You are on page 1of 6

PERJANJIAN "20 PERKARA" KETIKA SABAH (BORNEO UTARA) MENYERTAI MALAYSIA PADA TAHUN

1963?

PERKARA 20 : Kemasukan Borneo Utara (SABAH) semasa menyertai Malaysia.

Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi
agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai
agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

Perkara 2: Bahasa
· Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan
· Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Malaysia
· Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan
berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan
Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri
bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah
digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali.
Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4: Ketua Persekutuan


Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan


"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di
bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan
persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam
Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan
sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang,
kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di
Borneo Utara.

Perkara 7: Hak Menarik Diri


Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara
seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British


Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan
perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-
orang tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10: Kewarganegaraan
Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya
menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
· Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
· Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7
daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
· Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan
ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi
warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan


Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai
sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara


Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang
diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak
semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.

Perkara 13: Kerajaan Negeri


Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya
mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan


Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan
Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran


Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus
diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan


Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan
Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan


Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada
keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah
perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri


Yang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negeri


Sabah.

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain


Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus
melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus
melibatkan Borneo Utara.

adi apakah Perkara 20 itu ?


Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi
agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai
agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara
(Sabah & Sarawak).

Perkara 2: Bahasa

· Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan

· Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Malaysia

· Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan
berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan
Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri
bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah
digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali.
Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara (Sabah & Sarawak) sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4: Ketua Persekutuan


Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara (Sabah & Sarawak) tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua
Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan


"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di
bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara (Sabah & Sarawak) sepatutnya
juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam
Borneo Utara (Sabah & Sarawak) jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-
sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya mempunyai kuasa yang tidak
terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan
daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara (Sabah & Sarawak).
Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 8: Borneonisasi
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara
(Sabah & Sarawak) seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British


Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan
perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-
orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan


Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya
menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
· Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
· Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7
daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
· Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan
ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi
warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan


Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai
sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo


Utara
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya menikmati hak keistimewaan
seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya
tidak semestinya digunapakai oleh Borneo Utara (Sabah & Sarawak)

Perkara 13: Kerajaan Negeri


Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara (Sabah &
Sarawak) seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan


Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan
Borneo Utara (Sabah & Sarawak) mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan
persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran


Sistem pelajaran Borneo Utara (Sabah & Sarawak) yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan
itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan


Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara (Sabah & Sarawak) tanpa
persetujuan kerajaan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) . Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri
ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan


Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara (Sabah & Sarawak)
tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak
kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri


Yang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negeri


Sabah atau Sarawak

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-


lain
Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus
melibatkan Borneo Utara (Sabah & Sarawak). Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan
tidak harus melibatkan Borneo Utara (sabah & Sarawak).

Oleh kerana Perkara 20 yang menjadi asas perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia
dibuat lebih 50 tahun yang lalu. Maka masa beredar serta perubahan politik, intergrasi nasional dan
pembangunan di Sabah dan Sarawak telah mencorakkan suasana perubahan minda bagi orang-orang
Sabah dan Sarawak.

Ada yang masih bertahan mahu Perkara 20 itu diikuti satu persatu tanpa mereka sendiri sedari
sebenarnya mereka telahpun berubah dek pembangunan di sekeliling. Namun kadang-kadang ianya
menjadi isu disebabkan oleh kepentingan politik terutamanya oleh parti-parti politik tempatan
semasa pilihanraya.
Terjemahan dan pentafsiran undang-undang oleh seseorang menyebabkan berlakunya percanggahan.
Tetapi selagi kita mengamalkan sistem demokrasi, setiap pandangan harus diambilkira selagi ianya
tidak melanggar etika perundangan dan dalam kerangka yang dibenarkan.

Ada pula kalangan mereka yang mengatakan bahawa sesungguhnya Perkara 20 itu sudahpun mansuh.
Ini kerana apa yang dinyatakan dalam Perkara 20 itu hanyalah perkara minima dalam satu konteks teks
Perlembagaan Malaysia yang luas. Jika sesuatu fasal peruntukan undang-undang dalam Perkara 20
juga harus dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang Malaysia yang lain juga, maka kadang-
kadang secara tidak langsung, apa-apa yang tercatat dalam Perkara 20 tidak terpakai sama sekali.
Maka ia kelihatan Perkara 20 tidak diambilkira.

Ini terutamanya yang melibatkan pembangunan, pendidikan, percukaian, keselamatan dan lain-lain.
Manakala yang lainnya masih kekal dipegang oleh kerajaan negeri. Yang lebih menonjol ialah tentang
imigresen kerana ia banyak melibatkan pergerakan antara rakyat Semenanjung dengan Sabah dan
Sarawak.

Sebagai contoh, kerajaan Persekutuan tidak boleh terikat sangat dengan peruntukan Perkara ke 15
mengenai pelajaran dalam Perkara 20 tersebut. Di sini ia menyatakan, sistem pelajaran Borneo Utara
(Sabah & Sarawak) yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah
kawalan kerajaan negeri. Jika dibiarkan kerajaan negeri mencorakkan pendidikan, ia tidak akan selari
dengan pendidikan nasional. Maka intergrasi nasional dan usaha mencapai kegemilangan pendidikan
nasional tidak akan tercapai.

Begitu juga dalam sistem percukaian, mungkin telah ada formula pembahagian balik hasil bumi dan
wang rakyat Sabah dan Sarawak yang disalurkan dalam bentuk tunai ataupun pembangunan
infrastruktur dan sebagainya, namun kutipan percukaian rakyat dikendalikan oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN). Namun demikian Sabah dan Sarawak masih menikmati percukaian dari hasil
bumi dan beberapa perkhidmatannya yang dikendalikan sendiri.

Dalam isu imigresen sering diperkatakan oleh mereka yang tidak mengetahui mengapa untuk pergi ke
Sabah dan Sarawak memerlukan seseorang itu mempunyai passport antarabangsa atau passport
terhad walaupun kini telah dipermudahkan dengan penggunaan Mykad. Pihak imigresen kedua-dua
negeri juga berkuasa untuk tidak membenarkan seseorang dari Semenanjung untuk mendapat
kebenaran mendarat PTL (Permited To Land) jika merasakan kedatangan mereka akan menggugat
keselamatan dan ketenteraman awam.

You might also like