You are on page 1of 2

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang implikasi sisa
berbahaya industri dan punca-punca berlakunya pembuangan sisa industri. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perindustrian tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan bahan kimia dalam


menghasilkan sesuatu produk. Perkara yang amat mencabar dalam perindustrian ialah
pengurusan sisa yang berbahaya. Hal ini kerana sisa buangan ini berbahaya, bersifat
kompleks dan pelupusan bahan ini amat sukar untuk dilaksanakan. Menurut Program Alam
Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), sebanyak 400 juta tan sisa berbahaya dihasilkan di
seluruh dunia pada setiap tahun. Sisa berbahaya daripada aktiviti perindustrian ialah bahan
buangan yang tidak digunakan dalam aktiviti industri dan mempunyai ciri-ciri berbahaya
yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Sisa-sisa berbahaya ini hadir
dalam bentuk pepejal atau cecair.

Sisa berbahaya yang bersifat menghakis ialah sisa yang mempunyai sifat asid atau
alkali. Sisa ini berupaya menghakis logam seperti tangki simpanan dan tong minyak. Bagi
sisa berbahaya yang diklasifikasikan sebagai reaktif pula dianggap sebagai sisa yang tidak
stabil yang mendorong berlakunya tindak balas yang menghasilkan letupan, pelepasan wap
gas apabila dipanaskan atau dimampatkan. Bagi sisa toksik pula, mengandungi suatu tahap
kepekatan tertentu yang melebihi had yang ditetapkan menyebabkan kesan kecederaan atau
kesakitan kepada manusia. Antara contoh sisa bahan berbahaya yang dihasilkan daripada
aktiviti industri termasuklah penghasilan enap cemar dari loji rawatan efluen, minyak pelincir
terpakai, pelarut organik, gris, dan sisa elektronik yang mengandungi logam berat.
Percampuran sisa berbahaya dengan sisa pepejal akan menyebabkan masalah pencemaran
yang lebih serius.

Sejak bermulanya revolusi perindustrian, manusia mula menerima implikasi


pencemaran disebabkan kegagalan manusia menguruskan sisa buangan industri ini. Kejadian
pencemaran tersebut termasuklah keracunan Merkuri. Peristiwa yang berlaku di Pulau
Minamata, Jepun menyebabkan hidupan akuatik di kawasan tersebut tercemar dengan
keracunan yang selanjutnya memberikan kesan kepada manusia. Di Amerika Syarikat,
kejadian pelupusan bahan kimia di kawasan Love Canal telah memberikan pengajaran yang
berguna kepada masyarakat dunia untuk melupuskan sisa bahan berbahaya dengan lebik

Disediakan oleh: Panitia Bahasa Melayu 1


SMK Sungai Karangan
SULIT 1103/2

baik. Kesan buruk pencemaran tersebut dirasai hampir 20 tahun lamanya apabila bahan kimia
tersebut dilupuskan di situ.

Kejadian pencemaran sisa berbahaya daripada industri telah membuka mata


masyarakat dunia tentang kepentingan menguruskan sisa berbahaya industri dengan lebih
sistematik. Hal ini termasuklah mewujudkan perundangan yang boleh mengawal
menghasilan, pengurusan, rawatan dan pelupusan secara efisein. Strategi bagi menguragkan
penghasilan sisa berbahaya harus dijayakan bersama-sama. Paradigma pengurusan sisa
berbahaya perlu diubah bagi mengatasi lambakan sisa berbahaya pada masa ini dan akan
datang.

(Disesuaikan daripada ‘Impak Sisa Berbahaya Industri’ oleh Abdul


Rahman Mahmud, Dewan Kosmik, Februari 2012)

Soalan 2: Pemahaman
[9 markah]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Nyatakan maksud rangkai kata amat sukar untuk dilaksanakan.


[2 markah]
(ii) Pengarang memberikan beberapa contoh kesan buruk akibat pengurusan sisa
berbahaya industri yang tidak sistematik.
Jelaskan contoh-contoh tersebut.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara terbaik untuk melupuskan sisa berbahaya
industri ini agar tidak memudaratkan manusia dan alam sekitar.
[4 markah]

Disediakan oleh: Panitia Bahasa Melayu 2


SMK Sungai Karangan

You might also like