You are on page 1of 4

Note : Perkataan warna hitam pekat (bold) yang tak bergaris adalah isi penting.

KBAT CABARAN MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA


6. Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara

(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin

kedaulatan negara ( 5 markah )

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir
luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia.

- Terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk
mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran
pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan
imej dan keharmonian negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah
dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang
daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa
Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Selain daripada ancaman dari dalam negara, ancaman yang
hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca
mata kuasa-kuasa besar.

- Globalisasi kebudayaan memberi pengaruh paling besar yang menjadikan umat Islam sebagai umat
'konsumer' iaitu dari segi mengguna, membeli dan memakai produk-produk kapitalis Barat. Tanpa
disedari, masyarakat masa kini semakin menunjukkan tanda-tanda tercabut dari akar budaya,
bangsa dan agama. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup global, masyarakat kini sudah
terbiasa untuk meniru gaya hidup barat. Contohnya, hiburan yang menonjolkan budaya barat dan
pakaian yang berkonsepkan budaya barat iaitu tidak menutup aurat.

Seterusnya , cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia.

- Sikap individu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum hanya menjarakkan lagi jurang
perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Contohnya, individu yang
berbangsa Melayu tidak bergaul dengan bangsa Cina dan India kerana merasakan tidak
bersefahaman atau sehaluan.

Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar
kedaulatan negara terjamin.

- Remaja kurang semangat patriotisme kerana tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman
penjajahan, contohnya orang yang hidup zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu pasti teringat
semasa mereka menghadapi kesusahan untuk mendapat bekalan makanan dan pakaian. Mereka
pasti akan rasa bertuah kerana hidup pada masa kini lebih baik. Remaja yang tidak mempunyai
semangat patriotisme lebih mudah untuk berhijrah ke negara asing jika negara kita mengalami
kesusahan seperti masalah ekonomi, bencana alam dan sebagainya.
Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan
negara Malaysia sebagai negara yang kuat.

- Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum dan ekonomi negara yang
kukuh. Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah
Melayu. Contohnya, masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung,
masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala
masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet. Kaum-kaum lain tidak dapat
menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertentu dan ini
adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi
mereka.

Akhir sekali, cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia .

- Kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini
menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di
luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Antara cabaran kewujudan
masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Hal ini
demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja
telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang
membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan
Persekutuan.

KBAT CABARAN MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA


(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ( 5 markah )

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan


tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan.

- Memperkasakan pasukan keselamatan negara. Pasukan keselamatan perlu ditingkatkan dari aspek
fizikal, emosi mahupun mental. Mereka harus sentiasa bersiap sedia untuk menangkis sebarang
pencerobohan dan ancaman. Kepakaran dan kemahiran teknikal pasukan keselamatan mesti
sentiasa ditambah baik. Pasukan keselamatan negara harus dilengkapi dengan peralatan-peralatan
yang paling moden untuk menunjukkan keseriusan negara mempertahankan kedaulatan negara.

Seterusnya , mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu


mengekalkan perpaduan kaum.

- Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui
perbualan dan berinteraksi di sesuatu kawasan perumahan. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara. Aktiviti kemasyarakatan dapat
menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap
rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun
berlainan bangsa mahupun agama.
Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-
masing dan mengadakan pameran biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang
demi mempertahankan negara.

- Sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini diadakan adalah dapat memupuk semangat patriotik
atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan
merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri.
Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari
kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam
sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara
langsung.

- Guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk membantu pelajar-pelajar
dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru harus
menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar. Bahan-bahan bantu pengajaran yang
dipersembahkan mestilah menarik dan pelbagai untuk menarik minat pelajar-pelajar agar mereka
cepat menguasai ilmu baru. Pelajar-pelajar dapat mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-
idea baru berdasarkan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran. Contohnya
penggunaan bahan bergambar dan grafik seperti carta-carta, poster, slaid, video dan sebagainya. Ini
memudahkan pelajar ingat bahawa peristiwa yang telah berlaku dan semangat patriotik akan
ditanam pada pelajar kerana memahami dengan lebih dekat kepahlawanan orang untuk mendapat
kemerdekaan.

Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan
keuntungan ekonomi seperti berniaga .

- Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha
menjadikan negara hub halal. Justeru, kerajaan dapat mengeratkan hubungan diplomatik antara
negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah
institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan
adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia dan
ekonomi negara. - Masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya
lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara bagi meningkatkan ekonomi negara.

Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .

- Seseorang itu perlu hormat pandangan orang dengan mendengar pandangan daripada orang lain.
Mereka perlulah menenangkan diri dan tidak tertekan dengan masalah yang melanda agar dapat
berfikiran rasional dan positif ketika perbincangan. Dengan itu, mereka dapat mencari jalan
penyelesaian secara rasional tanpa perbalahan melalui perbincangan ini dan mengekalkan
kedaulatan negara.

https://www.academia.edu/32612952/_P_KBAT_cabaran?auto=download

You might also like