You are on page 1of 1

Medium Penggalak Akar

Kalau orang dulu-dulu, mereka rendam daun sejenis pokok. Saya lupa jenis pokok tersebut
sebab masa tu masih kecil. Air rendaman digunakan untuk mencelup batang pokok sebagai
penggalak akar. Kini tak perlu susah susah. Ada berbagai jenis penggalak akar, dari yang
mahal, iaitu dalam RM50 sebotol kecil hinggalah ke RM3 sebotol kecil.
Kebiasaannya bahan aktif yang ada dalam penggalak akar ialah IBA atau indo butyric acid
yang bertindak memudahkan aliran hormon pertumbuhan di dalam keratan batang. Asid ini
boleh diperolehi daripada beberapa jenis tumbuhan.
Apa yang anda perlu buat ialah larutkan 1 sudu besar serbuk penggalak akar dalam 1 liter air
dan rendam keratan batang semalaman (12 jam) di dalam larutan tersebut. Larutan ini juga
boleh digunakan untuk kejutkan benih yang tidur (dormant).
Ada antara rakan yang meminta saya jualkan serbukk ini. Saya ada pek dalam 20 bekas
kecil. Saya jual 2 bekas dengan harga RM10. Kalau teringin pesan cepat sebab hanya ada 20
bekas sahaja.

Agen serbuk penggalak akar.

You might also like