You are on page 1of 3

7/25/2021 Mat Salleh - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Mat Salleh
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini
(https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Mat_Salleh&action=edit) dengan menambahkan rujukan ke
sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan
dipadam. (Mei 2019) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)
Nada atau gaya rencana ini mungkin tidak mencerminkan nada ensiklopedia yang digunakan di
Wikipedia. Lihat panduan penulisan yang lebih baik untuk cadangan. (Mei 2019) (Ketahui bagaimana dan bila
untuk membuang pesanan templat ini)

Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh,
merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka
Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau memang
terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil
Kesultanan Sulu di Sungai Sugut dan daerah Tambunan ialah sebahagian daripada daerah di bawah kekuasaannya.
Sebelum kedatangan British, beliau ialah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan beliau
meliputi kekuasaan terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Kesan kedatangan British
menyebabkan wilayah kesultanan Brunei semakin lama semakin mengecil dan kesultanan Sulu ditamatkan atas
dasar perjanjian yang dimeterai dengan British.

Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Suluk. Ibunya daripada
suku Bajau manakala ayahnya iaitu Datu Balu merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk. Abangnya
Datu Mat Salleh
bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang
berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.

Isi kandungan
Perjuangan
Cukai
Penentangan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh 1/4
7/25/2021 Mat Salleh - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Pautan luar

Perjuangan
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan
pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Cukai

Seperti pejuang-pejuang kebebasan yang lain, Mat Salleh bangkit menentang perubahan yang dibawa oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
ke atas penduduk tempatan di Sabah kerana sistem cukai yang tinggi. Sebelum kedatangan pemerintah asing, wakil kesultanan Brunei dan
kesultanan Sulu juga mengutip cukai penduduk tempatan di Sabah. Apabila kedatangan pihak asing, pemimpin tempatan kehilangan kuasa untuk
mengutip cukai. Pihak syarikat British mengenakan cukai tinggi bagi menampung perbelanjaan mereka membina laluan kereta api dari Teluk
Brunei hingga ke Pelabuhan Cowie, dan juga talian telegraf dari Labuan hingga ke Sandakan yang bertujuan bagi memudahkan perhubungan
mereka dan juga penduduk tempatan. Dalam membina laluan kereta api dan talian telegraf ini, di samping mengenakan cukai yang tinggi bagi
membangunkan negeri Sabah, pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British juga dikatakan menggunakan penduduk tempatan sebagai buruh
paksa. Sistem buruh paksa ialah satu sistem yang mana sekumpulan orang dipaksa bekerja untuk sebuah syarikat dan sebagainya, dengan tiada
bayaran upah atau gaji. Tindakan pihak syarikat yang dianggap menzalimi penduduk tempatan di Sabah ialah salah satu sebab mengapa Mat Salleh
bangkit menentang pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British; beliau berjuang kerana melihat bangsanya ditindas oleh orang asing.

Sistem cukai baru telah diperkenalkan iaitu cukai barang-barang keperluan harian penduduk di Sabah, seperti beras. Cukai beras merupakan
tambahan 5% daripada harga beras. Sistem cukai beras ini mendapat bantahan awal daripada kaum Cina, yang mana mereka, diwakili oleh
Persatuan Bangsa Cina Borneo Utara pada tahun 1898, telah menghantar kawat bantahan ke London, memohon agar pihak Syarikat
mempertimbangkan masalah kenaikan harga cukai beras. Masalah cukai beras ini dikatakan menjadi faktor yang mempengaruhi Mat Salleh dan
pengikut-pengikutnya. Mereka berpendapat bahawa “beras ialah makanan asasi semua orang” dan pihak Syarikat British telah menghina
penduduk-penduduk tempatan dengan mengupah sebilangan pemimpin tempatan sebagai pengutip cukai bagi pihak syarikat. Pengutip-pengutip
cukai ini telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi.

Selain cukai beras, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British juga mengenakan cukai sistem lesen mandatori kepada penduduk-penduduk tempatan
yang memiliki perahu. Perahu merupakan alat kenderaan bagi tujuan perhubungan penduduk pada ketika itu. Dengan adanya lesen perahu ini,
penduduk negeri Sabah berasa dibebani oleh peraturan lesen perahu yang diperkenalkan oleh pihak Syarikat. Penduduk-penduduk negeri Sabah
berasa tidak puas hati dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Mereka berpendapat
bahawa pihak Syarikat membuat peraturan-peraturan yang sangat membebankan mereka. Hal ini membangkitkan kemarahan pemimpin-
pemimpin tempatan kerana syarikat asing itu ingin memecahbelahkan penduduk negeri Sabah.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh 2/4
7/25/2021 Mat Salleh - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Penentangan

Syarikat Berpiagam Borneo Utara atau British North Borneo Chartered Company (BNBCC) memandang serius kegiatan Mat Salleh yang memungut
cukai di kawasan Paitan sebagai tindakan yang menjejaskan kepentingan BNBCC sekaligus melanggar perjanjian 1881 yang ditandatangani oleh
Sultan Sulu berkenaan penyerahan hak mentadbir kepada pihak kompeni.

Penentangan bersenjata Datu Mat Salleh dan kumpulannya terhadap BNBCC bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya
menyerang dan membinasakan beberapa rumah, gerai, kedai dan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat
Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada
bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.

Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi
peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-
bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung
musuh.

Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899,
Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.

Akhirnya pada 1 Februari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh di
Teboh,Tambunan. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini, sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris
yang bererti, "Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari
1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered
Company menemui ajalnya".

Pautan luar
EMas Sabah (http://www.sabah.org.my/bi/know_sabah/personalities/matsalleh_1.asp) More about Mat Salleh.
Mat Salleh (http://kyspeaks.com/2005/02/23/mat-salleh) Origin of the phrase Mat Salleh.
School History of Sabah (http://www.kinabaluweb.com/historyc.html)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh 3/4

You might also like