You are on page 1of 18

LAPORAN LADANG ENCIK CHANG KUEH

KIONG
KURSUS TANAMAN TEMBIKAI

NAMA : FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

NO. MATRIK : S13372

KURSUS : DIPLOMA PERTANIAN SEMESTER 5

FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN MAKANAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU


FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

TAJUK : KURSUS TANAMAN TEMBIKAI

PENGENALAN

Nama Saintifik : Citrullus lanatus

Famili : Cucurbitaceae

Asal : Benua Afrika

Nama Lain : Timun Cina atau semangka

Tembikai merupakan sejenis pokok menjalar di atas tanah. Batang tembikai berbulu dan mempunyai
sulur paut untuk memanjat. Daunnya pula bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini
kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu. Pendebungaan ini dipanggil pendebungaan berbantu oleh
serangga. Selain itu, tembikai juga tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering serta menerima
banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air
dengan pH 5.8 7.2.

Manakala buah tembikai pula berbentuk bulat atau lonjong. Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai
daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna kuning, merah
atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90 % air. Biji tembikai biasanya
berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tidak berbiji. Tembikai biasanya
dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Buah tembikai mengandungi Vitamin A, Kukurbisitrin
yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang
berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

2
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

BOTANI TEMBIKAI

Bahagian pokok Penerangan


Pokok
Merupakan pokok menjalar yang batangnya berdaun serta
mempunyai sulur paut. Mempunyai akar yang cetek iaitu
antara 40 50 cm dan berkelebaran antara 60 90 cm.
Batangnya berbulu, berbentuk bulat atau bersegi. Sulur
paut, daun dan bunga muncul daripada satu titik
dibahagian batang.

Daun
Daun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan
mempunyai kira-kira 10 20 cm panjang.

Bunga

Bunga tembikai ialah jenis monoesius iaitu bunga jantan


dan betina terdapat pada pokok yang sama. Bunganya
berwarna kuning dan setiap kuntum bunga mempunyai 1.5
2.0 cm lebar. Bunga biasanya terdapat dicelah daun dan
pendebungaan biasanya dilakukan oleh serangga. Bunga
tembikai juga biasanya berkembang antara jam 7.30 pagi
Bunga Jantan
hingga 10.30 pagi. Agen pendebungaan yang utama ialah
seperti lebah dan semut.

Bunga Betina

3
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Buah
Buah tembikai berbentuk bulat atau bujur (oblong).
Mempunyai kulit yang licin. Warnanya berbeza dari hijau
muda hingga hijau tua atau berjalur. Mempunyai kulit luar
yang kuat dengan lapisan di bawah kulit setebal 0.5 cm
dan juga bahgian isi yang boleh dimakan. Bijinya kecil
dan tertanam di dalam isi. Saiz biji antara 5 15 mm
berwarna putih, hitam, perang dan kekunig-kuningan.
Berat buah adalah mengikut varieti.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Faktor Penerangan
Tanaman tembikai memerlukan cuaca yang panas, kering dan matahari
yang cukup untuk pertumbuhan dan penghasilan yang baik.
Suhu antara 25 35 C pada siang hari dan 18 22 C pada malam sesuai

Iklim untuk tanaman tembikai.


Buah yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi gula
yan tinggi berbanding dalam keadaan sejuk dan lembab.
Suhu yang tinggu dapat mempercepatkan buah matang.
Pada peringkat pertumbuhan, hujan dengan kadar minimum sebanyak 380
mm semusim. Hujan yang berlebihan serta cuaca redup boleh
menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Pembentukan bunga dan
buah akan terjejas menyebabkan pengeluaran hasil yang rendah.
Tembikai sesuai ditanam dikebanyakan tanah yang mempunyai keasidan
antara pH 5.5 6.5.
Tanah
Tembikai juga lebih sesuai ditanam di tanah gambut berpasir dan tidak
menakung air. Tanah yang tinggi kandungan tanah liat dan menankung air
didapati tidak sesuai bagi penanaman tembikai.

4
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

AMALAN KULTURA

Penyemaian Biji benih

Bahan bahan semaian seperti dulang semaian dan tanah organik disediakan untuk penyemaian
biji benih tembikai.
Dulang semaian yang digunakan mempunyai 140 lubang kesemuanya. Sebanyak dua dulang
semaian digunakan semasa penyemaian biji benih tembikai untuk kursus ini.
Tanah yang digunakan untuk menyemai biji benih tembikai ialah tanah organik.
Biji benih tembikai yang digunakan ialah biji benih tembikai kuning.

Dulang semaian yang Tanah organik yang Biji benih tembikai


digunakan. digunakan. yang digunakan.

Langkah Langkah Penyemaian

1. Tanah organik diratakan di dalam dulang semaian. Tanah yang diratakan jangan diisi terlalu padat
di dalam dulang semaian kerana ia akan menyukarkan pertumbuhan biji benih.

5
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

2. Selepas itu, biji benih tembikai disemai ke dalam dulang semaian. Bahagian biji benih yang
mengeluarkan akar ditanam ke dalam tanah organik. Jika bahagian yang mengeluarkan akar
ditanam terbalik, biji benih tidak akan tumbuh.
3. Semasa penyemaian dilakukan, biji benih tidak boleh diletakkan ditapak tangan kerana haba yang
dihasilkan oleh badan manusia menyebabkan benih tidak bercambah.

4. Setelah semua biji benih telah disemai, dulang semaian disiram sehingga betul betul basah dan
air yang mencukupi untuk percambahan biji benih.

5. Selepas disiram, dulang semaian ditutup menggunakan kain kanvas untuk mengekalkan
kelembapan tanah organik. Dulang semaian dibiarkan selama empat hari sebelum dipindahkan ke
dalam rumah semaian.

6
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Penyediaan Batas Dan Lubang Tanaman

Membuat Batas

1. Batas sepanjang 111 kaki disediakan untuk menanam tembikai. Dalam kursus ini, dua batas
berukuran sama telah disediakan. Batas digembur sebanyak dua kali menggunakan bajak putar.
Penggemburan yang pertama adalah untuk membentuk batas yang ingin digunakan manakala
penggemburan yang kedua pula ialah untuk menghaluskan tanah supaya senang untuk membuat
batas dan menanam tembikai.

2. Selepas tanah digembur, batas perlulah dibaja dengan baja tahi ayam yang belum diproses untuk
1
menyuburkan tanah. Satu batas memerlukan 3 beg baja di mana satu beg baja tersebut seberat 50
2

kg dengan harga RM 7.00 sebeg. Baja tahi ayam ditabur dibahagian tengah batas. Setelah baja
ditabur, batas digembur sekali untuk memastikan baja bercampur dengan tanah. Batas yang
disediakan sedikit curam untuk mengelakkan air daripada bertakung pada batas.

7
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Memasang Plastik Silvershine Pada Batas

1. Sebelum memasang plastik Silvershine, batas disiram terlebih dahulu. Selepas itu, batas ditabur
dengan baja NPK 12 : 12 : 17 : 2. Baja tidak boleh ditabur pada bahagian tengah tengah batas
dengan kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan anak pokok mati akibat daripada baja
yang panas.

2. Segulung plastik tersebut mempunyai 250 m (4 kaki) lebar. Tambahan pula, plastik tersebut
mempunyai dua permukaan iaitu hitam dan kelabu yang bersinar. Permukaan hitam dipasang
menghala ke bawah manakala yang bersinar pula dipasang pada sebelah atas.
3. Permukaan hitam akan menyerap haba dan dapat mengekalkan suhu dan kelembapan tanah.
Permukaan yang bersinar pula dapat membalikkan cahaya kepada pokok. kegunaan plastik
silvershine dapat mengurangkan tenaga bagi pengurusan rumpai. Jika pemasangan adalah terbalik,
batas akan menjadi kering dan pokok tembikai akan mati kerana kekurangan air dan keaadaan
yang terlalu panas.

8
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

4. Plastik dipasang sepanjang batas. Di setiap hujung batas, plastik diletakkan tanah supaya plastik
tidak bergerak gerak semasa pemasangan dilakukan. Di tepi batas juga di letakkan tanah untuk
mengelakkan plastik terbang apabila ditiup angin. Plastik dipastikan tidak mengelembung semasa
dipasang.

Membuat Lubang Tanaman

1. Lubang tanaman dibuat menggunakan peralatan seperti tali, penebuk lubang yang dibuat sendiri
dan kayu penugal. Tali digunakan untuk membuat tanda sebelum lubang dibuat. Kayu kecil
digunakan terlebih dahulu untuk menandakan kawasan yang ingin dibuat lubang pada plastik
silvershine supaya ukurannya adalah sama.

2. Selepas itu, penebuk lubang yang dibuat sendiri digunakan untuk membuat bulatan pada plastik
silvershine. Bulatan tersebut akan ditanam dengan anak pokok tembikai yang telah disemai.
Diameter lubang yang dibuat ialah sebanyak 4 inci dan jarak antara lubang ialah sebanyak 3 kaki.

9
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Setiap batas mempunyai 36 lubang. Lubang tanaman adalah sedalam 3 inci. Lubang sedalam 3
inci dibuat menggunakan kayu penugal. Lubang tanaman mestilah dilakukan pada bahagian
tengah.

Penanaman Di Ladang
1. Anak pokok tembikai dipindahkan ke batas setelah 8 hari dibiarkan di dalam rumah semaian.
Setiap batas ditanam dengan 36 pokok mengikut jumlah lubang yang dibuat.

2. Semasa penanaman dilakukan, anak pokok yang dikeluarkan daripada dulang semaian dengan
berhati hati supaya tidak mematahkan batang batang anak pokok. Bahagian akar anak pokok
tidak boleh dipegang semasa penanaman dilakukan kerana tangan manusia yang panas boleh
menyebabkan pokok mati.

10
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Anak pokok ditanam secara melintang bagi membolehkan daun tumbuh ke arah tepi batas.
Sebelum ditanam, pastikan baja tahi ayam yang ditabur sebelum ini tidak terlalu dekat dengan
anak pokok yang ditanam kerana baja tahi ayam yang masin menyebabkan anak pokok melecuh
pada bahagian akar. Ini mengakibat anak pokok mati.

Sistem Pengairan
1. Paip air dipasang sepanjang batas bagi mengairi kawasan tanaman. Pada lubang tanaman,
dipasang tiub kecil untuk menyalurkan air daripada paip yang dipasang sepanjang batas.

2. Paip utama ditebuk terlebih dahulu sebelum dipasang dengan tiub. Air yang mengalir daripada
tong besar akan melalui paip dan seterusnya disalurkan kepada tiub tersebut kepada tanaman. Tiub
disambungkan menggunakan penyalur yang dipotong serong hujungnya untuk dimasukkan ke
dalam paip utama. Jika tidak dipotong serong, air tidak dapat masuk dengan lancar.

11
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Tiub diaturkan pada permukaan tanah supaya terkena pada anak pokok tembikai. Selepas
pemasangan dilakukan, enjin dihidupkan supaya air dapat disalurkan pada paip. Dua batas
memerlukan dua tong air untuk mengairi kawasan tanaman.

Menyulam Anak Pokok


1. Anak pokok yang mati dan diserang penyakit disulam. Antara penyakit yang dikenalpasti ialah
penyakit cendawan di mana daun tidak dapat mengakut air kepada pokok dan menyebabkan daun
menjadi kuning.
2. Selain itu, terdapat juga anak pokok yang mati disebabkan akar pokok yang melecuh disebabkan
terkena baja tahi ayam yang masin.
3. Anak pokok digantikan dengan anak pokok yang sihat kemudiannya.

12
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Pengurusan Sulur

Pemotongan sulur
1. Pemotongan sulur utama dibuat pada ruas kempat selepas tanaman berumur 10 15 hari. Tujuan
utama pemotongan sulur dilakukan ialah untuk menggalakkan sulur sulur tumbuh dengan lebih
subur seterusnya mengeluarkan buah yang lebih seragam dan penuaian hasil yang serentak. Anak
pokok yang sudah mempunyai 4 sulur utama sahaja dilakukan pemotongan pucuk. Bagi anak
pokok yang belum mempunyai 4 sulur utama, dibiarkan sehingga mempunyai 4 sulur utama.

2. Sulur tembikai dipotong secara menyerong bagi mengelakkan air bertakung pada bahagian yang
telah dipotong sekiranya hujan. Pada bahagian sulur yang dipotong, racun kulat disapu supaya
bahagian yang dipotong tidak merosakkan pokok atau dijangkiti penyakit.

13
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

Pengaturan sulur
1. Apabila pokok mula berumur 15 hari selepas menanam, sulur sulur hendaklah diatur dengan
menggunakan lidi yang dibengkok menjadi bentuk V. Lidi yang dibentuk dicucuk ke tanah. Lidi
yang dicucuk jangan terlalu rapat dengan sulur untuk mengelak sulur daripada patah semasa
pertumbuhan. Sulur tembikai diatur supaya ia tumbuh ke arah luar dan tidak berbelit antara satu
sama lain. Pengaturan sulur juga dapat menghalang pokok ditiup angin.

Pemotongan sulur yang tidak diperlukan


1. Pemotongan sulur yang tidak diperlukan dilakukan kerana sulur tersebut tidak menghasilkan buah
dan akan terus mengambil nutrien daripada baja yang ditabur. Ini akan menyebabkan sulur yang
menghasilkan buah kekurangan baja untuk menghasilkan buah. Oleh itu, sulur tersebut perlulah
dibuang untuk mengelakkan persaingan antara sulur.

Pendebungaan Berbantu
1. Bagi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi, pendebungaan berbantu perlu dijalankan. Pokok
tembikai mula mengeluarkan bunga pada peringkat 28 30 hari selepas mengubah atau menanam
ke ladang. Bunga jantan dan betina berasingan pada paksi daun.
2. Pendebungaan berbantu dibuat 30 hari selepas tanam. Biasanya dilakukan sebelum pukul 10 pagi
dengan mengambil bunga jantan (pollinator) dan disentuh sentuhkan pada bunga betina supaya
debunga daripada stamen bunga jantan melekat pada stigma bunga betina.

14
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

3. Bunga betina yang telah dilakukan pendebungaan, bunganya akan tertutup dan layu dengan
sendiri. Saiz buahnya juga adalah lebih besar dan rasa yang lebih manis. Semasa proses
pendebungaan dijalankan, buah pada bunga betina tidak boleh dipegang kerana buah adalah
sensitif.

4. Pembentukan buah tetap akan berlaku jika tidak dilakukan pendebungaan tetapi buah akan
menjadi kecil, berbentuk cacat, kandungan gula rendah dan kualiti yang rendah.

15
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

PENJAGAAN

Pembajaan

Peringkat Umur Pokok Jenis Baja Kadar Baja


Tahi ayam yang 3 setengah beg baja untuk
Penyediaan batas Sebelum
tidak diproses. satu batas. Satu beg baja
menggembur
bersamaan 50 kg.
NPK 1 1.5 kg untuk satu
Sebelum memasang
(12 : 12 : 17 : 2 ) batas.
plastik silvershine

Selepas 7 hari NPK Satu sudu kecil untuk


Peringkat Pengeluaran
menanam. (12 : 12 : 17 : 2) setiap pokok. ditabur
Daun
secara bulatan.
Peringkat pembesaran Selepas 37 hari NPK Blue 10 kg baja digunakan
buah menanam (12 : 12 : 17 : 2) untuk dua batas. Baja
dilarutkan di dalam tong
air dan disalurkan.

Penggunaan Racun

Jenis racun Cara menggunakannya Kegunaan


20 L air dicampurkan dengan 5 cc Digunakan untuk menjaga daun
racun Amistar dan disemburkan daripada terkena penyakit hujan
Amistar
pada tanaman tembikai. panas di mana daun kelihatan
seperti terbakar.
20 L air dicampurkan dengan 20 cc Digunakan untuk menghapuskan
racun Press dan disembur pada serangan hamama merah dan kutu
Press
tanaman tembikai. trip yang menyerang pucuk
tembikai.
20 L air dicampurkan dengan 20 cc Digunakan untuk mengganggu
racun Pictor 019 dan disembur pada sistem saraf perosak.
Pictor 019
tanaman tembikai.

16
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

PENGUTIPAN HASIL

Buah tembikai boleh dipetik 61 hari selepas menanam di mana buah cukup masak tetapi masih keras.
Kerja memetik dilakukan dengan cermat iaitu memotong tangkai tembikai menggunakan pisau atau
gunting. Elakkan pisau daripada terkena kulit tembikai semasa pengutipan hasil dilakukan. Buah dituai
selepas air atau embun kering dan penuaian pada musim hujan hendaklah dielakkan.

PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI

Tembikai dituai apabila buah cukup masak di mana kandungan gula berada pada tahap kemanisan yang
tinggi dan kemanisan yang memuaskan. Ciri ciri kematangan buah tembikai ialah :

Bahagian kulit buah yang bersentuhan dengan tanah bertukar warna daripada putih kehijauan
kepada kuning.
Sulur paut bertukar daripada warna hijau ke perang atau kering.
Bunyi jentikkan buah masak berongga manakala buah yang belum masak berbunyi padat.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh dan diasingkan mengikut saiz dan bentuk
sebelum disusun ke dalam bakul. Pengendalian yang kasar akan menyebabkan kerugian yang besar. Buah
tidak boleh jatuh, di baling atau dipijak kerana berlaku kerosakan dalaman dan isi buah akan hancur. Bagi
buah yang ingin dijual, buah dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke
destinasi jualan. Papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buah
buah daripada rosak.

17
FARAH AZMIRA BINTI ABD RAHIM

PEMASARAN

Buah tembikai dijual mengikut berat di mana 1 kg tembikai berharga RM 1.50. Manakala tembikai yang
dijual kepada pemborong dijual dengan harga RM 1.00 untuk setiap 1 kg. Sepanjang tempoh 4 hari
penjualan, sebanyak 532.2 kg buah tembikai yang telah dituai dengan penjualan sebanyak RM 539.80.

Hari Penjualan Dan Tarikh Berat (kg) Jualan (RM)


Hari pertama / 18 Ogos 2011 30.7 kg RM 45.80
Hari kedua / 19 Ogos 2011 40.7 kg RM 57.00
146.00 kg RM 146.00
Hari ketiga / 22 Ogos 2011 43.6 kg RM 33.00
245.00 kg RM 245.00
Hari keempat / 23 ogos 2011 29.2 kg RM 13.00
Hari kelima / 24 Ogos 2011 20 kg RM 11. 00
125 kg RM 125.00
Jumlah keseluruhan 680 kg RM 675.00

PENYAKIT DAN PEROSAK

Perosak Dan Penyakit Simptom Simptom Serangan Kaedah Kawalan


Menyerang bahagian pucuk tembikai. Racun Amistar digunakan di mana
Menyebabkan daun pucuk berkerekot 25 L air dicampurkan dengan 5 cc
Hamama dan tidak berkembang. Pucuk seakan Amistar dan disembur pada dua
akan terbakar. batas.

Lalat buah Menyerang buah muda dan masak. Racun Shieldmate 2.8 EC disembur
Terdapat lubang pada buah. pada tanaman tembikai.
Menyerang daun tembikai. Terdapat Racun Amistar disembur pada
Bintik Berpusar
bintik berpusar seakan akan terbakar tanaman.
pada permukaan daun.

18

You might also like