You are on page 1of 14

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk
membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak kerajaan mempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka
peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialualukan. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis
sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yang
tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri
dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum
dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan
hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada
perpaduan kaum seperti kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat
memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan
harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royongyang memerlukan sumbangan setiap pihak
untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan.
Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk
semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara
untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun
agama.

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,


semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan.Agenda
program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap
diskriminasi. Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan
masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat
berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara
juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Di samping itu, kerajaan juga
boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usahausaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program
Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Seiring dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang pintas untuk
merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah wawasan yang
menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina
dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. Sebagai
contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat
sekolah. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai
bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. Izharnya, memang
tidak boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negara kita menjadi pemangkin dalam
proses memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah
satu langkahh dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai
perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan
India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan,
pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. Sebagai contoh,

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju
kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan tose juga
semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan
berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya
mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat
disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk
perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara
perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak
sederap, seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara
bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan
kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah
menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset
negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi
Wawasan 2020.

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

Contoh soalan clise


(a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara (
5markah)
Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman
anasir-anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya ,
cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi
memupuk nilai-nilai patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin .
Selain itu , cabaran untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat
menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kuat dan akhir sekali cabaran
mengekalkan persefahaman antara kaum di Malaysia .

(b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ( 5 markah)


Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan
angkatan tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang
pertahanan . Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotongroyang yang mampu mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan
hari kemerdekaan peringkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran
biografi tentang pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan
negara. Selain itu , menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang
mendatangkan keuntungan ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan
perbincangan antara kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah .

(c) Langkah yang akan anda ambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat
berbilang kaum
Langkah yang akan diambil untuk membina kekuatan negara dalam masyarakat
berbilang kaum ialah dengan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

berbilang kaum. Hal ini penting kerana perpaduan menjamin keamanan sesebuah negara.
Seterusnya, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti
gotong-royong yang dapat memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Melalui aktiviti
kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan
dan berinteraksi. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ini membuktikan bahawa
perpaduan merupakan kekuatan negara.

Selain itu, dengan menyeru masyarakat mengamalkan amalan kunjung-mengunjung


ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan
antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap
kefahaman dan membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga
boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling
memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh, ambil yang jernih ternyata
mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.

Selanjutnya, pihak kerajaan mestilah sentiasa membuat anjakan paradigma demi


memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat
taman-taman perumahan yang penduduknya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau
pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk
tempatan. Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri
teladan sebagai agen perpaduan. Masyarakat yang berbilang kaum akan lebih mempercayai
dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara
ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, negara dapat melahirkan
anak-anak yang tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang
berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu
menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun
Negara. Hal ini sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam
sanubari anak-anak sejak bangku sekolah untuk mengelak kekangan dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi antara kaum dengan mudah.

Cabaran kehidupan Masyarakat Berbilang Kaum


Penafian agama Islam sebagai agama rasmi
Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama
Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembargemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir
mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini
keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini
kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi
digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai
tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa
Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah
agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut
tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi
Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula,
Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. .


Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam.
Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan
ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk
mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan
dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah
status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian
kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.

Pelaksanan sistem pendidikan negara


Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum
bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan
mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan
Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang
antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini.
Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di
Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi
pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar
2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus). Malah, keluaran Burniputera yang
dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4
peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang
serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar
Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3
peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7
peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan
Bumiputera.

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

Keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum


dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindaktanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai
matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja
mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan
terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama
ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan
keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuruharakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada
kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa
Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan
sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada
dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan
nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar.

Peningkatan masalah sosial


Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada
Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah
menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini
menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas
penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang
tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah
menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran
dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam


komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.
Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola
tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang
Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara
menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga
kempen tak nak merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak
membuahkan hasil yang memberansangkan.

Pengekalan perpaduan rakyat


Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang
dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang
bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan
memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah
diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai
kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling
bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang
kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat
mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak
dalam pendidikan .

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

Memastikan pembangunan negara seimbang


Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula
sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan
dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor
perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama
penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/PnZairiha).
Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan
masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu,
adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei
1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara
kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor
pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk
membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina.
Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.

Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara


Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara
bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat
negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat
patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan
positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. Walaupun program ini
mempunyai pelbagai manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini
pelbagai usul dan usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai
pihak. Hal ini kita dapat lihat apabila seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan
(DAP-Batu Gajah) yang meminta agar kerajaan segera mempertimbangkan untuk
menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini berdasarkan kepada alasan di mana
telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan
nyawa dan keselamatan golongan pelatih . Tambahan pula, mengikut statistik, sehigga kini
16 kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang program latihan ini dijalankan.
Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat
bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk
perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat
patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat
membantu negara
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan
pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat
DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal
dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses
penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan
ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) pada 1991. DEB ini dilihat lebih memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak
dinafikan kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan
wajarlah program ini ditumpukan kepada masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib
segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Kesimpulannya, dalam menangani dilemma ini masyarakat majmuk di Malaysia masyarakat
harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman akan
berterusan. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju..


Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah
kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya
dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah
sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan
didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was
untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita
untuk mengukuhkan kewangan negara.
Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah
negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh
dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk
memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita
perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan
mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai
inspirasi untuk terus maju.
Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong
asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat membantu negara dalam
mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah
dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita
hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM,
bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih
mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh
ketika berkhidmat kepada negara.
Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan
kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu
destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah
supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara
kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding
dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang
merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah
meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka.
Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan
usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka
dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi
pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada
para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing

Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi negara


Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk
memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu,
masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih
mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasabertanggungjawab
menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.
Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga
perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang.Kerajaan
perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga
mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harusmengurangkan kerenah
biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat
meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import.
Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam
usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan
diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapat meningkatkan kecekapan
pentadbiran kerajaan Malaysia.

http://khairulawyer.blogspot.my/2014/10/cadangan-jawapan-kbat-kertas-3-sejarah.html

You might also like