You are on page 1of 18

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/314477988

Pemberontakan Datu Mat Salleh di Borneo Utara British - Suatu Tinjauan

Article · April 2016

CITATIONS READS
0 91,919

1 author:

Awang Muhammad Zaemul Khairi Bin Haji Awang Zamhari


Universiti Brunei Darussalam
6 PUBLICATIONS 0 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Awang Muhammad Zaemul Khairi Bin Haji Awang Zamhari on 10 March 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PEMBERONTAKAN MAT SALLEH
DI BORNEO UTARA BRITISH: SUATU TINJAUAN
Oleh: Muhammad Zaemul Khairi Bin Haji Zamhari,
Universiti Brunei Darussalam.

Mat Salleh

Pengenalan
Kuasa kuasa barat mula berminat ke atas Pulau Borneo pada Kurun ke XVII. Kekayaan sumber

bumi telah mendorong mereka untuk menguasai Pulau Borneo. Ia bermula apabila bahagian

selatan Pulau Borneo dikuasai oleh Belanda, kesan perjanjian di antara Great Britain dan

Belanda pada tahun 1824. Kesultanan Brunei juga telah kehilangan wilayah-wilayahnya di

Sarawak, hasil perluasan kuasa Keluarga Brooke. British juga telah bertapak di Pulau Labuan

setelah penyerahan pulau tersebut pada 18 Disember 1846.

Di Sabah, Alfred Dent telah memperolehi piagam Diraja dari Kerajaan Baginda Queen

Great Britain pada 1 November 1881. Piagam ini memberi kuasa kepada Alfred Dent untuk

menubuhkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) pada tahun 1882, bagi mentadbir

keseluruhan wilayah Negeri Sabah yang telah dipajakkan oleh Kesultanan Brunei dan

Kesultanan Sulu. Syarikat Berpiagam Borneo Utara British berusaha untuk mengukuhkan

1|Page
kuasanya ke atas rakyat Negeri Sabah dengan pelbagai cara. Antaranya seperti polisi perluasan

sempadan Negeri Sabah seperti yang ada sekarang dan bersaing dengan Keluarga Brooke di

Sarawak dalam mendapatkan lebih banyak wilayah-wilayah Kesultanan Brunei.

Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British


Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah memperkenalkan beberapa perubahan dalam

sistem pentadbiran tradisi dan sosio-ekonomi penduduk di Negeri Sabah. Ini adalah satu langkah

yang dilakukan oleh pihak syarikat untuk mengukuhkan kuasa mereka, dengan mengadakan

sistem pentadbiran yang diharap dapat menyatupadukan penduduk Negeri Sabah. Sebelum ini,

terdapat banyak bahagian pentadbiran tempatan Negeri Sabah, setiap kawasan ditadbir oleh
1
wakil kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Pihak syarikat mengekalkan sesetengah

pemimpin tempatan dalam pentadbiran demi untuk meraih sokongan daripada penduduk

tempatan. Pihak syarikat juga mengiktiraf sistem perundangan tempatan, Mahkamah Anak

Negeri dan mengekalkan jawatan Pegawai Anak Negeri dari kalangan penduduk tempatan.2

Reaksi Penduduk Tempatan


Walaupun pada hakikatnya Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah membawa perubahan

besar kepada Negeri Sabah, terdapat juga beberapa perubahan yang dianggap membebankan

rakyat. Pihak syarikat telah mengenakan cukai pada barang-barang keperluan harian penduduk

tempatan seperti beras. Mereka juga mengadakan peraturan baru yang bercanggah daripada

sistem tradisi penduduk seperti tindakan pihak syarikat menghapuskan sistem perhambaan dan

pengenalan sistem lesen perahu. Pihak syarikat juga menggunakan penduduk-penduduk

tempatan sebagai buruh paksa. Peraturan baru ini dianggap melanggar hak penduduk tempatan.

1
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941 The Dynamics of Indigenous Society, University of Malaya Press,
Kuala Lumpur, 2003, h. 66.
2
Ibid, h. 255.

2|Page
Tindakan pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang dianggap tidak

menghormati hak dan adat resam tradisi penduduk tempatan telah menimbulkan kemarahan

sebahagian pemimpin-pemimpin tempatan. Walaupun pihak syarikat masih mengekalkan

sebahagian penduduk tempatan dalam pentadbiran Negeri Sabah, mereka beranggapan bahawa

perubahan-perubahan yang dibawa oleh pihak syarikat telah menghakis kekuasaan mereka.

Mereka tidak lagi mempunyai kuasa seperti mana sebelum pihak Syarikat bertapak di Negeri

Sabah.

Penduduk-penduduk tempatan juga menentang beberapa peraturan pihak syarikat yang

memeras dan membebankan rakyat. Sistem buruh paksa dalam membina laluan keretapi dan

sistem cukai yang tinggi akibat perbelanjaan pihak syarikat menyebabkan penentangan daripada

penduduk Negeri Sabah ke atas pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Salah

seorang pemimpin tempatan yang menentang dasar Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

ialah Paduka Mohammad Salleh atau Mat Salleh. Beliau telah mengetuai kebangkitan terbesar

dalam sejarah, menentang pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British keatas Negeri

Sabah.3

Riwayat Hidup Mat Salleh


Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan

Bajau-Suluk. 4 Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang.

Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut. 5 Sebelum

kedatangan penjajah, beliau adalah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan

beliau meliputi kekuasaan terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Beliau

3
Raffaele, P., Harris Salleh of Sabah, Condor Publishing Pty Co., Hong Kong, 1986, h. 10.
4
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 190.
5
Ibid, h. 190.

3|Page
menggunakan kuasanya untuk melindungi penduduk-penduduk tempatan daripada diekploitasi

oleh pedagang-pedagang asing.

Walau bagaimanapun, kedatangan pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah

serba sedikit melemahkan kuasa beliau. Beliau yang selama ini berjuang mempertahankan hak

peribumi tempatan, telah bangkit menentang pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

setelah syarikat British itu bertapak di Negeri Sabah. Mat Salleh dikatakan terkorban dalam

pertempuran dengan askar syarikat di Tambunan pada 31 Januari 1900.6

Pengaruh Perjuangan Jihad


Kebangkitan Mat Salleh menentang pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

diilhamkan dari perjuangan jihad orang-orang Sulu di Selatan Filipina menentang penjajahan

Sepanyol dari tahun 1578 hingga tahun 1899, iaitu lebih kurang 321 tahun. Mat Salleh mewarisi

sifat kepahlawanan dan keberanian daripada datuk nenek beliau yang berketurunan Sulu. Ini

terbukti dengan kebolehan beliau mengatur strategi peperangan. Hewett telah memberikan

keterangan mengenai kubu pertahanan Mat Salleh di Ranau, seperti yang disiarkan dalam

suratkhabar The North Borneo Herald, yang bertarikh 16 April 1898;

Kubu Mat Salleh adalah luar biasa dan utuh dan pihak tentera Kompeni tidak
dapat berbuat apa-apa tanpa menggunakan meriam dan senjata api.
Bangunannya sebesar 20 ela persegi. Dindingnya diperbuat daripada batu
besar yang setebal 8 kaki, dan celah-celahnya disumbat dengan buluh besar.
Walaupun 200 kali bedilan meriam telah dibuat ke atas kubu, namun Mat
Salleh dan pengikut-pengikutnya yang berada di dalam kubu itu masih tidak
diapa-apakan.7

6
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 190.
7
Low Kok On, Citra Wira Rakyat Dalam Legenda Mat Salleh, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Kota Kinabalu,
2001, h. 41.

4|Page
Kebangkitan orang-orang Sulu menentang penjajah Sepanyol sedikit sebanyak

mempengaruhi beliau untuk berjuang menentang penjajahan di Negeri Sabah. Di samping itu,

beliau juga menggunakan banyak simbol yang melambangkan perjuangan beliau sebagai jihad.

Antaranya seperti penggunaan lambang agama Islam, bendera pelbagai warna, payung sutera,

termasuk juga lambang-lambang kebesaran diraja.

Sokongan Kaum-Kaum Tempatan


Kepahlawanan beliau telah mendorong penduduk-penduduk tempatan untuk berjuang bersama

beliau menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Antara kaum-kaum tempatan yang

ikut serta bersama Mat Salleh dalam pemberontakan beliau menentang Syarikat Berpiagam

Borneo Utara British adalah kaum Kadazandusun. Kaum Kadazandusun adalah satu kaum yang

paling ramai tinggal di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh pemerintah dari kalangan kaum

Bajau-Suluk.

Kaum Bajau juga dikatakan memberi bantuan kepada Mat Salleh, bukan sahaja atas dasar

keturunan, tetapi kerana pihak Syarikat telah mencabar ketuanan mereka. Kaum Bajau pernah

bersekutu dengan Kesultanan Sulu. Maka, tidak menghairankan jika kaum Bajau memberi

bantuan kepada Mat Salleh, sebagai ‘bekas wakil kesultanan Sulu’ yang ‘dijatuhkan’ oleh pihak

syarikat.8

Kaum Kadazandusun juga yang memberi bantuan kepada Mat Salleh dan pengikut-

pengikutnya dari aspek pembinaan kubu pertahanan di kawasan mereka iaitu di sekitar Sugut,

Paitan, Labuk, Ranau dan Tambunan. Kaum Kadazandusun juga dikatakan memberi kebenaran

kepada Mat Salleh untuk membina kubu di dalam kawasan mereka. Antara kubu Mat Salleh

yang dibina oleh kaum Kadazandusun adalah kubu Lingkabau. Kaum Kadazandusun juga
8
Ismail Abbas & K. Bali, Peristiwa-Peristiwa Berdarah di Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1985, h. 45.

5|Page
menyediakan sumber bekalan makanan kepada Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya di Kubu

Ranau.9

Kelemahan Kuasa Pemimpin Tempatan


Salah satu faktor yang menyumbang kepada tercetusnya pemberontakan Mat Salleh ialah

kelemahan kuasa politik pemimpin tempatan akibat kedatangan pihak Syarikat Berpiagam

Borneo Utara British ke Sabah. Sebelum ini, Sabah berada di bawah pengaruh kesultanan Brunei

dan kesultanan Sulu. Akan tetapi, Kekuasaan mereka keatas Sabah terbukti lemah dan ini

memberi peluang kepada pemimpin tempatan bebas memonopoli kuasa yang ada pada mereka

tanpa gangguan dari mana-mana pihak termasuk kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

Setelah kedatangan pihak British, mereka mula menubuhkan sistem pentadbiran pusat

yang mana, pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang pertama di Sabah

ialah Bandar Kudat, yang dibentuk pada Disember 1881.10 Di Kudat, pihak syarikat membentuk

sistem pentadbiran yang lebih teratur dan tersusun. Jalanraya, hospital, dan sekolah-sekolah mula

didirikan, sebagai cara untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk tempatan di Sabah. Pada

tahun 1884, Sandakan telah menggantikan Kudat sebagai pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam

Borneo Utara British.11

Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan yang dibawa oleh pihak syarikat sedikit

demi sedikit menghakis kuasa pemimpin tempatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran baru

di Sabah. Dengan terbentuknya sistem pentadbiran pusat dan pengenalan beberapa undang-

undang baru, kuasa politik pemimpin tempatan semakin lemah. Misalnya, Akta Peraturan

Kampung, atau lebih dikenali sebagai Village Ordinance.

9
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 204.
10
Johan M. Padasian, Sejarah Sabah Dalam Gambar (1881-1981) Sabah History In Pictures, Eagle Printing, Kuala
Lumpur, 1981, h. 18.
11
Ibid, h. 18.

6|Page
Akta yang diluluskan oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun

1891, yang mana sebahagian besar pemimpin-pemimpin tempatan tidak diiktiraf dan diberi

kuasa memerintah oleh pihak syarikat.12 Akta ini menyebabkan pemimpin-pemimpin tempatan

yang tidak diiktiraf itu kehilangan kuasa dan kedudukan dalam kalangan penduduk bawahan. Ini

menyebabkan sebilangan pemimpin tempatan mula turut serta menyokong perjuangan Mat

Salleh.

Pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan lain juga memberikan kerjasama dan

sokongan kepada Mat Salleh kerana mereka percaya Mat Salleh berada di pihak yang benar dan

beliau berjuang demi untuk mempertahankan hak mereka.13 Kerana itu, mereka telah menolong

Mat Salleh membina kubu pertahanan dimana beliau menyusun strategi peperangan.

Berdasarkan fakta, sokongan padu dari pemimpin-pemimpin tempatan inilah yang menyebabkan

Mat Salleh berjaya menyerang Pulau Gaya pada tahun 1897.14

Penentangan Terhadap Sistem Cukai dan Lesen Perahu


Seperti pejuang-pejuang kebebasan yang lain, Mat Salleh bangkit menentang perubahan yang

dibawa oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British ke atas penduduk tempatan di Sabah

kerana sistem cukai yang tinggi. Sebelum kedatangan pemerintah asing, wakil kesultanan Brunei

dan kesultanan Sulu juga mengutip cukai penduduk tempatan di Sabah. Apabila kedatangan

pihak asing, pemimpin tempatan kehilangan kuasa untuk mengutip cukai.

Pihak syarikat British mengenakan cukai tinggi bagi menampung perbelanjaan mereka

membina laluan keretapi dari Teluk Brunei hingga ke Pelabuhan Cowie, dan juga talian telegraf

12
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 190.
13
Nashir Mansor, ‘Mat Salleh, The Man Who Antagonised The British’, Bernama, Kuala Lumpur, 2006, h. 45.
14
Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Percetakan Nan Yang Muda, Kuala Lumpur, 1982, h. 117.

7|Page
dari Labuan hingga ke Sandakan yang bertujuan bagi memudahkan perhubungan mereka dan

juga penduduk tempatan.15

Dalam membina laluan keretapi dan talian telegraf ini, di samping mengenakan cukai

yang tinggi bagi membangunkan negeri Sabah, pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

juga dikatakan menggunakan penduduk tempatan sebagai buruh paksa. Sistem buruh paksa ialah

satu sistem di mana sekumpulan orang dipaksa bekerja untuk sebuah syarikat dan sebagainya,

dengan tiada bayaran upah atau gaji. 16 Tindakan pihak syarikat yang dianggap menzalimi

penduduk tempatan di Sabah adalah salah satu sebab mengapa Mat Salleh bangkit menentang

pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, beliau berjuang kerana melihat bangsanya

ditindas oleh orang asing.

Sistem cukai baru telah diperkenalkan iaitu cukai barang-barang keperluan harian

penduduk di Sabah, seperti beras. Cukai beras merupakan tambahan 5 % daripada harga beras.17

Sistem cukai beras ini mendapat bantahan awal daripada kaum Cina, yang mana mereka,

diwakili oleh Persatuan Bangsa Cina Borneo Utara pada tahun 1898, telah menghantar kawat

bantahan ke London, memohon agar pihak Syarikat mempertimbangkan masalah kenaikan harga

cukai beras.18

Masalah cukai beras ini dikatakan menjadi faktor yang mempengaruhi Mat Salleh dan

pengikut-pengikutnya. Mereka berpendapat bahawa “beras adalah makanan asasi semua orang”

dan pihak Syarikat British telah menghina penduduk-penduduk tempatan dengan mengupah

15
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 190.
16
Malay Pictorial Dictionary, Buruh Paksa, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd., Malaysia, 2010, h. 78.
17
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 190.
18
Ibid, h. 190.

8|Page
sebilangan pemimpin tempatan sebagai pengutip cukai bagi pihak syarikat.19 Pengutip-pengutip

cukai ini telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi.

Selain cukai beras, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British juga mengenakan cukai

sistem lesen mandatori kepada penduduk-penduduk tempatan yang memiliki perahu. 20 Perahu

merupakan alat kenderaan bagi tujuan perhubungan penduduk pada ketika itu. Dengan adanya

lesen perahu ini, penduduk negeri Sabah merasa dibebani oleh peraturan lesen perahu yang

diperkenalkan oleh pihak Syarikat.

Penduduk-penduduk negeri Sabah merasa tidak puas hati dengan peraturan-peraturan

baru yang diperkenalkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Mereka berpendapat

bahawa pihak Syarikat membuat peraturan-peraturan yang sangat membebankan mereka. Ini

membangkitkan kemarahan pemimpin-pemimpin tempatan kerana syarikat asing itu ingin

memecahbelahkan penduduk negeri Sabah.

Percubaan Perundingan Gagal


Mat Salleh sebenarnya tidak mahu menentang pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara

British dengan cara agresif. Beliau memilih untuk berunding secara aman dengan pimpinan

Syarikat tentang polisi-polisi syarikat yang tidak mendapat persetujuan daripada pemimpin-

pemimpin tempatan. Beliau berharap penyelesaian secara damai akan memberi faedah bagi
21
kedua-dua belah pihak. Mungkin ini disebabkan oleh peribadi beliau yang cintakan

keamanan.22

19
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 113.
20
Sabihah Osman, Datu Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah, Arkib Negeri Sabah, Kota Kinabalu, 2007, h. 2 – 3.
21
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941..., h. 205.
22
Sabihah Osman, Datu Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah…, h. 27.

9|Page
Percubaan Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya untuk berunding secara aman, iaitu pada

17 Ogos 1895, mereka telah pergi ke Sandakan untuk bertemu dengan C.V. Creagh, Gabenor

Beaufort. Tujuan perundingan adalah tentang masalah cukai dan lesen perahu, yang telah

diperkenalkan oleh pihak syarikat. Masalah tentang tindakan kekerasan pegawai syarikat

terhadap penduduk tempatan juga menjadi agenda perundingan. Malangnya, mereka tidak

dilayan oleh pihak syarikat.

Setelah kegagalan percubaan rundingan pertama, Mat Salleh berpendapat bahawa pihak

Syarikat tidak bertanggungjawab dalam melindungi hak penduduk tempatan. Pihak syarikat

cuma ingin mengaut keuntungan dari kekayaan hasil bumi Negeri Sabah. Beliau telah berusaha

mencari jalan penyelesaian secara damai dengan pihak syarikat. Akan tetapi, usahanya tidak

dilayan oleh pihak Syarikat.

Pada 29 Ogos 1895, pihak syarikat bertindak agresif menghantar satu pasukan ke

Jambongan untuk menangkap Mat Salleh dan empat pengikutnya yang disyaki terlibat dalam

pembunuhan dua orang dari kaum Iban. Apabila Mat Salleh enggan menurut arahan, pihak

syarikat telah bertindak menyerang perkampungan Mat Salleh di Jambongan. Mat Salleh berjaya

melepaskan diri dan pihak syarikat mengumumkan Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya sebagai

buruan yang dikehendaki. Pihak syarikat juga menawarkan wang sebanyak 500 dolar kepada

sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya.23

Kejadian ini jelas menunjukkan sebab mengapa Mat Salleh melancarkan pemberontakan

bersenjata menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, iaitu sebagai tindak balas

kepada tindakan agresif pihak syarikat yang telah membakar kampong halamannya. Dengan ini

23
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 193.

10 | P a g e
bermulalah siri pemberontakan bersenjata yang dilancarkan oleh Mat Salleh dan pengikut-

pengikutnya ke atas pihak Syarikat.

Bermula daripada kempen Mat Salleh di kawasan Lingkabau, Ulu Sugut, Labuk dan

Paitan, dimana pertembungan diantara Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya dengan pihak

syarikat, yang berakhir dengan kubu Mat Salleh berjaya ditawan oleh pihak musuh. Mat Salleh

berjaya melepaskan diri kerana sokongan padu dari penduduk-penduduk tempatan. Mereka

menerima Mat Salleh sebagai pemimpin mereka dan bersedia untuk turut serta berjuang bersama

beliau.

Kejadian ini menimbulkan perasaan kesatuan setiap penduduk tempatan di Sabah yang

mula melakukan bantahan dengan cara tidak membayar cukai kepada pihak syarikat. Ini

menunjukkan sokongan padu penduduk tempatan terhadap perjuangan Mat Salleh. Dengan

sokongan inilah Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya berjaya melepaskan diri setelah kubu

mereka di Limbawan berjaya ditawan oleh pihak syarikat.

Mereka berundur ke Padang di Ulu Sugut, dimana Mat Salleh mengatur strategi untuk

menyerang Pulau Gaya pada 9 Julai 1897. Kejadian ini telah mencabar kewibawaan pihak

syarikat dan menaikkan nama Mat Salleh di mata penduduk tempatan. Mat Salleh telah dianggap

sebagai pahlawan dan pemimpin pembebasan Negeri Sabah.24 Dari pulau Gaya, beliau berundur

ke Labuk dan Paranchangan di Sugut. Walau bagaimanapun, beberapa percubaan untuk

menangkap beliau gagal.

Pada November 1897, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah menyerang Ambong

lalu berundur ke kubu beliau di Ranau. Kegagalan pihak syarikat dalam kempen mereka untuk

24
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 194.

11 | P a g e
menangkap Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya membuatkan mereka terdesak. 25 Serangan

pihak syarikat ke atas kubu Mat Salleh di Ranau pada 5 Januari 1898 telah menyebabkan beliau

terpaksa berundur ke Tambunan bersama pengikut-pengikutnya.

Setelah kegagalan kempen-kempen mereka untuk menangkap Mat Salleh dan pengikut-

pengikutnya, pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mencari jalan untuk

berunding dengan Mat Salleh. Mewakili pihak syarikat, William Cowie telah memujuk Sultan

Sulu untuk menulis surat kepada Mat Salleh bagi menawarkan perdamaian dan pengampunan

kepada beliau. 26 Pihak syarikat juga menawarkan pentadbiran Daerah Tambunan kepada Mat

Salleh. Perundingan berlangsung di antara kedua pihak pada 19 April 1898 di Palatan, Ulu

Menggatal.27

Hasil perundingan ini, kedua-dua pihak bersetuju Mat Salleh mentadbir Tambunan

walaupun terdapat syarat-syarat daripada pihak Mat Salleh yang tidak dipersetujui oleh Cowie.28

Akan tetapi, kemudiannya, Mat Salleh tidak mendapat apa-apa hak seperti yang dijanjikan oleh

pihak syarikat dalam rundingan damai itu. Menurut William Cowie dalam catatannya, pihak

syarikat tidak pernah mengemukakan tawaran berdamai dengan Mat Salleh.29

Ini jelas membuktikan bahawa pihak syarikat telah mungkir janji walaupun Mat Salleh

tidak lagi mengangkat senjata selama beliau tinggal di Tambunan dalam tempoh yang ditentukan

oleh pihak syarikat. Ini jelas menyebabkan Mat Salleh dan pengikutnya kembali mengangkat

25
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, h. 194.
26
William Cowie (1849 – 1910) adalah seorang ahli perniagaan berbangsa Scottish yang kemudian menjadi
pengerusi Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
27
Sungai Menggatal telah diserahkan oleh Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin kepada Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British pada 30 Mac 1898.
28
Tregonning, K.G., Under Chartered Company Rule, North Borneo 1881 – 1946, S.A Majeed & Co. Sdn Bhd,
Kuala Lumpur, 2007, h. 253.
29
Wookey, W. K. C.. "The Mat Salleh Rebellion". SMJ Vol. VII, 1956, h. 416.

12 | P a g e
senjata dan bersiap untuk siri penentangan seterusnya. Beliau telah mendirikan kubu di

Kampung Taboh, Tambunan.

Pada 15 Januari 1899, Pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah mengambil

alih pentadbiran Daerah Tambunan. Peristiwa ini menyebabkan Mat Salleh dan pengikut-

pengikutnya kembali ke gelanggang. Menurut Cowie, pihak syarikat mesti dipersalahkan kerana

melambat-lambatkan penyerahan pentadbiran Tambunan kepada Mat Salleh. Cowie menyatakan;

Pihak syarikat setakat ini gagal untuk memenuhi janji saya, ia tidak sukar
untuk memahami bahawa pergerakan itu telah ditentukan oleh yang amat
ditakuti, bahawa gabungan khianat terhadapnya sedang menghampirinya.
Kami malangnya bersalah kerana melakukan kesilapan yang tidak
disengajakan, dan beberapa penjelasan adalah disebabkan oleh Mat
Salleh.30

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Cowie dan pihak syarikat untuk memujuk Mat Salleh

dan pengikut-pengikutnya, tetapi gagal. Ini kerana Mat Salleh merasakan bahawa pihak syarikat

tidak serius dalam perundingan ke arah kedamaian. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya

menghendaki supaya pentadbiran pihak syarikat berundur dari Tambunan. Akibat tiada

persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak, maka pertempuran bersenjata terus berlaku.

Pada 15 Januari 1900, kubu Mat Sator, orang kanan Mat Salleh telah dimusnahkan oleh

pihak syarikat.31 Pada 27 Januari 1900, Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya berjuang hingga ke

titisan darah yang terakhir mempertahankan Tambunan, di mana beliau dikatakan terbunuh.

Akan tetapi, menurut Petrus Podtung Kuyog, cucu kepada salah seorang pengikut Mat Salleh,

menyatakan bahawa Mat Salleh terselamat dan berjaya melepaskan diri dari Tambunan.32

30
Wookey, W. K. C.. "The Mat Salleh Rebellion". SMJ Vol. VII, 1956, h. 416.
31
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941…, 2003, h. 194.
32
Nashir Mansor, ‘Mat Salleh, The Man Who Antagonised The British’, Bernama, Kuala Lumpur, 2006, h. 45.

13 | P a g e
Kesan Pemberontakan Mat Salleh
Pemberontakan Mat Salleh menandakan bermulanya kebangkitan semangat kebangsaan

penduduk tempatan di Sabah selepas negeri itu dikuasai oleh syarikat asing. Sebelum Mat Salleh,

tidak pernah berlaku satu pun pemberontakan menentang penjajah di Sabah. Perjuangan Mat

Salleh diteruskan oleh pengikutnya, Mat Sator dan Kamunta. Kebangkitan Mat Salleh

menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British adalah yang pertama dalam sejarah, yang

jelas menunjukkan kesatuan pemimpin dan penduduk tempatan dalam menentang perubahan-

perubahan yang dibawa oleh syarikat kepada Negeri Sabah. Ini dibuktikan dengan sokongan

daripada kaum Kadazandusun dan kaum Bajau-Suluk dalam kempen Mat Salleh.

Sempadan Negeri Sabah mula meluas sewaktu kebangkitan Mat Salleh dan selepasnya.

Pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British menggunakan masalah konflik mereka dengan

Mat Salleh sebagai alasan untuk mereka memaksa kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu untuk

memajakkan lebih banyak daerah-daerah di Sabah. Antaranya seperti daerah Inanam dan daerah

Menggatal yang pada ketika itu masih berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. 33

Inanam dan Menggatal telah dipajakkan oleh Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin kepada

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada 5 Ogos 1896. 34 Selepas pemberontakan Mat

Salleh, pihak syarikat meminta supaya lebih banyak daerah dipajakkan kepada mereka.

Antaranya seperti daerah Mengkalong, Marintaman, Membakut dan Lawas sekitar tahun 1901

hingga tahun 1905.35 Sempadan Negeri Sabah kekal hingga hari ini.

33
Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Kertas Perdana
Nasab Sultan Brunei dan Pertarikhannya, Pusat Sejarah Brunei, Bandar Seri Begawan, 1994, h. 169.
34
Menggatal, Mengkabong, Api-Api, Simbulan, Napas dan Tembalang diserahkan oleh Sultan Hashim Jalilul Alam
Aqamaddin kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada 30 Mac 1898.
35
Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Kertas Perdana
Nasab Sultan Brunei dan Pertarikhannya…, 1994, h. 169.

14 | P a g e
Kempen penentangan Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyebabkan pihak Syarikat

Berpiagam Borneo Utara British mengalami kerugian besar dari segi perbelanjaan ketenteraan.

Selepas berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh, pihak syarikat terus memperkenalkan

lebih banyak cukai baru yang lebih tinggi. Contohnya seperti cukai kepala, cukai tanaman dan

cukai pokok kelapa untuk membuat tuak. Sistem cukai ini menimbulkan lebih banyak

penentangan dari penduduk-penduduk tempatan di Sabah. Contohnya seperti perjuangan Pak

Musa di Membakut, pemberontakan Rundum yang diketuai oleh Ontoros Antanom daripada

kaum Murut, pada bulan Februari 1915 dan perjuangan Emboh Ali di Kota Belud.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kebangkitan Mat Salleh menentang pentadbiran Syarikat Berpiagam

Borneo Utara British adalah disebabkan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak

syarikat, yang membebankan rakyat. Kelemahan kuasa para pemimpin-pemimpin tempatan juga

merupakan faktor tercetusnya kebangkitan ini.

Walaubagaimanapun, kebangkitan ini tidak terjadi jika pihak syarikat menerima syarat-

syarat perdamaian dan memegang janji mereka kepada Mat Salleh. Sikap agresif pihak syarikat

dalam menangani masalah Mat Salleh juga merupakan satu faktor konflik yang berterusan tanpa

hujung pangkalnya sehingga menyebabkan tercetusnya pertempuran-pertempuran diantara Mat

Salleh dan pengikut-pengikutnya dengan askar pihak syarikat. Konflik ini sepatutnya boleh

diselesaikan dengan baik tetapi pihak syarikat sebenarnya memang tidak mahu berdamai dengan

Mat Salleh. 36 Mat Salleh dikatakan bersedia untuk berkerjasama dengan pentadbiran pihak

syarikat. Walau bagaimanapun, pihak syarikat tidak mengendahkan perjanjian mereka dengan

36
Ismail Abbas & K. Bali, Peristiwa-Peristiwa Berdarah di Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1985, h. 75.

15 | P a g e
Mat Salleh kerana mereka menganggap Mat Salleh adalah ancaman kepada kekuasaan mereka di

Sabah.37

Perjuangan Mat Salleh telah mendapat pengiktirafan, bukan sahaja daripada penduduk-

penduduk tempatan, bahkan juga Kerajaan Great Britain sendiri. Walaupun pihak Syarikat

Berpiagam Borneo Utara British menganggap beliau sebagai pengkhianat dan penjenayah, akan

tetapi Kerajaan Great Britain menyanjung beliau sebagai pahlawan. Di Sabah, Kerajaan British

dikatakan telah membina Taman Memorial Paduka Mat Salleh, yang terletak di Kampung

Tibabar, Tambunan, di lokasi di mana pertempuran terakhir Mat Salleh dan pengikut-

pengikutnya dengan pasukan askar Syarikat.

Menurut Joseph Pounis Guntavid, Pengarah Muzium Negeri Sabah dan penduduk di

Tambunan, melalui kenyataannya dalam New Straits Times, bertarikh 9 Mac 2000, menyatakan;

Kerajaan Great Britain sudah lama melaungkan kutukan mereka terhadap


pemberontakan Mat Salleh terhadap pemerintahan mereka, "tetapi kajian
mengenai tindakan Mat Salleh kuat menunjukkan bahawa dia bukan
seorang pemberontak tetapi pahlawan yang menentang pemerintahan asing,
berjuang untuk kebebasan Borneo Utara.38

Kenyataan ini membuktikan sanjungan Kerajaan Great Britain terhadap perjuangan Mat

Salleh dan pengikut-pengikutnya. Kerajaan Great Britain telah mengakui Mat Salleh sebagai

seorang pahlawan yang berjuang demi kemerdekaan Negeri Sabah. Perjuangan beliau inilah

yang menjadi inspirasi kepada penduduk Negeri Sabah untuk terus berjuang demi untuk

‘berkerajaan sendiri’. Cita-cita mereka tercapai apabila Negeri Sabah mencapai kemerdekaan

dengan menyertai persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

37
Sabihah Osman, Datu Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah (Hero of Sabah) (1894 – 1900), Arkib Negeri Sabah,
Kota Kinabalu, 2007, h. 27.
38
Remembering Mat Salleh, The New Straits Times, Singapore, 9 Mar 2000, h. 14

16 | P a g e
Bibliografi

Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Percetakan Nan Yang Muda, Kuala Lumpur, 1982

Ismail Abbas & K. Bali, Peristiwa-Peristiwa Berdarah di Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1985.

Johan M. Padasian, Sejarah Sabah Dalam Gambar (1881-1981) Sabah History In Pictures, Eagle
Printing, Kuala Lumpur, 1981, h. 18.
Joseph Bingkasan & Paskalis Alban Akim, Remembering Mat Salleh, The New Straits Times, 9 Mar
2000, h. 14
Low Kok On, Citra Wira Rakyat Dalam Legenda Mat Salleh, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Kota
Kinabalu, 2001.
Nashir Mansor, "Mat Salleh, ‘The Man Who Antagonised The British’, Bernama, Kuala
Lumpur, 2006
Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri,
Kertas Perdana Nasab Sultan Brunei dan Pertarikhannya, Pusat Sejarah, Bandar Seri
Begawan, 1994
Raffaele, P., Harris Salleh of Sabah, Condor Publishing Pty Co., Hong Kong, 1986
Ranjit Singh, The Making of Sabah 1865 – 1941 The Dynamics of Indigenous Society, University
of Malaya Press, Kuala Lumpur, 2003
Sabihah Osman, Datu Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah (Hero of Sabah) (1894 – 1900),
Arkib Negeri Sabah, Kota Kinabalu, 2007
The New Straits Times, 9 Mar 2000
Tregonning, K.G., Under Chartered Company Rule, North Borneo 1881 – 1946, S.A Majeed & Co. Sdn
Bhd, Kuala Lumpur, 2007
Wookey, W. K. C., "The Mat Salleh Rebellion". Sabah Museum Journal Vol. VII, 1956

17 | P a g e

View publication stats

You might also like