You are on page 1of 6

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

[35 markah]

Soalan 6 : Petikan Umum


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Eurycoma longifolia atau tongkat ali ialah pokok renek malar hijau yang tinggi dan biasa dijumpai di Asia
Tenggara. Tumbuhan ini mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa. Tumbuhan ini juga
merupakah spesies yang dilindungi. Tongkat ali ialah ubat herba yang telah menjadi sebahagian daripada
ubat tradisional Asia Tenggara berabad-abad lamanya. Tongkat ali sering digunakan untuk merawat
pelbagai penyakit, termasuk demam, disfungsi ereksi, dan jangkitan bakteria. Kajian menunjukkan bahawa
tongkat ali boleh meningkatkan kesuburan lelaki, melegakan tekanan, dan meningkatkan komposisi badan
namun penyelidikan dalam bidang ini agak terhad. Tumbuhan ini digunakan untuk membina badan dan
mengurangkan lemak badan. Namun begitu, banyak perkara negatif atau implikasi yang diperoleh jika
diambil dalam kuantiti yang berlebihan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tongkat Ali Dalam Perubatan Moden’
Oleh Halim Ali,
Dewan Siswa Bil 7/ 2018

Bahan 2
Kaum Cina telah mula menggunakan ginseng sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu. Nama “ginseng”
diambil daripada bahasa Kantonis, iaitu jen shen dan dalam bahasa Mandarin sebagai ren shen yang bererti
“akar manusia”. Menurut kajian, ginseng dipercayai mempunyai antioksidan yang kuat untuk mengurangkan
keradangan. Ginseng boleh didapati dalam bentuk cecair pekat, kapsul, tablet dan serbuk. Tujuan
pengambilan ginseng adalah untuk seseorang itu menguatkan badan dan menambahkan tenaga terutamanya
bagi kaum lelaki. Ginseng dipercayai dapat mengurangkan kepenatan semasa aktiviti fizikal yang lasak.
Selain itu, ginseng juga dikatakan dapat meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko kanser.
Oleh itu, ginseng terbukti memberikan banyak manfaat kepada pengguna yang mengamalkannya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Khasiat Ginseng’
oleh Karim Latif,
Dewan Siswa Bil 5/ 2017

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud implikasi yang diperoleh. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perbezaan khasiat tongkat ali dan ginseng dalam bidang
perubatan. [3 markah]

(iii) Penggunaan herba untuk mengubati pelbagai jenis penyakit kurang mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan penggunaan herba
sebagai perubatan alternatif? [3 markah]

(iv) Anda telah pergi ke pasar malam yang diadakan di kawasan perumahan anda, semasa berjalan di pasar
malam tersebut, anda melihat seorang peniaga sedang menjual ubat-ubatan yang diperbuat daripada
herba yang mencurigakan secara haram. Anda berasa bimbang orang ramai akan tertipu dengan ubat-
ubatan yang dijual.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat membantu untuk menyelesaikan
masalah tersebut? [4 markah]

Soalan 7 : Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hasshim Othman


Istimewa, 2012
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Bahan 2
Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai
sebahagian ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang
menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.
Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia melihat
Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka
sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih.
Hari terus berlalu, Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia pulang ke rumah,
Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya mengangkatkan kepala apabila melihat
tingkah laku Kelabu.
Sejak kedatangan Kelabu juga Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan dahulu dan
setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu.
Dipetik daripada cerpen ‘Oren’
Karya Saifullizan Yahaya
antologi Kuingin Berterima Kasih
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 3

Pantun Sayangi Binatang


Bunga melur si bunga tanjung,
di dalam geluk ia ditadah;
Jangan diseksa para binatang,
Kelak menyesal tidak sudah.
Anak teruna dipandang tampan,
berseluar labuh berbaju sutera;
Kalau takut dimurkai Tuhan,
binatang jangan suka didera.
Makan bubur di waktu petang,
di laman rumah bersama keluarga;
kucing kurap selalu ditendang
dibiar lapar serta dahaga.
Pergi ke Pahang untuk berdagang,
Berdagang di bawah gunung Tahan;
Mari kita sayangi binatang,
Mereka juga ciptaan Tuhan.
Aini,
Johor Bahru

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud meredah onak. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan sikap negatif segelintir masyarakat kita terhadap binatang.
[4 markah]

(iii) Masyarakat hari ini gemar memelihara haiwan peliharaan sebagai hobi untuk mengisi masa
lapang mereka.

Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan jika memelihara haiwan peliharaan?


[3 markah]

(iv) Ketika berjalan untuk ke kedai runcit berhampiran dengan rumah, anda telah melihat seorang
lelaki sedang memukul dan menendang seekor kucing terbiar. Kemudian, lelaki itu
mencampakkan kucing tersebut ke dalam longkang yang dalam. Anda berasa simpati terhadap
haiwan tersebut dan berusaha untuk menyelamatkannya.

Sebagai seorang yang mencintai haiwan, bagaimanakah tindakan untuk menyelamatkan haiwan
tersebut? [4 markah]
Soalan 8 : Novel
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakanayat anda sendiri.

Keesokan harinya Adnan bangun lebih awal daripada biasa. Selepas solat subuh, dia pun sudah siap
berpakaian kemas. Dia tidak mahu terlewat tiba di sekolah pada hari pertamanya. Dia memakai baju kemeja
kotak-kotak berlengan pendek berwarna kuning cair dan berseluar panjang berwarna hitam yang dibelinya di
pekan dua hari lepas. Dia kelihatan segak. Kemudian dia duduk bersarapan dan hanya menjamah sedikit
makanan. Tekaknya tidak berselera. Hatinya berdebar-debar. Sesudah itu dia bingkas bangun.
“Nan, kenapa sikit saja kamu makan?” tanya ibunya yang berasa hairan.
“Pagi-pagi tak ada selera nak makan, mak,”jawabnya ringkas. Beg galas berwarna hitam dicapai lalu
disandang ke bahu sebelum dia turun ke beranda.

Dipetik daripada
Novel ‘Leftenan Adnan Wira Bangsa’
Karya Abdul Latip Talib,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Adnan selepas menunaikan solat subuh.
[4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan.
[6 markah]

You might also like