You are on page 1of 15

Pengenalan

http://colourexist.blogspot.my/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-definisi.html
http://cgisaiman.blogspot.my/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.html
https://rosehoney13.wordpress.com/2012/05/22/masalah-pembelajaran-sejarah-dan-caramengatasinya/
Kebangkitan kuasa Jepun dibawah pembaharuan Meiji sebagai kuasa imperialis di
rantau Asia telah memperlihatkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941. Kehadiran
Jepun ini adalah sama seperti imperialis lain iaitu mendapatkan bahan-bahan mentah untuk
ekonomi negara Jepun.Berbekalkan slogan Asia untuk Asia dan Menghapuskan
Imperialisme Kuasa-kuasa Barat perjuangan Jepun pada awalnya dilihat murni oleh
masyarakat setempat kerana melambangkan kebangkitan masyarakat Asia. Malahan orang
Melayu dan India mengalu-alukan kedatangan orang Jepun yang melihat Jepun sebagai
penyelamat dan penghalau penjajah British. Penyerangan ke atas Tanah Melayu dilakukan
pada 8 Disember 1941 di Kelantan dan menjelang 15 febuari 1942, pentadbiran British di
Tanah Melayu dan Singapura telah menyerah diri. 1 Maka, secara rasminya bermulalah zaman
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan beberapa dasar pemerintahan
negara di ubah kepada sistem pemerintahan Jepun. Dasar pemerintahan dan pentadbiran
Jepun di Tanah Melayu banyak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat Tanah Melayu
. Kesan-kesan tersebut dapat kita lihat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam
bidang sosial, politik dan ekonomi.

Malahan zaman pendudukan Jepun selama tiga tahun

setengah di anggap sebagai Zaman Gelap Tanah Melayu oleh masyarakat kerana penderitaan
yang mereka alami. Jepun di Tanah Melayu meninggalkan kesan negatif tetapi pada sudut1

sudut yang terpinggir kedatangan Jepun tetap menyumbangkan kesan positif terutama dalam
membentuk pemikiran dan jati diri masyarakat. Ini bukan kesan yang kecil tetapi pengaruh
impak dan pemikiran inilah yang membentuk pemikiran matang dalam masyarakat Malaysia.

Refleksi
Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan
produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat
nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran,
perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu
memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat
perkembangan yang artistik.
Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni
tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni
adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang
celik seni bagi diri dan masyarakatnya

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran


ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif
terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik
kanak-kanak

dapat

dipertingkatkan.

Contohnya

menggunakan

lagu

untuk

memperkenalkan tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka


akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Semua aktiviti seni dalam
pendidikan yang dialami oleh kanak kanak sangat berkesan dalam mempengaruhi
kehidupan mereka kerana melaluinya akan membolehkan kanak-kanak meluahkan
keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru
hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok
apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan
2

mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai
bentuk.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang mengajar
subjek Sejarah Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 mendapati rata-rata pelajar mengatakan menghadapi
masalah mengingat fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah kerana terlalu banyak fakta yang
perlu diingat. Hal ini menyebabkan pelajar tidak meminati subjek Sejarah kerana bagi mereka
ianya membosankan, sukar difahami, tiada kaitan dengan hidup mereka secara langsung dan
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi pasif..Saban tahun, inilah masalah
utama yang dihadapi oleh guru Sejarah di sekolah.
Mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua
pelajar pada peringkat menengah rendah. Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat
kita kerana negara kita juga memiliki sejarahnya tersendiri.Unsur-unsur sivik yang telah
diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah adalah supaya para pelajar dapat menghayatinya
kepentingan sejarah. Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara
dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajarpelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan
semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam sebuah negara yang
mempunyai satu bahasa.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan
menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar,
khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik.Akan tetapi setelah diperhati dan
diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku akibat
dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat untuk
membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta tanpa memahami
konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak suka bertanya untuk
faham.Selain itu, masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pelajar yang terlalu bergantung
kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila ayat tersebut
diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu
dan rigid untuk berfikir

Penutup
Semasa pendudukan Jepun telah memberikan impak yang besar terhadap kemelesetan
ekonomi Tanah Melayu. Kekurangan makanan dan keperluan kehidupan sehari-hari telah berada
pada satu tahap yang sangat meruncing. Perang dunia ke dua yang membabitkan Jepun di pihak
3

Axis menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan melumpuhkan ekonomi. Pada masa
peperangan ekonomi seperti perlombongan, pertanian dan perdagangan tidak dapat berjalan
lancar.2 Pada masa peperangan juga, perkapalan telah dihalang oleh kapal selam tentera British
dan ini menyebabkan barangan makanan dan kain tidak dapat diimport kerana sebelum perang,
Tanah Melayu telah bergantung kepada pasaran luar iaitu mengimport beras dan kain dari Thai,
Burma dan India.3 Dengan itu tidak hairanlah harga barangan makanan seperti beras, tepung,
gula, kain baju, minyak petrol, minyak masak dan sebagainya telah meningkat.
Akibat bekalan yang berkurangan, Jepun telah mengamalkan pemerintahan bersifat Self
Sufficient. 4 Dasar ini telah menyebabkan rakyat bergantung kepada kegiatan dalam negara bagi
tujuan memenuhi keperluan masing- masing. Pihak Jepun telah menggalakkan rakyat menanam
makanan sara diri seperti beras, ubi kayu, keledek, sayuran dan sebagainya. Hal ini berbeza
dengan zaman pemerintahan British yang menjalankan dasar buka pintu untuk perkembangan
ekonomi Tanah melayu. Malahan Jepun telah mengamalkan dasar secukup makan ini dan
perusahaan getah diberhentikan untuk mengantikan tanaman getah dengan bercucuk tanam
terutamanya ubi kayu dan bersawah padi. Dengan ini diharap dapat mengurangkan masalah
makanan tetapi malangnya masalah kekurangan makanan semakin meruncing. Malahan untuk
mengatasi masalah ketiadaan pakaian masyarakat terpaksa memakai baju yang diperbuat dari
guni pada zaman tersebut. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat contohnya di Pulau Pinang
akibat kesukaran mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas dan

Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, 1991), ms. 474.
3
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 7
4
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 44-45.

Alor Setar, Kedah.5. Pentadbiran Jepun juga telah menggalakkan pertumbuhan industri tempatan
bagi tujuan menghasilkan tali melalui sabut kelapa sawit, menggantikan minyak pelincir dan
minyak gris dengan minyak kelapa sawit dan sebagainya.
Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik penduduk tempatan
menyimpan wang di Bank. Contohnya Jepun menubuhkan Yokohama Speci& Ltd, Perak People
Park yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Johor, Singapura dan Pulau Pinang. 6 Tetapi
matlamatnya tidak berjaya. Malahan semasa pendudukan Jepun, tiada perusahaan berat
dimonopoli Jepun dan kebanyakan syarikat Jepun mengambil alih contohnya perusahaan besi di
kawasan estet Gunung Panjang, Ipoh iaitu The Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The Tojo
Kabuski di Perak.7 Hal ini menyebabkan memberikan kesan negative terhadap perkembangan
ekonomi Tanah Melayu.
Inflasi berlaku dengan sangat buruk semasa pemerintahan Jepun. Pengeluaran wang
pokok pisang yang tidak terkawal menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan barangbarang melambung harganya. Pengeluaran barang utama dikawal dan permit telah dikenakan
bagi semua pengangkutan dan perdagangan. Setiap keluarga dihadkan 2 gantang beras sebulan
dan pembelian menggunakann kupon dari pejabat kawalan makanan dibandar.8

Malahan

kegiatan eksport dan import hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara sahaja. Contohnya, Pulau
Pinang mengeksport getah dan bijih ke negara Jepun. Manakala Jepun membekalkan tentera,

Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms . 114
6
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978),
ms.57.
7
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978),
ms. 57.
8
Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, 1996),
ms. 24.

perubatan, anak patung, rokok dan sebagainya tetapi separuh darinya dihantar ke pasaran gelap. 9
Hal ini membantutkan dan melumpuhkan perjalanan ekonomi di Tanah Melayu.
Situasi kemelesetan ini, inflasi dan peningkatan harga serta kesukaran mendapatkan
makanan telah menyebabkan berlakunya penyeludupan, pasaran gelap, boker lintah darat dan
eksploitasi kegiatan haram yang berleluasa.10 Barang makanan hanya dapat dibeli di Pasaran
Gelap. Barang-barang yang diseludup di pasaran gelap adalah seperti gula, tepung, babi, rokok,
arak, beras, minuman keras, candu, ikan, petrol dan sebagainya. 11 Penyeludupan ini berkembang
pesat akibat sikap pihak Jepun yang tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah,
ketidakcekapan, pilih kasih dan orang Jepun sendiri terlibat dengan penyeludupan menjadikan
pasaran gelap dan penyeludupan bertambah. 12 Selain itu orang Jepun telah merampas barang
makanan peniaga tanpa memberikan bayaran. Maka, tidak hairanlah masyarakat telah bertindak
menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelap dengan harga yang lebih mahal
dan berbaloi. Contohnya di Kelantan pada awal 1942, para petani telah menyorok beras mereka
untuk diseludup ke negeri Terengganu dan Pahang dengan harga yang sangat tinggi iaitu antara
$10 hingga $13 bagi satu gantang berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 50 sen
bagi beras kelas pertama.13 Selain itu, penyeludupan petrol berlaku contohnya di Batu Pahat
yang telah menyeludupkan petrol untuk dijual kepada orang Indonesia untuk mengerakkan mesin
mereka seperti mesin tepung sagu dengan harga yang mahal.14
9

T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973),
ms. 261.
10
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M,
1973), ms. 253.
11
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM), Universiti Sains Malaysia, 1989, ms. 38.
12
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973),
ms. 253.
13
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 52-53.
14
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :Kumpulan
Esei Oleh Pelajar-Pelajar U.S.M (Pulau Pinang :Universiti Sains Malaysia, 1989) , ms. 38.

Kemelesetan ekonomi yang teruk ini telah memberikan kesan buruk terhadap masyarakat
tanah Melayu. Tetapi jika kita melihat semula segala pengalaman dalam pemerintahan Jepun ini
telah menyedarkan masyarakat terutamanya orang Melayu yang selama ini hidup dalam
bersenang-lenang kepada berfikir dan berjuang untuk meneruskan kehidupan. Mereka diajar
makna keberanian, kepercayaan diri, untuk terus hidup dan semangat spiritual dan mental yang
kuat. Mereka memanfaatkan setiap benda untuk dijadikan sumber ekonomi dan mengajar agar
berdiri di kaki sendiri, membuat baju, mencari alatan gantian untuk enjin dan tidak menyerah
kepada takdir. Orang Melayu telah mencipta sesuatu yang baru,contohnya senapang patah, tayar
basikal dari getah kasar atau sekerap, abu menggantikan sabun, gobek untuk mendapatkan api,
gula dari nira dan sebagainya. 15 Semua ini seolah-olah membentuk jiwa masyarakat dan
pengalaman berharga yang mengajar masyarakat untuk berfikir dan berfikir dalam
memperjuangkan kehidupan mereka. Oleh itu, walaupun

kehadiran Jepun melumpuhkan

ekonomi masyarakat Tanah Melayu tetapi dalam masa yang sama

telah menerbitkan satu

pemikiran baru bahawa ekonomi boleh dijana dengan pelbagai cara dan mengajar masyarakat
agar berjimat cermat dan tidak sentiasa bersenang-lenang kerana musibah mungkin muncul
secara tiba-tiba. Malahan, memupuk sikap agar lebih berhati-hati dengan setiap pertolongan
kerana bayaran yang perlu kita bayar mungkin tinggi.
SOSIAL
Jepun telah mengamalkan dasar yang berbeza-beza mengikut kaum di Tanah Melayu.
Kaum cina dikatakan sebagai kaum anti-Jepun akibat peperangan Jepun dengan China dan kaum
India dilihat lebih fokus terhadap perjuangan di negara India. Kaum melayu pula dikatakan
masih mengamalkan tradisi mereka sendiri.Oleh itu, Jepun telah menjalankan dasar berlembut
15

Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.

dengan orang Melayu untuk mendapatkan sokongan dan bantuan menentang kerajaan British
tetapi sebaliknya pada kaum Cina Jepun telah bertindak kejam dan kasar. Hal ini ditambah
dengan keyakinan Jepun bahawa orang Cina di Tanah Melayu telah memberi bantuan kerajaan
China semasa perang Jepun-China . Sikap Jepun yang kejam terhadap orang cina ini telah
menyebabkan orang Cina terpaksa lari ke hutan dan menubuhkan MPAJA. 16 Kekejaman pihak
Jepun terhadap orang cina terbukti dengan pengenalan dasar Sook Ching

iaitu dasar

pembersihan yang telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati yang diperkenalkan pada
secara sistematik 21 Febuari oleh Kawamura-Oishi.17 Malahan Jepun telah membuat penindasan
yang kejam dengan merompak, membakar rumah dan kampung, mengambil barang-barang
orang cina,memeras hasil orang cina, merogol gadis-gadis cina dan sebagainya. Contoh
kekejaman Jepun yang ketara pada masyarakat Cina ialah apabila Jepun telah menjalankan
operasi Sok Ching ke atas orang Cina di Bakar Kapur, Sungai Petani pada Febuari 1942. Mangsa
telah disuruh mengorek lubang kubur terlebih dahulu sebelum dibunuh. Sehingga Mav 1940,
seramai 40000 orang cina termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh.18

Hal ini

menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun dan Orang Melayu kerana menganggap orang
Melayu sebagai penyokong Jepun terutama PETA. Oleh itu, selepas pemerintahan Jepun
berakhir, telah wujud permusuhan kaum antara kedua-dua kaum yang sangat hebat selama
tempoh 14 hari sebelum kedatangan British kerana tidak ada pemerintahan Sah. Gerila Bintang
Tiga telah bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor),
16

MPAJA telah ditubuhkan oleh orang cina untuk menentang Jepun dan melindungi
kepentingan orang Cina. Ini memandangkan tentera jepun bersikap kejam dan tidak
berperikamusiaan terhadap orang cina yang dianggap Jepun bersalah kerana membantu
orang Cina di China menentang Jepun. Menjelang akhir perang Dunia Kedua MPAJA telah pun
mempunyai cawangan di seluruh pelusuk Tanah Melayu dan kemudiannya menentang
British dengan tujuan menguasai Tanah Melayu.
17
Yoji Akashi, Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945, Journal of
Southest Asian History, ms. 68.
18
Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, 1991), ms. 474.

Sungai Manik (Perak), Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan
Selangor.19 Pergaduhan kaum berlaku maha hebat apabila orang Melayu bangkit menentang
Bintang Tiga . Hal ini membuktikan pendudukan Jepun telah membawa kesan negatif terhadap
perhubungan kaum antara masyarakat dan menjejaskan perpaduan tetapi positifnya ialah
perpaduan dan kesatuan yang wujud dalam masyarakat melayu yang mula bangun
mempertahankan kedudukan mereka.
Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana
sepanjang pemerintahan Jepun keadaan kesihatan di Tanah Melayu sangat teruk. Ubatan-ubatan
yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, buncit perut, beriberi, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat. Pihak Jepun
telah mewujudkan kelas iaitu kelas 1 dan kelas 2 untuk orang Jepun dan orang kenamaan yang
mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam yang perlu membayar
$1/2 sehari tetapi kurang diberi perhatian.20 Pada saat ini bayaran swasta sangat mahal dan
doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap. Kebanyakan penyakit ini disebabkan
oleh kekurangan makanan.21 Di Melaka misalnya, tidak banyak perkhidmatan kesihatan di
sediakan, terdapat hospital di daerah Jasin tetapi tidak ada ubat untuk menampung penyakit yang
merebak.22 Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296
kes pada 1942, 17895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi kepada 23,134
kespada 1944.23Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara tradisional untuk
19

Abdul Halim Saad et al, Malaysia Kita, (Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, 1991), ms. 476.
20
T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973),
ms. 309
21
Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas,
1996), ms.30.
22
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms.34.
23
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978),
ms. 11

mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman sebelum pemerintahan
British. Malahan sumber bekalan ubatan kebanyakannya adalah disalurkan terlebih dahul kepada
tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa penjajahan Jepun telah menyebabkan kesan negatif
terhadap kesihatan masyarakat di Tanah Melayu.
Masyarakat di Tanah Melayu juga sepanjang penjajahan Jepun telah kehilangan sikap
bekerjasama dan bersatu padu. Kaum Melayu sememangnya kuat perpaduan dan persaudaraan.
Mereka sentiasa bergotor-royong, bekerjasama dan bantu membantu. Tetapi pemerintahan Jepun
telah merubah semua ini apabila mereka mula mementingkan diri akibat kesempitan hidup dan
melupakan nilai-nilai yang baik.24 Sifat ingin tahu masalah dan cuba menyelesaikan masalah jga
tidak diperdulikan. Kesatuan yang wujud ini hancur dan masing-masing membawa diri dan
yang lemah pasti mati. Masyarakat tidak lagi mempunyai banyak masa berbual dengan kawan
kerana pada waktu pagi mereka perlu turun ke sawah dan pada waktu petang ke kebun untuk
menanam ubi kayu.25 Di Pulau Pinang, Penduduk akan ditangkap dan dijadikan buruh paksa
membuat jalan dan jalan kereta api sekiranya

ditangkap bersembang dikedai kopi tanpa

membuat kerja dan mereka yang balik awal dari bekerja akan ditampar oleh tentera Jepun.
Situasi ini menyebabkan nilai sosial masyarakat kian meruncing.26
Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap semua agama di
Tanah Melayu. Orang Cina misalnya yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu juga
orang Buddha dan orang Thoist ke tokong. Begitu juga kepada masyarakat India bebas
meraikan agama mereka tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara besar-besaran
24

Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.
25
Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas,
1996), ms. 24.
26
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21.

10

seperti sebelum perang.27 Bagi masyarakat Melayu juga sama , Jepun membenarkan agama Islam
diamalkan tetapi tanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah Melayu.
Masjid tempat beribadat orang Islam telah terpinggir akibat orang Jepun menggunakannya untuk
makan, minum, tidur dan dijadikan kubu.

Masyarakat juga tidak dapat menyambut hari

kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan.
Malahan, hubungan yang terputus dengan ibu negeri dan kemelesetan ekonomi yang teruk
menyebabkan mereka yang berkeinginan untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan.28 Jepun
juuga telah memaksa semua penduduk Tanah Melayu sujud kepada matahari terbit
melambangkan sujud kepada maharaja Jepun.29 Hal in bertentangan dengan akidah Islam yang
hanya sujud kepada Allah SWT. Paling menyedihkan, masyarakat Melayu yang pulang dari
sawah untuk bersembahyang Zohor dan menunaikan kewajipan agama telah ditampar Jepun
kerana menyangkakan mereka malas bekerja.30 Situasi ini mendorong kesan negatif terhadap
pengukuhan keagamaan masyarakat. Sedangkan nilai-nilai agamalah yang membentuk moral
masyarakat.
Semasa pendudukan Jepun, masyarakat telah disogokkan dengan hiburan untuk
mengalihkan mereka daripada rasa sengsara dan menentang kerajaan Jepun di Tanah Melayu.
Hal ini menyebabkan keruntuhan moral masyarakat.

Kerajaan Jepun telah menggalakkan

perjudian besar-besaran seperti Dice,pakau, berlaga ayam, daun terup, Mahjong, Lumba kereta.
Malahan Jepun juga telah menyediakan panggung wayang yang berpropaganda Jepun, tempat

27

T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973),
ms. 315.
28
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.
29
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 71.
30
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21

11

berseronok, dewan tari contohnya di wembeley Park, Joget Penang dan Kelab perlumbaan di
Pulau Pinang. 31 Kesemua ini merupakan perkara yang tidak baik kerana gejala Judi dan hiburan
ini telah melalaikan masyarakat dan hanya memberi keuntungan kepada pihak Jepun yang
bertindak membuka dan mengutip cukai. Sedangkan, masyarakat yang sedia mengalami masalah
ekonomi semakin parah apabila menyertai Judi dan kalah.
Dalam masa pemerintahan Jepun untuk melaksanakan dasar yang dirancangkan bagi
kawasan-kawasan yang diduduki di mana pihak berkuasa Jepun akan mengawal sistem
perhubungan dan pengangkutan serta bekalan makanan. 32 Oleh itu, banyak usaha dilakukan
untuk mencari kuli yang dikehendaki bahagian Pejabat Kerja Raya dan tugas mencarinya
diberikan kepada penghulu.Penghulu bertindak sebagai pencari kuli seperti pembinaan jalan
Keretapi, jalanraya , lapangan terbang. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada setiap buah rumah
dimestikan salah seorang akan dipilih menjadi kuli. 33 Penduduk lari kehutan elak jadi kuli kerana
orang yang telah pergi tak kembali, berpisah dengan keluarga dan menjadi kuli pembinaan
bererti menempah maut.

Selain itu,

perkembangan dalam sistem pengangkutan melalui

pembinaan jalan kereta api yang akan menghubungkan Tanah Melayu dengan negara Thailand.
Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang
orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris,
mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara
akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang
diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik
31

T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973),
ms. 305-306.
32
W.h.elsbree, Japans Role in Southest Asia Nationalist Movement, 1940-1945 ( New York
:Rusell& Russell ,1970), ms. 18-19.
33
Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas
masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 26.

12

lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu
dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia
sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan
semangat dan kesedaran nasionalisme. Ramai golongan guru yang pandai berbahasa Jepun dan
guru sejak pemerintahan Jepun telah pandai memperjuangkan sekolah kebangsaan, bahasa
kebangsaan dan keistimewaan orang Melayu dan memberi kesedaran nasionalisme.34 Malahan
Jepun telah menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar kursus kejuruteraan mekanik, Jurutera
Major dan pembinaan kapal.35 Matapelajaran teknik sebelum ini tidak pernah diutamakan oleh
pemerintah Inggeris. Melalui pelajaran ini telah menambah kemahiran masyarakat di Tanah
Melayu.
Selain itu, pada zaman pendudukan Jepun ini, sesuatu yang amat menarik ialah jenayah
pada zaman ini dikatakan berkurangan kerana hukuman berat yang telah diperkenalkan oleh
pihak Jepun. Contohnya di Johor, bagi kesalahan mencuri, individu akan diberikan minum air
yang banyak kemudian sekeping papan diletakkan diatas perut dan dipijak beramai-ramai oleh
tentera Jepun. Hukuman yang paling berat ialah hukuman pancung.36Pendudukan Jepun juga
telah melatih individu yang terlibat dengan sistem pentadbiran Jepun dan tentera sukarela Jepun
telah dilatih dengan disiplin yang tinggi dan semangat cintakan Tanah Air yang tinggi . Paksaan
Jepun dan disiplin ini menjadikan semua kerja lancar dan licin. Penerapan disiplin ini membantu
membentuk peribadi masyarakat yang lebih baik.
KESIMPULAN.
34

Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 46.
35
T.n.p, Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: USM, 1973),
ms. 269.
36
Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 19861987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 64.

13

Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu tidak dapat dinafikan sebagai zaman yang Gelap dan
tidak disukai oleh hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu ketika itu. Sesungguhpun begitu
tidak dapat juga dinafikan bahawa zaman ini membawa beberapa segi. Namun begitu, kesan
negatif merupakan kesan yang terbesar dimana kekejaman Jepun semasa penjajahan mereka
masih diingati dan disebut hingga ke hari ini.

14

BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad, 1988. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar
1986-1987. Penang: U.S.M.
Abdul Halim Saad et al. 1991. Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia.
Kratioska, Paul H., dan Abu Talib Ahmad (peny.) .1989. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu :
Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM. Penang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Mohd Nor Long. 2001. Tun Hamdan Sheikh Tahir : His Life & Times as seen by himself &
Others. Seri kembangan :Percetakan Watan
Shu Yun Tsiao dan Chu Ser Koon. 1984. Malayan Chinese Resistance to Japan 1941-1945:
Selected Source Materials. Singapore : Cultural & Historical Publishing House Pte. Ltd.
Siti Zawiyah Zakaria. 1996. Zaman Pendudukan Jepun, Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas.
T.N.P. 1973. Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1. Pulau Pinang:
U.S.M
W.h.elsbree. 1970. Japans Role in Southest Asia Nationalist Movement,1940-1945, New York
Rusell& Russell.
Yoji Akashi, Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945 dalam Journal of
Southest Asian History.
.

Latihan Ilmiah
Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun1941-1945. (BA, Tesis Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur,1978. )
Wan Noraini Wan Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan
ke atas masyarakat Melayu. (BA, Tesis, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
1986) .

15

You might also like