You are on page 1of 5

SEMAI BENIH BETIK

Membuat Benih Sendiri -- Betik Bahagian 1 daripada 2


Saya tertarik dengan saranan EjaMaria yang syorkan rakan-rakan untuk membuat benih
sendiri iaitu dengan menggunakan biji daripada buah yang dibeli. Memang ini cara paling
pantas untuk dapatkan biji benih betik. Tujuan artikel ini adalah untuk membantu rakan-rakan
menyediakan benih yang terbaik untuk disemai menggunakan benih yang dikutip sendiri
daripada buah.
Secara asasnya biji benih betik diselaputi membran dan di dalamnya terdapat jeli. Di hujung
biji benih pula terdapat sedikit isi betik yang terlekat. Jeli yang terdapat di dalam membran
tersebut adalah sejenis enzim yang menghalang biji benih dari bercambah. Pada pendapat
saya, jeli tersebut dapat membantu menghalang biji benih daripada bercambah ketika masih
di dalam buah.
Setelah mengutip biji benih, basuh dulu biji benih untuk meleraikan isi yang terlekat pada biji
benih. Ini akan dapat mempastikan biji benih tidak dimakan semut ketika menyemai nanti.
Kemudian picit biji benih untuk pecahkan membran dan membebaskan enzim penghalang
percambahan. Basuh biji benih dengan sabun pencuci pinggan dan rendam dengan thiram
atau ubat antikulat dan jemur.
Anda sedia untuk menyemai. benih yang disediakan mengikut kaedah ini akan bercambah
dengan lebih seragam.
Tentang Pemilihan Benih Betik
Secara asasnya pokok betik ada tiga jenis iaitu betik yang menghasilkan bunga jantan, betik
yang menghasilkan bunga betina dan betik yang menghasilkan bunga hermafrodit. Pokok
betik jantan juga dikenali sebagai betik rambai yang hanya menghasilkan bunga jantan.
Tangkai bunga panjang kadang-kadang hingga mencecah 90 cm (3 kakli). Anda akan hanya
mengetahui jantina pokok apabila pokok berbunga. Jika tersalah pilih benih, anda akan
hanya membuang masa kerana pokok betuik jantan tidak akan berbuah. Kalau berbuah pun
tidak banyak.
Pokok betik betina menghasilkan bunga yang hanya mengandungi bunga betina. jadi tidak
semua bunga yang terhasil akan berbuah kerana peelukan debunga daripada pokok betik
jantan atau pokok hermafrodit. Jadi pokok ini tidak berbuah lebat.
Pokok betik hermafrodit pula menghasilkan bunga yang mengandungi bahagian betina dan
debunga. Oleh sebab itu semua bunga daripada pokok ini akan disenyawakan dan akan
berputik. Pokok sebegini akan menghasilkan buah yang lebat.
Jadi, rakan-rakan perlu pilih buah dari pokok hermafrodit yang tidak didebunga oleh pokok
jantan untuk mempastikan benihnya adalah daripada jenis hermafrodit. Ini perlu ditekankan
kerana ada rakan saya yang menghabiskan masa dalam 6 bulan menanam biji benih hanya
mendapati kesemuanya pokok jantan.

Membuat Benih Sendiri -- Betik Bahagian 2 daripada 2

Seeloknya hasilkan pokok hermafrodit kerana hampir semua bunga yang dihasilkan lekat dan
menjadi buah. Kadangkala mungkin berlaku penjarangan kerana musim kemarau dan pokok
tidak mendapat air secukupnya. Buah yang dihasilkan oleh pokok hermafrodit juga bermutu
tinggi.

Betik kampung dari jenis hermafrodit berbuah lebat.

Bayangkan kalau tanam di tepi rumah, 2 pokok sudah mencukupi.


Pokok betik betina tidak menghasilkan buah yang lebat kerana bunga yang dihasilkan tidak
mengandungi debunga. Ia bergantung pada debunga daripada bunga jantan dan bunga
hermafrodit. Jika tiada serangga pendebunga, bunga betina gagal disenyawakan dan akan
luruh.
Bunga jantan tidak mengandungi ovule dan tidak akan membentuk buah. Kadangkala ada
bunga yang mengandungi ovule dan membentuk buah tetapi buahnya kecil.

Pokok betik jantan menghasilkan bunga dengan tangkai yang panjang.

Jika ingin buat benih sendiri, pastikan benih diambil dari pokok hermafrodit. Untuk pastikan
tiada pendebungaan luar, anda perlu halan pendebungaan luar. Cara nya begini.

Bahan
Stapler
Kertas minyak (dipotong dang dilekatkan membentuk sampul.)
Cara-cara
1. Pilih bunga hermafrodit yang belum terbuka.
2. Sarungkan sampul dari kertas minyak dan stapler sarung. Pastikan sampul dapat
menghalang serangga pendebunga (misalnya lebah) dapat masuk ke dalam sampul.
3. Apabila bunga telah menjadi putik buah, buka sampul dan tandakan buah.
4. Apabila buah ranum, petik dan proses biji benih sebagaimana dibincangkan dalam artikel
bahagian 1.
Saya harap artikel ini dapat membantu rakan-rakan yang ingin cuba buat benih betik sendiri.
PERTANYAAN
As salam tuan,
Saya setuju dgn pendapat tuan. Biji benih drp buah betik yg beli blm pasti menghasilkn pkk jenis
mana. Saya sendiri pernah terkena bila semai biji betik klon MARDI, tanam dan semua subur. Bila
berbunga..jantan. Simpan sepokok utk dimakan sbg ulam, yg lain2 kena tbg. Buang masa betul.
Tuan ada petua tak nk kenal betik jantan atau hermafrodit semasa kecil?
Saya pernah tanam benih MARDI, Alhamdulillah dapat pokok hermafrodit dan berbuah amat lebat.
Mungkin ada buah yang bolos yang didebunga serangga daripada luar.
Bahagian kedua artikel inmi akan membincangkan cara mendapatkan benih hermafrodit daripada
pokok hermafrodit. Saya menggunakan kaedah yang sama ketika menyediakan benih. Alhamdulillah
rakan-rakan yang semai benih tanamsendiri tiada yang dapat pokok jantan. Ketika jual benih, aeda
juga perasaan risau takut-takut ada biji yang jantan, mana tahu kalau ada serangga dari luar yang
bolos membawa debunga dari pokok jantan.
Salam Tuan,
Saya belajar istilah baru hari ini - bunga hermafrodit
Bagaimana nak kenal bunga hermafrodit dan juga pokoknya?
Pokok hermafrodit lazimnya berbuah padat, kecuali bila melalui musim kering.
Bunga hermafrodit ada debunga (stamen, bahagian jantan) dan ovula (stigma, bahagian betina).
Selalunya hermafodit diklasifikasikan kurang elok oleh penjual komersial. Bagi saya. asalkan ia tanam
sendiri, manis, dan sedap, masuk je kat mulut ni. =)
Selamat berbuka tuan!
Dari bacaan saya pula, sememangnya mereka inginkan baka ini sebab mutu buah sekata. Mungkin
keliru dengan variety buah, maksud saya kultivar. Semua bacaan saya menekankan pokok
hermafrodit untuk buah yang lebat

You might also like