You are on page 1of 5

MALAYSIA BELUM MERDEKA SEPENUHNYA

Merdeka membawa maksud bahawa bebas daripada sebarang penjajahan,


kurungan dan juga naungan daripada mana-mana pihak asing ataupun penjajah.
Negara kita Malaysia sejak tahun 1957 lagi adalah merupakan sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat. Sebelum mencapai kemerdekaan, banyak berlaku peristiwaperistiwa

yang

melibatkan

keganasan

dan

juga

perperangan

demi

untuk

mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Bermula dengan kedatangan pihak


British serta campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan
pelbagai perubahan sama ada yang baik ataupun yang buruk. Hasil daripada
perubahan ini, ianya telah menimbulkan kebangkitan di kalangan pendudukpenduduk

supaya

menentang

kedatangan

British.

Ia

kemudiannya

telah

menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme di


kalangan masyarakat di Tanah Melayu ini. Berkat daripada perjuangan tokoh-tokoh di
negara kita yang terdahulu, Malaysia telah memperolehi kemerdekaannya pada
tahun 1957. Namun, persoalannya adakah negara kita Malaysia benar-benar sudah
merdeka sepenuhnya ataupun masih lagi tidak.
Walaupun Malaysia telahpun memperolehi kemerdekaannya dari penjajahan
pihak asing pada 1957, namun pada hakikatnya Malaysia sebenarnya masih belum
merdeka sepenuhnya lagi. Ini bukan bermakna negara kita masih terdapat ancaman
musuh ataupun negara asing, tetapi ianya dari sudut lain. Ini berikutan jika dilihat dari
segi kegiatan ekonomi, sosial dan termasuklah politik di Malaysia, ianya masih lagi
dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh daripada negara-negara asing dan juga negara
Barat.
Dari sudut ekonomi, Malaysia masih lagi bergantung kepada pasaran ekonomi
negara asing. Kenaikan atau kejatuhan mata wang negara kita adalah bergantung
sepenuhnya kepada pasaran dunia. Kegiatan ekonomi negara masih bergantung
kuat kepada punca pelaburan-pelaburan daripada negara asing. Contohnya didalam
bidang perindustrian, bidang pembuatan, pertanian dan pengangkutan. Negara asing
telah memonopoli harga pasaran minyak yang menyebabkan harga bahan mentah
tersebut meningkat secara mendadak walaupun negara kita sendiri merupakan salah
sebuah daripada negara pengeluar minyak. Begitu juga dengan pasaran harga

bahan mentah lain seperti getah dan juga kelapa sawit. Apabila berlakunya
kejatuhan harga pasaran luar, negara kita akan turut mengalami kejatuhan harga
yang agak teruk dan begitu juga jika berlaku sebaliknya.
Dari sudut teknologi, negara kita masih lagi bergantung kepada teknologiteknologi dari luar negara seperti Jepun dan sebagainya. Antara contoh teknologi
yang besar pengaruhnya adalah teknologi pengeluaran dan juga pembuatan kereta
tempatan. Walaupun terdapat kilang-kilang besar syarikat kenderaan seperti
PROTON dan PERODUA, namun penghasilan sesebuah kenderaan itu bukanlah
dihasilkan sepenuhnya di negara ini. Ini berikutan penggunaan enjin kereta keluaran
PERODUA dan PROTON yang masih menggunakan kepakaran dari luar serta ada
sesetengah kenderaan negara kita dibawah keluaran PRODUA dan PROTON yang
menggunakan enjin dari luar negara serta rekabentuk kereta yang di ambil dari
negara luar. Negara kita banyak meminjam teknologi daripada negara luar iaitu
negara Jepun terutamanya. Ianya dapat dilakukan melalui jalinan kerjasama yang
dijalankan dengan syarikat-syarikat besar dari negara luar seperti MITSUBISHI
MOTOR dan DAIHATSU yang membenarkan penggunaan teknologi mereka dipakai.
Selain itu, kita masih menggunakan perisian-perisian teknologi komputer yang
dihasilkan oleh negara luar walaupun negara kita sudah mempunyai tenaga pakar.
Ini berkemungkinan tenaga pakar di negara kita masih belum dapat menguasai
teknologi dari negara luar.
Dari segi keperluan tenaga buruh, kita masih mengambil tenaga kerja dari
negara asing bagi memenuhi keperluan tenaga buruh tempatan. Adakah kita sedar
bahawa dengan pengambilan rakyat asing sebagai tenaga buruh telah banyak
merugikan negara kita. Kita bukan sahaja mempertingkatkan pengaliran serta
pertukaran matawang kita ke luar negara bahkan ianya turut menyumbang kepada
peningkatkan masalah sosial dan kadar jenayah di negara kita. Belia-belia negara
sepatutnya dilatih bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara memandangkan
kita telah mensasarkan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.
Dari sudut politik pula, kita juga masih belum merdeka sepenuhnya. Walaupun
politik di negara kita tidak mendapat sebarang campur tangan dari negara luar tetapi
kita masih dibelenggu dengan pelbagai isu yang menyekat hak kita sebagai rakyat
dan negara yang demokrasi. Contohnya berlaku diskriminasi dalam pemilihan

jawatan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri terutamanya dalam


pilihan raya bagi pemilihan wakil pemimpin. Rakyat juga sering dipergunakan dengan
mengamalkan `politk wang dalam pemilihan pemimpin terutamanya golongan warga
emas, mereka yang tidak berpelajaran dan buta huruf. Ini bukan sahaja menafikan
hak rakyat tetapi rakyat tidak diberi keadilan akibat amalan rasuah yang semakin
berleluasa di semua peringkat. Selain itu, kita dapat lihat dari segi pemberian
jawatan dalam sesuatu bidang ataupun pemberian kontrak terhadap sesuatu projek.
Ia kebanyakannya hanya diberikan kepada kroni dan sebagainya. Penempatan di
institusi pengajian tinggi juga adalah tidak telus, mereka yang mempunyai `kabel
yang besar akan mendapat tempat dan laluan yang mudah berbanding

bagi

golongan bawahan yang terpaksa melalui peringkat demi peringkat. Politik di negara
kita juga masih berbentuk perkauman dan tidak membenarkan penubuhan satu parti
sahaja. Walaupun parti-parti ini telah digabungkan dibawah satu bumbung menjadi
BARISAN NASIONAL namun perjuangan terhadap kepentingan kaum masih lagi
dapat dilihat dan bukan atas dasar rakyat Malaysia ataupun satu Malaysia.
Dari segi memenuhi tuntutan kontrak sosial pula, sejak dahulu lagi orang
Melayu telah banyak berkorban dan mengalah dengan memberi hak kerakyatan
kepada orang asing yang datang ke negara kita. Pemberian keistimewaan itu
bertujuan agar orang asing yang datang tersebut dapat membantu memajukan orang
Melayu dalam bidang ekonomi. 50 tahun telah berlalu, namun kita dapat lihat
mentaliti masyarakat berbilang kaum negara ini masih belum banyak berubah.
Masalah berkaitan mentaliti rakyat adalah mereka tidak dapat menerima kaum lain
sepertimana kaum lain menerima serta menghargai mereka. Ini bermaksud bahawa
mereka tidak dapat menerima perbezaan dengan kaum yang lain sedangkan perkara
persefahaman antara kaum ini adalah menjadi inti sari atau syarat untuk
mendapatkan kemerdekaan dari British pada 50 tahun lalu. Melalui system
pendidikan, pihak kerajaan juga mengharapkan agar perpaduan dapat dibentuk dan
dipupuk. Namun jika kaum bukan Melayu terus mempertahankan imej dan fahaman
kaum masing-masing dalam pendidikan termasuk dalam soal bahasa, maka peluang
untuk melihat perpaduan kaum berjaya sepenuhnya adalah mengambil masa yang
agak lama lagi.

Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara sebenarnya boleh menjadi


salah satu cara untuk memupuk semangat integrasi dan mewujudkan perpaduan di
antara etnik dan kaum yang ada. Sebagaimana yang kita tahu sekolah adalah
merupakan sebuah organisasi yang menempatkan kebanyakannya kaum atau etnik
berada di bawah satu bumbung yang sama. Melalui pendedahan awal dari peringkat
kecil lagi, jika diberi pendedahan awal berkaitan persepaduan. Maka dapatlah
pelbagai kaum atau etnik mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya
menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka
mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan, masyarakat
dan bangsa.
Dari segi pemakaian pula, kita juga masih belum merdeka sepenuhnya,
kerana kita masih banyak lagi terikut dengan corak pemakaian dari Negara Barat.
Pada masa sekarang, perempuan Melayu Islam sudah ramai yang memakai mini
skirt, seluar pendek atau memadankan tubuh dengan bikini dan bertanding dalam
peraduan ratu cantik di khayalak ramai tidak dianggap sebagai pesalah. Golongan
wanita muda yang berpakaian menjolok mata tidak dapat menerima pendapat
bahawa merekalah yang memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol
dan pencabulan kehormatan. Selain itu, pemikiran mereka juga di pengaruhi oleh
pengaruh dari barat. Kita dapat lihat anak-anak muda kini diajak menjadi golongan
yang berfikiran terbuka. Malangnya, minda mereka dicemar oleh konsepsi kehidupan
yang membawa kepada kecelaruan.
Dari segi pemakanan pula, generasi muda masa kini lebih menggemari
makanan-makanan segera dari barat seperti KFC , McDonald dan Pizza Hut
berbanding dengan makanan-makanan tempatan ataupun makanan tradisional.
Makanan segera seperti burger dan sebagainya ini menjadi kegilaan dan mendapat
tempat di hati masyarakat masa kini tidak mengira usia daripada golongan kanakkanak yang baru mula belajar bercakap hinggalah golongan dewasa. Kebanyakan
daripada masyarakat sekarang tidak mengetahui masakan tradisi negara kita. Ini
terbukti dan menunjukkan bahawa makanan tradisi negara kita telah mula dilupakan.
Makanan seperti laksam, kuih koci, kuih lapis, nasi lemak bagi masyarakat melayu,
kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum bagi masyarakat cina dan tosai, idli,
muruku, apam, kesari dan laddu bagi masyarakat orang india. Makanan ini dikenali

hanya apabila makanan itu telah dipopularkan seperti makanan barat yang ada dijual
di negara kita.
Pada dasarnya, Malaysia kini jika dilihat dari segi politik, sosial, dan ekonomi
masih lagi menghadapi pelbagai onak dan ranjau dalam mencapai persefahaman
dan perpaduan antara kaum. Walaupun terdapatnya penubuhan parti politik di
Negara ini, namun mereka bukannya memperjuangkan demi negara ataupun
berlandaskan satu Malaysia tetapi masing-masing tetap masih memperlihatkan isuisu yang melibatkan kepentingan kaum masing-masing. Oleh itu pihak kerajaan juga
perlu bekerja keras dalam melaksanakan sistem pemerintahan dan pentadbiran di
negara ini dengan adil, bijaksana dan berkesan berlandaskan prinsip-prinsip
perlembagaan negara. Ini juga ditambah dengan gelombang globalisasi yang
melanda pada masa sekarang. Diharapkan negara kita akan kekal menjadi sebuah
negara yang berdaulat dan maju.

You might also like