You are on page 1of 3

Iktibar

ii. Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang


mempunyai semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat
pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam
perjuangan.Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang
hingga mencapai kejayaan.
Kita juga patut mencontohi sikap pemimpin tempatan yang mematuhi
ajaran agama.Mereka berani menegakkan kebenaran.Mereka menolak
pengenalan sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan
tersebut bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan.Mereka memiliki
jati diri yang tinggi menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh
luar.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai
semangat setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup
berkorban untuk bangsa dan tanah air.Mereka sedia mempertahankan
kedaulatan tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada
pihak British.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai
disiplin yang tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama
antara pemimpin dengan pengikutnya.
Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajahan Barat di negara kita sewajarnya
dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama
juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbang
kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini, jelas kepada kita bahawa sikap
berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil yang cemerlang.
Sewajarnya, ingatan tulus ikhlas dan penuh kesedaran ini merupakan aspek penting yang perlu
diterapkan dalam menjana unsur-unsur patriotisme seterusnya menyemai sikap ini dalam diri
kita. Nilai ini adalah sangat digalakkan dalam memelihara keharmonian seterusnya
melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi bertuah ini. Sikap bersederhana dan tolak ansur
juga adalah faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.
https://cikguizatulhanim.blogspot.com/2015/11/iktibar.html

http://kakyonglovepeace.blogspot.com/2013/05/iktibar-perjuangan-
tokoh-kemerdekaan.html
Pengenalan
Di Sabah, Alfred Dent telah memperolehi piagam Diraja dari Kerajaan Baginda Queen Great Britain
pada 1 November 1881. Piagam ini memberi kuasa kepada Alfred Dent untuk menubuhkan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) pada tahun 1882, bagi mentadbir keseluruhan wilayah
Negeri Sabah yang telah dipajakkan oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British berusaha untuk mengukuhkan kuasanya ke atas rakyat Negeri Sabah dengan
pelbagai cara. Antaranya seperti polisi perluasan sempadan Negeri Sabah seperti yang ada sekarang
dan bersaing dengan Keluarga Brooke di Sarawak dalam mendapatkan lebih banyak wilayah-wilayah
Kesultanan Brunei. Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British telah memperkenalkan beberapa perubahan dalam sistem pentadbiran tradisi dan
sosio-ekonomi penduduk di Negeri Sabah. Ini adalah satu langkah yang dilakukan oleh pihak syarikat
untuk mengukuhkan kuasa mereka, dengan mengadakan sistem pentadbiran yang diharap dapat
menyatupadukan penduduk Negeri Sabah. Sebelum ini, terdapat banyak bahagian pentadbiran
tempatan Negeri Sabah, setiap kawasan ditadbir oleh wakil kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. 1
Pihak syarikat mengekalkan sesetengah pemimpin tempatan dalam pentadbiran demi untuk meraih
sokongan daripada penduduk tempatan. Pihak syarikat juga mengiktiraf sistem perundangan
tempatan, Mahkamah Anak Negeri dan mengekalkan jawatan Pegawai Anak Negeri dari kalangan
penduduk tempatan.2 Reaksi Penduduk Tempatan Walaupun pada hakikatnya Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British telah membawa perubahan besar kepada Negeri Sabah, terdapat juga
beberapa perubahan yang dianggap membebankan rakyat. Pihak syarikat telah mengenakan cukai
pada barang-barang keperluan harian penduduk tempatan seperti beras. Mereka juga mengadakan
peraturan baru yang bercanggah daripada sistem tradisi penduduk seperti tindakan pihak syarikat
menghapuskan sistem perhambaan dan pengenalan sistem lesen perahu. Pihak syarikat juga
menggunakan penduduk-penduduk tempatan sebagai buruh paksa. Peraturan baru ini dianggap
melanggar hak penduduk tempatan. Tindakan pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang
dianggap tidak menghormati hak dan adat resam tradisi penduduk tempatan telah menimbulkan
kemarahan sebahagian pemimpin-pemimpin tempatan. Walaupun pihak syarikat masih
mengekalkan sebahagian penduduk tempatan dalam pentadbiran Negeri Sabah, mereka
beranggapan bahawa perubahan-perubahan yang dibawa oleh pihak syarikat telah menghakis
kekuasaan mereka. Mereka tidak lagi mempunyai kuasa seperti mana sebelum pihak Syarikat
bertapak di Negeri Sabah

1 Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941 The Dynamics of Indigenous Society, University of
Malaya Press, Kuala Lumpur, 2003, h. 66.
Peristiwa
Setelah kegagalan kempen-kempen mereka untuk menangkap Mat Salleh dan pengikutpengikutnya,
pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mencari jalan untuk berunding dengan Mat
Salleh. Mewakili pihak syarikat, William Cowie telah memujuk Sultan Sulu untuk menulis surat
kepada Mat Salleh bagi menawarkan perdamaian dan pengampunan kepada beliau.26 Pihak syarikat
juga menawarkan pentadbiran Daerah Tambunan kepada Mat Salleh. Perundingan berlangsung di
antara kedua pihak pada 19 April 1898 di Palatan, Ulu Menggatal.27 Hasil perundingan ini, kedua-
dua pihak bersetuju Mat Salleh mentadbir Tambunan walaupun terdapat syarat-syarat daripada
pihak Mat Salleh yang tidak dipersetujui oleh Cowie.28 Akan tetapi, kemudiannya, Mat Salleh tidak
mendapat apa-apa hak seperti yang dijanjikan oleh pihak syarikat dalam rundingan damai itu.
Menurut William Cowie dalam catatannya, pihak syarikat tidak pernah mengemukakan tawaran
berdamai dengan Mat Salleh.29 Ini jelas membuktikan bahawa pihak syarikat telah mungkir janji
walaupun Mat Salleh tidak lagi mengangkat senjata selama beliau tinggal di Tambunan dalam
tempoh yang ditentukan oleh pihak syarikat. Ini jelas menyebabkan Mat Salleh dan pengikutnya
kembali mengangkat senjata dan bersiap untuk siri penentangan seterusnya. Beliau telah
mendirikan kubu di Kampung Taboh, Tambunan. Pada 15 Januari 1899, Pihak Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British telah mengambil alih pentadbiran Daerah Tambunan. Peristiwa ini
menyebabkan Mat Salleh dan pengikutpengikutnya kembali ke gelanggang. Menurut Cowie, pihak
syarikat mesti dipersalahkan kerana melambat-lambatkan penyerahan pentadbiran Tambunan
kepada Mat Salleh. Cowie menyatakan; Pihak syarikat setakat ini gagal untuk memenuhi janji saya, ia
tidak sukar untuk memahami bahawa pergerakan itu telah ditentukan oleh yang amat ditakuti,
bahawa gabungan khianat terhadapnya sedang menghampirinya. Kami malangnya bersalah kerana
melakukan kesilapan yang tidak disengajakan, dan beberapa penjelasan adalah disebabkan oleh Mat
Salleh.30 Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Cowie dan pihak syarikat untuk memujuk Mat Salleh
dan pengikut-pengikutnya, tetapi gagal. Ini kerana Mat Salleh merasakan bahawa pihak syarikat
tidak serius dalam perundingan ke arah kedamaian. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya
menghendaki supaya pentadbiran pihak syarikat berundur dari Tambunan. Akibat tiada persetujuan
yang dicapai kedua-dua belah pihak, maka pertempuran bersenjata terus berlaku. Pada 15 Januari
1900, kubu Mat Sator, orang kanan Mat Salleh telah dimusnahkan oleh pihak syarikat.31 Pada 27
Januari 1900, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir
mempertahankan Tambunan, di mana beliau dikatakan terbunuh. Akan tetapi, menurut Petrus
Podtung Kuyog, cucu kepada salah seorang pengikut Mat Salleh, menyatakan bahawa Mat Salleh
terselamat dan berjaya melepaskan diri dari Tambunan.

You might also like