kepada tanaman
betik. Ianya disebabkan oleh sejenis virus dan sangat mudah merebak. Virus ini tidak
boleh dikawal dengan racun perosak. Penyakit ini belum pernah dijumpai di Malaysia,
tetapi dilaporkan telah merebak di negara jiran.
Penyakit Bintik Cincin Betik menyerang tanaman betik di peringkat anak dan pokok
dewasa. Di peringkat anak pokok, tanda-tanda serangan adalah seperti berikut:
* Daun-daun muda terbentuk tidak sempurna.
Tanda-tanda kerosakan pada batang:
* Kelihatan jalur-jalur basah hijau gelap seperti direndam air (water-soaked streak) pada
tangkai daun dan batang pokok.
Kawalan:
* Musnahkan pokok yang berpenyakit
* Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)
Di peringkat pokok dewasa, tanda-tanda serangan boleh dilihat pada daun, batang dan
buah.
Tanda-tanda awal serangan pada daun:
* Daun muda mula menguning (kuning cair)
* Di peringkat pertengahan serangan, lingkaran daun ketiga (dari atas) menjadi kuning
nyata.

Kawalan:
* Musnahkan pokok yang berpenyakit
* Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)
Tanda-tanda pada buah:
* Bintik-bintik bewarna hijau gelap di peringkat buah muda
* Lingkaran berwarna kekuning-kuningan melingkari tompok-tompok hijau gelap di
peringkat buah matang.
* Buah menjadi kecil dan tidak sempurna bentuknya jika diserang di peringkat muda.
Tanda-tanda pada batang:
* Pokok terbantut dan kecil
* Kelihatan lakaran hijau berminyak atau bintk-bintik hijau pada batang
Tanaman betik yang dijangkiti penyakit ini akan terencat pertumbuhannya,
mengurangkan hasil sebanyak 60%, merendahkan mutu dan saiz buah dan warna isi pucat
dan tidak manis. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti tersebut di atas, sila hubungi:* Pejabat Pertanian untuk mengesahkannya.
* Musnahkan tanaman yang diserang dengan membakarnya.
Selain dari itu, elakkan daripada menanam tanaman selingan berikut dalam kebun betik
tuan:* Tembikai atau Timun Cina
* Petola
* Labu
* Tanaman-tanaman lain dari keluarga mentimun
Tanaman selingan dari keluarga mentimun boleh menyebabkan tanaman betik tuan
diserang penyakit bintik cincin. Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, kerapkan
pemeriksaan kebun betik tuan. Tindakan awal mengesan penyakit ini menyelamatkan
masa, tenaga dan wang.

Penyakit Mati Rosot Betik (papaya dieback)


Klik untuk makluman seterusnya!

MUSUH / PEROSAK TANAMAN BETIK DAN KAWALANNYA


1. Lalat Buah (Bactrocera spp.)
Berenga mengorek serta memakan isi buah menyebabkan isi buah menjadi lembut dan
busuk. Musnah buah yang diserang dengan cara menanam ke dalam tanah sedalam satu
kaki. Pasang perangkap methyl-eugenol. Gunakan racun seperti cypermethrin.
2. Hamama Merah (Tetranychus spp.)
Menyerang bahagian pucuk, daun dan buah pada semua peringkat dengan menghisap
cairan. Serangan meningkat di musim kemarau. Sebur dengan racun hamama tetradifon.
3. Kutu Trip (Thrips parvispinus)
Menyerang bahagian pucuk, daun muda dan kudup bunga pada semua peringkat
pertumbuhan. Menghisap cairan dari bahagian yang diserang. Sembur dengan racun
serangga seperti deltamethrin.
MEMUNGUT HASIL
Selepas lebih kurang 8-9 bulan ditanam, pokok betik jenis ini sudah mula mengeluarkan
hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya. Pada
peringkat ini, buahnya senang dikendalikan kerana tidak mudah rosak. Disamping itu
dapat dihindarkan dari terkena serangan lalat buah dan penyakit Antraknos. Buah-buah
yang dipetik di peringkat ini tahan disimpan selama seminggu. Bagi sepokok, hasilnya
boleh mencapai kepada 25 kilo sepanjang hayatnya. Masa pengeluaran, hasil yang
banyak adalah diantara 18-24 bulan, bermula dari bulan ke sepuluh selepas ditanam di
ladang.
INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH BETIK
Umumnya buah betik dituai pada peringkat umur 150-164 hari selepas bunga kembang.
Oleh sebab peringkat kematangan betik sangat berkait rapat dengan perubahan warna
kulit buah, penuaian sering dilakukan berdasarkan indeks warna buah tersebut. Buah
betik sudah boleh dituai sebaik sahaja terdapat perubahan warna pada kulit buah.
Perubahan warna kulit buah ini biasa mula berlaku di bahagian lurah pada hujung buah.
Indeks warna 1
:

Berwarna hijau sepenuhnya. Belum matang, tidak akan masak dengan sempurna
Indeks warna 2
:

Berwarna hijau dengan sedikit kesan kekuningan, sesuai untuk pasaran eksport.

Indeks warna 3
:

Warna kulit lebih hijau daripada kuning sesuai untuk pasaran eksport.
Indeks warna 4
:
Warna kulit lebih kuning daripada hijau, sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks warna 5
:
Kulit berwarna kuning dengan kesan kehijauan, sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks warna 6
:

Kulit berwarna kuning sepenuhnya, masak sepenuhnya.

Buah pada indeks warna 1 masih tidak sesuai dipetik kerana kematangannya tidak jelas.
Walaupun isi sudah kemerahan, kulitnya masih hijau dan buah ini dikhuatiri tidak masak
dengan sempurna dan kandungan pepejal larut kurang daripada 10%. Di Hawaii, buah
petik yang masak perlu mengandungi jumlah pepejal larut 11.5% bagi memenuhi gred
piawaian. Buah betik untuk tujuan eksport sebaik-baiknya dituai pada indeks warna 2
atau selewat-lewatnya pada indeks warna 3. Buah pada peringkat ini lebih tahan terhadap
operasi pengendalian lepas tuai dan tempoh penyimpannya lebih panjang. Buah ini
mempunyai ciri-ciri rasa yang memuaskan setelah masak. Penuaian buah pada indeks
warna 4 dan 5 pula mungkin hanya sesuai untuk pasaran tempatan kerana hayat
penyimpanannya pendek iaitu buah akan masak dengan cepat. Buah-buah ini juga tidak
sesuai untuk pengangkutan yang jauh kerana tidak tahan terhadap himpitan sama sendiri
disebabkan buah sudah lembut.

Indeks Warna
Buah Betik Eksotika

Penuaian mestilah dilakukan dengan cermat kerana buah betik sangat mudah tercedera.
Penuaian yang sebaik-baiknya ialah dengan memulas tangkai menggunakan tangan.

SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED BETIK EKSOTIKA

(Sumber: FAMA)
Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk Betik Eksotika (II) yang nama botaninya
Carica Papaya L.Var.Eksotika dari famili CARICACEAE. Nama asalnya MARDI
Backcross Solo.
Definasi Terma
Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:* Tahap kematangan (terdiri dari 6 indeks)
Indeks 1 : Seluruh permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya. Tidak sesuai untuk
pasaran.
Indeks 2 : Permukaan kulit berwarna hijau dengan sedikit tompok kekuningan. Buah
telah matang.
Indeks 3 : Permukaan kulit berwarna hijau melebihi permukaan yang berwarna kuning.
Indeks 4 : Masak. Permukaan kulit berwarna kuning melebihi permukaan yang berwarna
hijau.
Indeks 5 : Seluruh permukaan kulit berwarna kuning dengan sedikit tompok hijau.
Indeks 6 : Terlalu masak, keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning. Tidak
digalakkan untuk dipasarkan.
* Kotor
Buah yang terdapat kesan-kesan kotoran yang tidak dibersihkan seperti kesan getah,
serangga, tanah dan lain-lain bahan asing.
* Segar
Keadaan buah tidak kecut dan kulit tidak berkedut.
* Cacat
Buah yang bentuknya tidak normal seperti bengkok dan berbonggol.
* Cacat Rupa
Tanda-tanda yang mencacatkan rupa seperti berbintik dan kesan parut serta tidak boleh
dibersihkan, tetapi tidak menjejaskan isi buah. Kesan ini meliputi 10% - 25% permukaan
kulit buah.
* Rosak
Buah yang rosak akibat kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam dan busuk atau
reput akibat serangan penyakit dan makhluk perosak serta kesan seperti cacat rupa yang
melebihi 25% permukaan kulit buah.
* Tahap Kematangan Seragam
Konsainan yang mengandungi satu indeks tahap kematangan atau gabungan 2 indeks
yang terdekat.

Keperluan Minima
* Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit, kotoran,
kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia.
* Tangkai buah yang tidak melebihi 0.5 cm
* Telah mencapai peringkat kematangan yang mencukupi (indeks 2 - indeks 5) seperti
yang dikehendaki oleh pasaran.
Pengelasan Gred dan Saiz
* Gred 1:
Kandungan bahan pepejal larut > 10oBrix
Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 5%)
Kerosakan (maksimum kelonggaran: 10%)
Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 10%)
Saiz yang seragam: berat > 600 gm (maksimum kelonggaran: 5%)
* Gred 2:
Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 10%)
Kerosakan (maksimum kelonggaran: 15%)
Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 20%)
Saiz yang seragam: berat > 300 gm x 600 gm (maksimum kelonggaran: 5%)
* Luar Gred:
Buah yang tidak memenuhi ciri di atas.
Pembungkusan dan Perlabelan
* Pembungkusan
Betik Eksotika daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang
sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa
pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut
atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa
pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit
pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
* Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh
- Nama / Kod Penanam
- Nama / Kod Pengeksport

- No. Kad Pengenalan


- No. Pendaftaran Syarikat
- Alamat
- Komoditi
- Berat Bersih
- Gred
Persampelan
Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan
kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits atau kaedah statistik yang
dipersetujui.
KECEDERAAN DINGIN BUAH BETIK
(Sumber: Teknotani 1/97)
Penyimpanan buah-buahan pada suhu rendah boleh melambatkan proses buah masak.
Walau bagaimanapun, kebanyakan buah tropika dan subtropika peka terhadap suhu
rendah. Buah-buahan tersebut boleh mengalami kerosakan fisiologi yang dikenali sebagai
kecederaan dingin apabila didedahkan pada suhu di bawah had kritis. Suhu kritis
kecederaan dingin bagi kebanyakan buah tropika adalah sekitar 10-15oC. Tahap
kecederaan dingin pada produk yang peka terhadap suhu rendah bergantung pada jangka
masa penyimpanan serta rendah suhu.
Tahap kematangan juga mempengaruhi berlakunya kecederaan dingin. Buah pada
peringkat praklimakterik iaitu pada peringkat awal kematangan lebih peka kepada
kecederaan dingin berbanding dengan buah pada peringkat pascaklimakterik.
Bagi buah betik, tahap dan simptom kecederaan dingin yang berlaku berbeza-beza
mengikut varieti dan kaedah penyimpanan. Kecederaan dingin pada betik Solo berlaku
pada suhu penyimpanan 7oC, manakala bagi betik Eksotika, simptomnya mula kelihatan
pada keadaan berikut:* setelah disimpan selama 5 hari pada suhu 10oC
* setelah disimpan selama 4 minggu pada suhu 12oC
Simptom kecederaan dingin:
Antara simptom kecederaan yang biasa berlaku pada buah betik ialah:* lekukan pada permukaan kulit
* bintik-bintik berwarna perang/hitam
* peningkatan serangan kulat dan penyakit
* masak tidak seragam atau tidak masak

* lebam
Mengatasi kecederaan dingin:
Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan
mengolah suai keadaan penyimpanan, pengawalan atmosfera di sekeliling buah,
pengawalan kelembapan, penyimpanan pada tekanan rendah, penggunaan bahan kimia
dan modifikasi genetik.
Kaedah mengolah suai keadaan penyimpanan memberi kesan positif pada buah betik.
Kaedah ini dapat dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya adalah dengan
penyimpanan tertangguh, iaitu menyimpan buah yang peka terhadap suhu dingin pada
suhu ambien untuk seketika sebelum disimpan pada suhu dingin, penyimpanan berselangseli pada suhu dingin dan suhu ambien dan pendedahan buah pada suhu lebih tinggi
sedikit daripada suhu kecederaan dingin.
Kaedah mengekalkan kelembapan persekitaran yang tinggi semasa penyimpanan juga
boleh membantu mengelakkan kecederaan dingin. Caranya ialah dengan pembungkusan
atmosfera terubahsuai. Sistem penyimpanan yang sesuai dan pengawalan suhu yang
optimum amat penting untuk memanjangkan tempoh simpanan sesuatu komoditi. Perkara
ini perlu diberi perhatian yang serius dalam merancang pengeluaran dan pemasaran
komoditi-komoditi yang mempunyai potensi eksport.

You might also like