You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM) KALI KE-65 BIL4/2009

Tarikh Masa Tempat

: : :

22 Julai 2009 (Rabu) 10.00 pagi Bilik Mesyuarat Universiti Malaysia Sarawak

KEHADIRAN Encik Razli Ahmad Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pengerusi Puan Mashitoh Abu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Encik Noor Azrul Mohd Ariff Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Encik Zulkifli Che Hussin Universiti Sains Malaysia (USM) Encik Fairulnizam Ismail Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Andika Aziz Hussin Universiti Malaysia Sabah (UMS) Encik Ismail Ahmed Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof. Mohd Zahib Deraman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Puan Norliza Chek Hassan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Encik Shaharudin Sulaiman Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Encik Badrulhisham Darus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Encik Muhammad Shahrin Harun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Encik Ngadiso Darus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Cik Linira Ghazali Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Encik Norazman Ismail Universiti Malaysia Pahang (UMP) Encik Amir Ali Universiti Teknologi Melaka (UTeM) Encik Shahrulfadli Yahaya Universiti Teknologi Melaka (UTeM) Cik Nurul Ashikin Abdul Halim Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - Setiausaha

TIDAH HADIR Wakil dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Wakil dari Universiti Darul Iman (UDM) Wakil dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Wakil dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Wakil dari Universiti Malaya (UM)

AGENDA 1.0. ALUAN PENGERUSI.

1.1

Y. Bhg. Pengerusi terdahulu memohon maaf bagi pihak Y. Bhg Dato Pengerusi MAKUM kerana tidak dapat hadir disebabkan menghadiri urusan rasmi di luar negara. Y. Bhg. Pengerusi seterusnya mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada mesyuarat kali ini. Makluman : Semua

1.2

2.0.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT. Mesyuarat bersetuju meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Kali Ke-64 Bil 3/2009 tanpa sebarang pindaan. Makluman : Semua

3.0.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT. 3.1 Slot Khas untuk MAKUM Sekretariat telah mengaturkan satu perjumpaan dengan pihak Y. Bhg. Dato Ketua Setiausaha KPT bersama Y. Bhg. Dato Pengerusi MAKUM pada 23 Julai 2009 di Pejabat Dato KSU di Putrajaya pada jam 5.00 petang. Makluman : 3.2 Konsert DiRaja 2008 Mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan isu ini dari minit mesyuarat sehingga diberitahu oleh Pihak KPT untuk tindakan seterusnya. Makluman : Semua Sekretariat

3.3

Baju Batik MAKUM

i).

Sekretariat telah dibantu oleh bekas sekretariat yang lalu iaitu En. Ahmad Khirul (UTHM) menempah baju batik kepada beberapa orang ahli baru yang masih tidak mempunyainya. Baju Batik telah ditempah dan akan dimaklumkan apabila siap. Tindakan : Sekretariat

3.4

Rancangan Realiti Akademi MAKUM

Mesyuarat bersetuju untuk mengeluarkan isu ini dari minit mesyuarat dan program ini tidak akan diteruskan setelah mendapat tindakbalas Mesyuarat Majlis TNC-TNC HEPA. Makluman : 3.5 Semua

Peruntukan Kewangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) Sekretariat telah menyemak dan meniliti fail-fail sekretariat terdahulu dari tahun 2007 hingga 2008, didapati tiada rekod sebarang peruntukan yang diterima dari pihak KPT kepada MAKUM. Makluman : Sekretariat

3.6

Festival Gamelan IPTA Malaysia Pihak UDM bercadang untuk mengadakan Festival Gamelan pada 14 hingga 17 Ogos 2009, bagaimanapun pihak UDM telah memaklumkan bahawa ia terpaksa ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Tindakan : Sekretariat

3.7

Wakil Tetap Universiti-Universiti ke Sekretariat MAKUM Mesyuarat dimaklumkan bahawa Cik Azizah bt Othman tidak lagi menjadi pegawai MAKUM yang mewakili UTM, pengganti beliau akan diumumkan kelak. Makluman : Semua

4.0.

LAPORAN KEWANGAN Mesyuarat dimaklumkan bahawa

i).

Status Kewangan Semasa bagi Sekretariat MAKUM sehingga tarikh 30 Jun 2009 dengan jumlah baki wang yang ada di dalam Akaun Amanah Sekretariat MAKUM adalah berjumlah RM RM 52,542.87 (Ringgit Malaysia : Lima puluh dua ribu lima ratus empat puluh dua dan lapan puluh tujuh sen sahaja.) Makluman : Semua

5.0

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA AKTIVITI MAKUM 5.1 PROGRAM SPEKTRUM U Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas Cadangan perlaksanaan program tersebut. Pelaksanaan program ini dicadangkan bermula pada Januari hingga Disember 2010. Makluman : 5.2 Khidmat Seni Budaya MAKUM i). Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas Kerja perlaksanaan program tersebut yang dijadualkan akan diadakan pada 2hingga 7 Disember 2009 bertempat di Parlimen Kluang. Makluman : ii). Semua Semua

Mesyuarat bersetuju untuk memberikan sumbangan daripada Sekretariat MAKUM sebanyak RM 1,000.00 bagi penganjuran program bengkel ini. Makluman : Sekretariat

5.3

Bengkel Tarian Tradisional Kreatif Mesyuarat mengambil maklum mengenai pembentangan Kertas Kerja perlaksanaan program tersebut yang dijadualkan akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos 2009 bertempat di USIM, Nilai.

5.4

Laporan Penyelarasan MOU antara JKKN dan MAKUM

Pihak JKKN telah mengadakan mesyuarat penyelarasan MOU tersebut pada 7 Julai yang lalu di tingkat 34, Bangunan MAS, Kuala Lumpur. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Pihak JKKN akan mengadakan mesyuarat kali kedua untuk memaklumkan penyelarasan syarat-syarat yang dikenakan kepada kedua-dua pihak yang terlibat dalam merealisasikan FESKUM 2009. Makluman : 6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Semua

Disediakan oleh: Setiausaha Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Tarikh : 3 Ogos 2009

You might also like