You are on page 1of 23

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

Penentangan in Sarawak
-

Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke selama seratus tahun. Pemerintahan mereka (1841-1941) sering menghadapi tentangan daripada orang Iban yang diketuai oleh Rentap dan orang Melayu yang dipimpin oleh Syarif Masahor.

Latar Belakang Rentap


Nama sebenar ialah Libau. Rentap membawa maksud Penggoncang Dunia. Merupakan ketua Iban yang berpengaruh di Ulu Skrang.

Sebab Penentangan

Tidak puas hati dengan perubahan dalam pentadbiran yang dilakukan oleh James Brooke dan mengganggu cara hidup tradisional Dayak. Brooke menganggap penduduk tempatan yang menetap di sepanjang Sungai Skrang, termasuk Rentap adalah lanun. Oleh itu, Brooke berusaha untuk menghapuskan penduduk di sepanjang Sungai Skrang. Brooke juga menghapuskan amalan pemburuan kepala di kalangan kaum peribumi Sarawak.

Peristiwa Penentangan

1853, Rentap melancarkan serangan terhadap kubu Brooke di Nanga Skrang sebagai tindak balas kepada Brooke. Alan Lee, seorang pegawai British telah terbunuh dalam serangan ini. Kejayaan ini telah menyemarakkan lagi semangat perjuangan Rentap. Seterusnya, Rentap telah menbina sebuah kubu lengkap dengan mariam besi di atas Bukit Sadok dan mengeluarkan dirinya Raja Darat Sarawak.

Kawasan Penentangan Linggir dan Rentap di Sarawak

Latar Belakang Syarif Masahor

Syarif Masahor dilantik sebagai Gabenor Sarikes di kawasan Sungai Rajang oleh Sultan Brunei. Beliau merupakan pembesar yang dihormati dan disegani oleh orang Iban dan Melanau.

Sebab Penentangan

1853, kawasan Sungai Rajang diambil alih oleh James Brooke daripada Sultan Brunei. Syarif Masahor kehilangan kuasa sebagai seorang pembesar dan tidak berkuasa untuk memungut cukai. Syarif Masahor merasakan kedudukannya semakin tergugut. Sebuah kubu pertahanan dibina oleh James Brooke di Kanowit. Pembinaan kubu ini mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pembesar di kawasan tersebut. Syarif Masahor membuat pakatan dengan Datu Patinggi Abdul Gapur di Kuching untuk menghalau James Brooke keluar dari Sarawak.

Kedudukan Sarikei di Kawasan Sungai Rajang

Peristiwan Penentangan

1859, kedua-dua pembesar ini telah menyerang kubu Brooke di Kanowit. Dalam serangan tersebut, dua pegawai British iaitu Charlie Fox dan Henry Steele telah dibunuh orang Melanan di Kanowit. 1860, Syarif Masahor menyerang Kuching. Semua kapal angkatan Syarif Masahor disekat dan ditenggelamkan. Syarif Masahor mengalami kekalahan dan melarikan diri ke Brunei. James Brooke memaksa Sultan Brunei menghantar Syarif Masahor ke Singapore. Syarif Masahor meninggal dunia pada tahun 1890.

Penentangan di Sabah

Penentangan Mat Salleh

Nama sebenar Mat Salleh ialah Mohammad Salleh. Beliau dilahirkan di Inanam. Mat Salleh berketurunan Bajau dan Sulu. Beliau menjadi pembesar di hulu Sungai Sugut.

Sebab Penentangan

Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) talah memperkenalkan beberapa perubahan baru dalam pentadbiran: a) rakyat dikenakan cukai yang tinggi. b) menggunakan tenaga buruh tempatan dengan upah yang rendah. c) mengambil alih hak pengutan cukai daripada pembesar tempatan.

Peristiwa Penentangan

1894, penentangan memuncak apabila pengikut Mat Salleh membunuh dua pedagang Dayak di Sungai Sugut dan Mat Salleh enggan menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh Memberi amaran kepada SBBU supaya tidak campur tangan di kawasannya. Pihak SBBU menyerang dan membakar Inanam, tetapi Mat Salleh berjaya melarikan diri ke Lingkabau. 1897, Mat Salleh dan pengikutnya (orang Bajau) menyerang Pulau Gaya, pusat pentadbiran British. Pihak SBBU menyerang kubu Mat Salleh (Inanam) sekali lagi, Mat Salleh berjaya melarikan diri dan membina kubu di Ranau tetapi berjaya dimusnahkan oleh pihak SBBU.

William Cowie (Pengarah Urusan SBBU) berpendapat Kompeni sukar mengalahkan Mat Salleh dan menyarankan perjanjian perdamaian antara kedua-dua pihak. Mengikut perjanjian, kawasan Tambunan diserahkan kepada Mat Salleh tetapi SBBU mungkir janji dengan mengambil alih semula Tambunan. Mat Salleh sangat marah dan terus menentang pihak SBBU sekali lagi. Disember 1899, satu pasukan tentera British berjaya menyerang dan menawan Tambunan. 1900, Mat Salleh terkorban semasa bertempur dengan pihak tentera British.

Kawasan Penentangan Mat Salleh

nasionalisme

dato bahaman

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British Gerakan nasionalisme sehingga perang dunia kedua

NASIONALISME DI MALAYSIA
Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

Gerakan nasionalisme sehingga Perang Dunia Ke-2

RENTAP

SEBAB PENENTANGAN

Brooke ingin hapuskan orang Iban

Sebab penentangan

Orang Iban dianggap lanun

Peristiwa penentangan

Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang

You might also like