You are on page 1of 7

Aktiviti Makmal 1.2.

1: Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Aktiviti Makmal 1.2.1:

Mengkaji Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Tujuan: Untuk menkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.

Penyata Masalah:Bagaimanakah kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu dan pH memberi


kesan kepada pertumbuhan bakteria?

Hipotesis:Bakteria hidup dengan baik dengan :

► kehadiran nutrien

► dalam kawasan lembap

► kawasan gelap

► pada suhu 37℃

► pada pH neutral

Pemboleh ubah:

» yang dimalarkan : Kuantiti bakteria

» yang dimanipulasikan : Kehadiran nutrien, kelembapan, cahaya, suhu, nilai pH

» yang bergerak balas : Bilangan koloni bakteria

Bahan:

» Agar-agar nutrien

» Agar-agar tanpa nutrien

» Kultur bakteria (B. subtilis)

» Air suling
» Asid hidroklorik 1mol dm-3

» Natrium hidroksida 1mol dm-3

Radas:

» Piring petri steril

» Picagari

» Lampu meja

» Ketuhar

» Pita selofan

Prosedur:

► (A) Faktor nutrien dan kelembapan

1. Sediakan 3 piring petri berlabel A, B dan C.

○ Piring petri A mengandungi agar-agar nutrien lembap.

○ Piring petri B mengandungi agar-agar nutrien kering.

○ Piring petri C mengandungi agar-agar lembap tanpa nutrien.

2. Tambahkan 1cm3 kultur bakteria ke dalam setiap piring petri dengan picagari.

3. Piring petri di tutup dan dikemaskan dengan pita selofan.

4. Terbalikkan piring petri dan diletakkan pada suhu bilik selama dua hari. Pemerhatian ke atas
pertumbuhan bakteria direkodkan dalam jadual pada akhir eksperimen ini.

► (B) Faktor cahaya

1. Sediakan 2 piring petri berlabel D dan E.

2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:

○ Piring petri D diletakkan dalam almari gelap.

○ Piring petri E diletakkan di bawah cahaya lampu meja yang terang.

► (C) Faktor suhu


1. Sediakan 3 piring petri berlabel F, G dan H.

2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:

○ Piring petri F diletakkan dalam peti sejuk pada suhu 5℃.

○ Piring petri G diletakkan dalam ketuhar pada suhu 37℃.

○ Piring petri H diletakkan dalam ketuhar pada suhu 70℃.

► (D) Faktor pH

1. Sediakan 3 piring petri berlabel I, J dan K

2. Langkah 2 hingga 4 (bahagian A) diulang dengan:

○ beberapa titik asid hidroklorik cair dimasukkan ke dalam piring petri I.

○ beberapa titik air suling dimasukkan ke dalam piring petri J.

○ beberapa titik natrium hidroksida cair dimasukkan ke dalam piring petri K.

Pemerhatian:

► (A) Faktor nutrien dan kelembapan

Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian

A Agar-agar nutrien lembap Banyak tompok putih

B Agar-agar nutrien kering Tiada tompok putih

C Agar-agar lembap tanpa nutrien Tiada tompok putih

► (B) Faktor cahaya

Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian

D Gelap Banyak tompok putih

E Sangat cerah Tiada tompok putih

► (C) Faktor suhu

Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian


F 5℃ Tiada tompok putih

G 37℃ Banyak tompok putih

H 70℃ Tiada tompok putih

► (D) Faktor pH

Piring petri Keadaan piring petri Pemerhatian

I Asid Tiada tompok putih

J Neutral Banyak tompok putih

K Alkali Tiada tompok putih

Analisis:

► Tompok putih pada agar-agar nutrien adalah koloni bakteria.

► Bakteria berkembang dengan baik dalam piring petri A, D, G dan J.

► Bakteria berkembang secara pesat dengan kehadiran nutrien, dalam kawasan


lembap, gelap, suhu 37℃, dan dalam keadaan neutral (pH7).

► Bakteria tidak berkembang dalam keadaan tanpa nutrien, kering, terlalu cerah,
sejuk, panas, terlalu berasid atau terlalu alkali.

Perbincangan:

► Bahan-bahan dan radas disterilkan terlebih dahulu untuk memastikan tiada bakteria.

► Bakteria B.subtilis digunakan kerana ia tidak merbahaya kepada manusia.


► Julat suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria adalah antara 35℃ - 40℃.

► Spora bakteria akan terhapus apabila suhu melebihi 120℃. Oleh itu, agar-agar
nutrien disediakan dengan didihkan dalam autoklaf atau periuk tekanan pada suhu 120℃ selama 20
minit.

► Kekurangan nutrien akan membantutkan pertumbuhan bakteria, manakala


berlebihan nutrien meningkatkan pertumbuhan mereka

► Pirin petri diterbalikkan untuk mengelakkan wap air dari jatuh ke atas agar-agar dan
mempengaruhi keputusan eksperimen.

Kesimpulan:

► Keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria ialah keadaan yang lembap,
gelap, panas (suhu 30℃ hingga 37℃ , mengandungi nutrien dan nuetral (pH 7)

► Hipotesis yang dibuat adalah benar.


1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma

■ Suhu

► Kebanyakkan mikroorganisma adalah tidak aktif pada suhu rendah.

► Suhu optimum bagi kebanyakkan tindak balas yang menggunakan enzim dalam
badan mikroorganisma adalah dalam julat 35℃ hingga 40℃.

► Banyak mikroorganisma akan mati pada suhu yang melebihi 60℃.

► Akan tetapi, sebilangan bakteria boleh tahan suhu yang sangat tinggi.

► Sebilangan spora bakteria yang hidup dalam keadaan terlampau boleh tahan
kepadanasan dan kesejukan. Kebanyakan spora akan terbunuh pada suhu yang melebihi 110℃.

■ pH

► Mikroorganisma hidup dalam julat pH yang berlainan.

► Sebilangan mikroorganisma hidup dalam keadaan yang sedikit berasid manakala


sebilangan mikroorganisma lain hidup dalam keadaan yang sedikit beralkali.

► Akan tetapi, banyak mikroorganisma hidup dalam medium neutral, iaitu pH7.

► Kebanyakan mikroorganisma akan mati pada nilai pH terlampau seperti nilai pH yang
sangat tinggi atau terlalu rendah.

■ Cahaya
► Mikroorganisma fotosintetik seperti alga dan sebilangan bakteria memerlukan
cahaya untuk menjalankan fotosintesis dan mensintesiskan makanan.

► Akan tetapi, banyak mikroorganisma lain seperti kulat dan bakteria sesuai hidup
dalam keadaan gelap.

► Sinar ultraungu dalam cahaya matahari boleh membunuh sebilangan


mikroorganisma.

■ Nutrien

► Semua mikroorganisma kecuali virus memerlukan nutrien untuk pertumbuhan dan


menjalankan proses hidup.

► Dalam keadaan yang tidak sesuai untuk hidup dan tidak mendapat nutrien, banyak
mikroorganisma akan mati atau bakteria akan membentuk endospora.

■ Kelembapan

► Semua mikroorganisma memerlukan air atau kelembapan untuk hidup dan


menjalankan proses hidup.

► Kelembapan tinggi sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma.

► Air adalah penting kerana air digunakan sebagai medium untuk tindak balas yang
berlaku dalam badan mikroorganisma.

You might also like