You are on page 1of 13

PENANAMAN KELADI

(Disumbangkan oleh Yakup Pendak, Megir Gumbek dan Lily Eng)


KANDUNGAN

1. Pengenalan 1

2. Jenis-jenis keladi 2

3. Keladi Varieti Thailand 2-3

4. Keperluan Suhu, Hujan dan Tanah 4

5. Penyedian Bahan Tanaman 4-5

6. Penyedian Tapak Tanaman 5

7. Penanaman 5-6

8. Kawalan Rumpai 6

9. Membaja 6

10. Penuaian 6

11 Pengurusan Penyakit dan Perosak 7-9

12 Kos Pengeluaran dan Pendapatan 10

13 Rujukan 11

i
PENANAMAN KELADI

1. PENGENALAN

Keladi (Colocasia esculenta (L.), Schott) ialah sejenis tanaman asli Asia Tenggara
dan ia tergolong dalam famili Araceae. Banyak jenis keladi terdapat di Negara ini.
Keladi berbeza dari segi warna, isi, sama ada warna putih, merah samar atau warna
kuning dan tangkainya pula dari yang berwarna hijau, coklat keungguan hingga coklat
tua.

Keladi ialah tanaman kontan yang boleh ditanam secara sendirian (Gambar 1) dan
juga ditanam sebagai tanaman selingan. Ianya boleh ditanam bersama dengan kelapa
sawit, lada hitam (Gambar 2 dan 3) dan getah iaitu semasa pokok berkenaan masih di
peringkat awal pertumbuhan. Tanaman ini tumbuh 0.4 m hingga 2 m tinggi dan
ubinya boleh mencapai hingga 15 cm besarnya. Anak umbisi didapati tumbuh di
sekeliling pangkal umbisi utama. Daunnya lebar berbentuk hati.Keladi boleh ditanam
dalam semua jenis keadaan dan kawasan, dari tanah rendah bertakung air hinggalah
ke kawasan tanah tinggi.

Gambar 1. Kebun keladi

Gambar 2. Keladi ditanam di antara pokok kelapa sawit

1
Gambar 3. Keladi ditanam di antara pokok lada hitam

2. JENIS-JENIS KELADI

Jenis-jenis keladi yang boleh ditemui di Sarawak ialah seperti keladi Wangi, Udang,
Kebuk, Kapas, Bugis, Lilin, Kuning dan lain-lain. Jenis keladi yang biasa ditanam dan
dijual oleh petani-petani di Sarawak ialah keladi Thailand dan Pinang atau Cina. Jenis
ini boleh menghasilkan ubi yang besar, anak dan batangnya boleh juga dimakan. Bagi
jenis keladi Air, Manis dan Birah hanya batang dan tangkai daunnya boleh dimakan.

3. KELADI VARIETI THAILAND

Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian Sarawak
mendapati keladi varieti Thailand (Gambar 4 & 5) berupaya mengeluarkan hasil ubi
segar lebih kurang 26 mt/ha ketika dituai pada umur 12 bulan selepas ditanam. Keladi
jenis ini boleh mencapai ketinggian 0.6 – 1.0 m. Warna isi ubinya kuning muda
keputihan dengan kandungan kanji lebih kurang 65% daripada berat kering ( Gambar
6). Ketika dibuat kerepek ubi (Gambar 7), kita boleh mendapat lebih kurang 30%
daripada berat ubi segar. Untuk tujuan membuat kerepek keladi jenis ini boleh dituai
ketika berumur 9-10 bulan selepas ditanam.

2
Gambar 4. Pokok keladi varieti Thailand Gambar 5. Ubi keladi varieti Thailand

Gambar 6. Gambar keratan ubi varieti Thailand 7a

Gambar 7a dan 7b. Kerepek keladi varieti Thailand

7b
4. KEPERLUAN SUHU, HUJAN DAN TANAH

3
Tanaman keladi memerlukan keadaan panas dan lembap dengan suhu melebihi 21oC.
Pertumbuhan akan terbantut sekiranya ditanam di kawasan bersalji. Tanaman ini
memerlukan hujan tahunan lebih kurang 250cm. Ianya boleh tanam di kawasan tinggi
yang mana hujannya lebih kurang 175cm dengan syarat curahan hujan disebar sama
rata sepanjang musim penanaman. Pengairan diperlukan sekiranya keladi ditanam di
kawasan yang menerima curahan hujan kurang dari 175cm setahun.

Keladi boleh ditanam dikebanyakkan jenis tanah, tetapi untuk pertumbuhan yang baik
ianya sesuai ditanam di tanah yang dalam, saliran yang baik, lom peroi, terutamanya
lom aluvial, dengan paras air yang tinggi serta kaya dengan bahan organik.
Dilaporkan bahawa PH tanah yang sesuai untuk pertumbuhan pokok keladi ialah
5.5 - 7.8.

5. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

Keratan umbisi dari induk keladi dan anak pokok (Gambar 8) boleh digunakan
sebagai bahan tanaman. Keratan umbisi boleh disemai terlebih dahulu sebelum
ditanam di ladang. Setelah tangkai daunnya mencapai ketinggian kira-kira 20 -30 cm
ianya akan dipindahkan ke ladang. Untuk bahan tanaman dari umbisi, kira-kira 2 – 5
tan metrik umbisi diperlukan untuk sehektar.

Gambar 8. Anak benih keladi

Anak pokok yang mempunyai ketinggian lebih kurang sama, yang diperolehi dari
rumpun pokok keladi boleh ditanam terus ke ladang. Bagi menggelakkan anak benih
cepat buruk dan mengalami pepeluhan yang tinggi daunnya hendaklah dipotong
sebelum ditanam. Anak benih dari pokok induk boleh diperolehi ketika pokok
berkenaan mencapai umur 6 – 8 bulan selepas ditanam.

4
6. PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN

Tapak tanaman yang dipilih dibersihkan dengan menggunakan racun rumput atau
tebas bakar. Jentera boleh digunakan untuk membajak. Tujuan kita membuat batas
atau membajak tanah adalah untuk mengemburkan tanah supaya pembentukkan ubi
keladi mudah berlaku (Gambar 9).

Gambar 9. Membuat batas

7. PENANAMAN

Anak benih dipindah ke batas dengan menggali lubang-lubang kecil 5 – 7 sm dalam


terlebih dahulu, kemudian baru meletakkan anak benih ke dalamnya dan ditimbus.
Biasanya sebelum ditanam daun keladi dipotong untuk mengurangkan pepeluhan dan
untuk mengelak dari reput atau busuk.

Barisan pokok boleh dibuat 90 – 120 sm jaraknya diantara satu sama lain dan jarak
dalam barisan ialah 30 – 45 sm (Gambar 10). Selama pokok keladi membesar, daun
tua akan gugur dan ubinya bertambah besar dan panjang. Dari semasa ke semasa
tanah di tepi pokok hendaklah dinaikkan supaya menutupi bahagian ubi yang
terdedah. Disamping itu juga sulur-sulurnya hendaklah dibuang.

5
Gambar 10. Anak benih yang telah ditanam

8. KAWALAN RUMPAI

Keberkesanan pengawalan rumpai adalah amat penting terutamanya pada 3 bulan


yang pertama. Kebiasaanya pengawalan rumpai menggunakan secara manual
(Menggunakan tangan). Untuk menggelakkan pertumbuhan rumput yang sangat
serius, Penyemburan racun kulat pra-cambah boleh dilakukan sebelum kerja
penanaman. Racun rumput pra-cambah jenis Diuron boleh digunakan dengan kadar
lebih-kurang 4 kg/hektar.

9. MEMBAJA

Keladi bertindak balas dengan baik kepada pembajaan. Dicadangkan Baja 15:15:15
pada kadar 1,150 kg boleh diberikan untuk satu hektar tanah. Baja boleh diberikan
semasa menanam dan pembajaan ke-2 boleh dilakukan 3 – 4 bulan selepas penanam.
Sekiranya pertumbuhan masih tidak menggalakan penambahan baja perlu dilakukan.
Pengairan dan pembajaan perlu untuk mempercepatkan pengeluaran hasil.

10. PENUAIAN

Penuaian bermula dari 8 – 12 bulan selepas penanaman, bergantung kepada jenis


keladi. Ubi matang yang sudah membentuk sepenuhnya, boleh dituai dengan
mencabut atau menggali dengan cangkul.

11. PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK


6
11.1 Penyakit tanaman keladi

Penyakit hawar daun

Penyakit hawar daun pada tanaman keladi (Gambar 11) disebabkan oleh kulat
Phytophtora colocasiae. Organisma bawaan tanah ini menghasilkan bintik-
bintik bulat kecil berwarna coklat di sekitar tepi pada permukaan daun di mana
titisan air cenderung untuk berkumpul.

Daun akan jatuh ketika jangkitan semakin serius. Patogen ini juga boleh
menyebabkan ubi keladi busuk setelah ianya dituai.

Gambar 11. Simtom jangkitan penyakit hawar daun

Kawalan
i) Menanam varieti yang lebih toleran
ii) Memastikan daun antara pokok tidak saling bersentuhan dengan
menjarakkan jarak tanaman.
iii) Untuk jangkitan yang serius, sembur dengan cymoxanil + Mancozeb,
mengikuti cadangan pada label racun tersebut.
iv) Membuang daun-daun yang telah mati dari kawasan penanaman dan
mengamalkan sanitasi ladang yang bersih untuk mengurangkan
inokulum pathogen.

11.2 Perosak tanaman keladi

7
11.2.1 Ulat pangkas/ Cutworm (Spodoptera litura)

Simtom kerosakan:
Larva memakan daun menyebabkan daun berlubang. (Gambar 12).

Gambar 12. Daun kena serang

Gambar 13. Kelompok telur

Kawalan:
i) Membuang daun yang diserang dan memusnahkan larva yang biasanya
ditemui dalam gugusan.
ii) Mengutip kelompok telur (Gambar 13) dan larva yang baru menetas
sebelum mereka bersebaran.
iii) Dalam penanaman berkelompok feromon jantan boleh digunakan
untuk menarik serangga jantan dan ini akan mengurangkan populasi
perosak.

11.2.2 Rama-Rama helang/Hawk moth (Thereta nessus)

Simtom kerosakan:
8
Larvanya memakan daun ( Gambar 14 ).

Gambar 14. Daun kena serang

Kawalan:
Mengutip larvanya.

12. KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN

Anggaran Kos Pengeluaran Sehektar Keladi

9
Varieti : Thailand
Kepadatan : 18,518 pokok/hektar
Jarak tanaman : 1.2m x 0.45m
Masa penuaian : 9 - 12 bulan
Jenis kerja/bahan Harga ( RM )
1. Penyediaan Kawasan
( a ) Menebas dan membersih 200.00
( b ) Membajak – 4 hari 80.00
( c ) Membuat batas – 20 hari 400.00
2. Bahan Tanaman
- Anak benih -
3. Penanaman – 20 hari 400.00
4. Pembajaan
( a ) Kapur ( Dolomite ) – 20 beg 340.00
Upah – 2 hari 40.00
( b ) Baja – 15:15:15 – 23 beg 2,760.00
Upah – 8 hari 160.00
5. Kawalan Rumpai
( a ) Racun rumpai – Diuron 80% - 4 kg 132.00
( b ) Merumput, menimbus dan membuang anak sulur
Upah – 127 hari 2,540.00
6. Kawalan Penyakit & Perosak
( a ) Racun kulat ( Aliette - 2 kg ) 220.00
( b ) Racun perosak ( Hextar Malathion – 3 litre) 45.00
Upah – 10 hari
200.00
7. Penuaian
Upah – 48 hari 960.00
Kos Pengeluaran 8,477.00
Nota – Dianggarkan gaji pekerja RM20.00/hari
Nota : Anggaran kos pengeluaran ini dibuat pada tahun 2011. Ianya akan
berubah mengikut keadaan semasa.

Anggaran pendapatan dari jualan ubi segar. Diandaikan sebanyak 11,000 kg ubi
segar/ha pada harga jualan RM 1.00/kg.

Butir-butir Tenaga Upah ( RM )


( a ) Pendapatan kasar @ RM 1.00/kg ubi segar 11,000.00
( b ) Kos pengeluaran sehektar 8,345.00
Pendapatan bersih ( a - b ) 2,523.00

13. RUJUKAN

Jaw-Kai Wang (1983). A review of Colocasia esculenta and its potential. University
of Hawaii Press, Honolulu.
Kay, D.E (1973).Crop and Product Digest 2 : Root crops. Tropical Products Institute,
London.
10
Lee C.K. (1986). Menanam sayur keperluan sendiri. DBP.
MARDI (1993). Anggaran kos pengeluaran dan pendapatan untuk tanaman dan
ternakan 1992. MARDI, Kuala Lumpur.
Onwueme, I.C (1978). The tropical tuber crops. Yam, Cassava, Sweet potato,
cocoyams. Published by John Wiley & Sons.
Yakup, P. (2006). Prestasi variety-varieti keladi untuk kegunaan segar. Proc. Research
Officers’ Meeting 7 – 9 September, 2006, Dept. Agric. Sarawak. pp 83-88.

11

You might also like