You are on page 1of 23

SULIT*

JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
922/2 STPM/ 2022
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
KERTAS 2
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
(Dua jam)
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JABATAN PENDIDIKAN TERENGGANU
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
JPNT JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT

SKEMA PEMARKAHAN

Disediakan oleh : Dibiayai oleh:


GURU AKRAM NEGERI TERENGGANU KERAJAAN NEGERI

TERENGGANU ANJUNG ILMU

Dicetak oleh:
PercetakanYayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.
Tel:609-666 8611/6652/8601 Faks : 690-666 0611/0063
_____________________________________________________________________________

©2022 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Terengganu.

STPM - 922/2 - 2022 [Lihat halaman sebelah


SULIT*
Bahagian A: Pembangunan Insan [25 markah]
Jawab satu soalan sahaja.

1. Keagamaan merupakan unsur yang penting dalam pembangunan insan. Huraikan


pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda berdasarkan Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu ) [25]

CADANGAN JAWAPAN

A. Pengenalan.[3]
1. Keagamaan-perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk
niat, lafaz, perbuatan atau sebagainya.
2. Konsep pembangunan insan

3. kemukakan isi-isi penting

Tahap Markah
Baik 3
Sederhana 2
Lemah 1

B. Isi [20]

1 Menunaikan solat

Solat adalah rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah
syahadah. Sesungguhnya kedudukan ibadat adalah amat tinggi di sisi agama Islam kerana
solat merupakan tiang agama yang boleh membentuk keperibadian seorang muslim dan
boleh menarik hati insan untuk memeluk agama Islam.

Contoh semasa kedatangan Islam ke Melaka, Syed Abdul Aziz telah menunaikan solat di
pantai Melaka untuk menunjukkan ibadat orang Islam kepada penduduk Melaka sehingga
Melaka dapat diislamkan.

Dengan mendirikan solat, ianya dapat membentuk akhlak saya menjadi lebih baik dan tidak
melakukan dosa atau maksiat. Saya perlu menunjukkan akhlak yang baik supaya dapat
menarik orang bukan Islam memeluk agama Islam.

2 Berdakwah/menyebarkan agama

Setiap insan berkewajiban berdakwah dalam menyeru agar berbuat kebaikan dan
meninggalkan kejahatan. Kegiatan berdakwah juga mampu menanamkan sifat amanah dan
ketinggian akhlak seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia yang
beriman dan bertakwa kepada Allah.
Contoh, Sultan Muhammad sanggup melepaskan takhta dan menggelarkan dirinya sebagai
Fakir Muhammad kerana hendak berdakwah. Baginda telah menyampaikan dakwah ke
Samundra, Fansuri dan Perlak. Aktiviti dakwah dapat membentuk diri baginda menjadi
seorang yang merendah diri dan gigih menyebarkan Islam.

Amalan berdakwah dapat membentuk diri saya agar menjadi insan yang bertanggungjawab
dan amanah menunaikan perintah Allah

3 Membaca al-Quran.

Al-Quran merupakan kitab terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebagai kitab wahyu yang dipenuhi mukjizat dan keagungan yang tiada tolok bandingnya
dengan kitab-kitab yang lain maka bagi mengekalkannya dalam kehidupan kita , ianya perlu
dibaca, dihafal dan difahami isi kandunganya. Membaca al Quran dapat mendekatkan diri
seseorang kepada Pencipta kerana di dalamnya mengandungi pelbagai ilmu dunia akhirat.

Contohnya semasa sampai di Semundra, Syeikh Ismail mengajar Merah Silu mengajar al-
Quran. Berkat bacaan al-Quran akhirnya Merah Silu diangkat oleh Syeikh Ismail
menjadi raja dengan gelaran Sultan Malikul Salleh. Jelaslah bahawa membaca al- Quran
dapat mengangkat martabat diri seorang insan.

Amalan ini dapat melahirkan keinsafan agar saya sentiasa mengingati dan mendekati diri
kepada Allah.

4 Belajar agama/menuntut ilmu agama

Setiap orang Islam wajib mempelajari agama Islam tanpa mengira jantina. Ilmu yang
diperolehi oleh seseorang melalui ajaran gurunya mampu melahirkan insan yang berakhlak,
mulia, beriman bertanggungjawab dan amanah dalam menjalani kehidupan seharian.

Contoh, Sultan Mahmud Syah sanggup merendahkan dirinya dengan gelaran Fakir
Mahmud semata-mata untuk belajar kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf.

Oleh itu saya akan memanfaatkan masa dan usia saya untuk mempelajari ilmu agama.

5 Menghormati golongan ulama.

Golongan ulama sentiasa dimuliakan berdasarkan sumbangan besar mereka dalam bidang
agama. Apabila seseorang itu memuliakan golongan alim ulama serta mendampingi
mereka, maka sesungguhnya perbuatan tersebut dapat menghidarkan seseorang itu
daripada melakukan perbuatan yang melanggar perintah Allah.

Contoh:Sultan Mansur amat menghormati kedatangan Maulana Abu Bakar yang amanah
untuk mengajar kitab Duril Mazlum.

Golongan ulama sewajarnya dihormati dan dimuliakan. Oleh itu saya akan menghormati
golongan ini supaya mendapat keberkatan.
6 Amanah/jujur

Antara sifat yang akan mendapat kedudukan tinggi dalam Islam ialah amanah. Sifat ini
dianggap sebagai titik penentu atau garis pemisah tahap keimanan dan keagamaan
seseorang insan. Insan yang amanah menjalan tugas akan sentiasa dihormati oleh orang
lain dan dirahmati Allah.

Contoh Sultan Alauddin Riayat Syah amanah menjalankan tugas sebagai pemerintah.
Baginda memenuhi wasiat Sultan Mansur Syah agar berlaku adil, jangan mengambil harta
orang dan muafakat dengan menteri.

Saya akan bersikap jujur apabila melakukan sesuatu perkara supaya beroleh keberkatan.

7 Merendah diri/ akhlak terpuji.

Nilai merendah diri menunjukkan ketinggian budi seseorang. Ia dapat membentuk akhlak
terpuji,disenangi orang dan dikasihi Allah.

Contoh Sultan Mahmud merendah diri ketika menuntut ilmu iaitu baginda sanggup
membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin belajar Kitab Makhlumat
dengan Maulana Yusuf.

8 Mencintai ilmu agama

Setiap insan wajib menuntut ilmu tanpa mengira kedudukan.Ilmu dapat melahirkan insan
yang berpengetahuan,seimbang dan dirahmati Allah.

Contohnya Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu agama dengan Maulana Abu Bakar
sehingga menjadikan baginda seorang pemerintah berperibadi mulia.

9 Insaf

Keinsafan akan melahirkan perasaan menyesal sehingga tidak akan mengulangi kesalahan
yang sama. Nilai ini dapat mengubah akhlak seseorang ke arah yang lebih baik dan disukai
Allah.

Contohnya Sultan Mahmud menginsafi kesalahannya yang telah berlaku zalim kepada
keluarga Bendahara Seri Maharaja .Baginda sanggup turun takhta dan membawa diri
belajar tasawuf dengan Makhdum sadar Jahan.

Catatan: Amalan dan nilai mesti mengikut nisbah 2:3 atau 3:2

Pilih 5 isi sahaja

1 isi – markah (1 markah fakta, 2 markah huraian , 1 markah contoh)

5 isi x 4 markah = 20 markah


C. Penutup [2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan,


dan pendirian

A. Pendahuluan = 3 markah
B. Isi = 20 markah
C. Penutup = 2 markah
JUMLAH = 25 markah
2. “Nilai kemanusiaan dapat membentuk insan yang cemerlang”. Bincangkan pernyataan
tersebut berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25]

CADANGAN JAWAPAN

A Pendahuluan [3]
1. Nilai kemanusiaan merujuk kepada ketinggian kualiti/mutu/taraf tertentu yang
berkaitan dengan perihal sifat manusia yang baik dapat membentuk seseorang insan yang
cemerlang. Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan
kemuliaan manusia.
2. Kepentingan nilai kemanusiaan kepada seseorang insan-melahirkan insan yang
cemerlang dan tinggi darjatnya
3. Menyenaraikan kelima-lima isi jawapan yang berkaitan dengan nilai kemanusiaan

Tahap Markah
Baik 3
Sederhana 2
Lemah 1

B Isi [20]
1. Merendah diri
Sikap merendah diri merupakan satu sikap yang disukai Allah AWT. Sikap ini juga akan
melahirkan insan yang sentiasa redha terhadap apa jua yang dianugerahkan Allah SWT.
Dengan adanya sifat ini sudah tentu seseorang itu disukai oleh orang sekeliling. Jika sifat
merendah diri tiada dalam diri seseorang itu sudah pasti dibenci orang kerana sifat sombong
dan angkuh yang dimiliki.
Contohnya, walaupun Rahim memiliki ilmu pendidikan yang tinggi dan dilahirkan dalam
golongan berada, Rahim sentiasa rendah diri serta sanggup mendengar pandangan dan
cadangan Sudin dan Lebai Maarup untuk mewakafkan tanah demi kepentingan penduduk
kampung. Jelaslah Rahim seorang yang meredah diri serta membentuk sikap terpuji yang
disukai oleh orang sekeliling.

2. Pemurah
Sikap suka memberi dengan seikhlas hati tanpa meminta balasan perlu ada dalam diri
seseorang agar melahirkan insan yang tidak bersifat tamak haloba dan sombong. Jika sikap
ini tidak diamalkan dalam diri seseorang itu sudah tentu menjadikannya seorang itu bersifat
tamak haloba dan sombong.
Contohnya Lebai Maarup seorang pendakwah yang sentiasa bersedekah dengan apa yang
dimilikinya tanpa meminta balasan. Lebai Maarup mewakafkan tanah pusakanya untuk
keperluan masyarakat Kampung Pulai untuk mendirikan surau. Pegorbanan Lebai Maarup
ini mampu menjadikannya seorang insan yang mulia tidak bersifat tamat haloba dan
sombong disukai penduduk Kampung Pulai.
3. Perihatin
Nilai perihatin merupakan sikap ambil tahu atau ambil berat terhadap seseorang yang
berada dalam keadaan serba kekurangan. Dengan adanya nilai keperihatinan dalam diri
seseorang itu sudah pasti akan menyelesaikan sesuatu permasalah yang ada. Sekiranya tiada
sikap keperihatinan dalam diri seseorang itu sudah pasti akan mewujudkan suasana yang
tegang.
Cobtohnya Encik Muhammad mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi oleh
penduduk Kampung Pulai dengan menerima tawaran Berhormat Muhd. Yusuf supaya
berpindah ke FELDA. Ini demi menjamin kesejahteraan penduduk Kampung Pulai
terjamin. Ini jelas menunjukkan Encik Muhammad seorang insan yang perihatin dalam
menyelesaikan masalah penduduk Kampung Pulai.

4. Bersopan
Nilai sopan menunjukkan budi bahasa sopan santun dalam pertuturan atau perlakuan.
Pertuturan dan perlakuan yang baik dapat menjadikan seseorang itu dipuji dan dikagumi.
Sekiranya tiada sifat ini dalam diri seseorang itu sudah pasti akan dipinggirkan dalam
kehidupannya.
Contohnya,Mahani memberi layanan yang baik kepada Datuk Tan yang mengunjungi
syarikat Encik Muhammad sementara menunggu kedatangan Encik Muhammad dengan
menawarkan minuman, tetapi terpaksa ditolak kerana dia telah bersarapan. Datuk Tan
berasa kagum dan senang hati dengan layanan Mahani. Ini menjadikan Mahani seorang
insan yang berbudi bahasa yang dikagumi semua.

5. Hormat
Hormat merupakan pandangan tinggi terhadap seseorang yang telah memberikan layanan
yang penuh sopan, khidmat dan takzim. Nilai hormat ini penting menjadikan seseorang itu
dihormati orang sekeliling. Tanpa nilai hormat dalam diri, sudah pasti seseorang itu tidak
akan dihormati oleh rakan sekeliling.
Contohnya, Rahim seorang yang berpelajaran tinggi tetap hormat dan tidak membantah
keputusan ayahnya untuk membuka SLLT walaupun mempunyai pandangan dan pendapat
yang berbeza. Ini jelas menggambarkan Rahim seorang anak yang baik terhadap ibu bapa
seterusnya menjadi kebanggan semua.

6. Kasih sayang
Kasih sayang merupakan sifat semula jadi seseorang itu memiliki perasaan sayang dan
cinta-mencintai antara satu sama lain. Dengan adanya sifat kasih sayang dalam diri
seseorang itu akan membawa kepada kebahagiaan dalam hidup. Jika seseorang itu tiada
nilai kasih sayang dalam diri sudah pasti kehidupannya tidak akan bahagia.
Contohnya, Mahani seoranga anak yang baik dengan menyayangi Syarifah Mu’inah seperti
ibunya kandungnya sendiri setelah Syarifah Naimah meninggal dunia ketika
melahirkannya. Kesanya, Mahani memiliki kasih sayang yang membawa kepada
kebahagian keluarga dan membuktikan anak yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap
insan.

7. Bertimbang rasa
Bertimbang rasa merupakan perasaan kasihan seseorang itu terhadap orang yang berada
dalam kesusahan. Dengan adanya perasaan ini dalam diri seseorang itu sudah tentu
menjadikan seseorang itu seorang yang mulia sifatnya berjaya menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh orang lain tanpa berkira. Sekirang tiada perasaan ini dalam diri setiap insan
sudah tentu wujudnya sifat angkuh dalam diri yang menyebabkan suasan menjadi tegang
dan tidak aman.
Contohnya, Penghulu Mahmud seorang yang bertimbang rasa dengan membenarkan orang
Kampung Pulai tinggal dan menumpang di tanah milik keluarganya tanpa berkira. Ini jelas
menunjukkan Penghulu Mahmud seorang yang bertimbang rasa orangnya, yang
memikirkan keperluan penduduk kampung yang sangat memerlukan tempat tinggal.
Pilih 5 isi sahaja

1 isi – markah (1 markah fakta, 2 markah huraian , 1 markah contoh)

5 isi x 4 markah = 20 markah

C. Penutup [2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan,


dan pendirian

A. Pendahuluan = 3 markah
B. Isi = 20 markah
C. Penutup = 2 markah
JUMLAH = 25 markahPilih 5 isi sahaja
Bahagian B: Pembagunan Masyarakat [25 markah]
Jawab satu soalan sahaja

3. Aspek budaya penting dalam konteks pembangunan masyarakat kini. Jelaskan pernyataan
tersebut berdasarkan watak-watak yang terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur [25]

CADANGAN JAWAPAN

A Pendahuluan [3]
1 Mengikut Haron Daud (1989:8),kebudayaan adalah rangkuman segala aspek hidup
manusia,baik dalam bentuk fikiran,kepercayaan,perlakuan atau pun penghasilan dalam
sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya
turun-temurun.Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial,politik,adat
dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.Tegasnya budaya boleh didefinisikan
sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial,susunan organisasi, ekonomi,politik,agama,kepercayaan,adat resam,sikap,nilai dan
sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa.
2 Menyentuh tentang dengan kebudayaan Melayu,kebudayaan Melayu adalah satu
cara hidup atau amalan seharian yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam kehidupan
seharian mereka.
3 Antara budaya masyarakat Melayu dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
ialah budaya kunjung-mengunjungi, budaya makanan atau mengekalkan makanan tradisi,
budaya gotong-royong dan sebagainya.

Tahap Markah
Baik 3
Sederhana 2
Lemah 1

B Isi [20]

1 Ziarah-menziarahi/Kunjung-mengunjungi
Budaya ini sering menjadi budaya tradisi orang Melayu. Amalan ziarah ialah berkunjung
ke rumah keluarga, sanak saudara dan rakan taulan pada sambutan perayaan, majlis atau
atas sebab-sebab tertentu. Sememangnya budaya berziarah ini merupakan satu amalan
mulia yang perlu dibudayakan setiap hari dan sepanjang masa tanpa mengira waktu
tertentu.Hal ini kerana, pada asasnya budaya berziarah merupakan cara terbaik dalam
mengukuhkan ikatan silaturahim antara anggota masyarakat disamping menjalinkan
hubungan kasih sayang antara satu sama lain.Jadi, usaha dalam menyemarakkan budaya
zirah-menziarahi menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

Contohnya, Encik Muhammad akan pulang ke Kampung Pulai bersama-sama dengan Cik
Puan Tipah dan Ana, anak bongsunya. Pada kebiasaannya, Encik Muhammad akan tinggal
di rumah Penghulu Mahmud setiap kali beliau pulang ke Kampung Pulai. Kepulangan
Encik Muhammad dan keluarganya ke Kampung Pulai mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dalam kalangan sanak saudaranya.

2 Makanan/Mengekalkan Makanan Tradisi


Makanan berperanan besar dalam kehidupan manusia daripada sudut budaya. Hal ini kerana
makanan merupakan antara keperluan asas dalam pembentukan kelangsungan hidup
manusia selain menjadi medium dalam perhubungan dan komunikasi antara manusia.
Makanan boleh menjadi lambang sindiran, status sosial , mahupun merakamkan dan
mendokumentasikan ekonomi masyarakat dalam sesuatu zaman.Dalam sastera Melayu,
episod makan dan bahan makanan ditonjolkan secara selingan sebagai cerminan kepada
adat dan budaya masyarakat terdahulu. Justeru, saya akan mengekalkan makanan tradisi
Melayu supaya generasi akan datang tetap mengetahui serta boleh merasa keenakkan
juadah atau hidangan tradisi itu.

Contohnya, sewaktu Sudin pulang ke rumah, Mak Minah sedang memasak gulai lemak
pedas ikan lampam dengan terung telunjuk untuk makan tengah hari.Manakala Rahim pula
amat gemar makan gulai tempoyak dan rendang. Malah, sewaktu beliau sedang belajar di
London Cik Puan Tipah selalu menghantar rendang kepada Rahim.Selain daripada Rahim,
Encik Muhammad juga suka makan gulai ikan baung tempoyak.

3 Budaya Gotong-royong
Gotong-royong merupakan amalan tradisi masyarakat dan menjadi platform terbaik untuk
mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan penduduk setempat. Gotong-royong juga
merupakan budaya yang telah tumbuh dan berkembang dalam kehidupan sosial masyarakat
Melayu sebagai satu warisan budaya yang telah berkembang sejak turun-temurun. Prinsip
gotong-royong merangkumi amalan musyawarah dan muafakat, kekeluargaan, keadilan
dan toleransi yang merupakan asas pandangan hidup atau falsafah hidup masyarakat
Melayu. Mencermati prinsip yang terkandung dalam gotong-royong jelas mengundang
perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Contohnya, orang kampung khususnya di Pekan Tualang dan Kampung Pulai sangat
akrab dan bantu-membantu dalam majlis keraian serta perkahwinan. Mereka telah
mengadakan persiapan masakan untuk tetamu diraja yang akan mengunjungi Kampung
Pulai. Begitu juga gotong-royong melaksanakan kenduri keluarga Encik Muhammad untuk
melangsungkan perkahwinan anak saudaranya, iaitu Gayah dengan Sudin. Keluarga Encik
Muhammad turut dibantu oleh keluarga abangnya dan anak-anak saudaranya yang lain.

4 Panggilan pangkat kekeluargaan


Dalam masyarakat Melayu, nilai menghormati orang lain kerap dikaitkan dengan sistem
panggilan dan penggunaan ganti nama diri. Nilai menghormati orang yang lebih tua atau
orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam hieraki masyarakat telah
dipupuk sejak dari awal lagi. Ini melahirkan sistem panggilan yang pelbagai dalam keluarga
dan masyarakat Melayu. Panggilan-panggilan seperti itu membina kehidupan yang penuh
kasih sayang dan keakraban, malahan akan menghindarkan rasa benci dan permusuhan.

Contohnya, Gayah anak saudara kepada Encik Muhammad membahasakan Encik


Muhammad sebagai ‘Pak Su’. Apabila Sudin berkahwin dengan Gayah, Sudin juga telah
membahasakan Encik Muhammad dengan panggilan ‘Pak Su’. Begitu juga dengan Jahid,
anak Penghulu Mahmud membahasakan Encik Muhammad (bapa saudara) dengan
panggilan Pak Su Muhammad.

5 Budaya Melayan Tetamu dengan Baik/Menghormati serta Meraikan Tetamu


Orang Melayu begitu menjaga adab menerima dan melayan tetamu dengan baik. Amalan
memuliakan dan menghormati tetamu merupakan amalan masyarakat Melayu semenjak
dari zaman tradisional sehinggalah ke hari ini. Jadi meraikan tetamu merupakan satu nilai
yang penting dalam masyarakat Melayu. Memuliakan kehadiran tetamu undangan yang
dijemput dengan memberi penghormatan dengan cara mempersilakan mereka dengan cara
yang paling bersopan menyebabkan tetamu berasa dihargai dan ini membentuk akhlak yang
mulia.

Contohnya, Cik Puan Tipah melayan kunjungan Sharifah Mahani ke rumahnya dengan
begitu ramah. Begitu juga ketika Encik Muhammad selaku bapa saudara dan tuan rumah
telah mempersilakan para tetamu jemputan dan beramah mesra dengan mereka walau pun
ada antaranya yang tidak dikenalinya bagi tujuan meraikan perkahwinan Sudin dengan
Gayah.

6 Adat Merisik dan Meminang


Dalam budaya Melayu, merisik dan meminang merupakan tahap awal menjodohkan lelaki
dan wanita, yang melibatkan pertemuan antara wakil kedua-dua belah pihak. Adat ini
diadakan sebelum majlis perkahwinan. Pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk
meminang anak gadis atau perempuan yang menjadi pilihan hati. Adat yang diamalkan ini
akan mewujudkan hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara pihak lelaki dan
perempuan dan akhirnya melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Contohnya, keluarga Encik Muhammad telah bertandang ke rumah Tan Sri Syed Aris untuk
meminang Mahani bagi dijodohkan dengan Rahim. Tan Sri Syed Aris selaku tuan rumah
telah mengadakan kenduri bagi menyambut kedatangan keluarga Encik Muhammad.
Kemuncak majlis tersebut ialah cincin tanda dan cincin tunang disarung ke jari Mahani oleh
wakil daripada Rahim.

7 Budaya Perkahwinan
Adat perkahwinan dalam masyarakat Melayu diadakan dengan penuh meriah untuk
meraikan “raja sehari”. Persiapan perkahwinan termasuklah penyediaan makanan dan
hidangan dibuat secara bergotong-royong. Keadaan ini akan mewujudkan hubungan
kekeluargaan yang erat dan kerjasama dalam masyarakat akan lebih terjalin.

Contohnya, semasa perkahwinan Sudin dengan Gayah, Sudin menyewa sebuah bas untuk
membawa rombongannya ke rumah Encik Muhammad di Kuala Lumpur. Di rumah Encik
Muhammadlah Sudin akan diijab kabulkan oleh Tuan Kadi. Tindakan Encik Muhammad
mengadakan majlis perkahwinan Gayah dan Sudin dikediamannya telah mengeratkan
hubungannya dengan penduduk Kampung Pulai. Kenduri perkahwinan pula dilakukan
secara bergotong-royong oleh ahli keluarga bagi tujuan meraikan pengantin dan tetamu
yang hadir.

8 Budaya berdagang atau berniaga


Aktiviti perniagaan merupakan satu aktiviti ekonomi yang sering dijalankan oleh orang-
orang Melayu sejak sekian lama. Justeru, budaya berniaga dapat melahirkan masyarakat
yang maju dan berpendapatan tinggi. Budaya berdagang atau berniaga dalam kalangan
masyarakat Melayu tidak hanya terbatas dalam kalangan golongan saudagar saja, malah
rakyat biasa juga terlibat dalam aktiviti berniaga walaupun dalam kapasiti yang kecil dan
agak terbatas. Bagi orang yang Melayu yang bergelar golongan saudagar akan menjalankan
perniagaan berorientasikan skala yang besar yang melibatkan pasaran eksport dan import
manakala bagi rakyat biasa akan menjalankan aktiviti berniaga yang berorientasikan skala
kecil. Orang Melayu memang gemar meneruskan tradisi perniagaan warisan secara kecil-
kecilan kerana mereka hanya mempunyai modal perniagaan yang kecil. Mereka juga gemar
untuk menjalankan perniagaan yang bersifat keperluan harian atau domestik masyarakat
Melayu dan rendah risikonya serta kecil keuntungannya.

Contohnya, Encik Muhammad yang mewakili golongan saudagar telah berkongsi


perniagaan dengan Datuk Tan dengan membuka Firma Serba Dagang Internasional untuk
mengeksport lada hitam ke Jerman. Manakala Pak Salim pula membuka gerai minuman di
kampungnya dan hasilnya hanya sekadar melepasi keperluan harian. Begitu juga dengan
budak-budak muda di Kampung Pulai yang cuba menjalankan kegiatan perniagaan secara
kecil-kecilan dengan menjual asam garam dan sayur-sayur kampung di pasar.

9 Menghormati Guru/Ulama
Islam amat menitik beratkan soal adab dalam kehidupan. Adab yang perlu dijaga adalah
adab dengan Allah SWT, adab sesama manusia dan alam sekeliling. Di antara adab yang
perlu diambil perhatian adalah adab dengan guru. Guru mendidik kita sehingga menjadi
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Melalui didikan dan bimbingan
guru, kita menjadi insan yang berilmu dan dapat pula memanfaatkannya untuk diri sendiri
dan masyarakat. Guru atau ulama tidak hanya orang yang secara langsung mengajarkan
kita, akan tetapi juga semua orang yang telah mendedikasikan hidupnya untuk
membangunkan umat. Adalah bertepatan guru dan ulama perlu dihormati kerana mereka
adalah pewaris nabi. Seterusnya, sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang beradab dan
disanjung tinggi.

Contohnya, Imam Saad merupakan seorang yang cukup dihormati oleh penduduk Kampung
Pulai kerana Imam Saad telah mengajar orang kampung mengaji dan menadah kitab di
surau selepas mengambil alih peranan Lebai Maali yang meninggal dunia serta arwah Lebai
Maali juga amat dihormati oleh penduduk Kampung Pulai.
Pilih 5 isi sahaja

1 isi – markah (1 markah fakta, 2 markah huraian , 1 markah contoh)

5 isi x 4 markah = 20 markah

C. Penutup [2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan,


dan pendirian

A. Pendahuluan = 3 markah
B. Isi = 20 markah
C. Penutup = 2 markah
JUMLAH = 25 markah

Nota.
Huraian hendaklah dikaitkan dengan pembangunan diri calon/pelajar.

4. “Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur banyak memaparkan keindahan alam sekitar”.
Huraikan usaha memupuk rasa cinta akan alam sekitar di Kampung Pulai. [25]

CADANGAN JAWAPAN

A. Pendahuluan [3]
1. Cintai akan alam sekitar bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau
cintakan kepada segala yang ada di bumi dan dilangit
2. Memberikan kenikmatan hidup/punca rezeki/kedamaian hidup
3. Menyenaraikan isi-isi berkaitan

Tahap Markah
Baik 3
Sederhana 2
Lemah 1

B. Isi [20]

1. Menanam semula tumbuh-tumbuhan


Penanaman semula pokok-pokok yang telah musnah akibat penerbangan hutan secara
berleluasa. Dengan adanya kegiatan ini alam akan terjaga. Jika tiada kegiatan ini sudah alam
akan musnah.
Contohnya masayarakat di kawasan sekitar aktiviti perlombongan di Kampung Pulai
menanam pokok penutup bumi yang sesuai bagi mencegahnya berlakunya hakisan tanah
dan sebagainya. Kesan kawasan itu kekal terpelihara oleh masyarakatnya yang berjwa
mencintai alam sekitar.
2. Menggantikan projek pelombongan kepada projek pertanian
Untuk menjaga dan menggekalkan keindahan alam sekitar perlunya projek yang dibuat
secara seimbang alam dan pembangunan secara terancang, antaranya projek berasaskan
pertanian. Pertanian merupakan projek yang terbaik yang perlu diamalkan oleh masyarakat
hari ini untuk menggekalkan keindahan alam semula jadi. Tanpa projek berbentuk pertanian
sudah tentu alam sekitar akan musnah.
Contohnya, penduduk Kampung Pulai seperti Encik Muhammad perlu membangunkan
Kampung Pulai dengan projek berteraskan pertanian ladang seperti pertanian lada hitam,
getah dan kelapa sawit, memandangkan keadaan kampung itu dikelilingi oleh hutan yang
menghijau. Kesanya kawasan alam sekitar terpelihara.

3. Memagarkan kawasan alam sekitar/penjagaan yang rapi


Ini penting supaya segala khazanah dan isi rimba dapat terpelihara dengan selamat tanpa
berlakunya kemusnahan alam. Dengan cara ini, kawasan yang di pagar ini akan menjadi
satu tempat penting seperti tempat rekreasi yang menarik kepada masyarakat disamping
pengekalan hutan hijau yang mempesona. Tanpa memagarkan kawasan alam sekitar sudah
tentu musnah dan memberi impak yang buruk kepada masyarakat seperti banjir dan tanah
runtuh.
Contoh masyarakat yang diwakili oleh Encik Muhammad dengan langkah memagar
kawasan sekitar Jeram Medan, adalah langkah yang bijak bagi memelihara kawasan
tersebut dicerobohi oleh masyarakat yang tidak bertanggung jawab. Pada masa yang sama,
terdapat hidupan alam seperti pelanduk yang sesuai menarik para pelancong ke Jeram
Medan. Kesannya, alam sekitar terjaga dan terpelihara oleh masyarakatnya.

4. Menjadikan kawasan hijau sebagai pusat pelancongan


Keindahan alam semujadi sememangnya perlu dihargai sepenuhnya oleh masyarakat hari
ini tanpa melakukan kemusnahan yang melampau sehinggakan alam sekitar ini musnah
begitu sahaja. Dengan adanya kawasan ini, masyarakat akan menghargai alam sekitar serta
alam sekitar terjaga dan memberi impak yang baik kepada masyarakat itu sendiri. Jika
masyarakat tidak menjaganya sudah pasti keindahan alam semula jadi musnah. Contoh
masyarakat yang di wakili oleh Encik muhammad berpandangan jauh dengan menjadikan
projek pelancongan di Kampung Pulai. Encik Muhammad mengagumi keindahan Jeran
Medang yang berpotensi menjadi pusat pelancongan serta dapat mempertahankan
keindahan Kampung Pulai secara terancang tanpa merosakkan alam sekitar semula jadi.

5. Menetapkan undang-undang dan peraturan


Penetapan undang-undang dan peraturan berkaitan alam sekitar penting agar keindahan
alam sekitar dikekalkan. Masyarakat akan mengikut undang-undang dan peraturan supaya
alam sekitar dapat dikekalkan dan melakukan segala aktiviti-aktiviti yang tidak merosakkan
alam sekitar. Tanpa undang-undang dan peraturan yang ketat sudah pasti masyarakat akan
mencerobohi hutan dengan aktivi-aktivi yang boleh memusnahkan alam sekitar.
Contoh penubuhan SLLT mendapat kelulusan semua pihak dan dijalankan secara terancang
tanpa merosakkan alam sekitar dengan mematuhi undang-undang dan peraturan alam
sekitar yang telah ditetapkan. Kesannya, masyarakat dapat mengekalkan keindahan alam
semula jadi yang memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat.

6. Mengadakan kempen/seminar cintai alam sekitar


Kempen atau seminar cintai alam sekitar merupakan langkah terbaik untuk memupuk
kesedaran fizikal dan minda masyarakat dalam mencintai alam sekitar. Dengan adanya
kempen atau cintai alam sekitar kepada masyarakat dapat melahirkan masyarakat yang
menghargai alam sekitar. Tanpa kempen atau seminar cintai alam sekitar kepada
masyarakat sudah pasti alam sekitar akan mengalami kemusnahan.
Contohnya, kempen dan seminar cintai alam sekitar kepada penduduk dan pekerja lombong
agar dibekalkan dengan pemupukan nilai mencintai alam sekitar. Penubuhan SLLT oleh
Encik Muhammad boleh menjejaskan alam sekitar, oleh itu Encik Muhammad disarankan
untuk memberi seminar dan bengkel berkaitan mencintai alam sekitar kepada penduduk
dan pekerja lombong agar lebih mencintai alam sekitar.

7. Membatalkan hasrat membuka lombong di Kampung Pulai


Pembukaan lombong di Kampung Pulai penting untuk pembangunan masyarakat bersama.
Jika membatalkan hasrat membuka lombong di kampung Pulai dapat menyelamatkan alam
sekitar daripada dimusnahkan oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Jika
pembukaan lombong bijih diteruskan sudah pasti alam sekitar dimusnahkan. Oleh itu, Encik
Muhammad sepatutnya tidak meneruskan hasratnya untuk menjadikan Kampung Pulai
sebagai kawasan perlombongan. Ini kerana adanya penentangan oleh sesetengah pihak
perlu disedari oleh beliau.

Pilih 5 isi sahaja

1 isi – markah (1 markah fakta, 2 markah huraian , 1 markah contoh)

5 isi x 4 markah = 20 markah

C. Penutup [2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan,


dan pendirian

A. Pendahuluan = 3 markah
B. Isi = 20 markah
C. Penutup = 2 markah
JUMLAH = 25 markahPilih 5 isi sahaja
Bahagian C: Pembangunan Negara [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

5. Bincangkan kepemimpinan pembesar di Melaka dalam membantu raja membangunkan


Melaka seperti yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]

CADANGAN JAWAPAN

A. Pendahuluan [3]
1. Kepemimpinan merujuk kepada sikap, cara berkelakuan, kebolehan, pencapaian,
tindak tanduk, kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai
pemimpin.
2. Memajukan Melaka/negara sehingga terkenal di pelusuk dunia/Melaka menjadi
tumpuan para pedagang
3. Antara gaya kepemimpinan yang ditunjukkan oleh pembesar-pembesar Melaka
ialah seperti bijaksana, sanggup berkorban, setia, bertanggungjawab, merendah diri dan
sebagainya.

Tahap Markah
Baik 3
Sederhana 2
Lemah 1

B. Isi [20]

1. Bijaksana dalam mengatur strategi


Bijaksana merupakan perkara yang penting dan harus ada dalam diri pembesar dalam
melincinkan pentadbiran sesebuah negara. Bijaksana mempunyai buah fikiran atau akal
yang baik dalam menerajui tampok pemerintahan dengan jayanya. Bijaksana penting
kepada pembesar kerana bersama pemimpin negara dalam menyelesaikan masalah negara
untuk mencapai hasrat dan tujuan. Jika tidak bijak mengurus maka negara dibelenggu
permasalahan yang menggugat ketenteraman negara.

Contohnya, Tun Perak berjaya mematahkan serangan Siam yang dipimpin oleh Awi Dicu
dan Awi Cakri dengan menyusun strategi perang dengan bijksana iaitu memasang putung-
putung api disepanjang persisiran laut Melaka sehingga menakutkan tentera musuh.
Kesannya Melaka bebas daripada serangan Siam dan hidup aman tenteram. Sultan
Muzzaffar Syah melantiknya menjadi Perdana Menteri/Bendahara dengan gelaran Paduka
Raja. Melaka membangun dengan baik tanpa ada lagi musuh yang cuba mencerobohi
Melaka.

2. Sanggup berkorban mempertahankan negara


Pengorbanan merupakan semangat yang perlu ada dalam diri pembesar berjuang
memajukan negara bukan sekadar wang ringgit malah tenaga serta nyawa demi
mempertahankan negara daripada di takluki oleh negara lain. Dengan adanya semangat ini
dalam diri pembesar sudah tentu negara sukar ditawan musuh. Tanpa semangat ini sudah
tentu negara dijajah oleh negara lain.

Contohnya Tun Mutahir sanggup bergadai nyawa berkorban berjuang demi


mempertahankan Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah, oleh tentera
Peringgi. Tun Mutahir yang sanggup turun padang bersama pemimpin Melaka berjuang
habis-habisan sehingga dikagumi oleh pihak musuh terutamanya Gonsalo Periera (Kapitan
Mor) kepada Wizurainya di Goa.

3. Kesetiaan terhadap sultan


Kesetiaan satu sifat yang setia kepada tuannya/pemimpin/raja tanpa mengkhianatinya.
Pembesar yang memiliki sifat ini mampu menjadikan negara aman dan sejahtera. Tanpa
sikap ini sudah tentu negara berada dalam pergolakan dan tidak tenteram.

Contohnya, Bendahara Tun Perak sangat setia kepada Sultan Mansur Syah dengan tidak
bertindak membalas serangan kepada Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar,
anaknya. Kesetiaan Bendahara Tun Perak ini menjadikan Melaka kekal stabil tanpa
berlakunya pergolakan dan persengketaan dengan raja.

4. Bertanggungjawab menjalankan amanah


Sikap bertanggungjawab merupakan sikap yang perlu ada pada diri pembesar untuk
mengalas tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam menjalankan tugas bersama
membantu pemimpin dan negara ke arah matlamat yang ingin dicapai secara berkesan.
Sikap bertanggungjawab perlu ada dalam diri pembesar supaya negara yang diterjuinya ini
membawa kepada kemajuan bersama. Sekiranya tiada sikap bertanggungjawab dalam diri
pembesar sudah pasti negara berada permasalahan dan tidak tenteram.

Contohnya, Sultan Muzaffar Syah telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka
kerana menghargai jasanya dalam menjaga keselamatan dan mempertahankan Melaka dari
serangan Siam sebanyak 2 kali. Kesannya Melaka maju dari segi ekonomi, politik dan sosial
tanpa ada pencerobohan yang boleh menggugat ketenteraman Melaka.

5. Berani demi mempertahankan negara


Berani merupakan keupayaan seseorang itu melakukan sesuatu perkara dengan yakin tanpa
rasa takut. Dengan berani pembesar itu akan berjaya dalam menguruskan pembangunan
negara bersama pemimpin. Tanpa sifat berani pembesar sudah tentu pembangunan negara
menemui kegagalan.

Contohnya Bendahara Tun Perak bersama anak isterinya serta tenteranya untuk pergi
berperang ketika Melaka diserang oleh Siam untuk menaikkan semangat mereka. Akhirnya
tentera Siam dapat dikalahkan. Jelas menggambarkan Tun Perak seorang pembesar yang
berani berperang menyelamatkan Melaka di perintah oleh Sultan Muzaffar Syah daripada
serangan Siam.

6. Amanah.dalam tugas
Kepatuhan kepada arahan, tanggungjawab yang diletakkan melaksana tugas dengan
amanah seperti yang diarahkan. Dengan adanya amanah dalam diri pembesar itu melahirkan
pembesar yang berwibawa dalam menerajui negara bersama sultan. Tanpa amanah dalam
diri pembesar sudah pasti mewujudkan pelbagai masalah dalam menerajui pembangunan
negara.

Contohnya Bendahara Paduka Raja menjaga Sultan Mahmud Syah semasa sakit dan
menyuap makanan serta menjalankan tugas urusan pentadbiran Melaka dengan penuh
amanah.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 huraian, 1 markah contoh-contoh lain yang berkaitan
dengan fakta diterima)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C Penutup [2]
Menyimpulkan/merumuskan/pandangan/cadangan/harapan (2 isi=2 markah)

A. Pendahuluan = 3 markah
B. Isi = 20 markah
C. Penutup = 2 markah
JUMLAH = 25 markah
6. Huraikan peraturan dan undang-undang dalam konteks pembangunan negara berdasarkan
novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

CADANGAN JAWAPAN

A Pendahuluan [3]
1 Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditetapkan dan tidak melibatkan
hukuman iaitu aturan negeri dan istiadat (upacara). Peraturan dalam masyarakat Melayu
tradisional lebih dikenali sebagai adat.
2 Undang-undang merujuk kepada suatu peraturan yang digubal dan dipatuhi serta
melibatkan hukuman.Undang-undang dalam masyarakat Melayu tradisional lebih dikenali
sebagai adat atau undang-undang adat.
3 Antara peraturan dan undang-undang dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur ialah hukum faraid, peraturan di pejabat, peraturan pelantikan Orang Kaya
Wilayah, Undang-undang jenayah dan lain-lain

Tahap Markah
Baik 3
Sederhana 2
Lemah 1

B Isi [20]

1 Hukum Faraid
Hukum faraid merupakan hukum yang berkaitan dengan pembahagian harta pusaka.
Hukum ini penting untuk membahagi-bahagikan harta pusaka mengikut ketetapan yang
disarankan oleh agama Islam dan pembahagian harta mengikut hukum faraid lebih adil.
Kesannya hukum faraid ini akan melancarkan urusan pembahagian harta pusaka si mati
supaya dapat mengelakkan perbalahan dalam kalangan keluarga si mati dan seterusnya
akan menyebabkan berlakunya keharmonian hidup dalam masyarakat yang akhirnya akan
membawa kepada pembangunan sesebuah negara.

Contohnya, Penghulu Mahmud sebagai saudara tua telah memanggil semua ahli
keluarganya untuk berhimpun dan membincangkan soal pembahagian harta pusaka secara
hukum faraid yang bertepatan dengan saranan agama Islam.

Jelaslah, pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid akan memudahkan urusan
pembahagian harta si mati dan menggambarkan juga kepatuhan pada hukum agama yang
akhirnya mewujudkan hubungan keharmonian dalam kalangan keluarga serta sesebuah
masyarakat dalam negara itu.

2 Peraturan di Pejabat
Sesebuah organisasi seharusnya mempunyai peraturan di pejabat yang dapat menentukan
hala tujunya. Peraturan syarikat menetapkan perlunya membuat janji temu sebelum
bertemu dengan pengurusan tertinggi syarikat. Justeru, peraturan di pejabat penting dalam
menentukan , memantap dan melancarkan pengurusan sesebuah organisasi itu supaya
berjaya dan berkesan sehingga mampu membawa kepada pembangunan sesebuah negara
yang sedang berkembang maju.

Contohnya, Mahani meminta maaf kepada Datuk Tan kerana tidak membuka pintu pejabat
Encik Muhammad kerana tidak mengetahui kedatangan Datuk Tan yang datang ke pejabat
Encik Muhammad tanpa sebarang temu janji.

Jelaslah peraturan pejabat sangat perlu bagi memastikan urusan pejabat berjalan lancar ke
arah pencapaian usaha membangunkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang sosio-
ekonomi.

3 Peraturan Pelantikan Orang Kaya Wilayah/ Pelantikan Pembesar Jajahan


Pelantikan sesuatu jawatan haruslah berdasarkan persetujuan bersama bagi mengelakkan
perebutan kuasa yang boleh membawa perpecahan dalam sesebuah negara.Oleh itu,
peraturan dalam hal yang berkaitan dengan pelantikan jawatan penting atau pembesar
dalam sesebuah negara adalah penting bagi mengelakkan berlakunya perebutan jawatan
tersebut. Peraturan itu juga bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaankuasa. Justeru,
pelantikan Orang Kaya Wilayah hendaklah berdasarkan waris yang sah bagi mengelakkan
konflik.

Contohnya, Penghulu Mahmud dilantik sebagai Orang Kaya Indera semasa Majlis
Puja Umur Sultan di Kampung Pulai kerana beliau ialah waris sah keturunan Orang Kaya
Indera Datuk Idris B Muhammad Saman dan berhak ke atas jawatan tersebut, tambahan
pula dengan kebolehan beliau untuk memimpin serta membangunkan masyarakat.
Pelantikan tersebut juga adalah untuk memberi penghargaan kepada Penghulu Mahmud
kerana jasa dan taat setia kepada sultan.

Jelaslah, pelantikan sesuatu jawatan haruslah berdasarkan peraturan yang ditetapkan bagi
mengelakkan penyalahgunaan kuasa yang membawa kepada kehancuran negara kelak.

4 Peraturan Penubuhan Syarikat


Penubuhan sesebuah syarikat perlulah mematuhi syarat yang ditetapkan bagi melancarkan
peranan sesebuah syarikat dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara. Syarikat yang
ditubuhkan hendaklah memperuntukkan 60% saham dimiliki oleh kaum bumiputera
manakala 40% lagi milik kaum bukan bumiputera.

Contohnya, penubuhan Syarikat Firma Serba Dagang Internasional yang merupakan


perkongsian antara Encik Muhammad yang memegang 60% saham manakala saham
selebihnya pula dimiliki oleh Datuk Tan. Secara umumnya Firma Serba Dagang
Internasional adalah anak Syarikat Tan Enterprise yang menjalankan kegiatan
mengeksport lada hitam ke Jerman.

Jelaslah, setiap syarikat yang ingin ditubuhkan mestilah mematuhi syarat atau peraturan
yang telah ditetapkan. Peraturan atau syarat yang ditetapkan adalah bertujuan untuk
mencapai objektif atau matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah kerajaan atau negara.
Pada kebiasaannya peraturan yang ditetapkan bagi penubuhan syarikat dalam sesebuah
negara adalah bertujuan untuk merancakkan lagi pembangunan sesebuah negara dalam
bidang ekonomi.

5 Peraturan Pengambilan Tanah


Peraturan pengambilan tanah dan pemilikannya hendaklah berdasarkan Undang-undang
Tanah Negara. Maka berdasarkan undang-undang tersebut, pengambilan semula sesuatu
tanah yang diduduki sama ada secara sah atau tidak hendaklah berdasarkan peraturan yang
telah ditetapkan dan dipersetujui bersama supaya tidak berlaku ketidakadilan dan
kezaliman kepada pihak-pihak yang terlibat.

Contohnya, Encik Muhammad bersetuju untuk memberikan pampasan kepada penduduk


yang menduduki tanah pusakanya dan juga dia telah bekerjasama dengan YB Muhd Yusuf
untuk memindahkan sebahagian besar penduduk Kampung Pulai ke tanah rancangan
FELDA.

Jelaslah, peraturan ini akan melahirkan rasa hormat, tolak ansur dan kesediaan penduduk
Kampung Pulai berpindah dengan cara yang baik. Hal ini akan memudahkan pembangunan
masyarakat dan negara khususnya dalam kalangan penduduk Kampung Pulai.

6 Undang-undang Jenayah
Undang-undang yang memperuntukkan hukuman sama ada denda, penjara atau gantung
sampai mati jika disabit kesalahan. Justeru, penguatkuasaan undang-undang ini dapat
membendung kegiatan jenayah seperti bunuh, rompak dan sebagainya yang semakin
berleluasa kini yang boleh mengancam keamanan negara. Hukuman yang dikenakan bagi
orang yang melakukan kesalahan jenayah ialah ditangkap, dimasukkan ke dalam lokap
sementara menunggu hari untuk dibicarakan.

Contohnya, Mat Akil dan rakan-rakannya telah membuat kecoh semasa di balai raya. Dia
juga bersikap kurang ajar dan tidak menghormati perjumpaan itu sehingga berlakunya
kekecohan.Mat Akil telah melibas pisau dan terkena pada bahu Lebai Maarup.Serangan
itu terhenti apabila terdengar letupan pistol dan pihak polis telah menangkap Mat Akil
dengan bantuan Kemat Jerangkung, malah Man dan dua orang rakan Mat Akil juga telah
ditangkap serta digari. Mat Akil sekiranya didapati bersalah dia bakal dipenjarakan untuk
tempoh yang panjang dan bakal bergelar banduan.

Jelaslah, undang-undang yang dikuatkuasakan ini dapat mewujudkan keamanan dalam


sesebuah negara di samping memberi keadilan kepada mangsa penjenayah.

7 Undang-undang membela tertuduh


Setiap tertuduh(defendan) berhak untuk diwakili oleh seorang peguam untuk membelanya
ketika hari perbicaraan bagi memastikan hak setiap rakyat untuk dibicarakan terpelihara.

Contohnya, Sudin berjanji kepada Mat Akil dan kawan-kawannya yang ditahan di lokap
bahawa dia akan membantu menyediakan peguam untuk membela mereka.
Jelaslah , pembelaan terhadap pihak tertuduh penting bagi menegakkan keadilan dan
kesaksaman hak setiap rakyat dalam sesebuah negara.
8 Undang-undang berkaitan Parkir Haram/Mengurus Tempat Parkir Kereta
Perbuatan mengurus tempat parkir kereta atau menjadi atendan/jaga memungut sewa letak
kereta secara haram di bandar besar merupakan satu kesalahan yang boleh ditangkap dan
dipenjarakan.Justeru, untuk mengurus tempat parkir kereta perlulah terlebih dahulu
mendapat kelulusan lesen daripada pihak berwajib kerana ia merupakan undang-undang
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara.

Contohnya, Mat Akil dan Kassim yang terlibat dengan kegiatan haram menjaga tempat
parkir kereta haram di kota Kuala Lumpur telah ditangkap oleh pihak polis. Akibat
kesalahan ini, mereka telah ditahan dalam penjara. Namun Kassim bernasib baik kerana
dia dilepaskan dengan bayaran jaminan oleh bapa saudaranya yang kaya. Akan tetapi Mat
Akil terpaksa merengkok tiga hari tiga malam dalam penjara kerana tidak mempunyai
wang untuk membayar denda/jaminan.

Jelaslah, undang-undang berkaitan parkir haram atau mengurus tempat parkir kereta adalah
bertujuan untuk menjamin keselamatan awam yang seterusnya juga menampakkan urus
tadbir negara dalam soal perniagaan hendaklah memerlukan lesen. Dengan adanya
undang-undang ini penguatkuasaan akan lebih berkesan dari segi pengurusan pihak
berkuasa melaksanakan hukuman dalam sesebuah negara.

Pilih 5 isi sahaja

1 isi – markah (1 markah fakta, 2 markah huraian , 1 markah contoh)

5 isi x 4 markah = 20 markah

C. Penutup [2]

Menyimpulkan apa yang dibincangkan atau mengemukakan pandangan, saranan, rumusan,


dan pendirian

A. Pendahuluan = 3 markah
B. Isi = 20 markah
C. Penutup = 2 markah
JUMLAH = 25 markah

You might also like